Syarahan Perdana Bersama Selebriti Bob Lokman di Dun Pulai Sebatang 17/10/2011

Syarahan Perdana Bersama Selebriti Bob Lokman di Dun Pulai Sebatang 17/10/2011

Ceramah Isu Semasa di Dun Benut 5/10/2011

Ceramah Isu Semasa di Dun Benut 5/10/2011

PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PONTIAN

PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PONTIAN

CHE'GUBARD,SAIFUL AMRI DAN BOB LOKMAN

CHE'GUBARD,SAIFUL AMRI DAN BOB LOKMAN

CERAMAH PERDANA ISU SEMASA

BERSAMA :

- USTAZ RIDUAN MD NOOR ( EXCO DPP PUSAT )
- YB AMIRUDIN SHARI ( ADUN PKR BATU CAVES )

MASA/TEMPAT :

11 / 11 / 2011 , SABTU , 9MALAM

MARKAS PAS KG ASAM KUMBANG , BENUT .

KONSERT KESENIAN ISLAM DAN BICARA SELEBRITI

BERSAMA :

- SHAM KAMIKAZE ( BEKAS GITARIS KAMIKAZE )
- AZHAN ATAN ( BEKAS JUARA AKADEMI NASYID )

6 / 12 / 2011 , SELASA , 8.30 MALAM

BALAI ISLAM PARIT ISMAIL,BENUT,PONTIAN.




Team AIC Negeri Johor

Team AIC Negeri Johor

ANWAR IBRAHIM CLUB NEGERI JOHOR

- SQUAD AIC JOHOR -

Tuesday, November 29, 2011

LAWATAN KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA DI PARLIMEN PONTIAN








BERSAMA KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA - YB DATO SERI ANWAR IBRAHIM





SELESAI MEMPENGERUSIKAN MAJLIS DI PARLIMEN PONTIAN.MENGAMBIL KESEMPATAN BERGAMBAR DENGAN IKON ANAK MUDA DAN IKON RAKYAT MALAYSIA.YB DATO SERI ANWAR IBRAHIM YANG JUGA MERUPAKAN KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA.

UMNO Tidak Mustahil Tumbang Di JOHOR – DSAI

PONTIAN – Adalah suatu yang tidak mustahil bagi negeri Johor yang terkenal dengan jolokan ‘kubu kuat UMNO’ boleh ditumbangkan dalam pilihan raya umum (PRU 13), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Hal ini kerana katanya dahulu Parlimen Permatang Pauh yang turut diberi jolokan yang sama namun dalam beberapa siri pilihan raya, UMNO-Barisan Nasional tersungkur di kubu yang dibinanya selama ini.

Malahan pula ujarnya kekalahan itu telah meruntuhkan maruah parti berfahaman kebangsaaan itu ekoran pembangkang meraih kemenangan dengan majoriti yang besar.

”Johor katanya kubu kuat UMNO. Itu dulu. (Parlimen Permatang Pauh) dulu kubu kuat UMNO, 15.000 majoriti (menang). Sekarang UMNO kalah 15.000. Sebab (kalah) orang (pengundi) sudah buka minda,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, Anwar bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya terhadap dakwaan yang mengatakan bahawa apabila Pakatan Rakyat (PR) berjaya menduduki Putrajaya maka hak dan kepentingan orang Melayu akan terpinggir.

Sebaliknya tegas beliau lagi bahawa kedudukan kaum bumiputra dalam negara ini akan terus dibela dan tetap dipertahankan.

”(saya) jamin kedudukan dan keselamatan (orang) Melayu mesti dipertahankan,” tegas beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di hadapan ribuan orang di perkarangan Rumah Ketua PKR Pontian, Parit Keroma, Ayer Baloi Pontian, dekat sini, malam tadi.

Hadir sama, Datuk Dr. Chua Jui Meng, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, YB Yaakob Sapari, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Sdr. Badrul Hisham Shaharin (Cikgu Bard), Pengerusi Solidariti Anak Malaysia (SAMM), Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian.

Sementara itu, Anwar turut mempersoalkan dimanakah kewajarannya dalam hal beliau diaibkan, difitnah dan menghadapi tuduhan yang melampau sedangkan katanya isu yang melingkari kehidupan rakyat masih berada ditahap yang menduka-citakan.



”Masukkan Anwar dalam penjara. Saya diaibkan sebegitu rupa. Ada harga barang (naik) selesai (turun) ?” soalnya lagi.

Bagaimanapun, ujar beliau lagi sambil memberi ingatan kepada para pemimpin UMNO supaya tidak terus mengekalkan keangkuhan selain mempertahankan dakwaan yang hanya mereka sahaja yang mampu berkuasa sedangkan 30 tahun Presiden Mubarak di Mesir berkuasa, boleh tumbang ditangan rakyatnya sendiri.

”Bila Mubarak digulingkan, 3 juta rakyat ikut berhimpun (Di dataran Tahrir). Ini sebab (sebelum ini) Mubarak dianggap macam raja, digelar Firaun Soghir (kecil),” ujarnya lagi.

Pada majlis yang sama, Hanif Osman, Ketua AMK Pontian diisytiharkan bakal calon Pakatan Rakyat diberi peluang bertanding di Parlimen Pontian pada pilihan raya ke – 13 nanti.

Sunday, October 23, 2011

7 Keluarga Nelayan yang ditahan Berjaya disantuni oleh Yb Ir Khalid Samad dan Pimpinan PAS Pontian



PONTIAN – Kebuntuan yang dihadapi oleh 7 keluarga nelayan yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia baru-baru ini telah memberi sedikit kelegaan apabila Yb Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam menyatakan kesediaan untuk membantu dengan kadar yang termampu.

Khalid ketika ditemui berkata, pihaknya telahpun menghubungi Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara ini dengan harapan Anwar boleh memanjangkannya memandangkan beliau punyai rekod hubungun dengan kerajaan Indonesia sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Walaubagaimanapun kes ini katanya membabitkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara maka sewajarnya kerajaan Malaysia dapat menyelesaikannnya dengan secepat yang mungkin.

“Saya baru saja menghubungi (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) sebentar tadi. Beliau minta segala maklumat berkaitan diserahkannya Isnin ini. Beliau tidak berjanji (boleh selesai) kerana ia membabitkan kerajaan. Namun (bantuan ini) dibuat atas nama peribadi.”‘ ujarnya lagi.

Akhbar Sinar Harian sebelum ini melaporkan seramai tujuh nelayan yang ditahan sejak 9 Mac lalu dihukum penjara dua setengah tahun dan dua bot mereka dirampas oleh Mahkamah Bengkalis, Indonesia.

Kesemua nelayan itu turut diarah membayar RM350 (Rp1 juta) setiap seorang dan jika gagal akan dipenjara tiga bulan.

Khalid menambah lagi dengan katanya, pihaknya amat bersimpati dengan penderitaan yang dialami oleh keluarga terbabit yang yang rata-ratanya mata pencarian yang diperolehi banyak kepada ketua keluarga yang ditahan.

Tambahan pula menurutnya lagi, kos bagi menampung perbelanjaan harian di penjara Indonesia cukup tinggi dan dianggap terlalu membebankan dan ini tidak mampu disalurkan oleh kaum keluarga terbabit yang kebanyakannya tidak bekerja.

“Bila saya berjumpa dengan keluarga nelayan ini, saya bersimpati kepada mereka. Sudahlah mata pencarian mereka terjejas. Malah saya difahamkan, kos sara hidup di penjara RM 10.00 sehari. Secara bulanan keluarga ini terpaksa hantar duit RM 1000.OO sebulan. Ini membebankan !” ujarnya lagi.

Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kebajikan kepada 7 keluarga nelayan yang ditahan di Pontian Besar, Pontian, dekat sini, semalam.

Beliau dalam rangka lawatannya ke Pontian selama 2 hari sebelum ini telah menghadiri Ceramah Perdana di Dun Benut, Program Jom Ngeteh di Pekan Sanglang dan Taklimat Pilihan raya di Markas PAS Kawasan Pontian.

Seramai 20 ahli rombongan turut menemani beliau dalam pertemuannya dengan keluarga terbabit.

Bajet 2012 : Bajet ‘Terbaik’???? – YB Ir Khalid Samad


BENUT,PONTIAN – YB Ir. Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam secara sinis menyifatkan bahawa Bajet 2012 yang dibentangkan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak adalah yang ‘terbaik’ daripada sebelumnya.

Hal ini kerana katanya hutang negara ini berlaku selama 13 tahun berturut-turut mengakibatkan perbelanjaan negara melebihi pendapatan yang diperolehi.

”Hutang 200 billion pada tahun 2007, sekarang 2011 sudah melambung kepada 430 billion dalam masa empat tahun. Jadi hutang kita dua kali ganda. Oleh kerana bajet kali ini yang terbaik yang dibentangkan YAB Perdana Menteri.” ujarnya lagi.

Bagaimanapun beliau tidak menafikan bahawa defisit juga boleh berlaku setelah melihatkan keadaan ekonomi dunia yang gawat namun bajet ‘terbaik’ BN memperlihatkan defisit tetap terjadi, sama ada keadaan ekonomi gawat ataupun memberangsangkan.

”Kita bukan kata bajet tak boleh defisit. Pakar ekonomi. Berpandangan perlu juga defisit dengan syarat keadaan ekonomi dunia gawat. Maka perlu keluarkan simpanan atau buat pinjaman.

”Tapi BN dalam keadaan ekonomi gawat dan baik defisit juga berterusan tiap-tiap tahun.” jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis Ceramah Perdana Bersamanya di Pekan Tampok, Benut, Pontian, dekat sini, semalam.

Dalam pada itu beliau menambah dengan katanya bahawa kerajaan harus bertanggungjawab menyelesaikan isu defisit ini dengan menghasilkan sumber lain sebagai alternatif untuk mengurangkan hutang negara.

”Apa yang nak diwariskan kepada anak cucu kita? Hutang tinggi. Kerajaan harus bertanggung jawab, kita ada sumber minyak dan gas. Tapi kena hasilkan sumber pendapatan baru. Sama ada pertanian, buat penyelidikan atau nak hasilkan pertanian berlipat kali ganda. Ada duit fikir sumber baru.” jelasnya.

Sementara itu, beliau meramalkan bahawa jika hal tersebut berterusan maka dibimbangi negara boleh menjadi muflis kerana sikap boros dalam urus tadbir negara tidak diatasi segera.

”Ini dok seronok berbelanja saja. Pemimpin UMNO tak kisah sebab dia kaya. Ada harta di Australia dan di tempat lain. Tapi yang terbeban adalah rakyat.

”Kita nak bagitahu rakyat. Buatlah perubahan supaya keadaan tidak lebih teruk. 5 tahun (kalau berterusan) lagi ramal pakar ekonomi, hancur negara-bangkrap.” ujarnya.

Pada majlis yang sama turut berucap ialah Sdr. M Subramaniam, Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Johor.

Tazkirah Maghrib Oleh Bob Lokman di Rumah Saiful Amri


BENUT,PONTIAN – Manusia hari ini boleh bertindak sesuka hati dengan mengikut hawa nafsu adalah disebabkan tidak tumbul rasa takut kepada Allah swt, kata Bob Lokman, bekas selebriti terkenal.

Menurutnya lagi, akibat terpesona dengan pangkat, wang dan saham maka penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah berleluasa tanpa mengira batas dan pantang larang agama.

Malah paling menyedihkan lagi apabila dibacakan ayat suci al-Quran berkenaan soal syurga-neraka maka ada yang mempersenda-sendakannya kerana tidak merasai kekuasaan Tuhan pada diri masing-masing.

”Hari ini bila tak bersyukur, bila baca Quran, kita tak rasa gerun dan takut seperti ayat neraka. Sampai ada yang tanya. Panas sangatkah api neraka? Sudah rasakah? Mari nak cucuh api rokok. (ucapan sebegini) jahanam akidah.

”Semua percaya ada Allah tapi kenapa buat (ingkar suruhanNya) sebab tak ada rasa Allah ada. Orang tak rasa kehadiran Allah.” jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, kesedaran yang timbul bermula dari melihatkan perkembangan anak-anaknya yang mula membesar. Hari ini ujarnya suasana yang tidak kondusif tidak wujud bagi melentur sahsiah anak-anak menjadi insan yang soleh menjadikannya lebih berhati-hati. Sehingga suatu ketika apabila beliau terlantar sakit di Hospital barulah disedari bahawa sedikit demi sedikit nikmat yang dikurniakan Allah selama ini mula berkurangan.

”Atuk saya ajar waktu kecil dahulu. Saya makan banyak. Dia tanya. Kenyang? Sebab apa kenyang? Saya kata, makan banyak. Dia kata bukan. Itu Allah yang bagi. Bertahun-tahun dia ulang perkara yang sama.

”Bila besar, saya sakit masuk wad. Teringat pesanan atuk. Kat Hospital nampak makanan sedap-sedap, tapi tak ada selera. Suruh isteri masak sedap-sedap. Isteri orang jawa Muar. Masak pula masakan kampung. Tapi bila saya cuit sikit, Tak berselera. Allah tarik rasa (sedap).” terangnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada program Kuliah Maghrib di rumah Saiful Amri, Ketua Penerangan Pemuda PAS, di Kampung Parit Hassan, Benut, dekat sini, Isnin lepas.

Kira-kira seratus orang yang kebanyakannya anak-anak muda berpeluang mendengar penyampaian bersahaja beliau pada program tersebut.

MTD BENUT

Saturday, October 1, 2011

'Umno, I know who you are' - Nik Aziz

Nazri Abdullah

KEPALA BATAS, 1 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, PAS tidak mahu 'terjerumus dua kali' untuk menjalinkan hubungan politik dengan Umno BN.

Menurutnya yang juga Menteri Besar Kelantan, PAS sudah serik dengan pengkhianatan Umno sewaktu PAS menyertai kerajaan campuran bersama parti itu pada tahun 1973 yang menyaksikan PAS ditendang keluar pada tahun 1977.

"Kita pernah bersama Umno dulu, saya sendiri sokong PAS bersama Umno sehingga PAS waktu itu pecah empat, kemudian PAS ditendang keluar.

"Sekarang (Umno) ajak kami balik, saya kata I know, who you are," katanya pada sidang media di sini.

Mengimbau sejarah perjuangan PAS lalu, Tuan Guru Nik Aziz berkata, Umno melakukan jenayah besar kerana mengharamkan lambang bulan dan bintang pada bendera PAS.

Ditanya apa alasan Umno untuk mengharamkan lambang itu, beliau berkata kerana parti nasionalis itu tidak mahu PAS membawa perjuangan agama.

"Ni kena tanya Umno la. Cuma Umno ni tak mahu ugama, bukan stakat hudud, Islam pun dia tak mahu," katanya.

Ditanya lagi adakah pintu hubungan politik dengan Umno ditutup selama-lamanya, beliau berkata PAS bersama Umno jika parti itu menerima Islam dan meninggalkan perjuangan nasionalis.

"(Nak tutup pintu) Selama-lamanya tak boleh lah. Kita berdoa agar Umno berubah dari nasionalis kepada Islam.

"Sekarang, orang bukan Islam pun terima perjuangan Islam PAS sehingga kita ada Dewan Himpunan Penyokong PAS," ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, tidak mustahil PAS akan datang bukan sahaja menjadi Parti Islam Se-Malaysia, malah akan berkembang menjadi Parti Islam Se-Dunia.

"Sikit lagi Parti Islam Se-Dunia sebab Islam bukan untuk orang Islam sahaja tapi untuk semua, rahmatan lil 'alamin," ujarnya.

Wednesday, September 21, 2011

Karut, mana ada kes sejarah dibicara di mahkamah

Mohd Sabri Said

BUTTERWORTH, 21 Sept: Peguam Mohamed Hanipa Maiden menganggap kes yang melibatkan Mohamad Sabu sebagai kes 'karut' kerana mana ada kes yang berhubung sejarah dibicarakan di mahkamah melainkan di Malaysia.

Sepatutnya, kata beliau ia dibawa ke medan pentas akademik bukan ke mahkamah seperti mana hari ini.

Pagi tadi, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah dibebaskan pada pukul 12.15 tengah hari dengan ikat jamin RM15 ribu.

(Gambar: Mohamad bercakap kepada media selepas dibebaskan oleh mahkamah.)

Jika sabit kesalahan beliau boleh dikenakan tahanan dua tahun penjara, didenda atau kedua-duanya sekali.

Kes beliau akan disebut sekali lagi pada 27 Oktober ini dan dibicarakan pada 5 hingga 9 Disember depan di Mahkamah Sesyen di sini.

Beliau dibela oleh Hanipa Maidin dan Amirudin Zulkiply manakala pendakwaan dilakukan oleh Mohamad Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusuf dan Suhaimi Ibrahim di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajudin.

Turut hadir memberikan sokongan moral kepadanya ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Khalid Man, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Kedah, Nasir Mustaffa dan ramai lagi kepimpinan PAS dari Pulau Pinang dan Kedah.

Sementara itu, Mohamad berkata, beliau sedia dibicarakan dan yakin kesnya akan mencapai kemenangan demi memperbetulkan fakta sejarah yang telah diselewengkan oleh penjajah.

Umno juga ujarnya, akan kalah untuk mempertahankan fakta yang salah sekaligus meranapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan pemerintahan negara ini.

"Saya yakin seyakin-yakinnya kita boleh menang kes ini dan Umno tewas dalam hal persejarahan Malaysia ini," tegas beliau ketika berucap ringkas di luar mahkamah.

Katanya, Umno dan BN hanya mahu menggambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul mengenai kemerdekaan negara.

"Umno dan BN hanya mahu mengambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul tentang kemerdekaan dengan membelakangkan perjuangan orang lain walaupun mereka lebih ke hadapan menentang penjajah," katanya.

Mohamad Sabu didakwa, bebas dengan jaminan RM15,000

Mohd Sabri Said

BUTTERWORTH, 21 Sept: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu didakwa di bawah Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini ekoran ucapannya mengenai Bukit Kepong.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Pihak pendakwa meminta Mohamad dibebaskan dengan jaminan RM50,000 tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan Mohamad dengan jaminan RM15,000 sehingga perbicaraan.

Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin menetapkan 27 Oktober ini sebutan semula kes sementara perbicaraan diadakan pada 5 hingga 9 Disember depan.

Selain Hanipa, Mohamad turut diwakili peguam Amiruddin Zulkifli manakala pihak pendakwaan terdiri daripada Mohd Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusof dan Suhaimi Ibrahim.

Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Malam tadi, beliau dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub, berkata Mohamad ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada jam 7.30 petang tadi dan dibawa ke IPK Pulau Pinang.

Mohamad tiba di IPK Pulau Pinang pada 8.30 malam dan dilihat meninggalkannya ibu pejabat polis itu pada 9.05 malam selepas keterangan beliau diambil.

Menurut Ayub, pemimpin PAS itu akan didakwa berikutan terdapat lebih 1,000 laporan dibuat terhadapnya berikutan ucapan kontroversialnya pada sebuah ceramah di Tasek Gelugor pada 19 Ogos lalu.

"Laporan dibuat oleh waris polis yang kecewa dengan kenyataan Mat Sabu,” katanya pada sidang media di Georgetown.

“Saya gesa semua pihak supaya bertenang agar proses undang-undang dapat dijalankan,” katanya.

Sebelum itu, peguam pemimpin PAS itu, Mohamed Hanipa Maidin berkata, anak guamnya dimaklumkan pihak polis bahawa beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini.

Pelbagai pihak membuat bantahan terhadap dakwaan ini dan menyifatkan ianya sebagai penyalahgunaan undang-undang oleh pihak berkuasa.

Datuk Mahfuz Omar berkata, jika berdasarkan kenyataan yang mengguriskan hati, kenyataan beberapa profesor yang mengatakan negara ini tidak pernah dijajah juga wajar diambil tindakan.

Saturday, September 17, 2011

KUNJUNGAN YAB DATO SERI IR NIZAR JAMALUDIN KE PROJEK CENDAWAN SAIFULAM AGRO FARM

Kunjungan ke rumah dan kawasan projek Saiful Amri.

Saya menemani YAB DATO SERI IR NIZAR JAMALUDIN menjamu selera makanan tenghari masakan ibu sendiri.Masak ala kadar yang mampun sebab kehadiran beliau tidak memang terduga untuk ke rumah dan projek cendawan kami.

Sedang berbicara mengenai isu-isu tempatan khusus di dun Benut dan Parlimen Pontian.

Menu yang ala kadar sahaja.Tetapi YAB DATO SERI IR NIZAR tetap selera makan bersama rombongannya.Ikan masak sambal,telur dadar dan ikan bilis goreng sahaja.


Bersyukur kehadrat illahi kerana pada 16/9/2011,Jumaat tepat jam 1 petang rumah saya dan kawasan projek cendawan menerima kunjungan tetamu khas iaitu Menteri Besar Perak yang Sah serta merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Perak.Saya secara peribadi memang tidak menyangka akan kehadiran beliau ke rumah dan tapak projek kami.Saya mendapat panggilan telefon dari Pegawai Khas beliau Haji Amran yang menyatakan menuju ke Benut dan kebetulan beliau memang ada program rasmi di Dun Benut ini.Iaitu Jamuan Hari Raya bersama penduduk Parit Betak dan Kg Permatang Duku.Kehadiran beliau di jangka sekitar jam 2.30petang di Pekan Parit Betak,Sebaliknya beliau telah sampai awal dan terus ke teratak kami di Kampung Parit Hassan,Benut,Pontian,Johor.

Secara peribadi,saya amat teruja akan kehadiran beliau ke rumah dan tapak projek cendawan dan melihat sendiri operasi yang kami lakukan di kawasan projek cendawan kami.Secara personal saya menerangkan aktiviti yang kami lakukan di kawasan projek serta hasil yang di keluarkan.Pelbagai soalan di lontarkan
YAB DATO SERI IR NIZAR JAMALUDIN kepada saya.

Semoga dengan kehadiran beliau akan menaikan lagi semangat untuk membesarkan lagi projek ini.Dan kata-kata nasihat beliau akan menjadi azimat kepada saya untuk menjadi usahawan yang berjaya.Amin,Terima kasih YAB
DATO SERI IR NIZAR JAMALUDIN atas kunjungan yang tidak di sangka-sangka.

Wednesday, September 7, 2011

SAMM : jangan terjemah sejarah ikut kepentingan






1. Hj. Mohd Sabu angkat Mat Indra sebagai tokoh lawan penjajah tanpa sebut komunis tetapi Umno yang tuduh Mat Indra komunis !

2.Namun kerana kepentingan politik sempit, Umno hina Mat Indera yang diangkat oleh Yayasan Warisan Johor sebagai antara hero pengukir nama Johor. (Tokoh Terbilang)

3. Taktik penjajah british ialah melebelkan semua yang melawan imperalis british sebagai komunis termasuk nasionalis melayu dan agamawan. Taktik ini diwarisi Umno sehingga kini.

4. Beberapa tokoh kiri terus digelapkan sejarah kepewiraan mereka kerana untuk menunjukkan hanya Umno yang perjuang merdeka.

5. Serangan Umno terhadap tokoh yang melawan British termasuk bekas pemimpim PKM diragui ketelusannya. Umno dilihat menyerang mereka bukan kerana ideologi komunis tetapi lebih kepada mewarisi sentimen warisan penjajah, ini jelas kerana Umno parti pemerintah sendiri menjalinkan hubungan rasmi melalui perjanjian MoU dengan Parti komunis China, KDN membenarkan suara rasmi akhbar Parti Komunis China terbit di Malaysia malah bakal menantu Rosmah Mansor juga seorang dari keluarga pemimpin parti komunis di Asia Tengah.


7. Begitulah seharusnya selepas perjanjian damai 1989, semua harus berdamai. Sejarah harus diangkat secara jujur semua pejuang harus dapat pengiktirafan wajar.

8. Selepas rundingan damai 1989 yang ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia dan Komunis, pengiktirafan harus diberi dan segala persengketaan wajar diketepi.

9. Sebenarnya banyak yang punya peranan dalam merdekakan negara ini, cuma cara regim ini menyajikan sejarah untuk memberikan persepsi salah hanya Umno yang memperjuangkan kemerdekaan adalah salah. Malah mereka bukan sahaja mengatakan Umno pejuang tunggal tetapi melebelkan yang lain sebagai perbagai label negatif.

10. Jika sentimen yang menang menulis sejarah dan yang kalah menulis puisi ini diteruskan percayalah kita tidak akan ke mana - mana. Tanpa menyajikan sejarah yang telus pembinaan jati diri anak tanah air ini akan gagal. Ambil contoh di Korea selatan, 1980 telah berlaku kebangkitan rakyat 18 Mei di Gwangju. Pertembungan antara rakyat dan tentera kerajaan melibatkan juga tentera Amerika pada ketika itu kerana konon wujud anasir komunis di Gwangju. Namun setelah semua selesai dan demokrasi subur di Korea Selatan, Kerajaan Seoul telah memberikan pampasan kepada Gwangju sehingga mangsa mewujudkan may18 Memorial Foundation dan sejarah ditulis semula dan yang baik dijadikan pengajaran dan yang salah dijadikan sempadan. Malah kerana kejujuran itu juga Gwangju menjadi mercu tanda "kiblat demokrasi" rantau ini.

11. Ini semua boleh dilakukan di negara ini jika kita punya iltizam jujur membina bangsa negara ini. semua sebenar ada peranan dalam kemerdekaan negara dari yang berunding hinggalah yang berjuang bersenjata dalam hutan.

12. Malangnya dalam isu mutaakhir ini bermula dengan propaganda TV3, maka yang terakhir telah berlaku cabaran debat. Debat ini bagus dan merupakan budaya politik matang. Tetapi sebagai ganerasi muda khususnya dalam isu seperti ini debat seharusnya bukan untuk tunjuk hero atau siapa salah atau benar. Dalam isu sejarah seperti ini pihak A tak semesti betul semua dan pihak B tak semesti salah semua. seharusnya debat seperti ini digunakan kesempatan mencari rumusan terbaik sebagai mencari fakta tapak membina jati diri bangsa negara ini.

13. SAMM mengalukan Ketua Pemuda Umno dan Ketua Pemuda PAS juga disertai mana - mana organisasi muda untuk berdebat mencungkil fakta sejarah. Mohamad Sabu dari segi pengalaman, usia dan hierakinya lebih sesuai tampil berdebat dengan Muhiyuddin Yasin yang agak kasar ketika memberikan komen-komen seperti menyuruh Mohamad Sabu bertaubat.

14. Apapun kesempatan ini bagus kerana secara tidak lansung ia menarik perbagai pihak untuk sama mencungkil sejarah negara.

Adik: Mat Indera bukan anggota PKM


Bukan sahaja tidak berfahaman komunis, tokoh kontroversi kemerdekaan Muhammad Indera atau lebih dikenali Mat Indera juga bukan anggota Parti Komunis Malaya (PKM), kata keluarganya. Baharum Shah, 65, berkata, abang keduanya itu sebenarnya seorang pejuang kemerdekaan sayap kiri yang mahu menghalau penjajah British dari negara ini. suhaizan kayat baharom shah 070911"Tidak. Itu peristiwa tahun 1948. Beliau (Mat Indera) komited pada perjuangan membebaskan negara ini," kata Baharum ketika ditanya sama ada abangnya mengganggotai mana-mana platun PKM. Justeru, tampil dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Baharum (kiri) mahu kerajaan dan ahli akademik membuat kajian dan membersihkan nama abangnya. "Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan perlu dikaji semula. "Saya bagi pihak keluarga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membersihkan maruah dan nama baik keluarga saya," katanya dalam majlis yang turut dihadiri Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat. Ditanya kenapa baru tampil untuk tujuan itu setelah 54 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, Baharum berkata, beliau pernah menyuarakannya melalui kajian sendiri dan penulisan tetapi tidak mendapat perhatian. Katanya, sekitar tahun 1970-an, beberapa siri rencananya berhubung perkara itu disiarkan akhbar milik Umno Utusan Malaysia. "Saya pergi ke arkib negara untuk buat kajian dan tulis tentangnya," katanya yang sebelum itu memulakan sidang media dengan mengajak pemberita menyedekahkan al-Fatihah kepada arwah abangnya yang dikatakan kuat beragama. Rangkaian komunis Bagaimanapun, menurut pesara tentera itu, rekod tersebut tidak lagi disimpannya kerana hilang semasa berpindah rumah. Baharum kini tinggal berdekatan Cheras, Kuala Lumpur. Sementara itu, Suhaizan berkata, setelah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dianggotai Mat Indera diharamkan dan beliau sekali gus dikehendaki British, Mat Indera tiada pilihan selain menyertai gerakan gerila. suhaizan kayat barom shah 070911"Sama ada beliau bekerjasama dengan komunis atau tidak, itu kena ada kajian. Sama ada beliau alat PKR atau memperalatkan PKM (untuk menuntut kemerdekaan). Sebab itu kajian perlu dibuat. "Dan adakah menggunakan PKM untuk menuntut kemerdekaan menjadi satu kesalahan?" kata anak kelahiran Johor itu. Malah, kata Suhaizan (gambar, di tengah), selain Umno yang berhaluan kanan, semua pertubuhan lain ketika itu diharamkan British. Beliau berkata, dengan keadaan komunikasi terhad pada masa itu, Mat Indera juga sudah pasti tidak tahu kaitan antara PKM dengan rangkaian komunis antarabangsa. "Yang dia tahu, di depannya ada sekelompok orang yang mahukan kemerdekaan," kata Suhaizan yang diberi kepercayaan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bagi berdebat berhubung perkara itu dengan Pemuda Umno.

Umno tercedera dengan senjatanya sendiri

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Umno disifatkan tercedera dengan senjatanya sendiri apabila membangkit isu ucapan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu dalam isu perjuangan kemerdekaan negara.

Ini kerana, tindakan media Umno yang membangkitkan isu ini menyebabkan semua pihak mula menilai siapakah pejuang kemerdekaan sebenarnya.

"Ternyata kali ini Umno cedera dengan senjatanya sendiri," kata Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Usaha media tradisional mengeksploitasi isu ceramah Mohamad Sabu berakhir dengan pendedahan sejarah yang lebih besar tentang perjuangan kemerdekaan.

Semacam baru disedarkan umum mula bertanya, bagaimana boleh digelapkan sejarah perjuangan kemerdekaan selama ini. Ini kerana, selama ini rakyat disogokkan hanya Umno yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

Hari ini rakyat tahu bahawa ada tiga kelompok pejuang kemerdekaan iaitu agamawan yang diwakili oleh Dr Burhanudin Alhemi, Abu Bakar Al Bakir dan lain-lain, nasionalis kiri pula adalah sosialis dan komunis manakala nasionalis kanan adalah golongan seumpama Umno.

Turut terdedah fakta sebenar Mat Indera apabila buku 'Pengukir Nama Johor' yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor yang menamakan beliau sebagai salah seorang hero dan pejuang kemerdekaan dari Johor.

(Mohamad Sabu menunjukkan buku yang mendedahkan siapkah Mat Indera sebenarnya)

Kes ini juga, katanya, mendedahkan kepada rakyat bahawa mereka mahukan keadilan dalam penulisan sejarah negara.

"Malang dalam situai ini profesor sejarah yang terpaksa membuat kenyataan bahawa British bukannya penjajah..kalau gitu apa erti kemerdekaan kalau tidak ada penjajah pada tahun 1957 itu," soal Dr Dzulkefly terhadap kenyataan seorang profeor sejarah.

Pakar perlembagaan pula, katanya, menyanggah pandangan profesor itu kerana hakikatnya ia adalah penjajahan.

Dalam 12 hari polimik ini, katanya, ia telah menyebabkan rakyat mula memahami sejarah yang selama ini cuba dipendamkan oleh Umno di mana Umno mahu tonjolkan dirinya sahaja yang perjuang kemerdekaan.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat dan anggota parlimen Kuala Selangor berkata, sebagaimana Umno menutup pejuang sebenar kemerdekaan negara, perdebatan isu ini juga menutup isu sebenar negara sekarang.

"Isu sebenar negara sekarang adalah daftar pemilih yang kotor, tuntutan lapan perkara Bersih 2.0, kenaikan harga barang, pengurusan ekonomi yang buruk dan sebagainya," kata Dr Dzulkefly.

Selain itu, isu ranking universiti Malaysia yangt terus tercorot di belakang berbanding dengan lain-lain universiti juga terpadam dengan isu ini selepas 12 hari ia dibahaskan.

Universiti Malaya, iaitu universiti terbaik di Malaysia hanya berada di ranking 167 berbanding 700 universiti di dunia, manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (279) berbanding National Universiti Singapura (28) dan Nanyang Universiti (58).

Namun begitu, katanya, perdebatan ini telah mendedahkan Umno kepada masalahnya sendiri iaitu apakah benar Umno sahaja yang berjuang untuk kemerdekaan negara ini.

"Seorang penulis Umno sendiri, Datuk Mohd Arif Sobri Aziz melalui blognya juga menghentam Umno kerana menurutnya Umno hanya terlibat dalam pusingan terakhir perjuangan sahaja dan menafikan segala perjuangan yang telah dibuat oleh pihak sebelum itu," katanya.

Umno tidak angkat senjata memperjuangkan kemerdekaab, orang lain yang perjuang dengn jiwa raga mereka, Umno tidak boleh mendakwa semua pujian untuknya kerana ia hanya mengambil lap terkahir sahaja, tulis pemimpin Umno Pahang itu.

Bukan cakap kosong

PONTIAN - Pemuda Pas Pontian menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu, mengenai Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong.

Ketua Penerangannya, Noorsaiful Amri berkata, Mat Sabu bukan bercakap kosong mengenainya, tetapi turut mengemukan bukti terhadap kenyataan yang dibuat.

Menurutnya, bukti yang didedahkan berdasarkan kepada buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan sendiri oleh Yayasan Warisan Johor pada 2004.

“Baca dahulu, fahami isi kandungan buku yang diterbitkan sendiri oleh Kerajaan Negeri ini,” katanya ketika ditemui, semalam.

Noorsaiful berkata, isi kandungan tersebut jelas menunjukkan sejarah Mat Indera di Rumah Pasung Bukit Kepong yang selama ini menjadi pertikaian banyak pihak.

Beliau turut melahirkan kekesalan terhadap media arus perdana yang banyak mereka cerita berkenaan kenyataan Mat Sabu terhadap isu ini.

“Mat Sabu tidak pernah sebut perkataan komunis, tetapi menyokong perjuangan Mat Indera ketika tragedi Bukit Kepong,” katanya.

Justeru beliau berharap, dengan bukti kukuh yang dikemukakan ini, ia akan menjawab persoalan dan ketidakpuasan hati pihak-pihak yang menuding jari kepada Mat Sabu.

“Jangan pandai melabelkan orang yang bukan-bukan, fahami sejarah negara terlebih dahulu, banyakkan membaca dan bukan sekadar menonton filem Bukit Kepong sahaja,” katanya.

Menurutnya, apa yang dilakukan Mat Sabu bukan untuk mengubah sejarah, tetapi untuk memperbaikinya sahaja, memandangkan banyak kisah-kisah dan cerita pejuang kemerdekaan yang tidak diketengahkan.

Katanya, Pas dan PKR tidak buta sejarah seperti yang diperkatakan, sebaliknya merupakan parti yang benar-benar mahu menegakkan keadilan bagi pejuang kemerdekaan negara yang masih ramai tidak mengetahui kisahnya.

“Apa yang berlaku, manipulasi fakta dan kenyataan Mat Sabu sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati ahli keluarga anggota polis yang berjuang,” katanya.

Beliau turut memuji tindakan Mat Sabu yang mengadakan sidang media seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian, semalam.

Tindakan itu, katanya, menangkis segala tohmahan yang dilemparkan terhadap Mat Sabu mengenai kenyataan yang mengiktiraf Mat Indera sebagai hero Bukit Kepong.

Monday, September 5, 2011

Mat Indera: Umno guris hati rakyat Johor

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Umno telah mengguris hati rakyat Johor kerana mendakwa Mat Indera (gambar) adalah pengkhianat bangsa.

Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat berkata, Umno tidak cermat mengulas isu serangan Rumah Pasung Bukit Kepong yang membabitkan Mat Indera.

"Mereka (Umno) telah mengguris hati rakyat Johor kerana mendakwa Mat Indera pengkhianat bangsa. Sedangkan dalam buku Pengukir Nama Johor mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang bangsa,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan Yayasan Warisan Johor itu dinaungi oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman sendiri.

"Saya sebagai Ketua Pemuda PAS Johor sangat kecewa dengan tindakan Umno yang tidak mengiktiraf jasa Mat Indera.

"Saya yakin seluruh rakyat negeri Johor terguris dan kecewa dengan tindakan Umno,” ujarnya.

Di akhir biografi ringkas Mat Indera di dalam buku tersebut, penulis ada menyebut: "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? Mat Indera adalah seorang yang berani berjuang secara terbuka melibatkan jasmaninya, rohaninya, inteleknya, dan emosinya demi bangsa dan negara. Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang".

Sementara itu, walaupun Mat Indera dikaitkan dengan peristiwa serangan Rumah Pasung Bukit Kepong, namun menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak menyerang.

Beliau sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis.

Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggota polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina.

Bersih nama Mat Indera, keluarga hargai PAS

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Keluarga Mat Indera mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana bersusah payah membersihkan nama allahyarham.

Adiknya, Johan Shah menyatakan demikian di dalam sistem mesej singkat (SMS) kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang bertemunya dan keluarga terdekat Mat Indera di Muar, pagi tadi.

Ini adalah mesej adik Mat Indera kepada Mohamad Sabu yang dihantar pula Timbalan Presiden PAS itu kepada media.

"Assalamualikum... kami bagi pehak keluarga allahyarham Mat Indra mengucapkan berbanyak T Kaseh kpd semua ajk pusat Pas kerana bersusah payah utk membersehkan nama abang saya yang selama ini amat saya tuggu2kan. semoga Allah memberikan segakla kemudahan amin.. Hidup Pas"

Menurut laman web Wikipedia, Johan Shah mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis.

Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggota polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina.

Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Rumah Pasung Bukit Kepong.

Umno gali kuburnya sendiri - Mohamad Sabu

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyifatkan Umno menggali kubur mereka sendiri apabila mempertikaikan kenyataan beliau bahawa Mat Indera adalah salah seorang pejuang kemerdekaan negara.

Beliau kini memiliki buku terbitan Yayasan Warisan Johor yang berjodol "Pengukir Nama Johor" yang penaungnya adalah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman sendiri yang menamakan Mat Indera sebagai salah seorang hero Johor.

(Mohamad Sabu menunjukkan buku Pengukir Nama Johor yang memaparkan Mat Indera sebagai salah seorang hero dan gambarnya diletak di muka depannya)

Ghani juga turut memberikan kata-kata aluan dalam buku yang diterbitkan pada tahun 2004 itu.

Mohamad dijangka akan membuat satu sidang media segera bagi menunjukkan bukti ke atas kenyataan beliau sebelum ini bahawa Mat Indera adalah salah seorang hero dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

Umno melalui medianya Utusan Malaysia dan lain-lain media kawalannya menyerang Mohamad dengan dakwaan menyokong komunis apabila menyifatkan Mat Indera adalah hero kerana melawan British.

Selain media, Umno juga menggerakkan ahli-ahlinya agar membuat laporan polis dan demonstrasi membantah ucapan Mohamad Sabu.

Buku Pengukir Nama Johor diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri.

Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini.

Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn.

Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002.

Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor.

Saturday, September 3, 2011

Panas! Bukti kukuh Sejarah Malaysia dipesongkan!


SILA lihat tugu negara (sebut tokong negara) ini baik-baik! Selama ini, setiap kali hari pahlawan, perdana menteri akan meletakkan kalungan bunga di tugu ini kononnya sebagai tanda memperingati pejuang kemerdekaan yang terkorban.

Kononnya inilah pejuang kemerdekaan yang terkorban atas nama keamanan dan kebebasan. Malah terpahat tulisan "May the blessing of Allah be upon them". Pejuang-pejuang ini didoakan agar memperolehi rahmat dari Allah.

Namun hakikatnya, siapa yang percaya bahawa nama-nama pejuang yang terpahat di tokong negara ini sebagai pejuang, maka dia telah berjaya ditipu oleh British. Lihat bukti di bawah ini.


Kenapa banyak nama Mat Saleh? Mat Saleh penduduk majoriti Tanah Melayu ke? Orang Melayu semua pergi mana? Kah kah kah...

Rupanya negara ini negara British! Sebab itulah pejuang kemerdekaan adalah askar-askar British! Orang Melayu semua dipanggil komunis kah kah kah...

Kenapa ukiran wajah muka patung macam muka orang putih? Orang Melayu zaman dulu macam muka orang putih ke? Kah kah kah...

United Malays No Otak kata, ini fakta sejarah, siapa tak percaya sejarah ini dia penyokong komunis kah kah kah...

Mari sama-sama kita doakan askar-askar kafir British ini semoga roh-roh mereka dicucuri laknat kah kah kah... (kalau ada askar British yang beragama Islam doa ini terbatal)


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/09/panas-bukti-kukuh-sejarah-malaysia.html#ixzz1WxlnJbNj

Mengapa Umno adakan MoU dengan Komunis China

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 3 Sept: AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Umno telah mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis China pada 5 Ogos 2011.

Malahan, katanya ada usaha untuk menghantar Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno untuk mempelajari daripada Parti Komunis China.

“Sekiranya MoU ini dibuat oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) atau DAP atau PKR, maka sudah tentu sebelum turun daripada kapalterbang akan disumbat ke Kamunting.

“Apakah Komunis China, berbeza dengan komunis Malaya? Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Komunis, jelas beliau ideologinya tetap sama tidak kira di mana tempat.

“Kenapa Umno hipokrit?” soalnya lagi.

Menurutnya, jika benar anti komunis kenapa menghantar pulang 11 pejuang Uighurs ke China, walaupun dibantah oleh Suruhjaya Tinggi PBB bagi Orang Pelarian d Kuala Lumpur sedangkan mereka menentang kerajaan komunis China kerana menceroboh wilayah mereka di Xinjiang Julai 2009.

“Inilah sikap hipokrit Umno dalam apa jua isu.

“Isu Palestin Umno tunjuk hero, tetapi dalam masa yang sama, Apco Yahudi dibayar RM77 juta setahun,” katanya.

Beliau berkata, Umno melalui bantuan media mereka yang tidak ada etika kewartawanan dan tidak takut dosa dan pahala dengan sewenang-wenangnya menuduh PAS menyokong komunis.

Katanya, orang pekak dan buta pun tersenyum apabila Umno menuduh PAS menyokong komunis.

Tambahnya, tidak ada rekod PAS berbaik dengan komunis sedangkan Umno menjemput Parti Komunis China menghadiri Persidangan Agung Umno dan yang terbaru mengadakan MoU dengan Parti Komunis China.

Pemimpin Umno juga, ujarnya pernah ditangkap menjadi agen komunis di negara ini walaupun pemimpin Umno pernah menuduh PAS lebih merbahaya daripada komunis.

Namun, katanya kerja-kerja untuk berasmara dana dengan komunis tidak pernah dilakukan oleh PAS.

Jsuteru, kata beliau ucapan Mohamad Sabu hanya untuk menutup tahap kepuasan hati terhadap Najib merudum kepada 59 peratus, daftar pemilih SPR yang kotor dan kenaikan harga barang keperluan harian.

SAMM puji Md Sabu desak kaji semula sejarah Bukit Kepong

arakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Sept: Sejarah tragedi Bukit Kepong perlu dikaji semula untuk menentukan siapakah sebenarnya hero dan siapakah sebenarnya pertualang di negara ini, kata Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah Persekutuan.

Dalam kenyataan medianya hari ini, SAMM Kuala Lumpur menegaskan bahawa sejarah kemerdekaan negara harus segera dikaji semula oleh pengkaji sejarah yang tidak berkepentingan selain daripada merekodkan sejarah sebenar, bukan oleh pengkaji sejarah upahan yang menulis berdasarkan telunjuk pihak yang menang bagi menutup sejarah di sebalik sejarah.

Penyelarasnya, Shariful Azmir Bin Haji Mustafa berkata, tindakan Timbalan Presiden PAS Mohd Sabu mengulas mengenai peristiwa Bukit Kepong dan watak sebenar Mat Indera dalam ceramahnya harus dipuji.

"Ini kerana ia membangkitkan ghairah rakyat terutamanya dari golongan anak muda untuk mengetahui sejauh manakah British itu dianggap sebagai penjajah dan apakah dengan menyerang British itu akan dianggap sebagai pengkhianat di Tanah Melayu," kata beliau dalam kenyataannya itu.

Isu serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950an telah dikenang sebagai serangan kumpulan pengganas ke atas sekumpulan anggota polis yang bertahan di rumah pasong.

Persepsi ini telah ditulis oleh pengkaji sejarah mengikut acuan pihak tertentu bagi menyembunyikan hakikat sebenar – pihak yang menentukan apakah kriteria pejuang kemerdekaan.

Ia menjadi satu kepercayaan ramai apabila Jins Samsudin membuat filem Bukit Kepong berdasarkan persepsi betapa pihak yang menyerang rumah pasong Bukit Kepong itu adalah pengganas sedangkan gerakan yang diketuai oleh Mat Indera juga sebenarnya harus dikenang sebagai salah satu serangan ke atas kubu British yang menjajah Tanah Melayu untuk beberapa abad lamanya.

Bagi beliau, pihak polis di rumah pasong Bukit Kepong itu juga bertugas bagi mempertahankan kepentingan British seperti estet getah dan ladang.

"Adakah pasukan polis ketika zaman jajahan British menunjukkan taat setia mereka terhadap Queen of England apabila lagu "God Save the Queen" didendangkan setiap kali lawatan pegawai tertinggi British ? Ini juga persoalan yang harus digali semula untuk rakyat mengetahui sejarah penentangan penjajah yang sebenar," katanya.

Bagi beliau, peristiwa ini berkait rapat dengan proses menuntut kemerdekaan apabila semua kumpulan, kesatuan dan pertubuhan yang bergerak menuntut kemerdekaan telah diharamkan kecuali Umno.
Kumpulan penuntut kemerdekaan ini akhirnya dituduh sebagai pengkhianat dan pengganas hanya kerana menentang British yang statusnya masih lagi penjajah di Tanah Melayu ketika itu.

"Turut menjadi persoalan ialah, mengapa Umno sahaja yang dibenarkan berkempen untuk merdeka sedangkan banyak lagi pergerakan menuntut kemerdekaan.

"Adakah Umno membenarkan pertubuhan mereka menjadi talibarut British demi untuk merdeka di atas acuan penjajah?" soal beliau.

Oleh yang demikian, SAMM Wilayah Persekutuan di atas rasa tanggungjawab ke atas sejarah negara yang dikhuatiri terperosok, harus digemburkan semula untuk tatapan rakyat.

"Sejarah peradaban negara juga seharusnya disifatkan dengan lebih keterbukaan kerana ia membentuk asal usul kita rakyat Malaysia," katanya.

Rakyat juga harus lebih terbuka dan berjiwa besar untuk menerima hakikat sebenar sejarah negara, lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan proses menuntut kemerdekaan.

"Bagi kami anak muda inilah satu peluang sangat baik sempena pasca hari kemerdekaan ke-54, untuk rakyat mengasak pihak berwajib bagi menampilkan sejarah sebenar kemerdekaan negara. SAMM akan ke hadapan bagi merealisasikan apa itu sejarah," tegas beliau.

Thursday, August 11, 2011

Mari tengok senarai pembaziran Ro$mah bini Najib

Mari tengok senarai pembaziran Ro$mah bini Najib

Akhbar Suara Keadilan 27 bertarikh 2 Ogos mendakwa bahawa Najib-Rosmah memboroskan duit rakyat sewenang-wenangnya. Antaranya ialah :-

1) Lawatan Rasmi Perdana Menteri dan Rosmah ke luar negeri 2008-2011 - RM17 juta

2) Kos selenggara rumah rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri - RM49 juta

3) Bil elektrik dan air Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri - RM10 juta setahun
4) Peruntukan Program Permata Negara - Rosmah - RM111 juta

5) Penginapan Rosmah di Hotel Atlantis, Dubai - RM140,000 satu malam

6) Beg tangan Rosmah berjenama 'Hermezz Matte' - RM361,259.99
7) Cincin berlian - RM24 juta

8) Penganjuran Persidangan Wanita Pertama dunia yang dihadiri 14 wanita pertama majoritinya dari Afrika - RM4.5 juta
9) Gelang tangan - RM1.65 juta

Jika dakwaan di atas tidak benar kita minta Najib-Rosmah membuat penafian dan menyaman akhbar milik PKR ini.

Wan Ahmad bukti SPR tali barut Umno

Harakahdaily

KUALA LUMPUR 11 Ogos: Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh (gambar) menyifatkan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhan Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menunjukkan badan itu sebenarnya tidak bebas dan berat sebelah.

Beliau diminta mengulas kenyataan Wan Ahmad yang mendakwa Pakatan Rakyat mengulangi agenda politik kotor untuk menang PRU-13 melalui penyebaran fitnah dan pembohongan.

Kenyataan Wan Ahmad itu disiarkan Utusan Malaysia, sebuah akhbar milik Umno.

“Saya nak nasihatkan Wan Ahmad agar hentikanlah dari menjadi tali barut Umno dan bersifat berat sebelah," kata ahli parlimen Kuantan itu seperti dilaporkan Keadilan Daily.

“Dia (Wan Ahmad) kena ingat gaji yang dia dapat merupakan wang yang dibayar oleh rakyat. Jadi berkhidmatlah untuk rakyat dan bukannya untuk Perdana Menteri”

“Insaflah, lebih-lebih lagi bulan puasa ni. Jangan asyik memberikan kenyataan untuk memuaskan Umno dan menjadi agen mereka,” kata Fuziah.

Menurut Fuziah, SPR masih berterusan menafikan kewujudan pengundi hantu seperti pengundi berusia lebih 100 tahun, isu pengundi berstatus Penduduk Tetap (PR), pengundi klon dan daftar nama salah yang didedahkan sebelum ini.

Katanya, penafian itu dilakukan bagi menutup kesalahan mereka, sebaliknya badan itu pula menuding jari kepada Pakatan Rakyat kononnya menyebarkan fitnah dengan mengada-adakan cerita.

“(Sudah tentu) mereka (SPR) boleh betulkan semula dalam sistem (daftar pemilih) kerana hanya mereka yang berkuasa ke atas Semak Daftar Pemilih SPR tersebut,” kata Fuziah.

Sebelum ini, Pakatan mendedahkan pelbagai bukti kepincangan dalam daftar pemilih SPR, termasuk kewujudan pengundi yang berumur lebih 100 tahun.

Baru-baru ini media alternatif menimbulkan isu Mismah, seorang penduduk tetap yang didaftarkan sebagai pengundi dalam daftar pemilih SPR.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa 200,000 warga asing didaftarkan sebagai pengundi. Manakala kerajaan Pulau Pinang pula mengesan 30,000 pengundi baru dalam masa tiga bulan dalam daftar pemilih SPR.

SPR juga mencipta sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung yang diberi nama ‘Kg Baru’ sebagai pengundi, yang tidak ada dalam data Jabatan Pendaftaran Negara, sebelum membetulkan rekod itu beberapa jam kemudian.

Terbaru, beberapa pengundi dikesan memiliki dua nombor kad pengenalan yang berlainan dan mempunyai kelayakan mengundi di dua tempat berbeza sepertimana dalam daftar pemilih SPR.

Anwar: Hanya menteri kewangan boleh arah GLC

malaysiakini
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz kerana didakwa mengeluarkan surat kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menarik balik saman yang difailkan ke atas bekas pengerusi MAS Tan Sri Tajudin Ramli.

NONEMenurut Anwar, jika sesuatu perkara membabitkan GLC, arahan mesti datang daripada menteri kewangan atau Kementerian Kewangan dan bukannya Nazri.

"Arahan seumpama ini sepatutnya datang dari Menteri Kewangan (dan bukannya Nazri) kerana ini membabitkan GLC.

"Kerajaan sebelum ini berkata mereka mempunyai kes yang kukuh terhadap Tajudin yang membabitkan berbilion ringgit (dalam mengemukakan saman). Ini amat menganggu,” kata Anwar yang juga seorang bekas menteri kewangan.

Menurut sebuah portal berita, Nazri dalam sepucuk surat yang dihantar bulan ini kepada GLC berkenaan dan Danaharta memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan semua saman sivil ke atas Tajudin yang tertangguh.

NONE“Dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan kesemua tuntutan awam ke atas Tan Sri Dato Tajuddin Ramli dan beberapa yang lain dengan menarik balik dengan segera atas pandangan bahawa kerajaan dan Kementerian Kewangan telah bersetuju agar kes-kes yang ada akan diselesaikan di luar mahkmah.

“Untuk makluman anda, kerajaan telah memberikan saya mandat untuk bertindak bagi pihak kerajaan dalam hal ini,” kata Nazri dalam surat itu.

Antara GLC yang menyaman Tajudin itu adalah Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holdings Bhd, Pengurusan Danaharta Bhd, Malaysia Airlines and Duta Skyline Bhd.

Dalam perkembangan berkaitan, adalah difahamkan semua kes membabitkan Tajudin, kerajaan dan GLC berkenaan sedang dirundingkan bagi mencari penyelesaian pada semua peringkat proses mahkamah tersebut.

tajudin ramli mas 070910Menurut sumber, sesetengah perkara itu telah dibawa kepada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Md Raus Shariff, yang juga adalah hakim pengurusan bagi mahkamah perdagangan hari ini.

Kes-kes berkenaan telah ditetapkan pada 29 September bagi pengurusan kes sementara menunggu penyelesaian.Terdapat lebih 10 kes yang dipercayai masih aktif termasuk berkaitan dengan kes saman Pengurusan Danaharta Nasional Bhd, MAS, Telekom Malaysia Bhd dan Naluri Corporation Bhd.

Kes remaja ditembak mati: Keluarga buat laporan ketiga


malaysiakini
Tidak berpuas hati dengan kegagalan polis untuk bertindak, tiga keluarga remaja yang mati ditembak polis di Glenmarie, Shah Alam pada November tahun lalu, membuat satu lagi laporan polis hari ini berhubung kejadian itu.
“Kami menuntut supaya satu penyiasatan dimulakan segera ke atas anggota-anggota polis yang terlibat atas kesalahan membunuh. NONE“Kami juga mahu pegawai atasan yang mengeluarkan kenyataan berhubung kes ini disiasat kerana memberikan maklumat palsu, kami menuntut keadilan atas kematian anak-anak kami,” kata Norhafizah Mad Razali bagi pihak keluarga tiga mangsa itu. Norhafizah, 37, ibu kepada Mohammad Shamil Hafiz Shapiei, seorang daripada tiga remaja yang ditembak mati itu berkata sehingga hari ini tidak ada tindakan konkrit dari polis untuk menyiasat lanjut. Selain Norhafizah dua keluarga remaja lain itu diwakili oleh Hamidah Kadar, 51, iaitu ibu Mohd Khairul Nizam dan bapa Mohamad Hanafi, Omar Abu Bakar, 58. Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang mengiringi keluarga mangsa membuat laporan polis berkata, beliau terkejut pihak polis masih belum menyiasat kes itu. Katanya, dalam kes tertentu seperti perhimpunan BERSIH 2.0, polis begitu cepat bertindak tetapi dalam kes seumpama ini mereka cukup lembap. NONESerhubungan itu, Nurul Izzah, yang juga naib presiden PKR mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberikan penjelasan berhubung peningkatan kes tembakan mati yang membabitkan polis. “Sudah tentu kita akan bawa perkara ini Parlimen tapi terlebih dahulu kita mahu penjelasan perdana menteri, menteri dalam negeri dan ketua polis negara dalam isu ini,” kata Nurul Izzah. Ketiga-tiga remaja itu mati ditembak polis di Jalan Kerjaya Glenmarie kira-kira jam 4.15 pagi selepas didakwa menyamun sebuah stesen minyak pada 13 Disember lalu.

PM ada 11 pegawai media mengejutkan

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Pendedahan bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk Kadir A Jasin (gambar) bahawa Perdana Menteri mempunyai 11 pegawai media mengejutkan banyak pihak walaupun ia sebelum ini bukan menjadi rahsia di kalangan pengamal media.

Bilangan pegawai media ini amat mengejutkan kerana semasa Tun Dr Mahathir, beliau hanya mempunyai tiga pegawai media sahaja.

"Seorang pegawai media Perdana Menteri berkata, PM ada 11 pegawai media yang terdiri daripada bekas pengarang, wartawan kanan dan eksekutif TV. Paling ramai Dr Mahathir ada sepanjang jadi PM adalah tiga," tulis Kadir dalam blognya.

Menurut sumber antara nama besar di kalangan pegawai media Najib adalah Datuk Seri Farid Redzuan (bekas CEO TV3), Datuk Khalid Mohamad (bekas Ketua Pengarang kumpulan Utusan) dan Jalil Abdul Hamid (bekas Timbalan Ketua Biro Reuters Malaysia).

Di samping mereka bertiga ada Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad (Setiausaha Akhbar PM), Datuk Seri Jalaludin Bahaudin (Penasihat Media PM), Datuk Hardev Kaur (bekas Timbalan Ketua Editor Kumpulan NST yang kini menjadi Pegawai Khas PM).

Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, Jalil bersama dengan Datuk Khalid kini menyertai Pasukan Komunikasi Kebangsaan (National Communication Team) yang berpejabat di Boulavard, Mid Valley.

Datuk Seri Farid Ridzuan pula dikatakan dipinjamkan ke Pejabat PM untuk tugasan khas berkaitan dengan belia termasuk menguruskan media baru.

Datuk Hardev Kaur adalah penasihat khas Najib selaku Menteri Kewangan.

Menurut sumber, pasukan penasihat yang bertugas bersama APCO sebelum ini masih bertugas dengan pejabat Perdana Menteri.

"Kesemua mereka masih bertugas cuma bukan atas nama APCO lagi sekarang," kata satu sumber kepada Harakahdaily.

(Tiga tokoh media yang kini menjadi pegawai media PM. Dari kiri Datuk Khalid Mohd, Datuk Hardev Kaur dan Datuk Seri Farid Ridzuan)

Ada juga yang memaklumkan, gaji mereka semuanya amat besar iaitu kira-kira sama dengan gaji yang mereka dapat ketika bertugas dengan jabatan mereka sebelum ini.

Di samping bimbang dengan bilangan pegawai media yang ramai ini, Kadir Jasin dalam tulisannya juga secara sinis membandingkan bilangan menteri dalam kebinet Najib ekoran perlantikan G Palanivel sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang terbaru.

Kalau menambahkan bilangan, menaikkan KPI, maka KPI Perdana Menteri naik se takuk lagi. Beliau baru sajamenambah bilangan anggota kabinetnya kepada 30 dengan melantik seorang ahli politik kecundang, tulis Kadir.

"Sebenarnya saya pun tak tahu kedudukan KPI menteri, pegawai dan jabatan. Yang saya baca, Idris Jala kata, kadar jenayah menurun dan matlamat NKRA sedang dicapai.

"Tapi yang saya baca setiap hari orang kena bunuh, mayat reput ditemui, orang kena ragut sampai mati dan macam-macam lagi jenayah ngeri. Yang saya tengok, tak ada kawasan perumahan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang tak dikepung dan dikawal siang malam," tulisnya.

Perdana Menteri melantik presiden MIC, Palanivel a/l Govindasamy aka G. Palanivel menjadi seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menaikkan bilangan mereka kepada lima.

Seperti Koh Tsu Koon dan Shahrizat Abdul Jalil, Palanivel juga kalah pilihan raya umum. Dia kalah kepada calon PKR di Hulu Selangor dan tidak dicalonkan untuk bertanding pilihan raya kecil kawasan yang sama tahun lalu.

Dalam PRU akan datang, dia dikatakan akan bertanding di Sungai Siput, Perak, kawasan bekas bosnya S Samy Vellu yang kalah kepada DAP, tulis Kadir.

"Memang kabinet kita besar. UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Kita ada 28 juta penduduk dan 30 menteri. Tidak hairanlah susah nak jumpa menteri sebab tak tahu yang mana satu," tulis Kadir Jasin lagi.

Sunday, July 17, 2011

BN merasakan kerajaannya terancam, kata Marina

BN yang berada dalam kedudukan panik merasakan kerajaannya kini terancam dan tidak mampu berfikir secara jelas lagi, kata anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,
Datuk Paduka Marina Mahathir.

marina mahathir interview 181105 happy“Mereka rasa terancam kerana memandang remeh BERSIH pada 2007 dan pada pilihan raya umum 2008 mereka hilang banyak kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri. Dan oleh kerana kini dalam keadaan panik, mereka tidak boleh berfikir dengan jelas lagi. Apa di kepala mereka adalah hanya cara untuk menang pilihan raya.

“Awak boleh dapatkan semula sokongan orang ramai dengan hanya berbaik kepada mereka. Awak tidak boleh dapatkan sokongan dengan bersikap jahat. Awak tak boleh tuduh peserta perhimpunan itu semuanya kumpulan samseng, mungkin ada segelintir. Tetapi bukan semua mereka.

“Majoriti mereka adalah kumpulan professional. Kumpulan itu adalah berbeza-beza dan ia sebenarnya 1Malaysia, muda, kaya, miskin, setiap bangsa dan agama menyertainya,” kata Marina dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

NONEPada 9 Julai lalu, Marina juga mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0. Beliau turun ke jalanan bersama anak dan rakan-rakannya.

Mereka bermula berhampiran Jalan Pudu (Berjaya Times Square) dan berarak sepanjang Jalan Hang Jebat di hadapan Stadium Negara menuju ke bangunan Majlis Olympik Malaysia.

Katanya, mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan BERSIH 2.0.

“Saya mungkin tidak setuju dengan perjuangan mereka tetapi mereka melakukan perkara yang baik. Kami semua menjadi 1Malaysia.

NONE“Sekarang kerajaan melabelkan kami dengan pelbagai nama. Biar saya beritahu, mereka kini kehilangan banyak undi.

Mereka mungkin beranggap mereka telah tewas tetapi biar saya beritahu, sebenarnya banyak yang masih di atas pagar dan sudah tentu (tindakan kerajaan itu) mereka akan menyokong pihak satu lagi. Saya lihat ini jelas dalam media sosial, terutamanya di emel, twitter dan blog,” kata Marina.