Syarahan Perdana Bersama Selebriti Bob Lokman di Dun Pulai Sebatang 17/10/2011

Syarahan Perdana Bersama Selebriti Bob Lokman di Dun Pulai Sebatang 17/10/2011

Ceramah Isu Semasa di Dun Benut 5/10/2011

Ceramah Isu Semasa di Dun Benut 5/10/2011

PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PONTIAN

PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PONTIAN

CHE'GUBARD,SAIFUL AMRI DAN BOB LOKMAN

CHE'GUBARD,SAIFUL AMRI DAN BOB LOKMAN

CERAMAH PERDANA ISU SEMASA

BERSAMA :

- USTAZ RIDUAN MD NOOR ( EXCO DPP PUSAT )
- YB AMIRUDIN SHARI ( ADUN PKR BATU CAVES )

MASA/TEMPAT :

11 / 11 / 2011 , SABTU , 9MALAM

MARKAS PAS KG ASAM KUMBANG , BENUT .

KONSERT KESENIAN ISLAM DAN BICARA SELEBRITI

BERSAMA :

- SHAM KAMIKAZE ( BEKAS GITARIS KAMIKAZE )
- AZHAN ATAN ( BEKAS JUARA AKADEMI NASYID )

6 / 12 / 2011 , SELASA , 8.30 MALAM

BALAI ISLAM PARIT ISMAIL,BENUT,PONTIAN.




Team AIC Negeri Johor

Team AIC Negeri Johor

ANWAR IBRAHIM CLUB NEGERI JOHOR

- SQUAD AIC JOHOR -

Thursday, January 5, 2012

Kes Pencerobohan Perairan SELESAI, Antara Usaha PAS Pontian

PONTIAN - Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Pontian menyatakan syukur kepada Allah SWT berikutan kes 6 nelayan dari daerah ini yang ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana didakwa menceroboh perairan negara itu telahgpun berakhir setelah dibebaskan semalam dengan diberi pengampunan oleh Presiden Susilo 24 Disember seperti yang dilaporkan akhbar Sinar Harian 5 Januari 2012. Menurut Naib Ketuanya, Ustaz Muhammad Nazar, pada pertemuan keluarga mangsa oktober lepas bersama Y.B Ir Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam menyatakan bahawa pihaknya bersetuju membantu mereka yang ditahan itu dengan kadar kemampuan yang munasabah. Menurutnya lagi, walaupun ia melibatkan hubungan diplomatik kedua-dua negara namun dengan usaha kecil itu sekurang-kurangnya menunjukkan bahawa PAS amat prihatin kepada masalah rakyat. ''Kita ucapkan tahniah kepada keluarga mangsa diatas pembebasan itu yang berjuang begitu lama. Kami sudah mengusahakan sekadar yang termampu. Berkat doa dan kesungguhan daripada pelbagai pihak, Allah izinkan dan terima doanya, alhamdulillah'' ujarnya lagi sewaktu dihubungi Mtd-Benut.blogspot.com semalam. Pada 23 Oktober 2011, Portal berita ini melaporkan pertemuan antara Ir Khalid Samad dengan keluarga nelayan terbabit berlangsung dengan suasana mahabbah dan harmoni. Pada pertemuan itu juga, sumbangan berupa barang keperluan harian telah disumbangkan PAS Kawasan Pontian. Difahamkan, seramai tujuh nelayan yang ditahan sejak Mac tahun lepas telah dihukum penjara dua setengah tahun dan dua bot mereka dirampas oleh Mahkamah Bengkalis, Indonesia. Kesemua nelayan itu turut diarah membayar RM350 (Rp1 juta) setiap seorang dan jika gagal akan dipenjara.

Tuesday, November 29, 2011

LAWATAN KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA DI PARLIMEN PONTIAN








BERSAMA KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA - YB DATO SERI ANWAR IBRAHIM





SELESAI MEMPENGERUSIKAN MAJLIS DI PARLIMEN PONTIAN.MENGAMBIL KESEMPATAN BERGAMBAR DENGAN IKON ANAK MUDA DAN IKON RAKYAT MALAYSIA.YB DATO SERI ANWAR IBRAHIM YANG JUGA MERUPAKAN KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA.

UMNO Tidak Mustahil Tumbang Di JOHOR – DSAI

PONTIAN – Adalah suatu yang tidak mustahil bagi negeri Johor yang terkenal dengan jolokan ‘kubu kuat UMNO’ boleh ditumbangkan dalam pilihan raya umum (PRU 13), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Hal ini kerana katanya dahulu Parlimen Permatang Pauh yang turut diberi jolokan yang sama namun dalam beberapa siri pilihan raya, UMNO-Barisan Nasional tersungkur di kubu yang dibinanya selama ini.

Malahan pula ujarnya kekalahan itu telah meruntuhkan maruah parti berfahaman kebangsaaan itu ekoran pembangkang meraih kemenangan dengan majoriti yang besar.

”Johor katanya kubu kuat UMNO. Itu dulu. (Parlimen Permatang Pauh) dulu kubu kuat UMNO, 15.000 majoriti (menang). Sekarang UMNO kalah 15.000. Sebab (kalah) orang (pengundi) sudah buka minda,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, Anwar bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya terhadap dakwaan yang mengatakan bahawa apabila Pakatan Rakyat (PR) berjaya menduduki Putrajaya maka hak dan kepentingan orang Melayu akan terpinggir.

Sebaliknya tegas beliau lagi bahawa kedudukan kaum bumiputra dalam negara ini akan terus dibela dan tetap dipertahankan.

”(saya) jamin kedudukan dan keselamatan (orang) Melayu mesti dipertahankan,” tegas beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di hadapan ribuan orang di perkarangan Rumah Ketua PKR Pontian, Parit Keroma, Ayer Baloi Pontian, dekat sini, malam tadi.

Hadir sama, Datuk Dr. Chua Jui Meng, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, YB Yaakob Sapari, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Sdr. Badrul Hisham Shaharin (Cikgu Bard), Pengerusi Solidariti Anak Malaysia (SAMM), Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian.

Sementara itu, Anwar turut mempersoalkan dimanakah kewajarannya dalam hal beliau diaibkan, difitnah dan menghadapi tuduhan yang melampau sedangkan katanya isu yang melingkari kehidupan rakyat masih berada ditahap yang menduka-citakan.



”Masukkan Anwar dalam penjara. Saya diaibkan sebegitu rupa. Ada harga barang (naik) selesai (turun) ?” soalnya lagi.

Bagaimanapun, ujar beliau lagi sambil memberi ingatan kepada para pemimpin UMNO supaya tidak terus mengekalkan keangkuhan selain mempertahankan dakwaan yang hanya mereka sahaja yang mampu berkuasa sedangkan 30 tahun Presiden Mubarak di Mesir berkuasa, boleh tumbang ditangan rakyatnya sendiri.

”Bila Mubarak digulingkan, 3 juta rakyat ikut berhimpun (Di dataran Tahrir). Ini sebab (sebelum ini) Mubarak dianggap macam raja, digelar Firaun Soghir (kecil),” ujarnya lagi.

Pada majlis yang sama, Hanif Osman, Ketua AMK Pontian diisytiharkan bakal calon Pakatan Rakyat diberi peluang bertanding di Parlimen Pontian pada pilihan raya ke – 13 nanti.

Sunday, October 23, 2011

7 Keluarga Nelayan yang ditahan Berjaya disantuni oleh Yb Ir Khalid Samad dan Pimpinan PAS Pontian



PONTIAN – Kebuntuan yang dihadapi oleh 7 keluarga nelayan yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia baru-baru ini telah memberi sedikit kelegaan apabila Yb Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam menyatakan kesediaan untuk membantu dengan kadar yang termampu.

Khalid ketika ditemui berkata, pihaknya telahpun menghubungi Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara ini dengan harapan Anwar boleh memanjangkannya memandangkan beliau punyai rekod hubungun dengan kerajaan Indonesia sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Walaubagaimanapun kes ini katanya membabitkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara maka sewajarnya kerajaan Malaysia dapat menyelesaikannnya dengan secepat yang mungkin.

“Saya baru saja menghubungi (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) sebentar tadi. Beliau minta segala maklumat berkaitan diserahkannya Isnin ini. Beliau tidak berjanji (boleh selesai) kerana ia membabitkan kerajaan. Namun (bantuan ini) dibuat atas nama peribadi.”‘ ujarnya lagi.

Akhbar Sinar Harian sebelum ini melaporkan seramai tujuh nelayan yang ditahan sejak 9 Mac lalu dihukum penjara dua setengah tahun dan dua bot mereka dirampas oleh Mahkamah Bengkalis, Indonesia.

Kesemua nelayan itu turut diarah membayar RM350 (Rp1 juta) setiap seorang dan jika gagal akan dipenjara tiga bulan.

Khalid menambah lagi dengan katanya, pihaknya amat bersimpati dengan penderitaan yang dialami oleh keluarga terbabit yang yang rata-ratanya mata pencarian yang diperolehi banyak kepada ketua keluarga yang ditahan.

Tambahan pula menurutnya lagi, kos bagi menampung perbelanjaan harian di penjara Indonesia cukup tinggi dan dianggap terlalu membebankan dan ini tidak mampu disalurkan oleh kaum keluarga terbabit yang kebanyakannya tidak bekerja.

“Bila saya berjumpa dengan keluarga nelayan ini, saya bersimpati kepada mereka. Sudahlah mata pencarian mereka terjejas. Malah saya difahamkan, kos sara hidup di penjara RM 10.00 sehari. Secara bulanan keluarga ini terpaksa hantar duit RM 1000.OO sebulan. Ini membebankan !” ujarnya lagi.

Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kebajikan kepada 7 keluarga nelayan yang ditahan di Pontian Besar, Pontian, dekat sini, semalam.

Beliau dalam rangka lawatannya ke Pontian selama 2 hari sebelum ini telah menghadiri Ceramah Perdana di Dun Benut, Program Jom Ngeteh di Pekan Sanglang dan Taklimat Pilihan raya di Markas PAS Kawasan Pontian.

Seramai 20 ahli rombongan turut menemani beliau dalam pertemuannya dengan keluarga terbabit.

Bajet 2012 : Bajet ‘Terbaik’???? – YB Ir Khalid Samad


BENUT,PONTIAN – YB Ir. Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam secara sinis menyifatkan bahawa Bajet 2012 yang dibentangkan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak adalah yang ‘terbaik’ daripada sebelumnya.

Hal ini kerana katanya hutang negara ini berlaku selama 13 tahun berturut-turut mengakibatkan perbelanjaan negara melebihi pendapatan yang diperolehi.

”Hutang 200 billion pada tahun 2007, sekarang 2011 sudah melambung kepada 430 billion dalam masa empat tahun. Jadi hutang kita dua kali ganda. Oleh kerana bajet kali ini yang terbaik yang dibentangkan YAB Perdana Menteri.” ujarnya lagi.

Bagaimanapun beliau tidak menafikan bahawa defisit juga boleh berlaku setelah melihatkan keadaan ekonomi dunia yang gawat namun bajet ‘terbaik’ BN memperlihatkan defisit tetap terjadi, sama ada keadaan ekonomi gawat ataupun memberangsangkan.

”Kita bukan kata bajet tak boleh defisit. Pakar ekonomi. Berpandangan perlu juga defisit dengan syarat keadaan ekonomi dunia gawat. Maka perlu keluarkan simpanan atau buat pinjaman.

”Tapi BN dalam keadaan ekonomi gawat dan baik defisit juga berterusan tiap-tiap tahun.” jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis Ceramah Perdana Bersamanya di Pekan Tampok, Benut, Pontian, dekat sini, semalam.

Dalam pada itu beliau menambah dengan katanya bahawa kerajaan harus bertanggungjawab menyelesaikan isu defisit ini dengan menghasilkan sumber lain sebagai alternatif untuk mengurangkan hutang negara.

”Apa yang nak diwariskan kepada anak cucu kita? Hutang tinggi. Kerajaan harus bertanggung jawab, kita ada sumber minyak dan gas. Tapi kena hasilkan sumber pendapatan baru. Sama ada pertanian, buat penyelidikan atau nak hasilkan pertanian berlipat kali ganda. Ada duit fikir sumber baru.” jelasnya.

Sementara itu, beliau meramalkan bahawa jika hal tersebut berterusan maka dibimbangi negara boleh menjadi muflis kerana sikap boros dalam urus tadbir negara tidak diatasi segera.

”Ini dok seronok berbelanja saja. Pemimpin UMNO tak kisah sebab dia kaya. Ada harta di Australia dan di tempat lain. Tapi yang terbeban adalah rakyat.

”Kita nak bagitahu rakyat. Buatlah perubahan supaya keadaan tidak lebih teruk. 5 tahun (kalau berterusan) lagi ramal pakar ekonomi, hancur negara-bangkrap.” ujarnya.

Pada majlis yang sama turut berucap ialah Sdr. M Subramaniam, Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Johor.

Tazkirah Maghrib Oleh Bob Lokman di Rumah Saiful Amri


BENUT,PONTIAN – Manusia hari ini boleh bertindak sesuka hati dengan mengikut hawa nafsu adalah disebabkan tidak tumbul rasa takut kepada Allah swt, kata Bob Lokman, bekas selebriti terkenal.

Menurutnya lagi, akibat terpesona dengan pangkat, wang dan saham maka penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah berleluasa tanpa mengira batas dan pantang larang agama.

Malah paling menyedihkan lagi apabila dibacakan ayat suci al-Quran berkenaan soal syurga-neraka maka ada yang mempersenda-sendakannya kerana tidak merasai kekuasaan Tuhan pada diri masing-masing.

”Hari ini bila tak bersyukur, bila baca Quran, kita tak rasa gerun dan takut seperti ayat neraka. Sampai ada yang tanya. Panas sangatkah api neraka? Sudah rasakah? Mari nak cucuh api rokok. (ucapan sebegini) jahanam akidah.

”Semua percaya ada Allah tapi kenapa buat (ingkar suruhanNya) sebab tak ada rasa Allah ada. Orang tak rasa kehadiran Allah.” jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, kesedaran yang timbul bermula dari melihatkan perkembangan anak-anaknya yang mula membesar. Hari ini ujarnya suasana yang tidak kondusif tidak wujud bagi melentur sahsiah anak-anak menjadi insan yang soleh menjadikannya lebih berhati-hati. Sehingga suatu ketika apabila beliau terlantar sakit di Hospital barulah disedari bahawa sedikit demi sedikit nikmat yang dikurniakan Allah selama ini mula berkurangan.

”Atuk saya ajar waktu kecil dahulu. Saya makan banyak. Dia tanya. Kenyang? Sebab apa kenyang? Saya kata, makan banyak. Dia kata bukan. Itu Allah yang bagi. Bertahun-tahun dia ulang perkara yang sama.

”Bila besar, saya sakit masuk wad. Teringat pesanan atuk. Kat Hospital nampak makanan sedap-sedap, tapi tak ada selera. Suruh isteri masak sedap-sedap. Isteri orang jawa Muar. Masak pula masakan kampung. Tapi bila saya cuit sikit, Tak berselera. Allah tarik rasa (sedap).” terangnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada program Kuliah Maghrib di rumah Saiful Amri, Ketua Penerangan Pemuda PAS, di Kampung Parit Hassan, Benut, dekat sini, Isnin lepas.

Kira-kira seratus orang yang kebanyakannya anak-anak muda berpeluang mendengar penyampaian bersahaja beliau pada program tersebut.

MTD BENUT