Syarahan Perdana Bersama Selebriti Bob Lokman di Dun Pulai Sebatang 17/10/2011

Syarahan Perdana Bersama Selebriti Bob Lokman di Dun Pulai Sebatang 17/10/2011

Ceramah Isu Semasa di Dun Benut 5/10/2011

Ceramah Isu Semasa di Dun Benut 5/10/2011

PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PONTIAN

PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PONTIAN

CHE'GUBARD,SAIFUL AMRI DAN BOB LOKMAN

CHE'GUBARD,SAIFUL AMRI DAN BOB LOKMAN

CERAMAH PERDANA ISU SEMASA

BERSAMA :

- USTAZ RIDUAN MD NOOR ( EXCO DPP PUSAT )
- YB AMIRUDIN SHARI ( ADUN PKR BATU CAVES )

MASA/TEMPAT :

11 / 11 / 2011 , SABTU , 9MALAM

MARKAS PAS KG ASAM KUMBANG , BENUT .

KONSERT KESENIAN ISLAM DAN BICARA SELEBRITI

BERSAMA :

- SHAM KAMIKAZE ( BEKAS GITARIS KAMIKAZE )
- AZHAN ATAN ( BEKAS JUARA AKADEMI NASYID )

6 / 12 / 2011 , SELASA , 8.30 MALAM

BALAI ISLAM PARIT ISMAIL,BENUT,PONTIAN.




Team AIC Negeri Johor

Team AIC Negeri Johor

ANWAR IBRAHIM CLUB NEGERI JOHOR

- SQUAD AIC JOHOR -

Monday, December 20, 2010

Pemuda Pakatan lancar jentera Tenang pada 1 Jan

Pemuda Pakatan Rakyat akan melancarkan jentera pilihan raya kecil DUN Tenang pada 1 Januari ini - hari pertama masuknya tahun 2011.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata majlis pelancaran tersebut akan diadakan di bilik gerakan Pemuda PAS Johor dekat pekan Labis pada jam 5 petang.

anti ppsmi rumah pena 100309 suhaizan kaiat"Kita sasarkan kira-kira 1,000 Pemuda Pakatan akan hadir dalam majlis tersebut yang akan dilancarkan oleh Naib Presiden PAS Salahudin Ayub," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Dalam pilihan raya umum lalu, allahyarham Datuk Sulaiman Taha mempertahankan kerusi DUN tersebut dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Sulaiman mendapat 6,367 undi, manakala Mohd Saim memperolehi 3,875 undi. DUN Tenang merupakan salah satu kubu kuat Umno di negeri itu.

Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India.

Empat, lima calon

azlanMengulas lanjut, Suhaizan berkata, Pemuda PAS Johor telah membuka bilik gerakan mereka di Pekan Labis selepas bergotong royong semalam.

"Kita akan mula beroperasi minggu ini," katanya yang juga ketua penerangan pusat Pemuda PAS.

Sementara itu, Suhaizan juga memberitahu jawatankuasa operasi pilihan raya PAS negeri akan mengadakan mesyuarat kali kedua malam ini di Markaz PAS bagi untuk merangka dan melaksanakan gerak kerja pilihan raya di DUN itu.

Diketuai oleh timbalan pesuruhjaya PAS Johor Zulkifli Ahmad, Suhaizan berkata, mereka akan memperincikan tindakan awal di kawasan itu termasuk merangka penyelidikan yang akan dilakukan.

Ditanya sama ada mesyuarat malam ini akan membincangkan mengenai calon, Suhaizan berkata:

NONE"Kita tidak bincang (mengenai calon). Jawatankuasa perhubungan PAS negeri akan menentukan sebelum dimajukan kepada PAS Pusat.

"Saya tidak pasti mereka akan bermesyuarat bila," katanya sambil memberitahu tiada masalah dalam hal itu kerana kerana "mempunyai empat, lima calon" daripada pelbagai peringkat.

Tenang perlu suara pembangkang

Rakyat Johor, terutama mereka yang tinggal di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang yang terletak dalam kawasan Parlimen Labis perlu berfikir lebih jauh tentang kedudukan mereka kini yang memerlukan suara pembangkang di Johor, bagi membela nasib mereka sendiri.

Suara-suara rakyat masih terlalu banyak yang perlu diketengahkan di dalam persidangan Dun Johor, tetapi ia tidak akan memadai jika suara pembangkang, khususnya dari PAS, hanya diwakili dua kerusi sahaja di Dun Johor iaitu Sungai Abong dan Maharani.

Adun Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Salleh menegaskan, sedangkan kedua-dua kerusi PAS itu mewakili kawasan bandar dan pinggir bandar.

Jadi, katanya Johor sememangnya memerlukan sekurang-kurangnya satu kerusi bagi mewakili kawasan Felda atau kampung bagi kepentingan rakyat negeri itu.

Menurut beliau, dengan dua kerusi yang diwakili PAS itu, rakyat Johor sudah nampak peranan yang mereka mainkan.

Tetapi, ujarnya jika Dun Tenang yang mewakili kawasan Felda atau kampung juga dimenangi PAS, rakyat juga dapat menilai dengan lebih jauh tentang kemampuan wakil-wakil rakyat PAS yang bukan sahaja boleh mewakili kawasan bandar dan pinggir bandar, tetapi juga bagi kawasan Felda atau kampung di negeri itu.

"Isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat di negeri Johor memang banyak. Setiap kali persidangan Dun berlangsung, saya pasti akan mengemukakan pelbagai soalan dan membahaskan pelbagai perkara bagi kepentingan rakyat. Antaranya ada yang dijawab tetapi tidak tepat. Lebih jauh dari itu, ada yang tidak dijawab langsung.

"Sekiranya Dun Tenang juga diwakili pembangkang khususnya PAS, persidangan pasti akan menjadi lebih bererti kepada rakyat kerana pasti akan lebih banyak lagi perkara-perkara yang akan dibangkitkan oleh pihak PAS bagi kepentingan rakyat. Inilah yang perlu difikirkan lebih jauh oleh rakyat Johor terutama penduduk di kawasan Tenang," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut beliau, antara beberapa isu yang dikemukakan dalam persidangan Dun Johor penggal lalu yang tidak dijawab oleh kerajaan BN, dengan tepat seperti yang dikehendakinya termasuklah isu-isu yang melibatkan proses permohonan tanah untuk rakyat yang begitu lambat dan perkhidmatan yang baik untuk rakyat.

"Antara isu yang tak dijawab langsung pula termasuklah soalan yang saya kemukakan dalam persidangan baru-baru ini yang menyentuh tentang kenapa belanjawan dari Kerajaan Pusat untuk negeri Johor bagi Rancangan Malaysia Ke-9 sehingga kini baru dibelanjakan sebanyak 60 peratus sedangkan di Perak yang diperintah oleh kerajaan BN kini dah dibelanjakan sehingga 93 peratus.

"Kejadian seperti itu tidak seharusnya berlaku. Peruntukan itu cukup bererti bagi rakyat Johor, tetapi jika ia tidak dibelanjakan dengan baik, ia tentunya merugikan rakyat," katanya.

Dengan dua suara sahaja di Dun Johor yang diwakili PAS, menurutnya, kerajaan BN Johor terpaksa berhati-hati dalam setiap tindakannya.

Tetapi, kata beliau sekiranya Tenang turut diwakili PAS, ia akan menjadi lebih bererti kepada rakyat kerana pelbagai soalan lain sama ada yang melibatkan rakyat Johor keseluruhannya dan untuk penduduk di kawasan yang diwakili wakil rakyat terbabit akan dapat diketengahkan dengan lebih banyak lagi dan dengan lebih berkesan dalam persidangan Dun.

Kawasan Dun Tenang mempunyai 50 peratus kaum Melayu dan 50 peratus bukan Melayu.

Kebanyakan orang Melayu di kawasan itu adalah para peneroka yang tinggal di empat kawasan Felda. Kaum-kaum lain seperti Cina sekitar 38 peratus yang kebanyakannya tinggal di Pekan Labis, manakala India pula 12 peratus.

Kepada orang Melayu khususnya para peneroka di kawasan itu, beliau mengingatkan agar berfikir lebih jauh kerana amat banyak perkara yang menyentuh diri mereka sendiri yang perlu dibela oleh mereka dan mereka hanya akan terbela jika mereka memilih calon PAS untuk mewakili mereka di Dun Johor.

"Antara perkara yang perlu dihalusi oleh mereka termasuklah yang melibatkan kedudukan mereka sendiri yang memiliki 10 ekar tanah untuk diterokai bagi penanaman kelapa sawit tetapi mereka tidak juga senang. Sedangkan jika tanah sebanyak itu dimiliki oleh pihak lain seperti Sime Darby, keuntungan yang diperolehinya sekitar 10 kali ganda.

"Kenapa kejadian itu berlaku? Jawabnya kerana keuntungan itu Felda yang ambil. Sepatutnya peneroka yang dapat. Itulah nasib para peneroka Felda. Jika mereka tidak memilih pembangkang khususnya PAS bagi mewakili mereka khususnya di Dun Tenang, siapa yang hendak membela nasib mereka? Inilah yang perlu difikirkan oleh mereka, khususnya orang-orang Melayu di kawasan itu.

"Bagi kaum lain terutama Cina di kawasan itu, mereka faham dan sedar sebab itulah kebanyakan mereka tidak teragak-agak memberikan undi kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya. Tetapi bagi orang Melayu, mereka bagaikan tak nampak kepentingan mereka memilih Pakatan Rakyat. Itulah sebabnya orang-orang Melayu khususnya yang tinggal di kawasan Felda terus tertindas oleh pihak pemerintah khusnya kerajaan BN," tegasnya.

Tarikh PRK Tenang diumum Jumaat

Harakahdaily
KUALA LUMPUR 20 DIS: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang pada Jumaat ini.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, pihaknya sudah menerima notis rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Jumaat lalu berhubung kekosongan kerusi DUN Tenang berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha dari Barisan Nasional (BN).

“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan dengan pilihan raya kecil Dun Tenang pada 24 Disember di Putrajaya,” katanya.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian selepas mesyuarat khas itu.

Datuk Sulaiman Taha dipilih Adun Tenang pada pilihan raya 2004 dan mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-12 tahun 2008 selepas memperoleh 6,367 undi menewaskan calon PAS Md Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 14,511 pengundi; 49.66 peratus Melayu, 38.13 peratus Cina, 12.11 peratus India dan kaum-kaum lain 0.10 peratus.

Sementara itu, Pakatan Rakyat semalam memutuskan calon PAS akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu mewakili Pakatan Rakyat.

Sunday, December 19, 2010

Anwar kekal Ketua Pembangkang

Harakahdaily

KEPALA BATAS, 19 Dis: Pakatan Rakyat membuat keputusan melantik terus Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang walaupun beliau digantung selama enam bulan sebagai anggota Parlimen.

Keputusan itu dicapai oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan di bilik VIP Dewan Millenium, serentak dengan perjalanan konvensyen itu.

Keputusan itu diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap membuat ucapan penggulungan di konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.

Menurut Abdul Hadi, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam mesyuarat mereka sekejap tadi telah membuat keputusan mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

"Kita tetap mahukan berketuakan beliau," kata Abdul Hadi yang diiringi tepukan gemuruh para perwakilan dan pemimpin Pakatan yang menyertai konvensyen itu.

Anwar bersama dengan Azmin Ali (Gombak), Karpal Singh (Bukit Gelugor) dan R Sivarasa (Subang) telah digantung dari Dewan Rakyat selama enam bulan dalam satu sidang yang sangat kontroversi.

Ia berpunca dari pendedahan Anwar bahawa dasar 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Razak, adalah dibuat oleh APCO Worlwide yang juga memcipta 1 Israel.

Ia tidak disenangi oleh Umno kerana APCO dikaitkan dengan agen-agen Yahudi yang berada di dalam syarikat itu.

Peguam Karpal Singh yang turut digantung dalam ucapan penggulungannya memberitahu, beliau akan memfailkan satu tindakan mencabar tindakan ini ke mahkamah tinggi.

Menurutnya, isu di sini adalah mangsa yang digantung tidak didengari pembelaan mereka sebelum diambil tindakan.

"Ini adalah isu mangsa tidak didengari sebelum dijatuhkan hukuman ke atas mereka," kata Karpal dalam ucapannya.

Ini adalah amalan undang-undang Islam dari Pakistan yang diambil oleh orang puteh (Barat), kata Karpal.

Dalam ucapannya juga Karpal berkata beliau akan mempertahankan Islam sebagai agama rasmi di negara ini dan para penganut agama lain bebas untuk mengamalkan agama maisng-masing.

"Saya akan mempertahankan hal ini dan harap PAS juga jaga kami punya muka," kata Karpal Singh.

Beliau juga berkata, akan berbincang dengan pimpinan PAS terutama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Abdul Hadi mengenai hal ini untuk tidak memberikan peluang kepada BN untuk mengeksploit isu ini.

PAS sedia letak calon di Tenang


PAS sedia meletakkan calon pada pilihan raya kecil DUN Tenang, Johor yang bakal diadakan. Harkahdaily memetik Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, beliau telah dihubungi oleh PAS Negeri Johor yang mahu meletakkan calon di kerusi berkenaan. nasharuddin mat isa pas muktamar in kota bharu“Saya telah dihubungi oleh Pesuruhjaya dan juga Setiausaha Perhubungan Johor yang memaklumkan bahawa PAS Perhubungan Johor telah mengadakan mesyuarat malam tadi dan membuat keputusan untuk bertanding di kawasan yang telah ditandingi oleh PAS pada pilihan raya umum lepas,” ujarnya. “Insya Allah jentera pilihan raya akan mula digerakkan selepas Konvensyen Pakatan Rakyat esok,” ujarnya pada sidang media di Kepala Batas, petang ini. DUN Tenang kosong berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha, 59, pada jam 1.10 awal pagi semalam. azlanDalam pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi. Dijangkakan, pilihan raya kecil berkenaan akan diadakan pada bulan Januari sebelum sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 3 Februari. Jika pilihan raya kecil itu diadakan, ia adalah yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008. Pakatan Rakyat memenangi lapan daripada 13 pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini. Ini merupakan kali pertama pilihan raya kecil diadakan di Johor yang dilihat sebagai kubu kuat BN selepas pilihan raya umum 2008. BN menguasai sebanyak 50 kerusi DUN Johor manakala di DAP dan PAS masing-masing menguasai empat dan dua kerusi. Kawasan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat Umno di negeri itu. Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India.

Calon PAS wakili Pakatan di Tenang

Harakahdaily
KEPALA BATAS, 19 Dis: Pakatan Rakyat memutuskan calon PAS akan bertanding dalam pilihan raya kecil Dun Tenang, Labis, Johor bagi mewakili Pakatan Rakyat.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan seiring dengan konvensyen itu.

"Saya telah mendapat jaminan dari DAP dan PKR bagi memastikan calon kita menang dalam pilihan raya kecil itu nanti," kata Anwar ketika membuat ucapan penggulungan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Dewan Millenium dekat sini.

Pilihan raya kecil Tenang akan diadakan ekoran kematian Adun Tenang, Datuk Sulaiman Taha baru-baru ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan pilihan raya itu dalam tempoh 60 hari.

Dalam ucapannya juga Anwar mengumumkan, berikutan kejayaan MB Summit baru-baru ini, para menteri besar dan ketua menteri Pakatan Rakyat akan mengadakan sekali lagi persidangan itu akhir Februari tahun depan.

Mereka adalah MB Kelantan, Selangor, Kedah dan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pada bulan Mac pula, Pakatan Rakyat telah memutuskan untuk mengadakan Kongres Eokonomi Pakatan Rakyat bagi membincangkan isu-isu ekonomi yang perlu digarap Pakatan.

ADUN Tenang, Sulaiman Taha meninggal dunia


ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha, 59, meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada jam 1.10 awal pagi ini.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan sejak 24 November lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.

NONEAllahyarham meninggalkan isteri Seri Noraini Yaakop, 6 anak perempuan dan seorang lelaki. Selain rawatan penyakit kencing manis, Allahyarham juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan bagi menjalani rawatan lanjut.

Menurut bekas ahli parlimen Parit Sulong Datuk Ruhanie Ahmad, ahli politik Johor itu akan dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam di Labis hari ini. Sebelum ini, Allahyarham yang juga ketua Umno Labis dimasukkan ke Hospital Segamat selepas mengadu tidak sihat dan terlantar hampir sebulan. Pada 24 November lalu, Allayarham memohon dipindahkan ke hospital swasta di ibu negara itu.

Dengan kematiannya itu, satu lagi pilihan raya kecil dijangka akan diadakan dalam tempoh 60 hari. Ini adalah pilihan raya kecil yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008.

Pilihan raya kecil dijangka Januari Dijangkakan, pilihan raya kecil berkenaan akan diadakan pada bulan Januari sebelum sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 3 Februari. azlanPakatan Rakyat memenangi lapan daripada 13 pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini. Ini merupakan kali pertama pilihan raya kecil diadakan di Johor yang dilihat sebagai kubu kuat BN selepas pilihan raya umum 2008. BN menguasai sebanyak 50 kerusi DUN Johor manakala di DAP dan PAS masing-masing menguasai empat dan dua kerusi. Kawasan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat Umno di negeri itu.

Dalam pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi. Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India.

Thursday, December 16, 2010

Gantung: Dewan kecoh, MP Pakatan berdemo

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Perbahasan usul penggantungan Anwar selama 6 bulan, sedang berlangsung di Dewan Rakyat.

10.00 am: MP Shah Alam, Khalid Samad bangun mengemukakan usul projek sakit, Hospital Shah Alam lambat siap, sehingga menyebabkan seorang pesakit terpaksa menangguh rawatan dan pergi hospital lain.

10.15 am: Speaker, Tan Sri Pandikar Amin tolak usul Shah Alam dan mahu teruskan untuk bahas usul gantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

10.30 am: MP Pakatan Rakyat bagaimanapun dibantah oleh MP PR termasuk Sivarasa Rasiah, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Kamarudin Jaffar dan Yusmadi.

Mereka masing-masing mempertikai tindakan Speaker dan menyatakan Speaker salah dalam menafsirkan, peruntukan 83 (1) peraturan mesyuarat.

Akibat bantahan itu, kekecohan terus berlaku antara MP Pakatan Rakyat dengan wakil rakyat kerajaan.

11.00 am: Dalam suasana kecoh, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bangun membaca usul untuk menggantung Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk dibahaskan.

Usul yang dibaca Nazri hanya sayup kedengaran dicelah suara kekecohan yang tidak terkawal oleh Speaker.

11.15 am: MP Rembau, Khairy Jamaludin, bagun untuk bahas, selepas Nazri pergi ketempat Khairy, namun terus dibantah MP Pakatan Rakyat.

MP Pakatan Rakyat memberi alasan Speaker belum buat rulling terhadap dakwaan salah prosedur terhadap beberapa peraturan mesyuarat.

Mereka juga mendesak Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berundur, kerana didakwa gagal menjalankan tanggungjawab dan mengawal keadaan.

11.20 am: Speaker bagaimanapun cuba meneruskan membaca perbahasan, dan mengugut akan nama Ahli Parlimen yang tidak mendengar arahan Speker untuk digantung.

11.25 am: Tidak berpuas hati dengan tindakan itu, semua MP Pakatan Rakyat diketuai Anwar, keluar dewan dan mengadakan sidang media di lobi parlimen.

11.30 am: Datuk Nazri Aziz kemudian mengemuka usul kedua, iaitu untuk menggantung tiga lagi Ahli Parlimen iaitu, Bukit Gelugor, Subang dan Gombak.

11.40 am: Dalam keadaan MP PR sedang mengadakan sidang media, Ahli Parlimen BN kini sedang berbahas sesama sendiri.

LIHAT VIDEO:
Dewan kecoh usul gantung Anwar (dalam dewan)

Dalam kenyataan sebelum ini, PAS membantah syor pihak tertentu untuk menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jika keptusan penggantungan itu dilaksanakan, bermakna satu lagi tragedi hitam akan terpahat dalam demokrasi negara.

"Jika benar penggantungan ini akhirnya dilaksanakan, ianya adalah merupakan satu tragedi demokrasi di negara kita.

"Keadaan ini terjadi dalam keadaan pemimpin negara melaungkan hasrat untuk mengangkat kedudukan Parlimen Malaysia ke taraf antarabangsa, tetapi pihak yang sama juga terlibat dalam meruntuhkan institusi yang mewakili rakyat dalam negara kita ini," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, lebih malang apabila Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dinafikan hak untuk membela diri.

"Penafian hak ke atas Datuk Seri Anwar untuk membela diri dalam isu ini, merupakan satu kesilapan besar dan menyerlahkan kepada umum kejahilan yang memalukan pihak yang terlibat dalam proses menjatuhkan hukuman," kata Ahli Parlimen Marang itu lagi.

Apa yang berlaku hingga kini katanya, kerajaan bukan sahaja gagal memberikan hujah balas, tetapi juga gagal mengemukakan apa-apa jawapan yang meyakinkan terhadap isu dibangkitkan Anwar sebelum ini.

"Sikap hanya bergantung kepada sekeping surat dari pihak yang berkepentingan tentunya bukan satu tindakan yang adil," tambahnya lagi.

Menurut Islam, katanya, setiap pihak yang dituduh, wajib diberi hak membela diri.

Malah di zaman Rasulullah SAW sendiri, ujarnya sudah adanya pemisahan kuasa di antara eksekutif, legaslatif dan kehakiman.

"Apabila suatu peristiwa yang melibatkan Rasulullah SAW sendiri, penyelesaian kes masih diserahkan kepada hakim untuk dibicarakan dengan adil, walaupun Rasulullah SAW adalah pemimpin ulung ummah," katanya.

Sehubungan itu, PAS tegasnya mahu kesilapan yang sedang berlaku dalam kes Anwar ini diperbetulkan segera.

"PAS ingin mempertegaskan bahawa kami bersama Pakatan Rakyat adalah secara konsisten menyertai sistem demokrasi dalam usaha membangunkan negara.

"Namun jika komitmen kami ini gagal dihormati, malah pihak pimpinan Barisan Nasional sengaja menutup pintu demokrasi ini, kita tidak mampu memberi jaminan bahawa rakyat akan terus bersama dapat menghormati sistem ini," tegasnya.

Perkara 44: 'Gantung' semua MP Pakatan

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Semua ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini keluar dari Dewan Rakyat selepas Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia didakwa menggunakan perkara 44 Peraturan Mesyuarat.

Perkara 44 (4) antara lain memberi kuasa kepada Speaker 'menggantung' ahli parlimen yang ada dalam dewan dengan menyebut nama ahli parlimen tersebut.

Speaker sewaktu kekecohan sedang berlaku, didakwa membuat ugutan terhadap ahli parlimen Pakatan Rakyat dengan mendakwa akan membaca senarai nama semua ahli parlimen pakatan kerana tidak mengendahkan arahannya.

Beliau juga dilihat mengarahkan dan meminta setiausaha dewan mendapatkan senarai nama ahli parlimen Pakatan Rakyat untuk dibaca.

Ekoran itu, dalam keadaan dewan terus kecoh, semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar dewan sebagai protes kepada tindakan Speaker itu.

Bagi Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar, tindakan Speaker itu menggambarkan kelemahan beliau mengawal keadaan dan berniat untuk menggantung semua wakil rakyat pembangkang.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli ketika diminta mengulas perkara itu pula berkata, episod yang berlaku hari ini sangat malang dan memalukan.

"Kita minta Speaker membuat beberapa rulling sebelum perbahasan tetapi tidak diendahkan.

"Tetapi oleh kerana dia gagal mengawal keadaan, dia menggunakan kuasanya menggunakan perkara 44 Peraturan Mesyuarat untuk menekan dan mengugut MP Pakatan untuk menggantung mereka walaupun tidak menyebut tempoh," katanya yang juga Bendahari PAS Pusat.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub pula turut melahirkan rasa kecewa di atas apa yang berlaku di dewan rakyat hari ini apabila Speaker bertindak demikian.

"Kita lihat Speaker guna perkara 44, kita tidak dengar tadi dia guna ke tidak sebab suasana sangat kecoh.

"Kita akan cuba mendapatkan kepastian setiausaha dewan," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Kekecohan hari ini berlaku ekoran MP Pakatan Rakyat membantah usul untuk menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Subang, Gombak dan Bukit Gelugor.

Sehubungan itu, semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang bertindak keluar dewan tidak akan meneruskan persidangan hari ini.

Untuk rekod, hari ini adalah hari terakhir Persidangan Dewan Rakyat untuk Penggal ke-3 Parlimen ke-12 dan akan disambung semula Mac 2011.

CheguBard : Terus setia dengan KEADILAN dan terus berusaha menegak keadilan

Beberapa hari ini saya dihujani email, sms dan panggilan telefon bertanyakan mengenai betulkah saya meninggalkan KEADILAN dan menyertai sebuah parti lain bersama Datuk Zaid Ibrahim. Malah ada sms dari beberapa nombor (hantu) tak dikenali dengan sengaja menghantar masej sindiran-sindiran yang agak kasar.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Zaid yang telah memilih 'kenderaan' politik baru baginya. Saya dan teman-teman menghormati pendiran yang beliau ambil dengan menyertai AKIM dan kemudian melalui mesyuarat agong tergempar beliau terpilih sebagai Presiden dan keputusan diambil menukar parti tersebut kepada Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA).

Sekurang - kurangnya beliau melilih untuk terus berjuang demi rakyat dan pertahan prinsip yang beliau yakini. Sebagai seorang yang pro-demokrasi saya mengajak diri saya dan semua melihat perkembangan ini dari persepsi positif. Saya juga berharap Datuk Zaid dapat menggunakan 'kenderaan' politik baru yang beliau ada ini untuk menyemarakkan demokrasi , mendidik rakyat terbanyak mengenai hak seterusnya memperkasa rakyat.Saya juga yakin selagi beliau dan teman-temanya berpegang pada prinsip memperjuangkan rakyat maka beliau punya peranan dan kekuatan penting dalam lanskap politik negara. Saya ada sedikit keyakinan beliau bukan seperti kawan-kawan yang lain yang keluar dari KEADILAN yang hanya dijadikan alat regim seperti sebelum ini.

Saya dengan ini ingin menjawab dengan tegas tohmahan yang dilemparkan kononya saya meninggalkan parti dan dipujuk oleh Datuk Zaid dengan bayaran tertentu. Sememangnya sejak dari ketika proses pemilihan saya sudah difitnah menerima wang dari Datuk Zaid sebanyak RM400,000 kononya bagi menyokong beliau.

Mungkin menghormati saya Datuk Zaid tidak pernah pun mempelawa saya menyertai beliau keluar parti dan memasuki parti lain. Saya juga tegaskan kesetiaan saya kepada KEADILAN tidak pernah goyah. Cuma kritikan yang saya lontar ialah demi kebaikan parti ini. Saya tidak mahu jika terdapat masalah kita asyik 'menyapu' semua masalah dibawah karpet.

Saya sayang parti ini dan kerana sayangkan parti inilah saya tegur, saya sayngkan negara ini kerana sayangkan negara inilah saya ingin pastikan KEADILAN menjadi sesempurna mungkin sebelum memasuki Putrajaya.

Saya masih yakin demokrasi dan ketelusan dalam keadilan belum mati (tetapi mungkin gering teruk), namun untuk memastikan keadilan, demokrasi dan ketelusan dalam KEADILAN sebur mekar maka kita perlu keberanian mendesak.

Saya menerima nasihat YB Setiausaha Agung iaitu sabar dan jangan buat bukan - bukan. Namun sampai bila saya harus menanti.........

Saya tegaskan ini bukan persoalan kewangan atau jawatan kerana itu saya tegaskan saya tolak semua lantikan. Tanpa jawatan pun kita sebenarnya mampu menyumbang terhadap gerakan kalau kita mahu.

Namun saya juga ingin berpesan kepada teman - teman saya yang bersama berkongsi aspirasi ini agar turut bersabar dengan sindiran dan cubaan provokasi pihak tertentu..... mereka ialah golongan yang tidak mahu suara pendesak ada dalam KEADILAN, mereka mahu kita lakukan sesuatu tak terkawal untuk mudah mereka mencari alasan menyingkirkan kita.

Ingat KEADILAN ini parti rakyat, ia parti kita....... kerana itu saya dan teman-teman yang berkongsi aspirasi terus menjalankan program di perbagai peringkat.

Pakatan Rakyat cadang heret Speaker ke mahkamah


Pakatan Rakyat bercadang mengheret Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah berhubung tindakannya menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi ahli parlimen pembangkang selama enam bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat. NONEAhli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang antara digantung itu berkata keputusan berkenaan berikutan mereka tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan ketika perbahasan usul penggantungan. "Kita mungkin bawa ke mahkamah. Ada satu duluan dalam kes Gobind Singh di mana, sebenarnya, kita bawa Speaker, Pandikar Amin sendiri…? Mahkamah memutuskan bahawa dalam keadaan tertentu, terutama apabila peraturan keadilan asasi tidak dipatuhi, waktu itu mahkamah mempunyai bidang kuasa.

Terang-terangan "Ia secara terang-terangan, dan tindakan Speaker, dalam apa jua cara ia tidak boleh dipertahankan. Kita mahu perintah kehakiman dan kami tidak akan biarkan dia terlepas. Kita tidak mahu ini menjadi satu duluan pada masa depan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini. NONEAnwar pula berkata beliau akan menggunakan Konvensyen Pakatan Rakyat yang dijadualkan di Pulau Pinang, Ahad ini untuk menjelaskan kepada orang ramai mengenai penggantungannya dan tiga lagi ahli parlimen pembangkang. "Kita saksikan tadi cara Speaker mengendalikan sidang. Usul Bukit Gelugor agar speaker berundur kerana percanggahan kedudukan beliau dalam beberapa contoh termasuk pencelaan kepada Bukit Gelugor kerana dibuat secara langsung pertelagahan dalam mesyuarat di antara Bukit Gelugor dan Speaker. "Tidak wajar Speaker yang buat laporan, dia yang siasat dan dia yang hukum. Dia enggan ambil keputusan yang tegas dalam hal ini maka kita juga enggan teruskan. Bagaimanapun dalam sidang tadi saya bangun untuk meneruskan ucapan tapi dia kata tak ada orang nak berucap. NONE"Jadi sebenarnya saya nampak dia begitu 'bias'. Jadi kita ambil pendirian keluar membantah proses ini kerana tidak ada keadilan dan cara Umno BN yang begitu ganas dan rakus menjalankan kuasa, memperolokkan proses dan menghina Parlimen," kata Anwar. Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) pula berkata, Pandikar harus berundur dari mempengerusikan dewan kerana beliau sudah tidak mendapat kepercayaan daripada ahli parlimen lagi.

Terima arahan menteri Ini tegasnya jelas terbukti apabila Pandikar menerima arahan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz untuk membuat keputusan. NONE"Jelas sebelum kita keluar tadi kita melihat bagaimana speaker menerima arahan daripada menteri. Kita lihat pertukaran nota berlaku dari meja menteri kepada Speaker dan di sini jelas menunjukkan Speaker kita bukanlah seorang individu yang bebas membuat keputusan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang ataupun peraturan mesyuarat. "Di sini mengiyakan lagi bahawa apa yang berlaku hari ini ialah Speaker gagal untuk melaksanakan tugasnya daripada awal minggu hingga hujung minggu ini kerana arahan yang diterima daripada BN," katanya yang juga timbalan presiden PAS. NONESehubungan itu tegasnya, integriti Pandikar sebagai Speaker sudah hilang dan beliau harus berundur. Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menggantung Anwar (PKR-Permatang Pauh) daripada menghadiri persidangan selama enam bulan kerana membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel. Turut digantung Karpal Singh, R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) di atas beberapa kesalahan. Karpal dan Sivarasa didakwa telah melanggar peruntukan Peraturan mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh sesiapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis (Dewan Rakyat). Azmin, melalui pemberitahu bersurat bertarikh 6 Dis 2010 di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) didakwa telah menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Dis 2010.

Dewan Rakyat: Kecoh di dalam, tegang di luar...

Dewan Rakyat hari ini terus kecoh sebelum usul bagi menggantung empat ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diluluskan.

NONEAnwar dan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia terus bertikam lidah dengan ketua umum PKR itu menuntut hak untuk membela diri berhubung dakwaannya yang mengaitkan gagasan 1Malaysia dengan firma perhubungan awam Apco Worldwide.

Pandikar berkata Anwar telah diberikan seminggu untuk menjawab dakwaan berkenaan dan kenyataannya itu mencetuskan kemarahan daripada ahli parlimen pembangkang.

Ahli parlimen Gombak Azmin Ali terus bangkit dan menafikan bahawa Anwar diberi peluang membela dirinya.

Hari ini adalah hari terakhir sidang parlimen sesi ini dan 11 rang undang-undang yang sepatutnya dibahaskan telah tunda pada sidang baru yang dijadualkan pada Mac depan.

Di luar bangunan Dewan Rakyat, terdapat anggota polis yang luar biasa ramainya serta sekurang-kurangnya lima kereta peronda mengawal keadaan.

Dianggarkan kira-kira 40 anggota polis berada di sepanjang jalan menuju pintu pagar parlimen.

Sekatan polis juga dibuat kira-kira 20 meter daripada pintu masuk parlimen.

LAPORAN LANGSUNG

11.43am: Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar berkata perarakan akan diadakan dari bangunan Parlimen ke ibu pejabat Suhakam, yang terletak kira-kira dua kilometer.

Namun, kira-kira 40 anggota polis berada dalam keadaan bersiap-sedia.

11.33am: Hujan renyai di luar bangunan Parlimen.

11.32am: Perbahasan mengenai usul kedua dimulakan oleh Abdul Rahman Dahlan (Umno-Kota Belud).

Beliau menuduh ketiga-tiga ahli parlimen itu membuat interpretasi Peraturan Dewan mengikut agenda politik mereka.

11.30am: Nazri mengusulkan usul kedua untuk menggantung tiga lagi ahli parlimen - R Sivarasa (PKR-Subang), Azmin Ali (PKR-Gombak) and Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

11.29am: Ahli parlimen pembangkang melaungkan "Bohong, Bohong!" Anwar meninggalkan Dewan dan diikuti oleh semua ahli parlimen pembangkang.

11.25am: Pandikar memutuskan untuk menguatkuaskan Peraturan 44. Beliau mengarahkan setiausaha dewan untuk membekalkan setiap nama ahli parlimen yang mengengkarinya supaya mereka juga boleh dihgantung.

11.28am:
Pandikar mengugut untuk mengadakan undian tanpa perbahasan. Azmin Ali (PKR-Gombak) menuntut untuk tahu peraturan mana yang akan digunakan oleh speaker untuk mengadakan undian tanpa perbahasan.

Pandikar kemudian memutuskan undian dijalankan tanpa perbahasan. Usul menggantung Anwar diluluskan dengan suara majoriti.

NONE11.20am: Pandikar mengarahkan Khairy supaya meneruskan perbahasan mengenai usul berkenaan tetapi laungan "Apco-Umno" terus menenggelamkan suaranya.

Sepanduk sekali lagi dinaikkan dan ada ahli parlimen yang menjerit "mentaliti buruk".

11.17am: Sivarasa (PKR-Subang) mendesak speaker Pandikar supaya “undur diri” kerana percanggahan kepentingan dalam isu berkenaan.

Beliau disokong oleh M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang juga berkeras mahu Pandikar mengundurkan diri dan mempersoalkan sama ada tindakan speaker itu kerana “kepentingan lain”.

11.08am: Pandikar mempersilakan Khairy Jamaluddin (Umno-Rembau) untuk memulakan perbahasan. Namun suaranya juga tenggelam. Ahli parlimen pembangkang menaikkan sepanduk dengan tertera perkara "kangarroo", "BN Sokong Apco", "Apco", "Selamatkan Dewan, Hidup Ketua Pembangkang."

11.04am: Nazri mohon supaya Anwar digantung dari Dewan Rakyat. Namun suaranya timbul tenggelam akibat kekecohan dengan laungan “Apco-Umno” semakin lantang. Nazri berkata Anwar telah memperdayakan Dewan Rakyat berhubung isu Apco.

11am: Pemimpin parlimen BN, Dartuk Seri Mohd Nazri Aziz membentangkan usul untuk menggantung Anwar di sebalik protes daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang terus menjerit "Apco, Apco". Ini memaksa Nazri menghampiri pembesar suara dan meninggikan suaranya namun terus ditenggelami oleh jeritan ahli parlimen pembangkang.

10.55am: Bantahan daripada pembangkang berterusan, Pandikar mencadangkan mereka membuat usul jika tidak berpuas hati dengan keputusan dan interprestasinya berhubung Peraturan Dewan.

Azmin terus bangkit lagi dan berkata, “Tetapi awak tidak mahu terima usul kami!”

Ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain kemudian menjerit “Apco-Umno” berulang-kali dan menaikkan sepanduk untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka.

1Malaysia, 1Israel: Anwar digantung 6 bulan


Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) daripada menghadiri persidangan selama enam bulan kerana membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel. NONEUsul itu diluluskan tanpa bahas selepas berlaku kekecohan. Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sebelum ini mengemukakan syor supaya penasihat PKR itu dikenakan tindakan itu kerana didakwa membuat kenyataan tidak benar.

Terdahulu persidangan menjadi kecoh sebaik usul menggantung Anwar dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz. Perang mulut berlaku apabila wakil rakyat pembangkang mendakwa usul yang dikemukakan itu tidak adil kerana Anwar serta tiga lagi yang menghadapi tindakan sama tidak diberi peluang membela diri. NONEWakil pembangkang juga mempamerkan kad manila yang mengandungi pelbagai perkataan antaranya 'BN sokong Apco', 'Selamatkan dewan', 'Hidup Ketua Pembangkang' dan 'Kangaroo'. Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang membicarakan kes Anwar-Apcomenjadi 'mangsa serangan' kerana didakwa tidak berperanan dengan adil. Walaupun tertekan, Pandikar cuba bertenang di kerusi nya dan membiarkan kekocohan berterusan tetapi sesekali mencelah dengan mengatakan: "Keputusan saya muktamad." Cubaan barisan pembangkang untuk mengetepikan usul berkenaan bagaimanapun gagal apabila kekecohan yang ditimbulkan itu menyebabkan Pandikar Amin memberi kata dua, iaitu sama ada untuk membahaskan usul penggantungan Anwar atau terus mengundi untuk meluluskannya. Cadangan itu mencetuskan kemarahan wakil-wakil pembangkang yang melaungkan perkataan 'undur' dan 'zalim' ke arah Speaker itu, manakala Karpal mengugut untuk membawa kes itu ke mahkamah sebelum semua barisan pembangkang bertindak keluar dewan.

Monday, December 6, 2010

Khir lepas jawatan ketua pembangkang DUN Selangor

malaysiakini

Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo akan melepaskan jawatan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berkuatkuasa serta-merta.

NONEMengenai jawatan lain dalam Umno, ADUN Sungai Panjang itu berkata beliau menyerahkannya kepada pucuk pimpinan parti.

Dr Mohd Khir juga merupakan ketua Umno bahagian Sungai Besar.

Beliau membuat pengumuman itu dalam blognya hari ini.

Pagi tadi beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Shah Alam.

Khir ddakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 jut

Serang Pakatan: Najib lancar perang pilihan raya

KUALA LUMPUR, 6 Dis: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan serangan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak terhadap Pakatan Rakyat khususnya PKR dalam ucapan di Konvensyen BN semalam sebagai keras dan tindakan terdesak.

Anwar berkata, ucapan Najib yang juga Perdana Menteri itu jelas menggambarkan rasa cemasnya terhadap perkembangan politik semasa dan salah satu cara untuk mengalihkan kepincangan pentadbiran BN.

"Ucapan serangan Najib keras dan melambangkan sikapnya yang terdesak dengan perkembangan politik sekarang, nak alih isu kepincangan dalam pentadbiran dan rasuah dalam BN sendiri. Ini nampak lain dari 'style' Najib yang biasa.

"Maknanya ini pelancaran perang untuk menghadapi pilihan raya," kata Anwar dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ketua Pembangkang itu juga berkata, isu 'keluarga dalam PKR' yang dibangkitkan Najib sangat tidak relevan kerana kedudukan Najib juga berlatar belakangkan hubungan keluarga.

"Beberapa isu beliau bangkitkan begitu aneh seperti isu keluarga dalam parti dan sebagainya, datangnya dari seorang yang naik atas kapasiti ayahnya Perdana Menteri, lantik sepupu sebagai Menteri Dalam Negeri dan masih membangkitkan isu peribadi," katanya merujuk kepada ayah Najib, Tun Abdul Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang merupakan sepupunya.

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh turut mempersoal dakwaan Najib bahawa Pakatan Rakyat anti nasional.

Saya nak tumpu tentang Pakatan ini, beliau memberikan gambaran seolah-olah Pakatan Rakyat mengalami perpecahan. Isu apa?Anti nasional isu apa? Kita berpegang pada perlembagaan. Adakah menentang rasuah itu anti nasional?Cara melayani tunjuk perasaan aman rakyat menuntut hak mereka itu juga anti nasional?" soalnya.

Tambahnya, jika benar Najib seorang pemimpin yang bertanggungjawab, beliau akan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk membalas hujahnya secara bersemuka.

"Kalau benar beliau pemimpin bertanggungjawab, beliau tidak harus mengeluarkan kenyataan tak bertangugjawab dan harus beri ruang kepada pembangkang untuk menjawab. Ini seorang Menteri bercakap di hadapan ahlinya, tak beri ruang untuk kita menjawab. Ini membelakangkan semangat demokrasi dan perbahasan segar," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dengan nada sinis mengucapkan terima kepada kasih kepada Najib kerana memberikan mesej jelas kepada rakyat bahawa Pakatan merupakan gabungan masa depan.

"Saya ucap tahniahlah kepada Najib kerana tak dapat sembunyikan rasa cemasnya.

"Terima kasih juga kepada beliau kerana serangan beliau itu memberikan mesej jelas kepada rakyat bahawa Pakatan merupakan gabungan masa depan bagi rakyat Malaysia," kata beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula meminta satu suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan RM 52 bilion saham bumi untuk membuktikan keihklasan BN.

"Kalau Perdana Menteri serius menangani rasuah kita harap beliau boleh adakan suruhanjaya siasatan diraja ke atas skandal saham bumi sebanyak 52 bilion ringgit yang telah dilesapkan kerana sungguhpun RM52 bilion saham yang harus diberikan kepada golongan melayu ataupun bumiputera miskin sudah hilang, tiada sebarang tindakan diambil.

"Kenapa tak ada sebarang tindakan BN terhadap skandal ini?Jelas mereka hanya nak kekalkan kekayaan kroni mereka," katanya yang juga ahli Parlimen Bagan.

Najib dalam ucapan dasar sempena Konvensyen BN di Wisma MCA semalam menggelarkan Pakatan Rakyat sebagai pakatan nepotisme dan anti nasional.

Demo air: PAS ucap tahniah kepada anak muda

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 6 Dis: PAS mengucap tahniah dan syabas di atas keberanian rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor kerana berjaya mengadakan himpunan aman di perkarangan Masjid Negara, semalam.

Walaupun himpunan ini berakhir dengan tembakan dan tangkapan yang dibuat oleh polis secara melulu menyebabkan ada yang tercedera, kata Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataannya.

Operasi menangkap peserta himpunan aman di masjid itu bermula kira-kira jam 2.50 petang.

Difahamkan lebih 50 peserta perhimpunan untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong telah ditahan dan dibawa dengan trak ke balai polis tetapi lokasinya masih tidak dapat dipastikan.

Keadaan kelam kabut itu memaksa pihak penganjur mengadakan perbincangan dengan pihak keselamatan.

Kesemua mereka telah dibebaskan sekitar jam 6.00 petang semalam.

"Tahniah khusus kepada 70 peratus anak-anak muda yang berumur 30 tahun ke bawah datang untuk menyatakan bantahan. Kedatangan mereka memberi isyarat kepada Umno Bn, bukan jalan mudah mereka untuk menang selesa dalam PRU akan datang. Generasi muda tidak rela hak mereka diperkosakan oleh kerajaan BN," kata Idris dalam kenyataannya itu.

Pada mereka, kata Idris, sudah cukup setengah abad pertama ibu bapa mereka ditipu, mereka tidak akan biarkan sejarah setengah abad kedua menimpa mereka.

Mereka akan mencipta sejarah baru dan membentuk pemetaan politik baru di negara ini, katanya.

Idris mempersoalkan tindakan polis menyerang dan menangkap para perserta perhimpunan semalam.

"Kenapakah pihak polis tidak guna akal yang waras untuk menghadapi himpunan aman ini. Jika tidak ada porovokasi daripada polis himpunan akan berjalan dengan aman, contohnya ketika himpunan BERSIH 10 November 2007 tidak ada satu pasu bunga pun yang dipecahkan walaupun kehadiran hampir 100 ribu orang.

"Air dan gas yang mereka gunakan wang rakyat. Bukankah polis tidak tahu, kantong negara semakin kurus, kenapa perlu dibazirkan wang, sehingga polis hanya dapat bonus RM500 sahaja tahun ini. Sedangkan ini adalah perjuangan untuk polis sama-sama dapat menikmati air percuma daripada kerajaan yang berjiwa rakyat," kata beliau.