Syarahan Perdana Bersama Selebriti Bob Lokman di Dun Pulai Sebatang 17/10/2011

Syarahan Perdana Bersama Selebriti Bob Lokman di Dun Pulai Sebatang 17/10/2011

Ceramah Isu Semasa di Dun Benut 5/10/2011

Ceramah Isu Semasa di Dun Benut 5/10/2011

PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PONTIAN

PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PONTIAN

CHE'GUBARD,SAIFUL AMRI DAN BOB LOKMAN

CHE'GUBARD,SAIFUL AMRI DAN BOB LOKMAN

CERAMAH PERDANA ISU SEMASA

BERSAMA :

- USTAZ RIDUAN MD NOOR ( EXCO DPP PUSAT )
- YB AMIRUDIN SHARI ( ADUN PKR BATU CAVES )

MASA/TEMPAT :

11 / 11 / 2011 , SABTU , 9MALAM

MARKAS PAS KG ASAM KUMBANG , BENUT .

KONSERT KESENIAN ISLAM DAN BICARA SELEBRITI

BERSAMA :

- SHAM KAMIKAZE ( BEKAS GITARIS KAMIKAZE )
- AZHAN ATAN ( BEKAS JUARA AKADEMI NASYID )

6 / 12 / 2011 , SELASA , 8.30 MALAM

BALAI ISLAM PARIT ISMAIL,BENUT,PONTIAN.




Team AIC Negeri Johor

Team AIC Negeri Johor

ANWAR IBRAHIM CLUB NEGERI JOHOR

- SQUAD AIC JOHOR -

Saturday, June 19, 2010

Program 18 - 19/06/2010 Di Parlimen Pontian Anjuran AIC Johor Dan Dewan Pemuda PAS Pontian

( Sahabat baik Pencatat yang juga Orang kuat AMK Johor Fauzi yang juga merupakan Ketua AMK Batu Pahat berbaju Putih Dan Saudara NAD yang juga merupakkan Rakan Aic Johor )

( Kehadiran tetamu bagi mendengar pelbagai isu semasa )

( Yb Ng Suee Lim sedang berucap )

( Azhan Atan ( Juara Akademik Nasyid sedang berbicara dengan Chegubard selepas menyampai lagu baru PAS )

( YDP PAS,Subramaniam,Yb Ng Suee Lim dan Chegubard )

( Chegubard sedang menyampaikan ceramahnya )

( Kehadiran rakyat yang dahagakan maklumat..amat memberangsangkan dalam 500 orang hadir )

( Berehat sebentar di rumah Pencatat selepas program Hi-tea sebelum ke program ceramah )

( Sebelum ke Lokasi Hi-Tea Dan Dialog.Pencatat bersama Yb.Ng Suee Lim dan Chegubard singgah di Pekan Benut untuk Minum sambil berkongsi maklumat isu semasa )

( Kaum cina yang bersama di program Hi-tea )

( Chegubard sedang menyampaikan ceramahnya di program hi-tea )

( Ucapan Aluan Oleh Naib YDP Pontian Tuan Haji Bachok di program Hi-Tea )

( Pencatat bersama Yb.Ir Khalid Samad Dan YDP Pas Pontian ( Pak Raden ) sedang berbicara sambil menikmati nasi lemak selesai ceramah di Pulai Sebatang )



- Alhamdulillah program selama dua hari 18hb dan 19hb bagi mengempur dua Dun di Pontian iaitu Dun Benut dan Dun Pulai Sebatang amat berjaya sekali.Kehadiran yang amat memuaskan sekali.Pada 18hb program bersama Yb.Ir Khalid Samad,Hassan Karim dan Subramaniam.19hb pengisian program petang dan malam.Bersama Yb.Ng Suee Lim ( Adun Dap Sekinchan,Selangor ) , Chegu'Bard ( MT PKR Pusat ) , Subramaniam ( Dewan Perhimpunan PAS ) dan kehadiran yang tidak di jangka Azhan Atan ( Juara Akademik Nasyid Tv9 ).Program Hi-tea bersama penduduk Sanglang yang terletak di Dun Benut amat memberangsangkan sekali.Di hadiri dalam 50 orang penduduk pelbagai kaum.Kehadiran dari penduduk cina yang tidak di sangka hampir 15-20 orang mendengar ucapan oleh Yb.Ng dan Chegubard.Ini adalah petanda bahawa bahawa mereka bersama dengan gelombang perubahan pada PRU 13 nanti.Dengan itu ia akan memberikan satu mimpi mengerikan kepada pemimpin Umno Pontian Di bawah Datuk Ahmad Maslan ( Ketua Penerangan UMNO Malaysia ) yang juga Ahli Parlimen Pontian.Program PAS sudah di hadiri oleh orang cina.Mengambarkan orang cina di Pontian sudah tidak takut dengan PAS dan mereka akan bersama melakukan perubahan pada pilihanraya umum nanti.Program Ceramah Umum malam bermula jam 9.30pm.Ucapan aluan oleh YDP PAS Pontian dan Subramaiam.10.10 - Chegubard memberikan ceramah dengan pelbagai isu di lontarkan kepada rakyat yang hadir malam itu.Isu Melayu di sentuh,Isu PRK hulu selangor dan Sibu,Isu anak kucing Najib dan sebagainya dan dalam jam 11.10 - Azhan Atan ( Juara Akademik Nasyid ) menyampai sebuah lagu baru PAS.Tepat jam 11.15 - YB Ng Suee Lim berceramah dengan lontaran pelbagai isu.Ceramah yang di sampaikan dengan pelbagai versi bahasa cina,melayu dan lebih banyak berucap dalam bahasa Jawa.Ini lah kelebihan YB Ng boleh bercakap bahasa jawa dengan fasih sekali.Pada malam itu kehadiran amat memberangsangkan sekali.Melebihi 500 orang yang hadir.Semoga dengan program ini ia akan membawa satu perubahan besar pada PRU 13 nanti khusus di Parlimen Pontian.

Tuesday, June 15, 2010

Al Marhum Ustaz Hassan Shukri dalam kenangan




Ni selepas solat jenazah...Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjalan seiring dengan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi...TGNA memang tak dapat nak tahan sebak, then TGHH cuba tenangkan TGNA..Sebaik TGHH pegang bahu TGNA, airmata TGNA turun lagi, aku tengok TGHH pun tak dapat tahan sebak jugak... habisnya, 2-2 Tuan Guru kesayangan kita sama-sama menitiskan airmata.










Pemergian Ustaz Hassan Syukri mengejutkan ramai pihak khasnya di dalam PAS. Ia merupakan satu kehilangan besar kepada PAS dan negara. Berikut adalah tulisan yang pernah dibuat wartawan AZAMIN AMIN yang disiarkan oleh akhbar Siasah Oktober 2009.
Belum sempat pun pejuang-pejuang Sungai Manik tiba di Kuala Selangor untuk turun ‘bermandi darah’ di Kuala Lumpur dalam peristiwa 13 mei, dia sudah terpacul tegap menantikan kedatangan mereka. Ketika berdiri di jeti Feri Kuala Selangor dengan badan tegap laksana panglima, dia secara tenang meminta para pejuang itu pulang semula ke Perak.Niatnya hanya satu, mengelakkan lebih banyak nyawa yang terbunuh dan tidak mahu Sungai Klang bertukar merah. Tanpa perlu berpencak atau menghunus sunding yang tersisip di pinggangnya, dia bersuara penuh tertib dan tegas gayanya.Tidak ada satu biji mata pun melainkandia yang mampu berdepan para pejuang yang digeruni itu. Bimbang suasana akan lebih kecamuk Pengerusi majlis Gerakan Negara ketika tragedi 13 mei 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak secara peribadi meminta dia menahan pendekar-pendekar dari kumpulan ‘parang terbang dan selempang merah’ untuk mara ke ibu kota.Dek kerana menghormati ayahnya yang pernah terlibat dan bertempur dalam beberapa siri dengan peperangan di Sungai Manik pada zaman dulu, para pejuang yang sedang mengelodak jiwa dan amarah itu akhirnya akur dengan permintaannya lalu kembali ke kampung halaman masing-masing.

Namanya cukup tersohor dan hebat di mata kawan dan lawan. malah ketika negara dilanda krisis, Tun Razak sendiri menghubunginya setiap hari. Sehari kadang-kadang sampai dua kali! Kini nama Hassan Shukri yang selalu meniti di bibir pejuang dan penyokong PAS selama ini agak kelam dan menyepi. entah mengapa, bekas Timbalan Presiden PAS yang juga antara pejuang terawal parti tertua di malaysia iniumpama membawa diri. Namun rajuknya tidak ke mana kerana batang tubuhnya masih sebati dengan perjuangan ini.Hassan Shukri yang dipanggil ‘ustaz’ masih dekat di hati kebanyakan ahli PAS malah kelibat beliau sering kelihatan, sekiranya ada acara rasmi dan majlis ilmu yang dianjurkan di markas PAS Taman melewar, Gombak. Kadang-kadang tanpa segan, beliau menebas dan mencangkul di depan markas walaupun para pemimpin dan ahli PAS sedang menyertai aktiviti di situ.Baginya kerja-kerja kebun dan kampung sudah berakar umbi dalam dirinya apatah lagi kediaman dan lamannya pula bersebelahan markas itu. Markas yang dahulunya dikenali sebagai Pejabat Agung PAS dan Pusat Tarbiyah sebelum berpindah ke Jalan Raja laut Kuala lumpur, begitu sinonim dengan Hassan Shukri.Masakan tidak idea penubuhan markas itu, datang dari hati nurani ikhlasnya. Bermula dengan modal Rm20,000, beliau membeli sebidang tanah di situ, sebagai tapak awal untuk membina markas. Kemudian beliau berbincang pula dengan Yang Dipertua PAS, Allahyarham Yusuf Rawa, Pesuruhjaya PAS Perlis, ustaz Hashim Jasin dan ustaz Nakhaei untuk mereka samasama membeli tanah dengan harga sekitar Rm26,000 bagi meluaskan kawasan markas sekitar tahun 1982. Selain menerima sumbangan wang, markas itu turut didirikan secara bergotong royong pada peringkat awalnya.

Kemudian dengan kebijaksanaan Hassan, beliau mengarahkan setiap satu cawangan PAS menyiapkan satu tiang bangunan tanpa menggunakan jengkaut untuk menggali lubang tapak asas.Semenjak itu, markas PAS Taman melewar telah menjadi tempat persinggahan atau bermalam paling murah di Kuala lumpur kepada orang ramai yang mahu melancong atau berurusan di ibu kota malah hari minggu atau cuti sekolah, banyak bas persiaran serta bas sekolah singgah dan memenuhi laman markas itu.Lebih menarik, ia menjadi persinggahan paling penting kepada rombongan haji sebelum melapor diri di lapangan Antarabangsa Subang sebelum wujudnya KlIA dan Pusat Transit Tabung Haji Kelana Jaya.Cetusan idea Hassan itu kemudiannya menjadi buah mulut orang dan menjadikan PAS terkenal di setiap pelosok negara. Hassan dikenali sebagai tokoh yang membangunkan markas PAS dan ramai yang tidak tahu, beliau adalah individu penting di sebalik perlembagaan PAS dan merupakan “buku undang-undang PAS” yang masih hidup serta sentiasa menjadi rujukan.Menceritakan kisah penyertaannya secara tidak rasmi dengan PAS sewaktu berusia 14 tahun pada 1951; Hassan memberitahu tindakannya itu didorong oleh satu peristiwa unik yang mencetuskan semangatnya untuk mendekati PAS.“Sebabnya ialah loteri kebajikan yang saya terima daripada guru saya dan saya bawa pulang ke rumah.“Akhirnya saya dimarahi dan dihamun oleh ayah saya...disebabkan itu, saya mula berjinak-jinak dengan mengikuti aktiviti PAS di kampung dan mula menyertai secara aktif pada tahun 1951,” ujarnya penuh semangat.Hassan yang memegang nombor keahlian PAS 12,016 itu kemudiannya diberi peluang untuk bertanding di kawasan Parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum tahun 1969.
Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah usaha memujuk, mengugut, ancaman dan merasuah beliau untuk tidak bertanding, namun ditolak mentah-mentah Hassan dengan memberi kata dua yang cukup meninggalkan bekas kepada pencabar dan lawan politiknya. “Saya katakan kepada mereka, kalau nak masukkan guni, cubalah...!” katanya tegas laksana pahlawan yang bermaksud seolah-olah ‘jangan mencari pasal’ dengan beliau.Beliau turut mengimbau kembali kejadian ceramahnya di Sabak Bernam didatangi oleh beberapa orang berketurunan Jawa Penegoro sambil menghayunkan senjata parang. Kebetulan kawannya, Hassan Adli boleh berbahasa Jawa, maka orang-orang yang berparang itu akhirnya “ditumpaskan” hanya melalui kata-kata berbisa.Hassan juga menceritakan bagaimana musuh politiknya berusaha menjatuhkan maruah dan nama baiknya dengan cuba memerangkap beliau dengan dua orang wanita yang tidak dikenali di Kampung Parit, Sabak Bernam. Dengan kecekapan perisik-perisik PAS, beliau dinasihatkan untuk tidak memberhentikan keretanya suatu malam apabila diminta oleh dua wanita terbabit.“malam itu di tepi jalan berhutan, sudah siap kamera dan beberapa jurugambar mahu memerangkap jika saya memberhentikan kereta untuk ditumpangi oleh dua wanita itu,” katanya sambil menasihati bahawa insiden dan taktik musuh itu masih diguna pakai sehingga sekarang.Oleh sebab itulah, setiap kali bermesyuarat di Pejabat Agung PAS Pusat di Jalan Raja laut, berdekatan lorong Haji Taib itu, Hassan tidak pernah menggunakan jalan belakang bangunan PAS itu, kerana bimbang ‘diperangkap’ oleh kamera-kamera musuh yang cuba mengaitkannya dengan penghuni atau pekerja seks lorong hitam itu.“Saya selalu menasihati beberapa pimpinan PAS untuk berhati-hati berjalan di lorong belakang itu bagi mengelakkan fitnah dan dimanipulasi oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab,” katanya tersenyum.

Setelah tewas dalam pilihan raya itu, beliau kemudiannya menunaikan haji di makkah dan kisah perjalanannya menuju tanah suci itu, penuh liku-liku dan peristiwa indah yang tidak upaya diluahkan memandangkan masa yang terbatas. memadai katanya, perjalanan itu memakan masa 6 bulan 3 hari!“Dari Pulau Pinang naik kapal laut. Sampai di madras, kami terus menggunakan jalan darat untuk ke makkah. “Dalam perjalanan ke sana, saya sempat menubuhkan Persatuan melayu Iraq di Baghdad dan setelah menunaikan haji, saya mengahwini isteri tercinta dan dikurniakan 6 orang anak,” katanya bangga dengan pencapaian anak-anaknya itu, meskipun beliau bukanlah seorang yang berharta.Semasa beliau penuh aktif dalam PAS, Hassan pernah menjawat jawatan Setiausaha Agung PAS di bawah tiga orang Presiden PAS iaitu Datuk Asri muda, ustaz Yusof Rawa dan Almarhum Datuk Fadhil Noor. Beliau merakamkan semula detik-detik manis selama berada dalam perjuangan PAS ini sambil menceritakan beberapa kisah mencuit hati yang tidak dapat dilupakannnya.Antaranya, beliau terpaksa mengendong atau mengangkut pembesar suara (speaker) sejauh empat batu menggunakan basikal, manakala ada perwakilan yang jatuh ke gaung dalam perjalanan ke muktamar PAS tapi tidak mengalami kecederaan.“Saya pernah merasa pengalaman tidur di Balai Raya Datuk Keramat. Ahli-ahli di situ menyediakan segala kelengkapan seperti bantal, tilam dan selimut untuk para perwakilan dan ahli PAS yang menyertai muktamar ketika itu,” katanya lagi.Pada sekitar tahun 50-an, muktamar pada ketika itu, nama awalnya lebih dikenali sebagai kongres dan ditukarkan supaya ia tidak menyamai dengan parti-parti lain pada masa itu.

Bezanya dahulu, apabila muktamar berlangsung, semua perwakilan dan ahli-ahli yang datang menumpang teduh di merata-rata sekitar madrasah, pondokpondok agama, balai raya berhampiran dan juga rumah-rumah ahli yang secara sukarela menjadikan rumah mereka sebagai tempat tumpangan.Beliau dalam masa sama menasihati supaya pemimpin dan ahli melahirkan semangat persatuan dan berpasukan di samping kerjasama yang mantapdan ada peningkatan dalam soal pemikiran dan kerja di semua peringkat.“Apa jua kekuatan adalah kesatuan dan sahabatsahabat (ahli-ahli PAS) kena tahu ‘style’. Kena faham cara orang kampung bekerja berbeza dan tidak sama dengan orang Shah Alam (bandar) bekerja. “Tulis khutbah pun kena beza. Takkan nak baca yang sama. Begitu juga pendekatan, ada yang berhemah, tegas dan adakalanya secara berseloroh,” katanya lagi.Beliau menasihati pemimpin PAS atasan atau pertengahan, mesti mengetahui serba sedikit suasana dan keadaan masyarakat di malaysia dan menambah di Nusantara terdapat 6,832 suku seperti Jawa, mandeling, Banjar dan lain-lain yang berjaya disatukan melalui Islam.“Jangan lupa turun padang dan dekati orang bawahan akar umbi ini. mereka ini kita sapa dan senyum cukup besar hati dah...” kata Hassan yang juga bekas Senator. Selain itu, Hassan sebagai orang lama dalam PAS menyarankan segala masalah atau perselisihan pendapat antara pimpinan-pimpinan PAS disuarakan melalui syura atau mesyuarat dan perbincangan agar ia tidak dipergunakan oleh musuh untuk melaga-lagakan antara satu sama lain.“Dengan cara itu tidaklah keluar kenyatan yang bercanggah. Kenapa media memainkan isu tertentu, supaya orang Cina dan India berhenti menyokong PAS...itu saja. Jadi jangan biarkan kita terdedah dengan perkara macam itu,” katanya ketika diminta pandangan berhubung isu-isu semasa.“malah masuk PAS bukan kerana ikut orang, kalau ikut orang, sudah lama PAS ini terkubur. Sertai dan sokong PAS sebab hendakkan kepada Islam.“Kita sudah lama tarbiyah ahli-ahli PAS bahawa jangan memuja pemimpin tetapi menjunjung perjuangan Islam,” kata bekas Timbalan Presiden PAS itu yang turut merujuk beberapa kepimpinan yang keluar parti itu seperti Datuk Asri muda dan Haji Ahmad Fuad yang tidak sedikit pun menjejaskan PAS sehingga kini.Kini Hassan masih menyumbang buah fikiran dan pandangannya kepada PAS sebagai Ahli majlis Syura. Beliau juga masih lagi menyampaikan kuliahnya di Sabak Bernam serta memenuhi pelbagai jemputan majlis-majlis agama dan ceramah.Walaupun usia telah menjangkau 70-an, Hassan masih kelihatan gagah dan berupaya mengingati satu persatu sejarahnya bersama PAS.
Wawancara yang berlangsung hampir dua jam itu terasa begitu singkat, memandangkan kepetahan dan nada selorohnya, membuatkan penulis terpegun dan asyik dengan kisah lamanya.“Tulislah dan saya suka bila orang mahu tahu sejarah saya dan PAS. “Bukan apa, setelah saya tiada nanti, apa yang anda tulis itu akan jadi satu dokumentasi sejarah,” katanya tersenyum semula.Mengakhiri perbualan yang “berlangsung” di kediamannya sendiri Jumaat, 2 Oktober lalu, Hassan sempat menyuntik semangat kepada ahli-ahli PAS seluruh negara supaya sentiasa mengukuhkan perjuangan dan menolak sama sekali fikiran jumud bahawa jika bersama PAS, mereka akan menemui kesukaran dan kepayahan hidup. “Percayalah...sesiapa yang memperjuangkan Islam, dia tidak akan susah. mungkin tidak kaya tetapi tidak ada yang susah atau tidak makan.
Saya sendiri tidak pernah rasa gaji besar tetapi kehidupan saya tidak susah dan alhamdulillah makin bertambah baik.“Bagi pejuang Islam, apa jua cabaran dan dugaan akhirnya Allah akan tolong juga dan bantu kita untuk teruskan kehidupan...,” katanya sambil mencebiskan nasihat kepada pemimpin agar sentiasa merapatkan saf antara satu sama lain termasuk dengan golongan bawahan supaya parti akan terus kukuh, disegani dan bertambah kuat di masa mendatang.
Ulasan Pencatat : Alhamdulillah syukur kepada Allah..Pencatat sempat berjumpa dengan Al marhum Ustaz Hassan Shukri semasa Muktamar di Putik.Ketika itu Al Marhum dan Subki Latif berjalan bersama.Belum sempat pencatat menghulurkan tangan dan menyapa..Al Marhum menghulurkan tangan dan menanyakan khabar semasa hari perasmian Perwakilan Pemuda,Muslimat dan Dewan Ulama di Putik.Sifat keperibadian yang ada pada Al Marhum amat menyentuh hati pencatat.Ini lah pemimpin yang di segani kawan dan lawan.Ini adalah kali pertama pencatat bertemu muka dengan Al Marhum pada 9/06/2010 dalam jam 6.30 petang di Putik.Al Fatihah kepada Al Marhum Ustaz Hassan Shukri....

Keshvinder ‘tidur' masa PR perintah Perak


Harakahdaily
IPOH, 16 Jun: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Malim Nawar, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh yang mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan DAP dan menjadi Adun Bebas disifatkan sebagai membuka pekung sendiri.
Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Khalil Idham Lim (gambar) berkata, tindakan Keshvinder tersebut akibat menyedari tidak mampu menyelesaikan masalah serius rakyat di kawasannya sendiri sejak Mac 2008 lalu.
Katanya, selama menjadi Adun sewaktu Pakatan Rakyat memerintah, Keshvinder didakwa ‘tidur’ sehingga tidak tahu permasalahan yang berlaku di kawasannya.
"Saya tidak tahu apa yang dia lakukan sejak dia menjadi Adun sehingga rampasan kuasa, sehingga baru tahu ada orang susah di kawasannya selepas BN merampas kuasa.
"Sesudah 2 tahun lebih menjadi Adun baru dia mahu berlagak menjadi wakil rakyat di Dun yang dimenanginya. Sebelum ini dia ‘tidur’ sahaja," kata Idham Lim yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Pakatan Rakyat Perak.
Kerajaan Pakatan Rakyat Perak sebelum ini, kata Idham Lim, memberi peruntukan sebanyak RM75,000 yang disalurkan melalui pejabat daerah dan dikendalikan kelulusannya oleh Adun termasuk Keshvinder, namun tidak tahu ke mana peruntukan wang tersebut disalurkannya.
Semalam, Keshvinder mengumumkan keluar parti pada sidang akhbar di Hotel Holiday Villa, di Subang.
Beliau sebelum ini pernah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat.
Dalam kenyataan kepada media di luar pejabat SPRM pada hari itu, Keshvinder mendakwa, agen Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu.
"Dengan ini saya menegaskan bahawa tindakan Khesvinder tidak membawa masalah kepada Pakatan Rakyat.
"Pakatan Rakyat Perak terus utuh dengan gabungan yang mantap serta kesefahaman yang terus kami jalin terus bagi memastikan segala gerak kerja yang selama ini dirancang bersama untuk menumbangkan BN dalam pilihan raya akan datang diterus dan ditingkat dari masa ke semasa," kata Idham Lim yang juga Adun Titi Serong.

Thursday, June 10, 2010

Pencatat Di Muktamar PAS Pusat Kota Bahru,Kelantan

Pencatat bersama Dr.Asri mantan Mufti Perlis,YB Taufik dan Bekas Ahli Majlis Syura Ulama Pas Pusat semasa Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Kelantan Trade Centre,Kota Bahru.

Bersama Sahabat perjuangan Norazid Md Noh merupakan Exco Pemuda Pas Johor yang juga Ketua Pemuda Pas Pontian.Berada di dalam dewan Putik untuk majlis perasmian Muktamar Pemuda,Muslimat dan Ulama

Para Perwakilan dan Pemerhati Kawasan Pontian di Putik

Keraguan terus selubungi agenda reformasi Najib

Malaysiakini

Perdana Menteri Najib Razak hari ini mengumumkan rancangan lima tahun untuk memotong subsidi dan mempercepat pelaburan tetapi menggariskan tidak banyak langkah untuk meningkatkan daya saing, dan ini memperkuatkan lagi keraguan tentang agenda reformasinya.

Dalam rancangannya itu, Najib berkata kerajaan akan mengurangkan defisit fiskal dan mengurangkan subsidi secara berperingkat-peringkat, sementara mensasarkan purata 6 peratus pertumbuhan ekonomi tahunan.

Ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-10 di Dewan Rakyat hari ini, perdana menteri berkata, rancangan tersebut sangat penting untuk menjayakan cita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara membangun sepenuhnya pada 2020.

Menurutnya, sasaran untuk mencapai 6 peratus pertumbuhan, memerlukan satu lompatan besar dalam pelaburan, terutama pelaburan yang lebih pesat di sektor swasta.

Najib memberi beberapa petunjuk tentang bagaimana kerajaan akan menarik lebih banyak pelaburan di samping rancangan untuknya menjadi rakan kongsi syarikat swasta dalam projek berimpak tinggi bernilai RM63 bilion, yang termasuk pembinaan lebuh raya, sebuah wilayah kewangan baru di ibunegara serta loji penjanaan elektrik dari arang batu.

Malaysia memerlukan purata RM115 bilion pelaburan swasta setiap tahun untuk mencapai sasaran pertumbuhan pelaburan sebanyak 12.8 peratus setahun, demikian menurut RMK10. Pelaburan hanya tumbuh purata 2 peratus antara 2006-2010.

Kerajaan akan mengurangkan perbelanjaan pemberian subsidi kepada RM15.7 bilion pada 2015 daripada RM18.3 bilion tahun ini, menurut RMK10.

Tetapi RMK10 mengelakkan isu-isu berduri seperti membubarkan dasar berasaskan kaum yang memberi keistimewaan kepada orang Melayu sejak empat dekad lalu - suatu perubahan, yang mengikut para penganalisis, sangat penting untuk Malaysia bersaing dengan ekonomi lain.

Johor tarik balik gelaran Datuk Chua Jui Meng

Malaysiakini
Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Chua Jui Meng telah diarahkan memulangkan dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.

Chua yang juga bekas menteri kesihatan mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi setiausaha Istana Johor, Datuk Rahim Ramli supaya memulangkah darjah kebesaran itu hari ini.

Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato Paduka Makhota Johor" dan "Dato Seri Makhota Johor"."(Abdul Rahim) beritahu saya bahawa dua gelaran datuk saya telah ditarik balik," kata Chua kepada Malaysiakini hari ini.

Chua (gambar) sebelum ini menerima anugerah tersebut daripada Almarhum sultan Johor, Tuanku Mahmud Iskandar.

Anugerah berkenaan membawa gelaran 'Dato Paduka Makhota Johor' dan juga 'Seri Paduka Mahkota Johor".

Chua juga berkata Abdul Rahim enggan memberitahunya sebab di sebalik pelucutan gelaran tersebut kerana istana tidak diwajibkan mendedahkannya.

Chua yang juga bekas ahli parlimen Bakri selama penggal merupakan naib presiden MCA sebelum meninggalkan parti itu pada 2008 apabila gagal merebut jawatan presiden. Beliau mengganggotai PKR pada 2009.

Masih bergelar 'Datuk'

Chua bagaimanapun masih mengekalkan gelaran Datuk memandangkan beliau menerima dua lagi darjah kebesaran daripada Pahang dan Selangor, masing-masing pada tahun 2002 dan 2003 yang membawa gelaran tersebut.

Tindakan ke atas Chua itu pada mulanya diura-urakan oleh timbalan presiden PKR Senator Syed Husin Ali yang menyebarkannya melalui lawan sosial Twitter beberapa hari lalu.
Chua yang enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu sekadar berkata, beliau akan mengeluarkan satu kenyataan selepas menerima surat rasmi daripada Istana Johor.

Friday, June 4, 2010

Anwar: Saya jadi sasaran Apco


Malaysiakini - Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa yang beliau kini menjadi sasaran serangan lobi antarabangsa yang diketuai oleh rejim Zionis yang berkaitan dengan firma komunikasi Apco Worldwide."Mereka berkata saya anti-Yahudi dengan memutarbelit kenyataan (yang saya dibuat) di Parlimen," kata Anwar dalam satu forum di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini.


Forum itu dianjurkan oleh Pakatan Rakyat untuk membincangkan serangan maut tentera Israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, yang mengorbankan 10 aktivis.
Anwar mendakwa, Apco Worldwide kini sedang membalas dendam terhadap pendedahannya di Parlimen - bahawa khidmat firma itu pernah digunakan oleh kerajaan pimpinan Ehud Barak dan mengilhamkan inisiatif 'One Israel'.Anwar menuduh firma komunikasi antarabangsa itu "mempengaruhi" kumpulan pro-Israel tertua B'nai B'rith untuk "menyerang" beliau."


Apco begitu berpengaruh, bahkan berjaya meyakinkan badan tertua Yahudi untuk menyerang saya secara peribadi dan menghukum saya. Organisasi ini bahkan melabel saya sebagai musuh mereka," katanya.Saya cuba lindungi negaraMenurut satu laporan dalam surat tarikh 25 Mei kepada pengerusi jawatankuasa senat mengenai hubungan luar Amerika, John F Kerry, B'nai B'rith menyalahkan Anwar kerana menghasut kebencian terhadap Israel dan Zionis-Yahudi.Kumpulan pro-Yahudi itu juga mendesak Amerika supaya memutuskan semua hubungan dengan Anwar ekoran kenyataannya yang mengaitkan inisiatif '1Malaysia' Perdana Menteri Najib Abdul Razak dengan 'One Israel'.

Mereka juga tersinggung dengan tuduhan Anwar bahawa ejen Israel telah menyusup ke dalam ibupejabat pasukan Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman.Anwar mendedahkan hari ini bahawa Apco sudah melangkah setapak lagi dengan mengemukakan satu 'aduan rasmi' kepada International Crisis Group (ICG) - sebuah organisasi yang dianggota Anwar - menuduhnya "anti-Yahudi dan anti-Semitic"."Saya sudah menjangka serangan (dari kumpulan Yahudi ini). Apco bahkan telah menghantar satu laporan rasmi ke ICG, mengatakan yang saya anti-Yahudi."(Namun) ICG juga telah membuat kenyataan yang kuat mengutuk serangan serangan tentera Israel terhadap flotilla," katanya."Saya mengkritik Apco kerana mereka berpengaruh, dan mereka telah berjaya mempengaruhi sebuah organisasi untuk menyerang saya secara peribadi, dan melabel saya musuh Israel."Mereka (Apco) yang mengelirukan kenyataan saya mengenai Israel sebagai rasis... (bila) kita cuba untuk melindungi keselamatan dan maruah negara kita," katanya.

Demo anti-Israel: Pakatan mara, BN selesai















LAPORAN LANGSUNG (TERKINI DI BAWAH)
sumber : harakahdaily dan malaysiakini

2.00pm : Demonstrasi anti-Israel bermula di Masjid Kampung Baru tanpa sebarang sekatan daripada pihak polis, walaupun amaran telah dikeluarkan semalam.Diketuai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, ribuan orang bergerak berarak pantas sambil bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel.

2.30pm: Berbeza dengan perhimpunan pembangkang, perhimpunan Pemuda BN di Masjid Negara telah pun tamat. Ia hanya berlangsung 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda BN. Mereka kelihatan bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel. Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddn dalam ucapannya berkata pihaknya berharap kerajaan sentiasa memberikan keutamaanya dan memastikan kepentingan rakyat Palestin terbela.Pada masa yang sama, kumpulan Pakatan kini sudah berarak sampai Jalan Sultan Ismail dan melintas Hotel Rennaisance.Slogan anti-Israel seperti "hancur Israel" dan "Khaibar ya Yahud" (perang Khaibar wahai Yahudi) dilaungkan.Sementara satu lagi demonstrasi oleh sekumpulan aktivis NGO di Masjid Tabung Haji pimpinan Lifeline4Gaza sejak jam 2 petang tadi juga berarak ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang.

2.55pm - 3.10pm : Anwar dan pemimpin kanan Pakatan tiba di bangunan Tabung Haji dengan trak pikap. Mereka kini berada kira-kira 100 meter daripada kedutaan AS.
Polis menutup kedutaan AS dalam jarak 100 meter. Hadirin cuba merempuh sebelum ditenangkan pemimpin Pakatan yang hadir. Mereka diingatkan bahawa perhimpunan itu adalah aman.Selepas rundingan, beberapa pemimpin Pakatan dibenarkan masuk bagi menyerahkan memorandum kepada pihak kedutaan AS.
Dalam cuaca mendung di ibu negara, kelihatan beberapa helikopter polis berlegar di angkasa.
Polis membenarkan lima pimpinan utama iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Lim Kit Siang, Azmin Ali dan Syed Husin Ali untuk masuk ke bangunan kedutaan menyampaikan memorandum kepada pihak kedutaan US.Perarakan tiba berada di hadapan kedutaan. Kumpulan perarakan ditahan pihak polis kira-kira 20 meter sebelum tiba di hadapan kedutaan. Pimpinan yang mengepalai perarakan kini sedang berbincang dengan pihak polis. Turut serta Timbalan Presiden PAS, Ust Nasharudin Mat Isa dan Lim Kit Siang.

3.32 petang: Penyerahan memorandum selesai dan delegasi keluar dari bangunan kedutaan. Anwar dalam sidang media memberitahu, dalam pertemuan bersama Duta Besar Amerika Syarikat itu, Pakatan Rakyat dan NGO lain yang turut serta memohon untuk menyampaikan memorandum tersebut secara terus kepada Presiden US, Barack Obama.
Mereka juga menjelaskan kepada duta besar tersebut bahawa tindakan Israel itu adalah disebabkan tiada tindakan tegas oleh pihak Amerika Syarikat terhadap israel.

3.30 petang: Turut berucap adalah Mohamad Sabu, Dr. Mahfodz Mohamad, Ustaz Azlee Musa dan Mustafa Akmil Ayub di hadapan menara See Hoy Chan berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat.

3.25 petang: Sementara menunggu delegasi serah memorandum selesai, pimpinan pakatan rakyat yang lain sedang memberi ucapan di hadapan lebih 50 ribu peserta himpunan. Antara yang berucap adalah Salahuddin Ayub dan Dr. Hatta Ramli.
3.38 petang: Ustaz Nasarudin Mat Isa dalam sidang medianya berkata, perhimpunan ini melangkaui agama dan kaum bagi menyatakan kepada Washington berhubung tindakan kejam Israel Zionis. Perhimpunan ini juga katanya menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.

3.40pm : Anwar berucap kepada ribuan rakyat Malaysia setelah berjaya menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan itu.Dalam masa yang sama, beberapa orang kelihatan membakar bendera Israel dan gambar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.Dalam ucapannya Anwar berkata rakyat hari ini menunjukkan tentangan yang begitu hebat menentang kezaliman Israel."Saudara-saudara adalah pahlawan rakyat," kata anwar.Katanya, dalam pertemuan dengan wakil kedutaan sebelum ini, beliau menegaskan mengutuk tindakan Israel tanpa tolak ansur."Amerika telah berlembut menyebabkan keganasan Israel. Kita minta Amerika mengekang kezaliman dan mendengar suara rakyat," katanya.Anwar menjelaskan kedutaan Amerika berjanji akan membawa memorandum mereka ke Washington minggu depan.
Bersurai secara aman...

Thursday, June 3, 2010

Perhimpunan Meja Bulat dan Perarakan Anti Zionis

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

3 Jun 2010

Perhimpunan Meja Bulat dan Perarakan Anti Zionis
Angkatan Muda Keadilan mengecam sekeras-kerasnya serangan kejam askar komando Israel ke atas kapal Turki Mavi Marmara di Flotilla. Keganasan Zionis yang menindas hak kemanusiaan serta mengancam keamanan di Gaza, Palestine perlu dihentikan segera.
Pelbagai protes dan demontrasi telah diadakan di Malaysia khasnya di Kedutaan Amerika Syarikat sejak serangan komando Israel. Semalam Pemuda Pakatan Rakyat juga menghantar satu surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia untuk membatalkan segala urusan perdagangan ekonomi, diplomatik dan bantuan yang berkaitan dengan regim Israel dan Zionis.
Selain itu, satu Perhimpunan Meja Bulat Anti Zionis akan diadakan pada 4 Jun 2010 (Jumaat)

10.30am di Kelab Sulaiman, Kampung Baru. Maklumat yang berkenaan adalah yang berikut

10.30am Perhimpunan Meja Bulat Anti Zionis, Kelab Sulaiman, Kampung Baru

1.00pm Solat Jumaat di Masjid Kampung Baru

2.30pm Perarakan ke Kedutaan Amerika Syarikat

Angkatan Muda Keadilan Malaysia menyeru kepada pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan agama, komuniti dan masyarakat umum untuk menyertai secara beramai-ramai ke Perhimpunan Meja Bulat Anti-Zionis serta perarakan tersebut.
Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan Pakatan Rakyat turut akan menyertai perhimpunan meja bulat dan perarakan tersebut.
Semua aktivis serta peserta yang prihatin terhadap isu Palestine dijemput untuk memakai baju berwarna HITAM untuk tanda protes terhadap Zionis-Israel.

Shamsul Iskandar Mohd Akin,
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Tuesday, June 1, 2010

PAS susun siri bantahan ke atas Israel

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 1 Jun: PAS akan mengadakan beberapa siri bantahan terhadap rejim zionis Israel ekoran tindakan mereka menyerang kapal Konvoi Bantuan Antarabangsa ke Gaza pagi semalam sehingga membunuh kira-kira 20 sukarelawan di samping ramai yang cedera.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa memberitahu, beberapa program telah diatur bermula dengan penyerahan memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat tengahari ini, dan majlis solat hajat dan himpunan aman rakyat Malaysia di Stadium Malawati Shah Alam diikuti dengan perhimpunan aman rakyat pada Jumaat ini.

"Berhubung serangan tentera Yahudi terhadap kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza ini, PAS telah akan mengadakan beberapa program sebagai menunjukkan kecaman terhadap tindakan mereka itu," katanya pada sidang media (gambar) di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Menurutnya, PAS juga merupakan salah satu parti yang terlibat dalam komuniti gerakan Islam membantah tindakan kejam Israel itu.

"PAS sedang berkomunikasi dengan komiti gerakan Islam dan hasil perbincangan sebelum ini, kita akan membawa seorang wakil daripada Palestin untuk bersama-sama dalam program di Stadium Malawati Khamis ini," katanya yang juga ahli parlimen Bachok.

Sebelum itu, beliau membacakan kenyataan rasmi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tindakan lebih keras dan tegas dikenakan kepada rejim zionis Israel berhubung tindakan ganas mereka sehingga melibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan berbelas-belas aktivis konvoi berkenaan.

Surat kepada PM

Sementara itu, Naib Presiden, Salahudin Ayub berkata, PAS akan menghantar satu surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang ini bagi meminta satu sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan isu ini.

"Kami akan fakskan satu surat kepada Datuk Seri Najib bagi meminta satu sidang khas Parlimen diadakan dalam masa terdekat ini. Amat wajar bagi kita membincangkan di Parlimen isu besar yang melibatkan rakyat Malaysia yang berada dalam kapal tersebut.

"Kita harap Parlimen Malaysia boleh bersidang sebelum 7 Jun ini untuk menunjukkan rasa tanggungjawab dan kepekaan kita," katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.

Hadir sama pada sidang media itu naib presiden, Datuk mahfuz Omar, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, bendahri, Dr. Hatta Rasmi, ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkifly Ahmad dan Dr. Syed Azman Nawawi dan setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad.

Mengutuk Keras Tindakan Israel Menyerang Konvoi Keamanan

Tindakan Pasukan Keselamatan Israel(IDF) menyerbu flotilla keamanan, lalu mengorbankan nyawa mereka yang tidak berdosa merupakan satu jenayah kemanusiaan. Difahamkan korban nyawa mungkin mencecah 19 orang. Saya menyeru agar pemimpin dunia dan masyarakat antarabangsa agar segera mengecam aksi keganasan ini. Tiadanya tindakan tegas dan tuntas makanya Kerajaan Israel sering memperlihatkan keangkuhan kekuasaan dan tidak silu menyerang hatta flotilla Mavi Marvara itu sedang berlayar di perairan antarabangsa.

Sungguhpun sudah banyak kerajaan dan negara menyatakan kekesalan serta kecaman namun sehingga kini hanya Kerajaan Turki memperlihatkan kesungguhan serta menyatakan amaran jelas terhadap Kerajaan Israel. Saya ingin ulangi jenayah kemanusiaan ini tidak boleh dilepas pandang begitu sahaja. Kita bertanggungjawab ke atas nasib mereka yang tidak berdosa. Sebarang kekerasan terhadap rakyat awam yang tidak bersalah harus dikutuk dan dihukum. Serangan terhadap flotilla sewajarnya menyedarkan masyarakat antarabangsa bahawa isu Gaza harus diselesaikan segera.

Saya juga kesal kerana serangan ini pastinya menjejaskan usaha semua pihak untuk memastikan kedamaian yang berpanjangan di rantau yang sering bergolak itu. Jika tiada tindakan yang berkesan serta hukuman setimpal pasti menguatkan persepsi umum akan kegagalan Majlis Keselamatan PBB serta kuasa besar terutamanya Amerika Syarikat.

Saya berdoa moga Tuhan merahmati mereka yang terkorban. Kepada ahli keluarga mangsa saya pohon agar tetap bersabar. Saya menanti khabar dengan tekun nasib 2 rakyat Malaysia yang turut menaiki Marvi Marvara. Marilah sama-sama kita berdoa moga mereka selamat hendaknya.

ANWAR IBRAHIM

CERAMAH BULAN JUN 2010