Syarahan Perdana Bersama Selebriti Bob Lokman di Dun Pulai Sebatang 17/10/2011

Syarahan Perdana Bersama Selebriti Bob Lokman di Dun Pulai Sebatang 17/10/2011

Ceramah Isu Semasa di Dun Benut 5/10/2011

Ceramah Isu Semasa di Dun Benut 5/10/2011

PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PONTIAN

PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PONTIAN

CHE'GUBARD,SAIFUL AMRI DAN BOB LOKMAN

CHE'GUBARD,SAIFUL AMRI DAN BOB LOKMAN

CERAMAH PERDANA ISU SEMASA

BERSAMA :

- USTAZ RIDUAN MD NOOR ( EXCO DPP PUSAT )
- YB AMIRUDIN SHARI ( ADUN PKR BATU CAVES )

MASA/TEMPAT :

11 / 11 / 2011 , SABTU , 9MALAM

MARKAS PAS KG ASAM KUMBANG , BENUT .

KONSERT KESENIAN ISLAM DAN BICARA SELEBRITI

BERSAMA :

- SHAM KAMIKAZE ( BEKAS GITARIS KAMIKAZE )
- AZHAN ATAN ( BEKAS JUARA AKADEMI NASYID )

6 / 12 / 2011 , SELASA , 8.30 MALAM

BALAI ISLAM PARIT ISMAIL,BENUT,PONTIAN.




Team AIC Negeri Johor

Team AIC Negeri Johor

ANWAR IBRAHIM CLUB NEGERI JOHOR

- SQUAD AIC JOHOR -

Friday, April 30, 2010

Pulih imej polis, Pakatan saran Musa berundur

Dzulfikar Mashoor ( harakahdaily )

KUALA LUMPUR, 30 April: Pemimpin Pakatan Rakyat hari ini menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berundur dari jawatan itu bagi memulihkan imej Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang semakin tercalar ekoran insiden seorang remaja yang mati ditembak anggota mereka Isnin lalu.

Mereka yang terdiri daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Adun Sri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Segambut Li Lip Eng dan beberapa penyokong siang tadi menghantar satu memorandum ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menuntut Musa berbuat demikian.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Keptan Komander Supretanden Ali bin Ahmad.

Selain memorandum, satu aduan rasmi kepada Pengarah Jabatan Tatatertib PDRM, Datuk Abdul Razak Pengarah Jabatan juga dibuat.

Nurul Izzah ketika bercakap kepada pemberita berkata tindakan mendesak Musa itu bukan bermakna mahu bermusuhan dengan polis tetapi demi membantu mereka memulihkan imej serta profesionalisme PDRM

Bagi Nik Nazmi pula, selain perletakan jawatan oleh Musa, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga perlu mempertimbangkan semula cadangan sebelum ini bagi menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC).

IPCMC jelasnya dilihat mampu menjadi agen semak dan imbang kepada penyalahgunaan kuasa polis dan memberi keadilan kepada mangsa.

Li Lip Eng pula ketika mengulas kenyataan Musa yang memberi kata dua untuk menarik semula anggota dari mengawal keselamatan jalan raya, beliau berkata kenyataan Musa berbaur ugutan dan wajar untuk Musa meletakkan jawatan.

"Dia sepatutnya terbuka dan bertanggungjawab (apabila) rakyat memprotes kenyataannya, (malah) harus bersedia berundur," katanya.

Isnin lalu, seorang remaja 15 tahun, Aminulrasyid Amzah mati kena tembak oleh pihak polis ketika cuba melarikan diri dari sekatan polis kira-kira jam 2 pagi.

Pentas Pakatan: Tamrin sedia hadapi tindakan Umno

Dzulfikar Mashor ( harakahdaily )

KUALA LUMPUR, 30 April: Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar bersedia menerima sebarang tindakan daripada Umno ekoran tindakannya berada di pentas Pakatan Rakyat sewaktu kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, baru-baru ini.

Beliau ketika ditemual semalam menjelaskan, kehadirannya di dua program Pakatan Rakyat itu semata-mata untuk mendengar nasihat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang beliau anggap sebagai tokoh sejak menjadi Exco Pemuda Umno Malaysia lagi.

Manakala keputusan duduk sepentas dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula, katanya sekadar memenuhi pelawaan seorang sahabat lama.

Mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (kiri) yang mendakwa beliau tidak mirip ayahnya dan pernah keluar Umno pula, beliau berkata, Rais sebenarnya 'bapa hipokrit'.

Selama bersama Umno, beliau menjelaskan tidak pernah menyerang kepemimpinan parti itu, dan tidak seperti Rais.

"Pada saya, Rais ini ialah 'bapa terbesar hipokrit', yang sebenarnya, saya tak pernah pun keluar dari Umno macam Rais Yatim," tegas beliau.

Rais ketika menyertai Semangat 46 dahulu katanya, nyata mengkritik kepemimpinan tertinggi Umno khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad.

"Tak ada ada dalam sejarah, saya membakar jambatan pertalian dengan Umno, tetapi Rais masa Semangat 46 dulu serang kepemimpinan Umno hingga bakar jambatan," ujarnya lagi.

Ekoran itu beliau berkata, keputusan Rais berbaik-baik semula dengan Umno apabila pemimpin Semangat 46 kembali menyertai Umno disifatkan seperti menjilat kembali tangan Mahathir.

"Akhirnya beliau sendiri menjilat semula tangan Mahathir kerana nakkan jawatan," katanya.

Mahkamah Tinggi bebas Gobalakrishnan

Hashim Abdullah ( harakahdaily )

SHAH ALAM, 30 April: Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan atas tuduhan menggunakan kekerasan semasa menyertai perhimpunan Hindraf pada tahun 2007.

Menurut peguamnya, Ahmad Nizam Abdul Hamid ketika menghubungi Harakahdaily selepas perbicaraan pagi tadi berkata, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Yazid Mustapa membebaskan N Gobalakrishnan dalam rayuan perbicaraan yang dipohon oleh Jabatan Peguam Negara setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,000 kepada Gobalakrishnan dalam perbicaraan pada tahun 2009.

“Gobalakrishnan dituduh di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana dikatakan melakukan kekerasan jenayah kepada pegawai polis.

“Hasil daripada keputusan mahkamah ini, N Gobalakrishnan kekal sebagai Ahli Parlimen Padang Serai dan tiada pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen tersebut,” katanya.

Thursday, April 29, 2010

CERAMAH PERDANA BERSAMA KETUA UMUM PKR

Bersama :
Dato Seri.Anwar Ibrahim
YB.Saifuddin Nasution
YB.Tian Chuan
Sdr.Shamsul Iskandar
Sdr.Mustaffa Kamil Ayub
Serta pimpinan Utama Pakatan Rakyat Negeri Johor

Tempat : Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor.
7/05/2010 , Jumaat 9.00 Malam

Wednesday, April 28, 2010

Tembak remaja: Polis rakam keterangan saksi utama

malaysiakini , Jimadie Shah Othman

Polis akan merakamkan petang ini keterangan saksi utama dalam kes remaja 15 tahun ditembak mati oleh polis awal pagi Isnin lalu.

Saksi tersebut yang dilaporkan berada bersama mangsa - Aminulrasyid Amzah - semasa kejadian tersebut, akan memberi keterangan di ibupejabat polis kontinjen Selangor, di Seksyen 9, Shah Alam.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili saksi tersebut, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Ketika menjawab soalan Malaysiakini melalui SMS, Gobind memberitahu beliau akan mengiringi anak guamnya itu untuk memberi keterangan pada jam 3 petang ini.

Zaid fail petisyen cabar pilihan raya


malaysiakini

Calon PKR yang tewas, Datuk Zaid Ibrahim akan memfailkan petisyen pilihan raya supaya keputusan kerusi parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu diisytiharkan sebagai tidak sah dan terbatal.Beliau mendakwa, keputusan itu dibuat selepas mendapati jentera dan kepemimpinan BN mengamalkan rasuah melalui pelbagai janji yang dibuat untuk meraih undi rakyat. “Dalam keadaan seperti, kami akan memfailkan petisyen pilihan raya sebaik sahaja pasukan perundangan saya bersedia,” katanya pada sidang media di rumahanya.

Dakwanya lagi, pilihan raya kecil itu juga dicemari pembelian undi dan pemindahan pengundi.
Zaid juga berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa gagal mengendalikan pilihan raya kecil itu dengan adil.“Mana-mana pengundi di Hulu Selangor yang ingin menawarkan sebarang maklumat yang relevan boleh berbuat demikian di mana-mana pejabat PKR, DAP atau PAS.”Zaid juga memberitahu beliau akan menyaman akhbar bahasa Melayu, milik Umno - Utusan Malaysia yang melabelkannya sebagai kaki botol.“Saya bukan kaki botol. Apa yang saya minum adalah tidak lebih daripada apa yang diminum oleh (Dr) Mahathir (Mohamad) dan pemimpin Umno lain,” katanya.“Suruhanjaya Pilihan Raya sepatutnya tidak membenarkan kempen berniat jahat dan palsu berkenaan.”

Katanya lagi, SPR telah mengabaikan tanggungjawab mereka bagi menjalankan pilihan raya yang adil dan bebas.
"Mereka (SPR) membenarkan ugutan, maklumat palsu dan juga kempen secara tidak adil dan tidak dibenarkan oleh jentera BN. Tiada usaha bagi menghalang mereka," katanya.
Menurut Zaid, beliau jelas bahawa SPR berpihak kepada BN dan mahukan parti itu menang.
SPR juga katanya mesti menjalankan pilihan raya yang setanding dengan peraturan antarabangsa.

Sehubungan itu, Zaid mahu pemantau antarabangsa menghadiri pilihan raya kecil Sibu dan semua pilihan raya di negara ini pada masa hadapan.
"Saya cabar PM (Datuk Seri Najib Razak) jika beliau sebegitu popular seperti yang didakwanya, mengapa beliau takut untuk bertanding pada pilihan raya yang bebas dan adil dengan pembangkang?"
Zaid juga berkata pasukan antarabangsa penyokong Pakatan akan ditubuhkan di London pada Julai ini yang bertujuan mendapatkan sokongan supaya mendesak pilihan raya bebas dan adil dapat dijalankan di negara ini.

Monday, April 26, 2010

Anwar: BN Belanja RM65,000 Bagi Setiap Pengundi

MALAYSIAKINI : Barisan Nasional (BN) didakwa membelanjakan lebih RM100 juta bagi menjamin kejayaan mereka merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor, malam semalam.
Dalam satu kenyataan hari ini, ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meskipun membelanjakan RM65,000 bagi setiap pengundi, di samping kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya menjamin pemilihan yang bersih dan adil, ugutan polis serta usaha menghalang pengundi menjalankan tanggungjawab mereka, BN hanya mampu menang dengan majoriti yang tidak memberangsangkan.

“Ini bermakna BN gagal mempelajari apa-apa sejak pilihan raya umum 2008. Serangan peribadi, isu perkauman, rasuah dan paksaan mungkin boleh membantu untuk menang di satu atau dua kerusi, tetapi rakyat Malaysia, tidak akan terpedaya,” katanya.
Walaupun PKR ditumbangkan malam semalam, namun Anwar berkata pembangkang berjaya meningkatkan sokongan popularnya di Hulu Selangor.

” Kita tahu kita perlu berusaha lebih gigih untuk mendekati penyokong khususnya di kawasan terpencil dan pedalaman, khususnya di kalangan peneroka Felda,” katanya.
Timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali melahirkan sentimen yang hampir sama dan berpendapat pencapaian parti itu dianggap membanggakan di sebalik asakan padu daripada jentera BN.

“Kami gagal menembusi kubu-kubu kuat, khususnya di penempatan Felda tetapi keputusan pilihan raya itu satu tamparan kepada BN yang begitu angkuh bahawa mereka boleh menang dengan majoriti lebih 3,000 undi,” katanya dalam satu kenyataan.
“Kami anggap ia petanda bahawa polisi dan program Pakatan di terima rakyat, selepas dua tahun mengambil alih dan memberikan manfaat kepada mereka,” katanya.

Syed Husin berkata majoriti 1,725 undi yang diperolehi oleh BN jauh meleset daripada majoriti 6000 undi yang dimenanginya di ketiga-tiga kerusi dewan undangan negeri di parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum 2008.
“Tiada apa untuk Najib raikan,” katanya.

Hulu Selangor buktikan BN sudah tidak ada harapan


Abdul Aziz Mustafa ( harakahdaily )
KUALA LUMPUR, 27 April: Jika trend pengundian di Hulu Selangor berterusan hingga pilihan raya umum ke-13 nanti, Barisan Nasional (BN) tidak ada harapan lagi untuk memerintah semula Selangor, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu


"Jika trend pengundian dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April lalu menyeluruh di seluruh negara dan kekal sedemikian sehingga pilihan raya ke-13, Pakatan Rakyat (PR) akan kekal sebagai Kerajaan Negeri Selangor.

"Ia juga bermakna Pulau Pinang akan terus diperintah PR, Perak akan terlepas lagi dari cengkaman BN dan mungkin Negeri Sembilan juga akan terlepas dari cengkaman BN," katanya.
Walaupun tidak menolak kemungkinan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Selangor akan terlepas daripada PR, Mohamad menjangka lebih banyak kerusi Dun di negeri itu akan dapat dikuasai oleh PR dengan trend pengundian seperti itu.

Beliau juga melihat pilihan raya kecil Hulu Selangor itu memperjelaskan lagi bahawa isu dan sentimen perkauman amat dominan di kalangan para pengundi Melayu.
"Para pemimpin Umno berjaya memberikan gambaran kepada majoriti pengundi Melayu bahawa BN itu Melayu dan Melayu itu BN. Sebab itulah mereka mengundi BN," katanya.
Beliau juga melihat cabaran yang lebih besar kepada PAS di masa akan datang untuk menyedarkan rakyat mengenai pengkhianatan Umno dan BN terhadap orang-orang Melayu sejak negara belum mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

"Saya menyatakan begitu kerana majoriti pemimpin dan ahli PAS adalah orang-orang Melayu dan oleh kerana itu, PASlah yang memikul cabaran paling besar untuk menyedarkan orang-orang Melayu tentang tipu muslihat Umno yang menggunakan perkauman sempit untuk mengekalkan kuasa mereka," katanya.
Orang-orang Melayu, katanya, hendaklah dibebaskan daripada pemikiran sesat yang menyandarkan kepentingan Islam dan Melayu kepada Umno.

"Bertawakkal hendaklah kepada Allah, bukan kepada Umno. Malangnya, ada di kalangan pemimpin politik Melayu pun yang meletakkan Umno sebagai tempat bertawakkal kononnya untuk menjaga kepentingan Melayu dan Islam," kata Mohamad.

Beliau tetap optimis PR akan terus menawan hati rakyat jika para pemimpinnya memperlihatkan pentadbiran kerajaan yang bersih dari rasuah dan penyelewengan, hidup sederhana dan tidak bermewah-mewah dengan wang rakyat serta menjimatkan perbelanjaan negeri-negeri yang diperintah untuk dipulangkan kepada rakyat dan kepentingan mereka.
Mohamad juga mengucapkan terima kasih kepada para pemimpin dan ahli-ahli PAS di peringkat kawasan-kawasan yang bekerja bersungguh-sungguh untuk membantu PR dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor itu.

Saturday, April 24, 2010

PRK Hulu Selangor - AMK tahan 10 bas didakwa bawa 'pengundi hantu'

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menahan 10 buah bas yang dipercayai membawa pengundi hantu di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) cawangan Peretak di Hulu Selangor awal pagi tadi.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan bahawa kira-kira 80 anggotanya menahan bas tersebut yang membawa kira-kira 400 hingga 500 dipercayai pengundi hantu kira-kira jam 3.15 pagi tadi.

Susulan kejadian tersebut wakil AMK telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut di Ibu pejabat polis Daerah (IPD) Kuala Kubu Bharu kira-kira jam 3.45 pagi.

Menurutnya, tidak lama selepas laporan polis itu dibuat, dua kereta peronda polis tiba bersama empat anggota.

Bagaimanapun Shamsul Iskandar mendakwa, anggota polis tersebut tidak dapat berbuat apa-apa dan menyatakan "mereka tidak masuk campur, kena tunggu pegawai penyiasat datang"

"Bagaimanapun sampai sudah pun, pegawai penyiasat tak datang," katanya.

Shamsul berkata, selepas itu mereka berbincang dengan seorang penumpang bas tersebut yang mengakui sebagai anggota Pemuda Umno.

Bagaimanapun, katanya, rundingan tersebut tidak berhasil.

Berikutan itu, Shamsul mendakwa, bas-bas berkenaan bertindak beredar dari situ, yang didakwanya, menuju ke Rasa, Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa.

Pengundian bermula dengan jangkaan 56.2 % memihak Zaid

Zulkifli Sulong


HULU SELANGOR, 25 April: Berbekalkan anggaran kemenangan 56.2 untuk Pakatan Rakyat sebagaimana yang diramalkan oleh Zentrum Future Studies, 63,701 pengundi Hulu Selangor mula membuang undi pagi ini.

Mereka membuang undi di 48 pusat pengundian yang menyediakan 136 saluran mengundi di 47 buah sekolah bermula jam 8.00 pagi ini.

Proses pengundian ini diketuai oleh pegawai pengurus pilihan raya, Nor Hisham Ahmad Dahlan iaitu Pegawai Daerah Hulu Selangor.

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandingnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia bulan lalu akibat barah otak.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara ketua penerangan MIC P.Kamalanathan dari BN dan bekas ahli parlimen Kota Bharu Datuk Zaid Ibrahim dari PKR yang mewakili Pakatan Rakyat.

Polis pula menggerakkan lebih 1,000 petugas dan beberapa helikopter bagi memastikan proses mengundi berjalan lancar.

Pilihan raya ini menyaksikan kedua-dua pihak turun dengan sepenuh tenaga yang mereka ada samada di pihak BN atau PR. BN misalnya menurun semua pemimpin utamanya termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir.

Menjadi satu yang luar biasa juga apabila PM turun sendiri secara penuh masa dengan berkempen di seluruh kawasan pilihan raya sedangkan menjadi amalam BN sebelum ini pilihan raya kecil biasanya diserahkan kepada timbalan sahaja.

Malam tadi, Pakatan Rakyat menamatkan sessi kempennya di stadium mini Kuala Kubu Baru. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan lain-lain pemimpin Pakatan berucap di situ. Stadium itu penuh sesak dengan manusia dan dianggarkan sekurang-kurangnya 20,000 memenuhinya.

Sebelum itu, Nik Aziz berucap di Dewan Komuniti Serendah yang penuh sesak dengan orang ramai dari pelbagai kaum.

Namun begitu, dalam pilihanraya ini Nik Aziz dilihat tidak perlu memberikan ucapan yang hebat, cukup sekadar meminta pengundi mengundi Zaid. Beliau hanya perlu hadir, lambaikan tangan dan orang ramai akan memenuhi tempat beliau datang.

Para pemimpin BN, menurut laporan media mereka, yakin akan menang dalam pilihan raya ini. Najib sendiri memberitahu kebinetnya BN akan menang.

Bilik gerakan PAS pula menjangka, calon PR akan menang. "Jika keluar mengundi 75 peratus, kami jangka akan menang sekitar 556 undi," kata Pengarah Operasi jentera pilihanraya PAS, Jamaliddin Elias kepada Harakahdaily dua hari sebelum mengundi.

Bilik gerakan PKR pula melaporkan, sasaran mereka untuk mendapat 43 peratus pengundi Melayu bolehkan dikatakan tercapai. Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, pihaknya menjangka akan menang.

Zentrum pimpinan Dr Abu Hassan Hasbullah yang membuat kajian lapangan secara agresif kali ini telah mengeluarkan laporan setiap jam semalam. Ia bermula dengan kemenangan berpihak kepada PR diwaktu pagi, BN menang di waktu tengahari tetapi berakhir dengan kemenangan bergaya di pihak PR pada akhir malam tadi 56.2 peratus untuk PR dan 43.8 peratus untuk BN.

Berikut antara statistik yang diberikan oleh Zentrum.

10:00 pagi - BN 47.6% PR 52.4%

11:00 pagi - BN 49.4% PR 50.6%

12:00 tengah hari - BN 50.2% PR 49.8%

1:00 petang- BN 49.3% PR 50.7%

2:00 petang - BN 47.2% PR 52.8%

Langsung : Hari Pengundian PRK Hulu Selangor

11.25 am : SPR memaklumkanpPeratus keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi adalah 24,645 iaitu 38.21 peratus.

11.20 am : Di Sek. Keb. Ulu Yam Baru- Pemuda BN dilihat mendominasi keadaan. Gelagat sorakan mereka hanya diperhatikan penyokong Pakatan rakyat

11.15 am: Sukarelawan PKR, Maznah Abdul Aziz, 59 mendakwa seramai empat pengundi kaum Tionghua di Sek. Keb. Batang kali Baru terkejut apabila dimaklumkan SPR bahawa nama mereka masing-masing telah dipindahkan ke Parlimen Kepong.

11.10 am : Datuk Zaid Ibrahim tiba di Sek. Keb. Bandar Baru Batang Kali. Beliau bagaimanapun hanya meninjau dari kenderaan yang dinaikinya akibat jalan terlalu sesak.

Beliau bagaimanapun sempat bertanya khabar pengundi yang datang membuang undi dan bersalam dengan penyokong yang berbaris di tepi jalan.

11.05 am : Di Sek. Men. Ampang Pecah-Penyokong PR terus berlawan sorak dengan penyokong BN. Di sebelah PR, mereka melaungkan " enjin jet hilang...BN, curi pasir...BN" manakala di sebelah BN mereka hanya membalas " dua tahun perintah tak buat apa-apa".

Biarpun berbalas sorakan, keadaan masih terkawal dengan beberpa anggota keselamatan dihat cuba menenangkan penyokong dari kedua belah pihak.

11. 00 am : Di Sek. Men. Ampang Pecah- Berlaku sedikit kekecohan apabila pihak polis tidak membenarkan petugas media termasuk wartawan dan jurugambar masuk ke kawasan pembuangan undi biarpun mempunyai pas SPR.

10.45 am : Di Sek. Men. Ampang Pecah- Kekecohan berlaku antara penyokong kedua-dua pihak. Mereka pada mulanya salang berbalas sorakan sehingga membawa kepada perang mulut yang hampir-hampir mencetuskan pergaduhan.

Beberapa anggota polis dilihat berkawal ditengah-tengah kedua-dua penyokong.

10: 40 am: Pemimpin Pakatan Rakyat bersama penyokong sedang giat menjalankan tugas meraih undi di Sek. Men Batang Kali Baru.

Zaid Ibrahim dijangka tiba di sini sedikit masa lagi. Para wartawan sedang berkumpul di sini difahamkan mahu bertemu dengan Timbalan Pengerusi SPR berhubung isu jumlah pengundi Kampung Tanjong yang sebelum ini sebahagian besar dipindahkan ke Selayang.

10.35 am : Di Sek. Keb. Bukit Rasa- Ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut laungan 'Yahudi', 'Israel', 'Umno Israel' dan 'rasuah' oleh penyokong Pakatan Rakyat.

Jumlah keluar mengundi di sini seramai 366 orang setakat jam 10 pagi ini.

10:30 am : Menurut SPR, sehingga jam 10 pagi tadi, seramai 16,932 atau 26.25 peratus sudah keluar mengundi.

10.23 am : Di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu-Sekumpulan petugas SPR mengarahkan pondok panas yang didirikan kedua dua parti bertanding berdekatan pusat membuang undi dialihkan.

Penyokong bagaimanapun dilihat akur dengan arahan tersebut, dan beramai ramai mengusung khemah yang dijadikan pondok panas dan dialihkan ke kasawan lain.

10.20 am : Tercetus kekecohan apabila Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Salleh sampai di sini.

Sekumpulan penyokong BN menolak beliau sehingga hampir jatuh.

Dua remaja dari pihak masing-masing hampir bertumbuk tetapi sempat ditenangkan pihak Polis

10: 17 am : Sek. Keb. Bandar Bharu Batang Kali. suasana mula hingar bingar mula berlaku ekoran saling berbalas sorakan oleh kedua-dua belah pihak penyokong.

Para wartawan berkumpul di sini sekoran menunggu ketibaan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

10:15 am: 4 buah tarak FRU lagi dilihat tiba di sini menjadikan jumlah keseluruhan 9 buah.

10.00 am : 5 buah trak FRU penunh dengan anggota tiba di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu untuk megawal sebarang kemungkinan. Suasana bagaimanapun masih terkawal manakala lalu lintas masih bergerak perlahan.

9.50 am : Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim akan memulakan sesi lawatan ke pusat mengundi di Sek. Keb. Bandar Bharu Batang Kali jam 10.00 pagi ini.

9.40 am : Pimpinan PAS Kelantan termasuk Exco kerajaan YB Baihaqi Atiqullah serta Ahli Parlimen Rantau Panjang bersama penyokong Pakatan merayu undi di Sek. Keb. Batang Kali.

Sekumpulan remaja lelaki membuat aksi 'wheely' sambil mengibar bendera BN dihadapan pemimpin dan penyokong pakatan.

9.30 am : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim juga tiba di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu meninjau suasana pengundian.

Beliau disambut penyokong dan juga pengundi di kawasan berkenaan.

Sehingga kini, hanya penyokong Pakatan Rakyat sahaja berbaris di tepi jalan menuju ke pusat pengundian di sini manakala penyokong BN masih belum kelihatan.

9.27 am: Sekumpulan pemuda Pakatan Rakyat sedang berbalas sorakan dengan puteri Umno dan pemuda BN di Sek. Keb. Batang Kali.

Pemuda PR melaungkan 'tutup aurat' dan dibalas sorakan oleh pemuda BN.

9.25 am : Exco Selangor, Rodziah Ismail bertemu pengundi di Sek. Keb. Batang Kali.

9.20 am : Pengarah Pilihanraya PKR, Fauziah Salleh tiba di Sek. Ren J.K.C Khing Ming meninjau suasana.

9.15 am : Penyokong Pakatan Rakyat dan BN sedang hangat berbalas sorakan di sepanjang jalan Sek. Keb Batang Kali. Jalan pada waktu ini penuh sesak.

Para pengundi dilihat mula ramai datang dan masuk ke kawasan pusat mengundi.

9.00 am : Jalan menghubung pekan-pekan utama di Hulu Selangor kini sesak dengan kenderaan.

Kenderaan dari jalan Kuala Kubu menuju ke Batang Kali juga kini dilaporkan tidak bergerak akibat kesesakan.

8.50 am: Di pusat pengundian Sek. Ren J.K.C Khing Ming, kawasan pengundi Cina, keadaan juga masih lagi lengang.

Peyokong Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP berbaris di sepanjang jalan membawa bendera dan poster calon.

Hadir sama, Exco kerajaan negeri Selangor, Ronie Liu. Penyokong BN bagaimanapun tidak kelihatan.

8.30 am : Didapati suasana pengundian sehingga jam 8.30 pagi ini masih belum rancak. Kehadiran pengundi masih lengang di kebanyakan pusat mengundi.

8.20 am : Sekumpulan penyokong BN dipercayai pemuda lasak Umno mula menunjukkan aksi nakal kepada penyokong PR di Sek Keb Bukit Sentosa. Keadaan bagaimanapun masih lagi terkawal.

8.15 am : Difahamkan jam 5 pg tadi, pemuda AMK menahan sebuah bas yang didakwa membawa pengundi hantu berdekatan IKBN Ampang Pecah. Mereka kemudiannya dikepong oleh sekumpulan pemuda lain namun berjaya dikawal pihak keselamatan.

8.05 am : Di Sek Keb. Rasa, Para petugas dari PAS dan Keadlilan memulakan tugas di barung dan tepi jalan dengan mengibarkan bendera parti dan poster calon.

8.00 am : Proses pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor bermula sebaik sahaja 48 pusat mengundi dibuka tepat jam 8.00 pagi.

Ianya akan tamat jam 5 petang dan semua peti undi akan dikumpulkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Hulu Selangor.

Aduan polis Orang Asli 'dihalang' mengundi

malaysiakini

Anggota exco Selangor Elizabeth Wong membuat laporan polis awal pagi ini di pejabat polis Kuala Kubu Bahru kerana mendakwa terdapat percubaan untuk menghalang pengundi dari dua perkampungan Orang Asli daripada keluar mengundi dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini.

Dalam laporannya, Elizabeth yang juga ADUN Bukit Lanjan mendakwa beliau menerima aduan daripada rakan-rakan dari kalangan Orang Asli yang mendakwa terdapat 'samseng' yang mengawal jalan masuk ke perkampungan mereka.

Seorang individu yang cuba mengambil gambar telah ditumbuk oleh salah seorang lelaki di sekatan di pintu tersebut.

Elizabeth berkata, beliau telah mengenal pasti dua perkampungan terbabit sebagai Kampung Orang Asli Kirling dan Kampung Orang Asli Pertak.

Elizabeth percaya ia bertujuan untuk menghalang Orang Asli daripada keluar mengundi hari ini.

Difahamkan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan sebahagian besar masyarakat Orang Asli mencenderung menyokong Pakatan Rakyat dan mungkin mengundi PKR hari ini.

Elizabeth berkata, beliau mahu polis bertindak segera membuang halangan di dua perkampungan Orang Asli terbabit.

Pengundi usah termakan janji BN

Mohamed Noor Jaafar ( harakahdaily )

HULU SELANGOR, 24 April: Pelbagai janji manis ditabur Barisan Nasional (BN) sejak bermulanya kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, 17 April lalu tetapi belum tentu dapat dinikmati rakyat terutama pengundi di Hulu Selangor selepas mereka membuang undi esok.

Semuanya ibarat ‘menanam tebu di bibir mulut’ yang hanya bertujuan meraih undi dan memenangkan calon mereka.

Memang itulah sikap BN yang menjijik dan memuakkan rakyat seperti yang dilakukan pada setiap kali pilihan raya kecil.

BN dengan pelbagai jentera daripada agensi kerajaan menjanjikan beberapa projek termasuk pembinaan sekolah baru, tembatan banjir, perumahan kepada peneroka, bantuan baiki rumah, baik pulih masjid, bantuan kepada peneroka Felda yang ingin jadi usahawan dan peruntukan tambahan untuk baiki bumbung rumah pangsa.

Pakatan Rakyat hanya menawarkan apa yang mampu dilaksanakan seperti memberi bantuan pelajaran kepada anak keluarga miskin, hak milik tanah, pengecualian cukai pintu serta air percuma kepada penduduk.

Dalam masa dua tahun memrintah, rakyat Selangor sudah menikmati kemudahan dan bantuan disediakan kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, termasuk elektrik percuma, air percuma dan bantuan khairat kematian RM2,500 kepada semua kaum dan lain-lain.

Ketika inilah kalau nak lihat muka bapak menteri dan pemimpin bertemu rakyat, selepas mereka menang atau kalah pilihan raya nanti, bayang mereka pun tidak nampak sampai ke pilihan raya akan datang.

Sekarang ini mereka ambil kesempatan buat sibuk meninjau pelbagai masalah rakyat dan melawat setiap ceruk rumah penduduk untuk menggambar mereka prihatin dengan masalah rakyat.

Kalaulah mereka benar-benar jujur untuk membela nasib rakyat, dalam masa berpuluh tahun memerintah takkan sampai sekarang nasib rakyat masih tidak terbela.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sendiri sudah mengakui kesilapan BN sehingga parti itu dihukum rakyat pada pilihan raya umum lalu menyebabkan mereka negeri dikuasai Pakatan Rakyat.

Hishammuddin sekarang ini merayu kepada pengundi Hulu Selangor supaya sekali lagi memberi peluang kepada BN membaiki kesilapan lalu.

Takkanlah begitu mudah rakyat di Hulu Selangor boleh melupakan kesilapan lalu yang dilakukan BN.

Ada baiknya pengundi di Hulu Selangor memberi peluang kepada calon PKR yang mewakili Pakatan rakyat, Datuk Zaid Ibrahim membela nasib mereka daripada mengharap BN seperti ‘menunggu buah tidak luruh’.

BN ini boleh dikatakan ‘cakap tidak serupa bikin’. Mereka sebenarnya menzalimi rakyat apabila menafikan hak royalti minyak kepada Kelantan dan sebelum ini Terengganu ketika diperintah PAS.

Bagi meyakinkan rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak kononnya menugaskan Datuk Seri Noh Omar mengawasi semua janji itu ditunaikan.

Sidang Parlimen : Azmin Ali - UMNO Bermati-matian Pertahankan APCO

Bahagian 2

sumber : anwaribrahim blog

Sidang Parlimen : Anwar - Kamu Boleh Hukum Saya, Tetapi Kamu Tidak Boleh Lari Dari Fakta


Sidang Media Pakatan Rakyat

Video Ehsan Malaysia Kini.com

Dari TV Selangor

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas pemerintah kerana mempertahankan kerjasama Umno-APCO, yang mempunyai pertalian jelas dengan unsur-unsur Zionis. Continue reading ‘Anwar: Kamu Boleh Hukum Saya, Tetapi Kamu Tidak Boleh Lari Dari Fakta’

Nik Aziz terus gempur kubu Umno

malaysiakini

Tidak seperti dijangka, kehadiran menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat kurang berjaya merancakkan sokongan masyarakat Melayu di Hulu Selangor terhadap calon PKR.

Hanya sekitar 400 orang hadir ketika Nik Abdul Aziz merasmikan program Konvensyen Anak Felda di rancangan Felda Sungai Tengi hari ini.

Beliau juga hadir untuk menyelamatkan Datuk Zaid Ibrahim, calon PKR daripada serangan berbentuk peribadi yang dilancarkan BN hinggalah ke saat akhir kempen hari ini.

Program hari ini, yang menyediakan pentas ucapan kepada Nik Abdul Aziz, berkenaan diuar-uarkan sebagai satu saluran untuk menarik sehingga enam peratus lagi sokongan daripada golongan pengundi muda di kawasan tersebut.

Tinjauan Malaysiakini ke atas beberapa orang pengundi bagaimanapun menunjukkan Nik Abdul Aziz gagal memainkan peranan itu.

Pengamatan Malaysiakini menunjukkan, Nik Abdul Aziz turut mengupas isu pengambilan arak dan judi, seperti yang didakwa ke atas Zaid oleh BN.

Namun, beliau dilihat lebih berusaha untuk 'menyelamatkan' PAS daripada dikaitkan dengan isu tersebut.

Katanya, tidak ada masalah untuk Pakatan Rakyat bergabung atas dasar persefahaman ideologi.

Sebelum ini PAS menjangkakan akan meraih sehingga 60 peratus undi daripada kawasan majoriti Melayu ini.

Kawasan Hulu Bernam menjadi taruhan dalam pilihan raya kecil kali ini untuk meraih 66.4 peratus pengundi Melayu daripada keseluruhan kira-kira 17,400 orang pengundi.

Dua DUN lain dalam kawasan parlimen Hulu Bernam mempunyai 30.4 pengundi Melayu di Kuala Kubu Bharu dan 58.5 peratus di Batang Kali.

Namun kawasan Hulu Bernam menjadi taruhan utama kerana didiami golongan peneroka di empat kawasan rancangan Felda.

Pemilihan Zaid yang dikenali dengan buku "Saya juga Melayu" itu bagaimanapun mungkin memberi kelebihan kepada PKR.

Beberapa poster dan kain rentang yang dikesan di kawasan ini menunjukkan sebahagian daripada pengundi Melayu akan mengundi berdasarkan pilihan kaum.

Mesej dari Dato Zaid Ibrahim


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Teman, taulan, dan rakyat Malaysia sekalian. Esok, hari Ahad 25hb April 2010, merupakan satu hari yang cukup penting bagi negara demokratik muda kita. Rakyat Hulu Selangor akan membuang undi dan memilih Ahli Parlimen baru mereka. Apakah keputusan PRK ini bermakna rakyat Malaysia masih mahukan perkara yang sama berleluasa: pentadbiran yang tidak cekap, politik rasis yang mengadu-domba, rasuah berleluasa?

Atau apakah kita sudah bersedia menyatakan pendirian kita?

Esok, rakyat Hulu Selangor harus membuat pilihan. Tapi, kita boleh turut serta mendampingi mereka.

Bagi anda yang mendaftar sebagai pengundi di kawasan parlimen P94, saya minta:

- pastikan lokasi membuang undi anda di http://daftarj.spr.gov.my/prkp094/prayakecil.aspx

- pulanglah ke Hulu Selangor awal, kemungkinan jalanraya sesak.

- keluarlah mengundi seawal yang mungkin.

Bagi anda yang tidak berdaftar sebagai pengundi di P94, tapi menyokong perjuangan kami, saya minta:

- ajaklah teman-teman yang boleh mengundi di P94 untuk pulang mengundi

- berikan bantuan anda dari segi masa, kenderaan dan sebagainya di Pusat Media PKR di Kuala Kubu Bharu

- sebarkan maklumat melalui status Facebook dan Twitter anda

- datanglah ke Kuala Kubu Bharu untuk memberi sokongan moral

Terima kasih sekali lagi di atas sokongan dan bantuan semua. Perjuangan kita baru bermula.

Sama-sama Selamatkan Malaysia.

- Datuk Zaid Ibrahim

Thursday, April 22, 2010

Anwar Cabar Najib Debat Di Hulu Selangor Pasal APCO


Suara Keadilan:

Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat di hadapan rakyat Hulu Selangor berhubung penglibatan firma pro Zionis Israel, Apco Worldwide dalam pentadbiran kerajaan Malaysia.
“Saya cabar Najib berdepan dengan rakyat pada malam terakhir sebelum hari pengundian untuk memberi penjelasan tentang penglibatan Apco Worldwide dalam pentadbiran negara, saya ada maklumat lengkap tentang penglibatan ini.
“Kita boleh beri berapa lama masa yang dia perlukan janji dia berani berdepan dengan rakyat untuk memberi penjelasan. Jangan hantar orang suruhan saja,” jelasnya pada ceramah di Batang Kali semalam dihadapan ribuan penyokong.
Beliau juga menjelaskan tentang dasar kerajaan negeri Selangor dalam memberi kebajikan kepada rakyat selain meminta rakyat membuat pilihan yang bijak pada hari pengundian nanti.
“Sebelum ini saya sudah jelaskan dasar kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya di negeri Selangor yang telah terbukti memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
“Saya berharap rakyat akan membuat pemilihan yang terbaik agar seluruh penduduk di Hulu Selangor akan terbela, kita kena pilih calon yang berprinsip seperti Datuk Zaid Ibrahim yang jelas tentang pegangan beliau tanpa memikirkan kepentingan peribadi.
“Sebelum ini saya dah beritahu kepada keluarga Zaid agar bersiap sedia menghadapi serangan kotor dari Umno kerana mereka ini akan menggunakan apa saja tanpa memikirkan akibat selepas itu. Tengok apa yang berlaku sekarang, Umno membuat serangan peribadi.
“Saya harap keluarga Zaid dapat hadapi semua itu dan jangan bimbang kita sentiasa memberi sokongan kepada Zaid,” jelasnya lagi.
Anwar juga memberitahu setiap kejahatan yang ingin dilindungi tidak akan bertahan lagi sampai masanya terbongkar juga.
“Berapa lama Najib nak sembunyikan penglibatan rasuah dalam pembelian kapal selam, di Malaysia bolehlah di selindungi tetapi kalau di Paris macam mana nak tutup. Sekarang kes rasuah berkaitan dengan pembelian kapal selam sudah di bongkar di sana dan akan difailkan di mahkamah Paris, Najib kena jawap jangan lepas tangan begitu saja kerana ini melibatkan maruah negara,” tegas Anwar lagi.Beliau menegaskan apa yang berlaku di dalam KEADILAN tentang calon yang lompat adalah satu proses memantapkan parti.
Ini juga telah berlaku kepada PAS sebelum ini yang menyebabkan PAS menjadi parti yang mantap sehingga Barisan Nasional takut hendak menghadapinya.

Keluar AMK kerana tidak dapat jawatan

M Faqih ( harakahdaily )

KOTA BHARU, 22 April: Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir difahamkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad kecewa selepas hasratnya untuk dilantik sebagai Penyelia Dun Kuala Balah tidak tercapai menyebabkan dia kecewa.
“Saya sebenarnya sudah dengar cerita itu sebelum ini. Wan Khairul mengugut mahu keluar parti kalau tidak mendapat jawatan yang diimpikan.
“Bagi saya setiap pejuang perlu berjiwa besar dan tidak boleh mudah merajuk kalau tidak dapat apa yang diimpikan,” katanya.
Abdul Aziz yang juga anggota parlimen Ketereh berkata, beliau difahamkan hasrat Wan Khairul membawa keluar lebih ramai pemuda termasuk AMK Cabang Ketereh gagal.
”Lebih menghairankan juga apabila bekas Setiausaha AMK Kelantan, Muhammad Ezri Zainal Abidin yang telah lama dipecat diumumkan keluar bersama Wan Khairul.
“Sedangkan Ezri tidak lagi memegang jawatan berkenaan, Setiausaha AMK Kelantan sekarang Tarmizi Mohd Yusof dari Kuala Krai,” katanya ketika dihubungi di parlimen.
Sebuah portal berita hari ini melaporkan Wan Khairul mengumumkan keluar PKR pada satu sidang akhbar tanpa diberitahu tempatnya.
Beliau dilaporkan berkata, tindakannya itu kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Jika ditoleh ke belakang, beberapa hari menjelang pilihan raya umum ke-12 lalu, dua pemimpin parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan membuat pengumuman keluar dari parti itu di sebuah hotel di tepi sungai.
Bekas pemimpin PKR Gua Musang, Nor Azman Mohd Amin dan Abdul Hamid Ahmad mengumumkan keluar parti terbabit. Hadir sama pada pengumuman tersebut pemimpin Umno Kelantan.
Sekarang mereka tiada lagi dalam arus politik, biar pun mungkin mengharap mendapat imbalan kalau-kalau Umno dapat merampas Kelantan pada pilihan raya tersebut.
Hari ini langkah serupa diambil Wan Khairul Ihsan apabila mengumumkan keluar parti berkenaan.
Namun pengumuman itu bukan dibuat di Kelantan sebaliknya di Selangor.
Difahamkan petang semalam, beliau ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa sebelum berlepas ke Kuala Lumpur.

Wednesday, April 21, 2010

Siapa rasmi kilang arak ?

sumber : blog cina islam , 6 Jamadil Awal 1431H.



Gambar-Gambar Pada Tahun 1966 Bilamana Perdana Menteri Malaysia yang Pertama merangkap PRESIDEN UMNO YANG KE-2Merasmikan Kilang Guinness Malaysia Bhd 1966.

Anwar: Jangan mangsakan penyokong BN


Malaysiakini

Penasihat ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan ahli majlis kerajaan tempatan di negeri itu supaya tidak menjadikan pengundi yang menyokong BN sebagai ‘mangsa’.

Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, pentadbiran kerajaan Selangor tidak sepatutnya mencontohi kaedah yang dilakukan kerajaan persekutuan.

“(Mereka) kalau nampak orang PAS, dari jauh lagi dia sekat. Masa saya jadi menteri dulu lagi saya tegur.

“Saya kata kalau orang PAS benci kepada Umno, mustahil dia akan sokong kalau ada sikap seperti ini,” kata Anwar.

Jelasnya, amalan seperti itu dikesan berlaku di negeri Kedah sebelum ini.

“Tiang elektrik ada, lampu ada, tapi bila sampai dekat kampung PAS, lampu tak ada,” katanya lagi di majlis yang diadakan di sebuah dewan di Batang Kali pagi ini.

Bercakap dalam sesi dialog dengan kira-kira 200 orang ahli majlis berkenaan, beliau juga memberi contoh usaha yang dijalankan Selangor dalam mengambil alih pengurusan air di negeri itu.

“Saya ditugaskan untuk melihat memorandum tentang air.

“Saya tahu sebab dulu saya menteri. Semua perjanjian yang dibuat adalah untuk memperkukuhkan kedudukan persekutuan,” katanya.

Jelasnya lagi kerajaan Selangor juga mempunyai bidang kuasa yang lebih kecil dalam menghadapi situasi tersebut.

“Di negeri kita cuma ada penasihat undang-undang, tapi di (peringkat) persekutuan mereka ada peguam negara,” katanya.

Di majlis itu juga beliau menerima memorandum mengandungi senarai masalah yang dihadapi oleh Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

Memorandum berkenaan diserahkan oleh Yang Dipertua MDHS, Tukiman Nail.

Tukiman sebelum ini menerima ‘penghinaan’ daripada Datuk Seri Mohd Khir Toyo – menteri besar ketika itu – apabila ‘dihadiahkan’ sebatang penyapu ekoran prestasinya MDHS yang kurang memuaskan.

Tuntut bangunan Umno, Zaid tahu undang-undang

harakahdaily

KOTA BHARU, 21 April: “Kenapa sekarang baru timbul? Kenapa tidak dulu-dulu? Nampak sangat macam hendak menjatuhkan imej Zaid sebagai seorang yang tidak beramanah, lebih-lebih lagi dalam keadaan beliau dipilih sebagai wakil calon," kata Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata demikian ketika mengulas tindakan Umno Bahagian Kota Bharu, semalam mengadakan satu perhimpunan menuntut bekas Ketua Bahagian itu, Datuk Zaid Ibrahim menyerahkan semula bangunan Umno yang didakwa miliknya kepada Umno bahagian itu.

Perhimpunan tersebut diadakan di pekarangan bangunan terbabit petang semalam dan diketuai anggota jawatankuasanya, Datuk Kamaruddin Abdullah.

Takiyuddin, dalam reaksinya dari perspektif undang-undang berkata tuntutan dilakukan itu mesti sesuai dengan status tanah termasuk bangunan.

"Apa status tanah dan bangunan itu? Apakah betul ia nama Umno atau sebaliknya,” soal Takiyuddin semasa dihubungi.

Katanya, Zaid sebagai seorang peguam sudah semestinya lebih maklum aplikasi undang-undang serta kesan disebalik tindakannya.

“Kalau betul tanah dan bangunan itu nama Umno takkan Zaid berani pegang begitu tanpa menyerahkan pada pemilik sebenar,” katanya yang juga peguam.

Sementara itu beliau yang merasa agak pelik dengan desakan tiba-tiba itu membayangkan betapa lemahnya kredibiliti Umno.

“Ya lah…sebuah bangunan tersergam indah selama ini yang lengkap bertulis dan berlambangkan Umno rupa-rupanya masih kabur, tak tahu kemana hulu atau hilir.

“Seolah-olah pernah berlaku gadaian ke atasnya sebelum ini sampai terpaksa berdemonstrasi bagi menuntut semula haknya,” katanya.

Zaid dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipilih sebagai calon untuk mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kerusi parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Pilihan raya menyaksikan pertarungan satu lawan satu itu Zaid akan bertemu dengan calon Barisan Nasional yang mempertaruhkan P. Kamalanathan dari MIC.

Gambar : SAMM NS / penang / johor / kedah ke hulu selangor bagi memeriahkan proses penamaan calon P094...!!!!

SESUNGGUHNYA PERUBAHAN HARUS DIDESAK, BUKAN DITUNGGU!!!!sdri Sha dari srikandi keadilan menaikkan semangat seluruh anak muda yang hadir...
bekas naib presiden MIC dato S.Subramaniam menyampaikan mesej kepada masyarakat india di hulu selangor...

sdra din binjai menceritakan kepada rakyat tentang pembohongan fairus dan zahrain al katakki yang kini menjadi hanjing penyerang berbayar umno apco!!!
salah seorang tok batin orang asli yang menyatakan dengan jelas bahawa masyarakat pribumi kini telah sedar dan bangkit utk melawan UMNO APCO!!!!
sdra blogger cucu mat kilau juga memberi amaran kepada UMNO APCO agar jangan sesekali mencabar rakyat!!!
dato' johari abdul juga berada diatas pentas utk menyampaikan kata2 semangat kepada penyokong dan pengundi2 yang hadir.....
chegubard telah memulakan aksinya selepas berjaya diselamatkan rakyat yang hadir apabila pihak polis ingin menangkap kumpulan SAMM yang memakai baju SIAPA ARAH BUNUH ALTANTUYA?....hidup rakyat!!!

antara banner yang menjadi kemarahan pihak polis dan UMNO APCO, BN...
ha! sapo punyo kojo ni!!!??? tapi inilah realitinya...
baju edisi Altantuya yang dicipta oleh SAMM ini telah mendapat perhatian di kalangan semua penyokong Pakatan Rakyat. ramai yang datang berjumpa kami untuk membeli baju ini, akn tetapi kami memohon maaf yang amat sangat kerana baju ini dibuat hanya untuk hari penamaan calon P094 ini sahaja.. tapi insyaallah, kami akn keluarkan baju SAMM yang sebenar dalam masa terdekat dan boleh dirujuk dalam blob ini..

cantik design baju israel APCO bergabung dengan BN tu pakcik!!!

salah seorang unit AMK dari selangor yang ingin bergambar dengan ketua SAMM @ ahli MPP PKR, sdra chegubard..
penyokong yang datang awal dilihat sangat bersemangat utk menyambut calon Pakatan Rakyat sdra Dato' Zaid Ibrahim di pusat penamaan calon..
ha! apo kono plak ni si buak dengan sani ni!!
konvoi SAMM disertai hampir 20 biji kereta & keseluruhan aktivis SAMM seramai seramai 54 orang kesemuanya..
kem SAMM negeri sembilan adalah yg terawal tiba di bukit beruntung hulu selangor. maklumlah dekat!!! diikuti SAMM penang dan Kedah yang dikepalai sdra Din Binjai tiba dalam jam 3pagi...rombongan yang terakhir tiba adalah SAMM johor yang diketuai sdra poji BP..masing2 muka memang sembap tapi ceria apabila terlihat ketua penyelaras SAMM sdra chegubard dalam keadaan rileks dan slumber je..

- Sumber dari Blog SAMM

Tuesday, April 20, 2010

Saya sudah taubat pemimpin Umno terus dengan arak

Nazri Abdullah

PETALING JAYA, 20 April: Calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata beliau kenal ramai pemimpin Umno yang mengambil alkohol sepertinya dahulu yang terus begitu ketika beliau sendiri sudah menghentikannya namun dia tidak berniat untuk mengaibkan mereka.

Beliau sewaktu wawancara eksklusif bersama Harakah dan Harakahdaily semalam memberitahu, isu itu sengaja ditimbulkan pemimpin Umno/BN setelah beliau menyertai Pakatan Rakyat kerana mahu menjatuhkan karier politiknya. [LIHAT VIDEO]

"Saya berterus terang, itu dulu, dalam Umno pun ramai menteri-menteri macam saya dulu, tapi tidak menjadi isu pada waktu itu.

"Peribadi saya, karektor saya, Islam saya dipersoal setelah saya bersama-sama Pakatan Rakyat,” katanya yang juga pernah menjawat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menurutnya, apa yang berlaku itu adalah sejarah lampau yang sudah lama ditinggalkannya yang berbeza dengan sesetengah pemimpin Umno lain yang masih tidak dapat meninggalkan tabiat buruk itu.

"Saya manusia, dalam lumrah hidup kita adalah salah silap, tapi yang pentingnya apakah saya insaf dan sedar.

"Itulah beza saya dengan menteri Umno, saya berterus terang bukan hipokrit," tambahnya lagi.

Mengenai serangan peribadi oleh Umno terhadapnya, beliau menyerahkan kepada pengundi Hulu Selangor untuk menilai sikapnya setelah membuat pengakuan jujur sebelum ini.

Berhubung tuduhan bahawa beliau kaki judi pula, Zaid berkata semua tohmahan yang dilemparkan Umno itu tidak betul, sebaliknya perkara itu dilakukan pemimpin Umno.

"Kaki judi ini sebenarnya langsung tidak betul, yang berjudi besar sebenarnya di kasino-kasino adalah menteri-menteri Umno, berjuta-juta ringgit, hutang tak bayar, tidak ada apa-apa tindakan terhadap mereka.

"Tapi saya tak nak sebut dan tak nak aibkan mereka," jelasnya.

Sewaktu bertanding sebagai calon Umno/BN pada PRU 2004 di Kelantan, katanya, PAS sebagai parti lawan pada waktu itu langsung tidak menyentuh isu peribadinya biarpun parti Islam itu tahu latar belakang dirinya.

Tetapi pemimpin Umno kini sangat terdesak dan sangat takut sehingga terpaksa menggunakan taktik jahat menyerang peribadinya.

"Inilah budaya politik Umno sebenarnya, politik manusia yang takut kuasa mereka hilang.

"Inilah petanda mereka sedang cemas," katanya.

Monday, April 19, 2010

Antara Yang Di Rakam Di Hulu Selangor Ketika Penamaan Calon

( Antara kereta yang menjadi mangsa keganasan penyokong BN..Cermin kereta pecah akibat lontaran objek yang dibuat oleh BN )
( Antara bahan balingan yang di lontar oleh Pemuda BN/UMNO..Lihat sahaja botol air mineral tersebut yang ada berlogo UMNO.Sila zoom gambar ini jika tidak nampak jelas )
( Pencatat : Saiful Amri bersama Exco Kerajaan Negeri Kelantan YB.Dato.Nik Amar duduk bersama di bawah pokok selepas dan sambil melihat gelagat penyokong BN yang hilang arah tujuan dengan melontar batu,kayu,botol dan sebagainya kearah penyokong PR )

( Antara penyokong PR yang telah di tumbuk di bahagian mata..kesan lebam mata beliau.Ini antara gambar yang dirakam.Ramai lagi yang cedera di dahi,kepala dan sebagainya akibat lontaran biadap oleh penyokong BN )

( Penyokong Wanita dari PKR )
( Ahli PR Kawasan Pontian bersama YB.Azmin Ali semasa penamaan calon hulu selangor )
( Keadaan luar masjid antara jam 6 pagi.Ribuan penyokong sudah berhimpun selepas solat subuh )
( Keadaan dalam masjid..ribuan penyokong PR kesemuanya berada di dalam masjif untuk melakukan solat subuh )
( Turut kelihatan Bakal YB hulu Selangor yang baru Dato Zaid Ibrahim serta untuk bersama bersolat subuh di masjid )