Tuesday, November 29, 2011
BERSAMA KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA - YB DATO SERI ANWAR IBRAHIM
UMNO Tidak Mustahil Tumbang Di JOHOR – DSAI
Hal ini kerana katanya dahulu Parlimen Permatang Pauh yang turut diberi jolokan yang sama namun dalam beberapa siri pilihan raya, UMNO-Barisan Nasional tersungkur di kubu yang dibinanya selama ini.
Malahan pula ujarnya kekalahan itu telah meruntuhkan maruah parti berfahaman kebangsaaan itu ekoran pembangkang meraih kemenangan dengan majoriti yang besar.
”Johor katanya kubu kuat UMNO. Itu dulu. (Parlimen Permatang Pauh) dulu kubu kuat UMNO, 15.000 majoriti (menang). Sekarang UMNO kalah 15.000. Sebab (kalah) orang (pengundi) sudah buka minda,” ujarnya lagi.
Mengulas lanjut, Anwar bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya terhadap dakwaan yang mengatakan bahawa apabila Pakatan Rakyat (PR) berjaya menduduki Putrajaya maka hak dan kepentingan orang Melayu akan terpinggir.
Sebaliknya tegas beliau lagi bahawa kedudukan kaum bumiputra dalam negara ini akan terus dibela dan tetap dipertahankan.
”(saya) jamin kedudukan dan keselamatan (orang) Melayu mesti dipertahankan,” tegas beliau lagi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di hadapan ribuan orang di perkarangan Rumah Ketua PKR Pontian, Parit Keroma, Ayer Baloi Pontian, dekat sini, malam tadi.
Hadir sama, Datuk Dr. Chua Jui Meng, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, YB Yaakob Sapari, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Sdr. Badrul Hisham Shaharin (Cikgu Bard), Pengerusi Solidariti Anak Malaysia (SAMM), Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian.
Sementara itu, Anwar turut mempersoalkan dimanakah kewajarannya dalam hal beliau diaibkan, difitnah dan menghadapi tuduhan yang melampau sedangkan katanya isu yang melingkari kehidupan rakyat masih berada ditahap yang menduka-citakan.
”Masukkan Anwar dalam penjara. Saya diaibkan sebegitu rupa. Ada harga barang (naik) selesai (turun) ?” soalnya lagi.
Bagaimanapun, ujar beliau lagi sambil memberi ingatan kepada para pemimpin UMNO supaya tidak terus mengekalkan keangkuhan selain mempertahankan dakwaan yang hanya mereka sahaja yang mampu berkuasa sedangkan 30 tahun Presiden Mubarak di Mesir berkuasa, boleh tumbang ditangan rakyatnya sendiri.
”Bila Mubarak digulingkan, 3 juta rakyat ikut berhimpun (Di dataran Tahrir). Ini sebab (sebelum ini) Mubarak dianggap macam raja, digelar Firaun Soghir (kecil),” ujarnya lagi.
Pada majlis yang sama, Hanif Osman, Ketua AMK Pontian diisytiharkan bakal calon Pakatan Rakyat diberi peluang bertanding di Parlimen Pontian pada pilihan raya ke – 13 nanti.
Sunday, October 23, 2011
7 Keluarga Nelayan yang ditahan Berjaya disantuni oleh Yb Ir Khalid Samad dan Pimpinan PAS Pontian

PONTIAN – Kebuntuan yang dihadapi oleh 7 keluarga nelayan yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia baru-baru ini telah memberi sedikit kelegaan apabila Yb Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam menyatakan kesediaan untuk membantu dengan kadar yang termampu.
Khalid ketika ditemui berkata, pihaknya telahpun menghubungi Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara ini dengan harapan Anwar boleh memanjangkannya memandangkan beliau punyai rekod hubungun dengan kerajaan Indonesia sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Walaubagaimanapun kes ini katanya membabitkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara maka sewajarnya kerajaan Malaysia dapat menyelesaikannnya dengan secepat yang mungkin.
“Saya baru saja menghubungi (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) sebentar tadi. Beliau minta segala maklumat berkaitan diserahkannya Isnin ini. Beliau tidak berjanji (boleh selesai) kerana ia membabitkan kerajaan. Namun (bantuan ini) dibuat atas nama peribadi.”‘ ujarnya lagi.
Akhbar Sinar Harian sebelum ini melaporkan seramai tujuh nelayan yang ditahan sejak 9 Mac lalu dihukum penjara dua setengah tahun dan dua bot mereka dirampas oleh Mahkamah Bengkalis, Indonesia.
Kesemua nelayan itu turut diarah membayar RM350 (Rp1 juta) setiap seorang dan jika gagal akan dipenjara tiga bulan.
Khalid menambah lagi dengan katanya, pihaknya amat bersimpati dengan penderitaan yang dialami oleh keluarga terbabit yang yang rata-ratanya mata pencarian yang diperolehi banyak kepada ketua keluarga yang ditahan.
Tambahan pula menurutnya lagi, kos bagi menampung perbelanjaan harian di penjara Indonesia cukup tinggi dan dianggap terlalu membebankan dan ini tidak mampu disalurkan oleh kaum keluarga terbabit yang kebanyakannya tidak bekerja.
“Bila saya berjumpa dengan keluarga nelayan ini, saya bersimpati kepada mereka. Sudahlah mata pencarian mereka terjejas. Malah saya difahamkan, kos sara hidup di penjara RM 10.00 sehari. Secara bulanan keluarga ini terpaksa hantar duit RM 1000.OO sebulan. Ini membebankan !” ujarnya lagi.
Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kebajikan kepada 7 keluarga nelayan yang ditahan di Pontian Besar, Pontian, dekat sini, semalam.
Beliau dalam rangka lawatannya ke Pontian selama 2 hari sebelum ini telah menghadiri Ceramah Perdana di Dun Benut, Program Jom Ngeteh di Pekan Sanglang dan Taklimat Pilihan raya di Markas PAS Kawasan Pontian.
Seramai 20 ahli rombongan turut menemani beliau dalam pertemuannya dengan keluarga terbabit.
Bajet 2012 : Bajet ‘Terbaik’???? – YB Ir Khalid Samad

BENUT,PONTIAN – YB Ir. Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam secara sinis menyifatkan bahawa Bajet 2012 yang dibentangkan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak adalah yang ‘terbaik’ daripada sebelumnya.
Hal ini kerana katanya hutang negara ini berlaku selama 13 tahun berturut-turut mengakibatkan perbelanjaan negara melebihi pendapatan yang diperolehi.
”Hutang 200 billion pada tahun 2007, sekarang 2011 sudah melambung kepada 430 billion dalam masa empat tahun. Jadi hutang kita dua kali ganda. Oleh kerana bajet kali ini yang terbaik yang dibentangkan YAB Perdana Menteri.” ujarnya lagi.
Bagaimanapun beliau tidak menafikan bahawa defisit juga boleh berlaku setelah melihatkan keadaan ekonomi dunia yang gawat namun bajet ‘terbaik’ BN memperlihatkan defisit tetap terjadi, sama ada keadaan ekonomi gawat ataupun memberangsangkan.
”Kita bukan kata bajet tak boleh defisit. Pakar ekonomi. Berpandangan perlu juga defisit dengan syarat keadaan ekonomi dunia gawat. Maka perlu keluarkan simpanan atau buat pinjaman.
”Tapi BN dalam keadaan ekonomi gawat dan baik defisit juga berterusan tiap-tiap tahun.” jelasnya lagi.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis Ceramah Perdana Bersamanya di Pekan Tampok, Benut, Pontian, dekat sini, semalam.
Dalam pada itu beliau menambah dengan katanya bahawa kerajaan harus bertanggungjawab menyelesaikan isu defisit ini dengan menghasilkan sumber lain sebagai alternatif untuk mengurangkan hutang negara.
”Apa yang nak diwariskan kepada anak cucu kita? Hutang tinggi. Kerajaan harus bertanggung jawab, kita ada sumber minyak dan gas. Tapi kena hasilkan sumber pendapatan baru. Sama ada pertanian, buat penyelidikan atau nak hasilkan pertanian berlipat kali ganda. Ada duit fikir sumber baru.” jelasnya.
Sementara itu, beliau meramalkan bahawa jika hal tersebut berterusan maka dibimbangi negara boleh menjadi muflis kerana sikap boros dalam urus tadbir negara tidak diatasi segera.
”Ini dok seronok berbelanja saja. Pemimpin UMNO tak kisah sebab dia kaya. Ada harta di Australia dan di tempat lain. Tapi yang terbeban adalah rakyat.
”Kita nak bagitahu rakyat. Buatlah perubahan supaya keadaan tidak lebih teruk. 5 tahun (kalau berterusan) lagi ramal pakar ekonomi, hancur negara-bangkrap.” ujarnya.
Pada majlis yang sama turut berucap ialah Sdr. M Subramaniam, Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Johor.
Tazkirah Maghrib Oleh Bob Lokman di Rumah Saiful Amri

BENUT,PONTIAN – Manusia hari ini boleh bertindak sesuka hati dengan mengikut hawa nafsu adalah disebabkan tidak tumbul rasa takut kepada Allah swt, kata Bob Lokman, bekas selebriti terkenal.
Menurutnya lagi, akibat terpesona dengan pangkat, wang dan saham maka penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah berleluasa tanpa mengira batas dan pantang larang agama.
Malah paling menyedihkan lagi apabila dibacakan ayat suci al-Quran berkenaan soal syurga-neraka maka ada yang mempersenda-sendakannya kerana tidak merasai kekuasaan Tuhan pada diri masing-masing.
”Hari ini bila tak bersyukur, bila baca Quran, kita tak rasa gerun dan takut seperti ayat neraka. Sampai ada yang tanya. Panas sangatkah api neraka? Sudah rasakah? Mari nak cucuh api rokok. (ucapan sebegini) jahanam akidah.
”Semua percaya ada Allah tapi kenapa buat (ingkar suruhanNya) sebab tak ada rasa Allah ada. Orang tak rasa kehadiran Allah.” jelasnya lagi.
Tambahnya lagi, kesedaran yang timbul bermula dari melihatkan perkembangan anak-anaknya yang mula membesar. Hari ini ujarnya suasana yang tidak kondusif tidak wujud bagi melentur sahsiah anak-anak menjadi insan yang soleh menjadikannya lebih berhati-hati. Sehingga suatu ketika apabila beliau terlantar sakit di Hospital barulah disedari bahawa sedikit demi sedikit nikmat yang dikurniakan Allah selama ini mula berkurangan.
”Atuk saya ajar waktu kecil dahulu. Saya makan banyak. Dia tanya. Kenyang? Sebab apa kenyang? Saya kata, makan banyak. Dia kata bukan. Itu Allah yang bagi. Bertahun-tahun dia ulang perkara yang sama.
”Bila besar, saya sakit masuk wad. Teringat pesanan atuk. Kat Hospital nampak makanan sedap-sedap, tapi tak ada selera. Suruh isteri masak sedap-sedap. Isteri orang jawa Muar. Masak pula masakan kampung. Tapi bila saya cuit sikit, Tak berselera. Allah tarik rasa (sedap).” terangnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada program Kuliah Maghrib di rumah Saiful Amri, Ketua Penerangan Pemuda PAS, di Kampung Parit Hassan, Benut, dekat sini, Isnin lepas.
Kira-kira seratus orang yang kebanyakannya anak-anak muda berpeluang mendengar penyampaian bersahaja beliau pada program tersebut.
MTD BENUTSaturday, October 1, 2011
'Umno, I know who you are' - Nik Aziz
Nazri Abdullah |
Menurutnya yang juga Menteri Besar Kelantan, PAS sudah serik dengan pengkhianatan Umno sewaktu PAS menyertai kerajaan campuran bersama parti itu pada tahun 1973 yang menyaksikan PAS ditendang keluar pada tahun 1977. "Kita pernah bersama Umno dulu, saya sendiri sokong PAS bersama Umno sehingga PAS waktu itu pecah empat, kemudian PAS ditendang keluar. "Sekarang (Umno) ajak kami balik, saya kata I know, who you are," katanya pada sidang media di sini. Mengimbau sejarah perjuangan PAS lalu, Tuan Guru Nik Aziz berkata, Umno melakukan jenayah besar kerana mengharamkan lambang bulan dan bintang pada bendera PAS. Ditanya apa alasan Umno untuk mengharamkan lambang itu, beliau berkata kerana parti nasionalis itu tidak mahu PAS membawa perjuangan agama. "Ni kena tanya Umno la. Cuma Umno ni tak mahu ugama, bukan stakat hudud, Islam pun dia tak mahu," katanya. Ditanya lagi adakah pintu hubungan politik dengan Umno ditutup selama-lamanya, beliau berkata PAS bersama Umno jika parti itu menerima Islam dan meninggalkan perjuangan nasionalis. "(Nak tutup pintu) Selama-lamanya tak boleh lah. Kita berdoa agar Umno berubah dari nasionalis kepada Islam. "Sekarang, orang bukan Islam pun terima perjuangan Islam PAS sehingga kita ada Dewan Himpunan Penyokong PAS," ujarnya lagi. Menurutnya lagi, tidak mustahil PAS akan datang bukan sahaja menjadi Parti Islam Se-Malaysia, malah akan berkembang menjadi Parti Islam Se-Dunia. "Sikit lagi Parti Islam Se-Dunia sebab Islam bukan untuk orang Islam sahaja tapi untuk semua, rahmatan lil 'alamin," ujarnya. |
Wednesday, September 21, 2011
Karut, mana ada kes sejarah dibicara di mahkamah
Mohd Sabri Said |
(Gambar: Mohamad bercakap kepada media selepas dibebaskan oleh mahkamah.) Jika sabit kesalahan beliau boleh dikenakan tahanan dua tahun penjara, didenda atau kedua-duanya sekali. Sementara itu, Mohamad berkata, beliau sedia dibicarakan dan yakin kesnya akan mencapai kemenangan demi memperbetulkan fakta sejarah yang telah diselewengkan oleh penjajah. |
Mohamad Sabu didakwa, bebas dengan jaminan RM15,000
Mohd Sabri Said |
Beliau dituduh mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam. Pihak pendakwa meminta Mohamad dibebaskan dengan jaminan RM50,000 tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan Mohamad dengan jaminan RM15,000 sehingga perbicaraan. Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin menetapkan 27 Oktober ini sebutan semula kes sementara perbicaraan diadakan pada 5 hingga 9 Disember depan. Selain Hanipa, Mohamad turut diwakili peguam Amiruddin Zulkifli manakala pihak pendakwaan terdiri daripada Mohd Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusof dan Suhaimi Ibrahim. Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali. Malam tadi, beliau dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub, berkata Mohamad ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada jam 7.30 petang tadi dan dibawa ke IPK Pulau Pinang. Mohamad tiba di IPK Pulau Pinang pada 8.30 malam dan dilihat meninggalkannya ibu pejabat polis itu pada 9.05 malam selepas keterangan beliau diambil. Menurut Ayub, pemimpin PAS itu akan didakwa berikutan terdapat lebih 1,000 laporan dibuat terhadapnya berikutan ucapan kontroversialnya pada sebuah ceramah di Tasek Gelugor pada 19 Ogos lalu. "Laporan dibuat oleh waris polis yang kecewa dengan kenyataan Mat Sabu,” katanya pada sidang media di Georgetown. “Saya gesa semua pihak supaya bertenang agar proses undang-undang dapat dijalankan,” katanya. Sebelum itu, peguam pemimpin PAS itu, Mohamed Hanipa Maidin berkata, anak guamnya dimaklumkan pihak polis bahawa beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini. Pelbagai pihak membuat bantahan terhadap dakwaan ini dan menyifatkan ianya sebagai penyalahgunaan undang-undang oleh pihak berkuasa. Datuk Mahfuz Omar berkata, jika berdasarkan kenyataan yang mengguriskan hati, kenyataan beberapa profesor yang mengatakan negara ini tidak pernah dijajah juga wajar diambil tindakan. |
Saturday, September 17, 2011
KUNJUNGAN YAB DATO SERI IR NIZAR JAMALUDIN KE PROJEK CENDAWAN SAIFULAM AGRO FARM
Kunjungan ke rumah dan kawasan projek Saiful Amri.
Bersyukur kehadrat illahi kerana pada 16/9/2011,Jumaat tepat jam 1 petang rumah saya dan kawasan projek cendawan menerima kunjungan tetamu khas iaitu Menteri Besar Perak yang Sah serta merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Perak.Saya secara peribadi memang tidak menyangka akan kehadiran beliau ke rumah dan tapak projek kami.Saya mendapat panggilan telefon dari Pegawai Khas beliau Haji Amran yang menyatakan menuju ke Benut dan kebetulan beliau memang ada program rasmi di Dun Benut ini.Iaitu Jamuan Hari Raya bersama penduduk Parit Betak dan Kg Permatang Duku.Kehadiran beliau di jangka sekitar jam 2.30petang di Pekan Parit Betak,Sebaliknya beliau telah sampai awal dan terus ke teratak kami di Kampung Parit Hassan,Benut,Pontian,Johor.
Secara peribadi,saya amat teruja akan kehadiran beliau ke rumah dan tapak projek cendawan dan melihat sendiri operasi yang kami lakukan di kawasan projek cendawan kami.Secara personal saya menerangkan aktiviti yang kami lakukan di kawasan projek serta hasil yang di keluarkan.Pelbagai soalan di lontarkan YAB DATO SERI IR NIZAR JAMALUDIN kepada saya.
Semoga dengan kehadiran beliau akan menaikan lagi semangat untuk membesarkan lagi projek ini.Dan kata-kata nasihat beliau akan menjadi azimat kepada saya untuk menjadi usahawan yang berjaya.Amin,Terima kasih YAB DATO SERI IR NIZAR JAMALUDIN atas kunjungan yang tidak di sangka-sangka.
Wednesday, September 7, 2011
SAMM : jangan terjemah sejarah ikut kepentingan
1. Hj. Mohd Sabu angkat Mat Indra sebagai tokoh lawan penjajah tanpa sebut komunis tetapi Umno yang tuduh Mat Indra komunis !
4. Beberapa tokoh kiri terus digelapkan sejarah kepewiraan mereka kerana untuk menunjukkan hanya Umno yang perjuang merdeka.
5. Istana perak pernah menerima mengadap bekas tokoh PKM dan memberi tajaan kepada tokoh tersebut pergi ke tanah suci.
8. Selepas rundingan damai 1989 yang ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia dan Komunis, pengiktirafan harus diberi dan segala persengketaan wajar diketepi.
Adik: Mat Indera bukan anggota PKM

Bukan sahaja tidak berfahaman komunis, tokoh kontroversi kemerdekaan Muhammad Indera atau lebih dikenali Mat Indera juga bukan anggota Parti Komunis Malaya (PKM), kata keluarganya. Baharum Shah, 65, berkata, abang keduanya itu sebenarnya seorang pejuang kemerdekaan sayap kiri yang mahu menghalau penjajah British dari negara ini.


Umno tercedera dengan senjatanya sendiri
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 7 Sept: Umno disifatkan tercedera dengan senjatanya sendiri apabila membangkit isu ucapan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu dalam isu perjuangan kemerdekaan negara. (Mohamad Sabu menunjukkan buku yang mendedahkan siapkah Mat Indera sebenarnya) Kes ini juga, katanya, mendedahkan kepada rakyat bahawa mereka mahukan keadilan dalam penulisan sejarah negara. |
Bukan cakap kosong

Ketua Penerangannya, Noorsaiful Amri berkata, Mat Sabu bukan bercakap kosong mengenainya, tetapi turut mengemukan bukti terhadap kenyataan yang dibuat.
Menurutnya, bukti yang didedahkan berdasarkan kepada buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan sendiri oleh Yayasan Warisan Johor pada 2004.
“Baca dahulu, fahami isi kandungan buku yang diterbitkan sendiri oleh Kerajaan Negeri ini,” katanya ketika ditemui, semalam.
Noorsaiful berkata, isi kandungan tersebut jelas menunjukkan sejarah Mat Indera di Rumah Pasung Bukit Kepong yang selama ini menjadi pertikaian banyak pihak.
Beliau turut melahirkan kekesalan terhadap media arus perdana yang banyak mereka cerita berkenaan kenyataan Mat Sabu terhadap isu ini.
“Mat Sabu tidak pernah sebut perkataan komunis, tetapi menyokong perjuangan Mat Indera ketika tragedi Bukit Kepong,” katanya.
Justeru beliau berharap, dengan bukti kukuh yang dikemukakan ini, ia akan menjawab persoalan dan ketidakpuasan hati pihak-pihak yang menuding jari kepada Mat Sabu.
“Jangan pandai melabelkan orang yang bukan-bukan, fahami sejarah negara terlebih dahulu, banyakkan membaca dan bukan sekadar menonton filem Bukit Kepong sahaja,” katanya.
Menurutnya, apa yang dilakukan Mat Sabu bukan untuk mengubah sejarah, tetapi untuk memperbaikinya sahaja, memandangkan banyak kisah-kisah dan cerita pejuang kemerdekaan yang tidak diketengahkan.
Katanya, Pas dan PKR tidak buta sejarah seperti yang diperkatakan, sebaliknya merupakan parti yang benar-benar mahu menegakkan keadilan bagi pejuang kemerdekaan negara yang masih ramai tidak mengetahui kisahnya.
“Apa yang berlaku, manipulasi fakta dan kenyataan Mat Sabu sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati ahli keluarga anggota polis yang berjuang,” katanya.
Beliau turut memuji tindakan Mat Sabu yang mengadakan sidang media seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian, semalam.
Tindakan itu, katanya, menangkis segala tohmahan yang dilemparkan terhadap Mat Sabu mengenai kenyataan yang mengiktiraf Mat Indera sebagai hero Bukit Kepong.
Monday, September 5, 2011
Mat Indera: Umno guris hati rakyat Johor
Harakahdaily |
Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat berkata, Umno tidak cermat mengulas isu serangan Rumah Pasung Bukit Kepong yang membabitkan Mat Indera. "Mereka (Umno) telah mengguris hati rakyat Johor kerana mendakwa Mat Indera pengkhianat bangsa. Sedangkan dalam buku Pengukir Nama Johor mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang bangsa,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Menurutnya, buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan Yayasan Warisan Johor itu dinaungi oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman sendiri. "Saya sebagai Ketua Pemuda PAS Johor sangat kecewa dengan tindakan Umno yang tidak mengiktiraf jasa Mat Indera. "Saya yakin seluruh rakyat negeri Johor terguris dan kecewa dengan tindakan Umno,” ujarnya. Di akhir biografi ringkas Mat Indera di dalam buku tersebut, penulis ada menyebut: "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? Mat Indera adalah seorang yang berani berjuang secara terbuka melibatkan jasmaninya, rohaninya, inteleknya, dan emosinya demi bangsa dan negara. Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang". Sementara itu, walaupun Mat Indera dikaitkan dengan peristiwa serangan Rumah Pasung Bukit Kepong, namun menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak menyerang. Beliau sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis. Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggota polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina. |
Bersih nama Mat Indera, keluarga hargai PAS
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 5 Sept: Keluarga Mat Indera mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana bersusah payah membersihkan nama allahyarham. Adiknya, Johan Shah menyatakan demikian di dalam sistem mesej singkat (SMS) kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang bertemunya dan keluarga terdekat Mat Indera di Muar, pagi tadi. Ini adalah mesej adik Mat Indera kepada Mohamad Sabu yang dihantar pula Timbalan Presiden PAS itu kepada media. "Assalamualikum... kami bagi pehak keluarga allahyarham Mat Indra mengucapkan berbanyak T Kaseh kpd semua ajk pusat Pas kerana bersusah payah utk membersehkan nama abang saya yang selama ini amat saya tuggu2kan. semoga Allah memberikan segakla kemudahan amin.. Hidup Pas" Menurut laman web Wikipedia, Johan Shah mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggota polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina. Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Rumah Pasung Bukit Kepong. |
Umno gali kuburnya sendiri - Mohamad Sabu
Harakahdaily |
(Mohamad Sabu menunjukkan buku Pengukir Nama Johor yang memaparkan Mat Indera sebagai salah seorang hero dan gambarnya diletak di muka depannya) |
Saturday, September 3, 2011
Panas! Bukti kukuh Sejarah Malaysia dipesongkan!


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/09/panas-bukti-kukuh-sejarah-malaysia.html#ixzz1WxlnJbNj
Mengapa Umno adakan MoU dengan Komunis China
Harakahdaily |
Malahan, katanya ada usaha untuk menghantar Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno untuk mempelajari daripada Parti Komunis China. “Sekiranya MoU ini dibuat oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) atau DAP atau PKR, maka sudah tentu sebelum turun daripada kapalterbang akan disumbat ke Kamunting. “Apakah Komunis China, berbeza dengan komunis Malaya? Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Komunis, jelas beliau ideologinya tetap sama tidak kira di mana tempat. “Kenapa Umno hipokrit?” soalnya lagi. Menurutnya, jika benar anti komunis kenapa menghantar pulang 11 pejuang Uighurs ke China, walaupun dibantah oleh Suruhjaya Tinggi PBB bagi Orang Pelarian d Kuala Lumpur sedangkan mereka menentang kerajaan komunis China kerana menceroboh wilayah mereka di Xinjiang Julai 2009. “Inilah sikap hipokrit Umno dalam apa jua isu. “Isu Palestin Umno tunjuk hero, tetapi dalam masa yang sama, Apco Yahudi dibayar RM77 juta setahun,” katanya. Beliau berkata, Umno melalui bantuan media mereka yang tidak ada etika kewartawanan dan tidak takut dosa dan pahala dengan sewenang-wenangnya menuduh PAS menyokong komunis. Katanya, orang pekak dan buta pun tersenyum apabila Umno menuduh PAS menyokong komunis. Tambahnya, tidak ada rekod PAS berbaik dengan komunis sedangkan Umno menjemput Parti Komunis China menghadiri Persidangan Agung Umno dan yang terbaru mengadakan MoU dengan Parti Komunis China. Pemimpin Umno juga, ujarnya pernah ditangkap menjadi agen komunis di negara ini walaupun pemimpin Umno pernah menuduh PAS lebih merbahaya daripada komunis. Namun, katanya kerja-kerja untuk berasmara dana dengan komunis tidak pernah dilakukan oleh PAS. Jsuteru, kata beliau ucapan Mohamad Sabu hanya untuk menutup tahap kepuasan hati terhadap Najib merudum kepada 59 peratus, daftar pemilih SPR yang kotor dan kenaikan harga barang keperluan harian. |
SAMM puji Md Sabu desak kaji semula sejarah Bukit Kepong
arakahdaily |
|
Thursday, August 11, 2011
Mari tengok senarai pembaziran Ro$mah bini Najib
Mari tengok senarai pembaziran Ro$mah bini Najib
1) Lawatan Rasmi Perdana Menteri dan Rosmah ke luar negeri 2008-2011 - RM17 juta
2) Kos selenggara rumah rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri - RM49 juta
3) Bil elektrik dan air Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri - RM10 juta setahun
4) Peruntukan Program Permata Negara - Rosmah - RM111 juta
5) Penginapan Rosmah di Hotel Atlantis, Dubai - RM140,000 satu malam
6) Beg tangan Rosmah berjenama 'Hermezz Matte' - RM361,259.99
7) Cincin berlian - RM24 juta
8) Penganjuran Persidangan Wanita Pertama dunia yang dihadiri 14 wanita pertama majoritinya dari Afrika - RM4.5 juta
9) Gelang tangan - RM1.65 juta
Jika dakwaan di atas tidak benar kita minta Najib-Rosmah membuat penafian dan menyaman akhbar milik PKR ini.
Wan Ahmad bukti SPR tali barut Umno
Harakahdaily |
Beliau diminta mengulas kenyataan Wan Ahmad yang mendakwa Pakatan Rakyat mengulangi agenda politik kotor untuk menang PRU-13 melalui penyebaran fitnah dan pembohongan. Kenyataan Wan Ahmad itu disiarkan Utusan Malaysia, sebuah akhbar milik Umno. “Saya nak nasihatkan Wan Ahmad agar hentikanlah dari menjadi tali barut Umno dan bersifat berat sebelah," kata ahli parlimen Kuantan itu seperti dilaporkan Keadilan Daily. “Dia (Wan Ahmad) kena ingat gaji yang dia dapat merupakan wang yang dibayar oleh rakyat. Jadi berkhidmatlah untuk rakyat dan bukannya untuk Perdana Menteri” “Insaflah, lebih-lebih lagi bulan puasa ni. Jangan asyik memberikan kenyataan untuk memuaskan Umno dan menjadi agen mereka,” kata Fuziah. Menurut Fuziah, SPR masih berterusan menafikan kewujudan pengundi hantu seperti pengundi berusia lebih 100 tahun, isu pengundi berstatus Penduduk Tetap (PR), pengundi klon dan daftar nama salah yang didedahkan sebelum ini. Katanya, penafian itu dilakukan bagi menutup kesalahan mereka, sebaliknya badan itu pula menuding jari kepada Pakatan Rakyat kononnya menyebarkan fitnah dengan mengada-adakan cerita. “(Sudah tentu) mereka (SPR) boleh betulkan semula dalam sistem (daftar pemilih) kerana hanya mereka yang berkuasa ke atas Semak Daftar Pemilih SPR tersebut,” kata Fuziah. Sebelum ini, Pakatan mendedahkan pelbagai bukti kepincangan dalam daftar pemilih SPR, termasuk kewujudan pengundi yang berumur lebih 100 tahun. Baru-baru ini media alternatif menimbulkan isu Mismah, seorang penduduk tetap yang didaftarkan sebagai pengundi dalam daftar pemilih SPR. Dalam pada itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa 200,000 warga asing didaftarkan sebagai pengundi. Manakala kerajaan Pulau Pinang pula mengesan 30,000 pengundi baru dalam masa tiga bulan dalam daftar pemilih SPR. SPR juga mencipta sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung yang diberi nama ‘Kg Baru’ sebagai pengundi, yang tidak ada dalam data Jabatan Pendaftaran Negara, sebelum membetulkan rekod itu beberapa jam kemudian. Terbaru, beberapa pengundi dikesan memiliki dua nombor kad pengenalan yang berlainan dan mempunyai kelayakan mengundi di dua tempat berbeza sepertimana dalam daftar pemilih SPR. |
Anwar: Hanya menteri kewangan boleh arah GLC
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz kerana didakwa mengeluarkan surat kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menarik balik saman yang difailkan ke atas bekas pengerusi MAS Tan Sri Tajudin Ramli.

"Arahan seumpama ini sepatutnya datang dari Menteri Kewangan (dan bukannya Nazri) kerana ini membabitkan GLC.
"Kerajaan sebelum ini berkata mereka mempunyai kes yang kukuh terhadap Tajudin yang membabitkan berbilion ringgit (dalam mengemukakan saman). Ini amat menganggu,” kata Anwar yang juga seorang bekas menteri kewangan.
Menurut sebuah portal berita, Nazri dalam sepucuk surat yang dihantar bulan ini kepada GLC berkenaan dan Danaharta memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan semua saman sivil ke atas Tajudin yang tertangguh.

“Untuk makluman anda, kerajaan telah memberikan saya mandat untuk bertindak bagi pihak kerajaan dalam hal ini,” kata Nazri dalam surat itu.
Antara GLC yang menyaman Tajudin itu adalah Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holdings Bhd, Pengurusan Danaharta Bhd, Malaysia Airlines and Duta Skyline Bhd.
Dalam perkembangan berkaitan, adalah difahamkan semua kes membabitkan Tajudin, kerajaan dan GLC berkenaan sedang dirundingkan bagi mencari penyelesaian pada semua peringkat proses mahkamah tersebut.

Kes-kes berkenaan telah ditetapkan pada 29 September bagi pengurusan kes sementara menunggu penyelesaian.Terdapat lebih 10 kes yang dipercayai masih aktif termasuk berkaitan dengan kes saman Pengurusan Danaharta Nasional Bhd, MAS, Telekom Malaysia Bhd dan Naluri Corporation Bhd.
Kes remaja ditembak mati: Keluarga buat laporan ketiga

malaysiakini
Tidak berpuas hati dengan kegagalan polis untuk bertindak, tiga keluarga remaja yang mati ditembak polis di Glenmarie, Shah Alam pada November tahun lalu, membuat satu lagi laporan polis hari ini berhubung kejadian itu. “Kami menuntut supaya satu penyiasatan dimulakan segera ke atas anggota-anggota polis yang terlibat atas kesalahan membunuh.


PM ada 11 pegawai media mengejutkan
Harakahdaily |
(Tiga tokoh media yang kini menjadi pegawai media PM. Dari kiri Datuk Khalid Mohd, Datuk Hardev Kaur dan Datuk Seri Farid Ridzuan)
|
Sunday, July 17, 2011
BN merasakan kerajaannya terancam, kata Marina
Datuk Paduka Marina Mahathir.

“Awak boleh dapatkan semula sokongan orang ramai dengan hanya berbaik kepada mereka. Awak tidak boleh dapatkan sokongan dengan bersikap jahat. Awak tak boleh tuduh peserta perhimpunan itu semuanya kumpulan samseng, mungkin ada segelintir. Tetapi bukan semua mereka.
“Majoriti mereka adalah kumpulan professional. Kumpulan itu adalah berbeza-beza dan ia sebenarnya 1Malaysia, muda, kaya, miskin, setiap bangsa dan agama menyertainya,” kata Marina dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Mereka bermula berhampiran Jalan Pudu (Berjaya Times Square) dan berarak sepanjang Jalan Hang Jebat di hadapan Stadium Negara menuju ke bangunan Majlis Olympik Malaysia.
Katanya, mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan BERSIH 2.0.
“Saya mungkin tidak setuju dengan perjuangan mereka tetapi mereka melakukan perkara yang baik. Kami semua menjadi 1Malaysia.

Mereka mungkin beranggap mereka telah tewas tetapi biar saya beritahu, sebenarnya banyak yang masih di atas pagar dan sudah tentu (tindakan kerajaan itu) mereka akan menyokong pihak satu lagi. Saya lihat ini jelas dalam media sosial, terutamanya di emel, twitter dan blog,” kata Marina.