



- Alhamdulillah program pertama Dsai di Dun Tenang bermula semalam.Dua program besar di aturkan.Pertama di Lokasi Kg Ayer Panas yang bermula jam 9.00malam.Dsai mula berucap jam 10.00 malam sehingga jam 10.30 malam.Sambutan yang cukup memberangsangkan daripada penduduk setempat dan di angarkan 500-600 orang yang hadir mendengar amanat beliau.Walaupun ada sedikit ganguan dari pihak polis yang meminta menghentikan ceramah tersebut.Atas budi bicara perbincangan yang di lakukan oleh Saudara Zabidie Abas ( Ketua AMK Negeri Johor yang juga merupakan Setiausaha ANAK ) dengan pegawai polis akhirnya pihak berkuasa akur dan membenarkan program di teruskan.Pelbagai isu yang di bangkitkan dan huraikan oleh Dsai untuk penjelasan secara jelas kepada rakyat setempat.Program kedua seterusnya ke Felda Chemplak.Pencatat hanya dapat bersama di program Kg Ayer Panas.Untuk program di Chemplak pencatat tidak dapat bersama kerana kenderaan teman-teman mengalami kerosakan dan menyebabkan kami gagal turut serta di program kedua.Menurut teman-teman di sana ribuan rakyat setia menanti kunjungan Ketua Pembangkang Malaysia itu.Di angarkan hampir 5000 rakyat menanti Dsai.Walaupun trak-trak Fru telah memenuhi kawasan ceramah di sana ia tidak sedikit pun memberikan rasa takut dan gerun penduduk setempat yang ingin mendengar amanat Dsai.Program berjalan lancar tanpa ganguan..Insyallah program Dsai seterusnya di Dun Tenang pada 6/1/11,khamis dan 16/1/11,Ahad.
No comments:
Post a Comment