Dzulfikar Mashoor ( harakahdaily ) |
KUALA LUMPUR, 30 April: Pemimpin Pakatan Rakyat hari ini menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berundur dari jawatan itu bagi memulihkan imej Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang semakin tercalar ekoran insiden seorang remaja yang mati ditembak anggota mereka Isnin lalu. Memorandum tersebut diserahkan kepada Keptan Komander Supretanden Ali bin Ahmad. Selain memorandum, satu aduan rasmi kepada Pengarah Jabatan Tatatertib PDRM, Datuk Abdul Razak Pengarah Jabatan juga dibuat. |
Friday, April 30, 2010
Pulih imej polis, Pakatan saran Musa berundur
Pentas Pakatan: Tamrin sedia hadapi tindakan Umno
Dzulfikar Mashor ( harakahdaily ) |
KUALA LUMPUR, 30 April: Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar bersedia menerima sebarang tindakan daripada Umno ekoran tindakannya berada di pentas Pakatan Rakyat sewaktu kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, baru-baru ini. |
Mahkamah Tinggi bebas Gobalakrishnan
Hashim Abdullah ( harakahdaily ) |
SHAH ALAM, 30 April: Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan atas tuduhan menggunakan kekerasan semasa menyertai perhimpunan Hindraf pada tahun 2007. Menurut peguamnya, Ahmad Nizam Abdul Hamid ketika menghubungi Harakahdaily selepas perbicaraan pagi tadi berkata, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Yazid Mustapa membebaskan N Gobalakrishnan dalam rayuan perbicaraan yang dipohon oleh Jabatan Peguam Negara setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,000 kepada Gobalakrishnan dalam perbicaraan pada tahun 2009. “Gobalakrishnan dituduh di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana dikatakan melakukan kekerasan jenayah kepada pegawai polis. “Hasil daripada keputusan mahkamah ini, N Gobalakrishnan kekal sebagai Ahli Parlimen Padang Serai dan tiada pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen tersebut,” katanya. |
Thursday, April 29, 2010
CERAMAH PERDANA BERSAMA KETUA UMUM PKR
Dato Seri.Anwar Ibrahim
YB.Saifuddin Nasution
YB.Tian Chuan
Sdr.Shamsul Iskandar
Sdr.Mustaffa Kamil Ayub
Serta pimpinan Utama Pakatan Rakyat Negeri Johor
Tempat : Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor.
7/05/2010 , Jumaat 9.00 Malam
Wednesday, April 28, 2010
Tembak remaja: Polis rakam keterangan saksi utama
Polis akan merakamkan petang ini keterangan saksi utama dalam kes remaja 15 tahun ditembak mati oleh polis awal pagi Isnin lalu.
Saksi tersebut yang dilaporkan berada bersama mangsa - Aminulrasyid Amzah - semasa kejadian tersebut, akan memberi keterangan di ibupejabat polis kontinjen Selangor, di Seksyen 9, Shah Alam.
Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili saksi tersebut, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Ketika menjawab soalan Malaysiakini melalui SMS, Gobind memberitahu beliau akan mengiringi anak guamnya itu untuk memberi keterangan pada jam 3 petang ini.
Zaid fail petisyen cabar pilihan raya

Zaid juga berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa gagal mengendalikan pilihan raya kecil itu dengan adil.“Mana-mana pengundi di Hulu Selangor yang ingin menawarkan sebarang maklumat yang relevan boleh berbuat demikian di mana-mana pejabat PKR, DAP atau PAS.”Zaid juga memberitahu beliau akan menyaman akhbar bahasa Melayu, milik Umno - Utusan Malaysia yang melabelkannya sebagai kaki botol.“Saya bukan kaki botol. Apa yang saya minum adalah tidak lebih daripada apa yang diminum oleh (Dr) Mahathir (Mohamad) dan pemimpin Umno lain,” katanya.“Suruhanjaya Pilihan Raya sepatutnya tidak membenarkan kempen berniat jahat dan palsu berkenaan.”
"Mereka (SPR) membenarkan ugutan, maklumat palsu dan juga kempen secara tidak adil dan tidak dibenarkan oleh jentera BN. Tiada usaha bagi menghalang mereka," katanya.
Menurut Zaid, beliau jelas bahawa SPR berpihak kepada BN dan mahukan parti itu menang.
SPR juga katanya mesti menjalankan pilihan raya yang setanding dengan peraturan antarabangsa.
"Saya cabar PM (Datuk Seri Najib Razak) jika beliau sebegitu popular seperti yang didakwanya, mengapa beliau takut untuk bertanding pada pilihan raya yang bebas dan adil dengan pembangkang?"
Zaid juga berkata pasukan antarabangsa penyokong Pakatan akan ditubuhkan di London pada Julai ini yang bertujuan mendapatkan sokongan supaya mendesak pilihan raya bebas dan adil dapat dijalankan di negara ini.
Monday, April 26, 2010
Anwar: BN Belanja RM65,000 Bagi Setiap Pengundi
Dalam satu kenyataan hari ini, ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meskipun membelanjakan RM65,000 bagi setiap pengundi, di samping kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya menjamin pemilihan yang bersih dan adil, ugutan polis serta usaha menghalang pengundi menjalankan tanggungjawab mereka, BN hanya mampu menang dengan majoriti yang tidak memberangsangkan.
“Ini bermakna BN gagal mempelajari apa-apa sejak pilihan raya umum 2008. Serangan peribadi, isu perkauman, rasuah dan paksaan mungkin boleh membantu untuk menang di satu atau dua kerusi, tetapi rakyat Malaysia, tidak akan terpedaya,” katanya.
Walaupun PKR ditumbangkan malam semalam, namun Anwar berkata pembangkang berjaya meningkatkan sokongan popularnya di Hulu Selangor.
” Kita tahu kita perlu berusaha lebih gigih untuk mendekati penyokong khususnya di kawasan terpencil dan pedalaman, khususnya di kalangan peneroka Felda,” katanya.
Timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali melahirkan sentimen yang hampir sama dan berpendapat pencapaian parti itu dianggap membanggakan di sebalik asakan padu daripada jentera BN.
“Kami gagal menembusi kubu-kubu kuat, khususnya di penempatan Felda tetapi keputusan pilihan raya itu satu tamparan kepada BN yang begitu angkuh bahawa mereka boleh menang dengan majoriti lebih 3,000 undi,” katanya dalam satu kenyataan.
“Kami anggap ia petanda bahawa polisi dan program Pakatan di terima rakyat, selepas dua tahun mengambil alih dan memberikan manfaat kepada mereka,” katanya.
Syed Husin berkata majoriti 1,725 undi yang diperolehi oleh BN jauh meleset daripada majoriti 6000 undi yang dimenanginya di ketiga-tiga kerusi dewan undangan negeri di parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum 2008.
“Tiada apa untuk Najib raikan,” katanya.
Hulu Selangor buktikan BN sudah tidak ada harapan

KUALA LUMPUR, 27 April: Jika trend pengundian di Hulu Selangor berterusan hingga pilihan raya umum ke-13 nanti, Barisan Nasional (BN) tidak ada harapan lagi untuk memerintah semula Selangor, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu
Walaupun tidak menolak kemungkinan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Selangor akan terlepas daripada PR, Mohamad menjangka lebih banyak kerusi Dun di negeri itu akan dapat dikuasai oleh PR dengan trend pengundian seperti itu.
"Para pemimpin Umno berjaya memberikan gambaran kepada majoriti pengundi Melayu bahawa BN itu Melayu dan Melayu itu BN. Sebab itulah mereka mengundi BN," katanya.
Beliau juga melihat cabaran yang lebih besar kepada PAS di masa akan datang untuk menyedarkan rakyat mengenai pengkhianatan Umno dan BN terhadap orang-orang Melayu sejak negara belum mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Orang-orang Melayu, katanya, hendaklah dibebaskan daripada pemikiran sesat yang menyandarkan kepentingan Islam dan Melayu kepada Umno.
Mohamad juga mengucapkan terima kasih kepada para pemimpin dan ahli-ahli PAS di peringkat kawasan-kawasan yang bekerja bersungguh-sungguh untuk membantu PR dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor itu.
Saturday, April 24, 2010
PRK Hulu Selangor - AMK tahan 10 bas didakwa bawa 'pengundi hantu'
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan bahawa kira-kira 80 anggotanya menahan bas tersebut yang membawa kira-kira 400 hingga 500 dipercayai pengundi hantu kira-kira jam 3.15 pagi tadi.
Susulan kejadian tersebut wakil AMK telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut di Ibu pejabat polis Daerah (IPD) Kuala Kubu Bharu kira-kira jam 3.45 pagi.
Menurutnya, tidak lama selepas laporan polis itu dibuat, dua kereta peronda polis tiba bersama empat anggota.
Bagaimanapun Shamsul Iskandar mendakwa, anggota polis tersebut tidak dapat berbuat apa-apa dan menyatakan "mereka tidak masuk campur, kena tunggu pegawai penyiasat datang"
"Bagaimanapun sampai sudah pun, pegawai penyiasat tak datang," katanya.
Shamsul berkata, selepas itu mereka berbincang dengan seorang penumpang bas tersebut yang mengakui sebagai anggota Pemuda Umno.
Bagaimanapun, katanya, rundingan tersebut tidak berhasil.
Berikutan itu, Shamsul mendakwa, bas-bas berkenaan bertindak beredar dari situ, yang didakwanya, menuju ke Rasa, Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa.
Pengundian bermula dengan jangkaan 56.2 % memihak Zaid
Zulkifli Sulong |
HULU SELANGOR, 25 April: Berbekalkan anggaran kemenangan 56.2 untuk Pakatan Rakyat sebagaimana yang diramalkan oleh Zentrum Future Studies, 63,701 pengundi Hulu Selangor mula membuang undi pagi ini. Namun begitu, dalam pilihanraya ini Nik Aziz dilihat tidak perlu memberikan ucapan yang hebat, cukup sekadar meminta pengundi mengundi Zaid. Beliau hanya perlu hadir, lambaikan tangan dan orang ramai akan memenuhi tempat beliau datang. Para pemimpin BN, menurut laporan media mereka, yakin akan menang dalam pilihan raya ini. Najib sendiri memberitahu kebinetnya BN akan menang. |
Langsung : Hari Pengundian PRK Hulu Selangor
11.25 am : SPR memaklumkanpPeratus keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi adalah 24,645 iaitu 38.21 peratus.
11.20 am : Di Sek. Keb. Ulu Yam Baru- Pemuda BN dilihat mendominasi keadaan. Gelagat sorakan mereka hanya diperhatikan penyokong Pakatan rakyat
11.15 am: Sukarelawan PKR, Maznah Abdul Aziz, 59 mendakwa seramai empat pengundi kaum Tionghua di Sek. Keb. Batang kali Baru terkejut apabila dimaklumkan SPR bahawa nama mereka masing-masing telah dipindahkan ke Parlimen Kepong.
11.10 am : Datuk Zaid Ibrahim tiba di Sek. Keb. Bandar Baru Batang Kali. Beliau bagaimanapun hanya meninjau dari kenderaan yang dinaikinya akibat jalan terlalu sesak.
Beliau bagaimanapun sempat bertanya khabar pengundi yang datang membuang undi dan bersalam dengan penyokong yang berbaris di tepi jalan.
11.05 am : Di Sek. Men. Ampang Pecah-Penyokong PR terus berlawan sorak dengan penyokong BN. Di sebelah PR, mereka melaungkan " enjin jet hilang...BN, curi pasir...BN" manakala di sebelah BN mereka hanya membalas " dua tahun perintah tak buat apa-apa".
Biarpun berbalas sorakan, keadaan masih terkawal dengan beberpa anggota keselamatan dihat cuba menenangkan penyokong dari kedua belah pihak.
11. 00 am : Di Sek. Men. Ampang Pecah- Berlaku sedikit kekecohan apabila pihak polis tidak membenarkan petugas media termasuk wartawan dan jurugambar masuk ke kawasan pembuangan undi biarpun mempunyai pas SPR.
10.45 am : Di Sek. Men. Ampang Pecah- Kekecohan berlaku antara penyokong kedua-dua pihak. Mereka pada mulanya salang berbalas sorakan sehingga membawa kepada perang mulut yang hampir-hampir mencetuskan pergaduhan.
Beberapa anggota polis dilihat berkawal ditengah-tengah kedua-dua penyokong.
10: 40 am: Pemimpin Pakatan Rakyat bersama penyokong sedang giat menjalankan tugas meraih undi di Sek. Men Batang Kali Baru.
Zaid Ibrahim dijangka tiba di sini sedikit masa lagi. Para wartawan sedang berkumpul di sini difahamkan mahu bertemu dengan Timbalan Pengerusi SPR berhubung isu jumlah pengundi Kampung Tanjong yang sebelum ini sebahagian besar dipindahkan ke Selayang.
10.35 am : Di Sek. Keb. Bukit Rasa- Ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut laungan 'Yahudi', 'Israel', 'Umno Israel' dan 'rasuah' oleh penyokong Pakatan Rakyat.
Jumlah keluar mengundi di sini seramai 366 orang setakat jam 10 pagi ini.
10:30 am : Menurut SPR, sehingga jam 10 pagi tadi, seramai 16,932 atau 26.25 peratus sudah keluar mengundi.
10.23 am : Di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu-Sekumpulan petugas SPR mengarahkan pondok panas yang didirikan kedua dua parti bertanding berdekatan pusat membuang undi dialihkan.
Penyokong bagaimanapun dilihat akur dengan arahan tersebut, dan beramai ramai mengusung khemah yang dijadikan pondok panas dan dialihkan ke kasawan lain.
10.20 am : Tercetus kekecohan apabila Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Salleh sampai di sini.
Sekumpulan penyokong BN menolak beliau sehingga hampir jatuh.
Dua remaja dari pihak masing-masing hampir bertumbuk tetapi sempat ditenangkan pihak Polis
10: 17 am : Sek. Keb. Bandar Bharu Batang Kali. suasana mula hingar bingar mula berlaku ekoran saling berbalas sorakan oleh kedua-dua belah pihak penyokong.
Para wartawan berkumpul di sini sekoran menunggu ketibaan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.
10:15 am: 4 buah tarak FRU lagi dilihat tiba di sini menjadikan jumlah keseluruhan 9 buah.
10.00 am : 5 buah trak FRU penunh dengan anggota tiba di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu untuk megawal sebarang kemungkinan. Suasana bagaimanapun masih terkawal manakala lalu lintas masih bergerak perlahan.
9.50 am : Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim akan memulakan sesi lawatan ke pusat mengundi di Sek. Keb. Bandar Bharu Batang Kali jam 10.00 pagi ini.
9.40 am : Pimpinan PAS Kelantan termasuk Exco kerajaan YB Baihaqi Atiqullah serta Ahli Parlimen Rantau Panjang bersama penyokong Pakatan merayu undi di Sek. Keb. Batang Kali.
Sekumpulan remaja lelaki membuat aksi 'wheely' sambil mengibar bendera BN dihadapan pemimpin dan penyokong pakatan.
9.30 am : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim juga tiba di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu meninjau suasana pengundian.
Beliau disambut penyokong dan juga pengundi di kawasan berkenaan.
Sehingga kini, hanya penyokong Pakatan Rakyat sahaja berbaris di tepi jalan menuju ke pusat pengundian di sini manakala penyokong BN masih belum kelihatan.
9.27 am: Sekumpulan pemuda Pakatan Rakyat sedang berbalas sorakan dengan puteri Umno dan pemuda BN di Sek. Keb. Batang Kali.
Pemuda PR melaungkan 'tutup aurat' dan dibalas sorakan oleh pemuda BN.
9.25 am : Exco Selangor, Rodziah Ismail bertemu pengundi di Sek. Keb. Batang Kali.
9.20 am : Pengarah Pilihanraya PKR, Fauziah Salleh tiba di Sek. Ren J.K.C Khing Ming meninjau suasana.
9.15 am : Penyokong Pakatan Rakyat dan BN sedang hangat berbalas sorakan di sepanjang jalan Sek. Keb Batang Kali. Jalan pada waktu ini penuh sesak.
Para pengundi dilihat mula ramai datang dan masuk ke kawasan pusat mengundi.
9.00 am : Jalan menghubung pekan-pekan utama di Hulu Selangor kini sesak dengan kenderaan.
Kenderaan dari jalan Kuala Kubu menuju ke Batang Kali juga kini dilaporkan tidak bergerak akibat kesesakan.
8.50 am: Di pusat pengundian Sek. Ren J.K.C Khing Ming, kawasan pengundi Cina, keadaan juga masih lagi lengang.
Peyokong Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP berbaris di sepanjang jalan membawa bendera dan poster calon.
Hadir sama, Exco kerajaan negeri Selangor, Ronie Liu. Penyokong BN bagaimanapun tidak kelihatan.
8.30 am : Didapati suasana pengundian sehingga jam 8.30 pagi ini masih belum rancak. Kehadiran pengundi masih lengang di kebanyakan pusat mengundi.
8.20 am : Sekumpulan penyokong BN dipercayai pemuda lasak Umno mula menunjukkan aksi nakal kepada penyokong PR di Sek Keb Bukit Sentosa. Keadaan bagaimanapun masih lagi terkawal.
8.15 am : Difahamkan jam 5 pg tadi, pemuda AMK menahan sebuah bas yang didakwa membawa pengundi hantu berdekatan IKBN Ampang Pecah. Mereka kemudiannya dikepong oleh sekumpulan pemuda lain namun berjaya dikawal pihak keselamatan.
8.05 am : Di Sek Keb. Rasa, Para petugas dari PAS dan Keadlilan memulakan tugas di barung dan tepi jalan dengan mengibarkan bendera parti dan poster calon.
8.00 am : Proses pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor bermula sebaik sahaja 48 pusat mengundi dibuka tepat jam 8.00 pagi.
Ianya akan tamat jam 5 petang dan semua peti undi akan dikumpulkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Hulu Selangor.
Aduan polis Orang Asli 'dihalang' mengundi
Anggota exco Selangor Elizabeth Wong membuat laporan polis awal pagi ini di pejabat polis Kuala Kubu Bahru kerana mendakwa terdapat percubaan untuk menghalang pengundi dari dua perkampungan Orang Asli daripada keluar mengundi dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini.
Seorang individu yang cuba mengambil gambar telah ditumbuk oleh salah seorang lelaki di sekatan di pintu tersebut.
Elizabeth berkata, beliau telah mengenal pasti dua perkampungan terbabit sebagai Kampung Orang Asli Kirling dan Kampung Orang Asli Pertak.
Elizabeth percaya ia bertujuan untuk menghalang Orang Asli daripada keluar mengundi hari ini.
Difahamkan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan sebahagian besar masyarakat Orang Asli mencenderung menyokong Pakatan Rakyat dan mungkin mengundi PKR hari ini.
Elizabeth berkata, beliau mahu polis bertindak segera membuang halangan di dua perkampungan Orang Asli terbabit.
Pengundi usah termakan janji BN
Mohamed Noor Jaafar ( harakahdaily ) |
HULU SELANGOR, 24 April: Pelbagai janji manis ditabur Barisan Nasional (BN) sejak bermulanya kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, 17 April lalu tetapi belum tentu dapat dinikmati rakyat terutama pengundi di Hulu Selangor selepas mereka membuang undi esok.
Memang itulah sikap BN yang menjijik dan memuakkan rakyat seperti yang dilakukan pada setiap kali pilihan raya kecil. BN dengan pelbagai jentera daripada agensi kerajaan menjanjikan beberapa projek termasuk pembinaan sekolah baru, tembatan banjir, perumahan kepada peneroka, bantuan baiki rumah, baik pulih masjid, bantuan kepada peneroka Felda yang ingin jadi usahawan dan peruntukan tambahan untuk baiki bumbung rumah pangsa. Pakatan Rakyat hanya menawarkan apa yang mampu dilaksanakan seperti memberi bantuan pelajaran kepada anak keluarga miskin, hak milik tanah, pengecualian cukai pintu serta air percuma kepada penduduk. Dalam masa dua tahun memrintah, rakyat Selangor sudah menikmati kemudahan dan bantuan disediakan kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, termasuk elektrik percuma, air percuma dan bantuan khairat kematian RM2,500 kepada semua kaum dan lain-lain. Ketika inilah kalau nak lihat muka bapak menteri dan pemimpin bertemu rakyat, selepas mereka menang atau kalah pilihan raya nanti, bayang mereka pun tidak nampak sampai ke pilihan raya akan datang. Sekarang ini mereka ambil kesempatan buat sibuk meninjau pelbagai masalah rakyat dan melawat setiap ceruk rumah penduduk untuk menggambar mereka prihatin dengan masalah rakyat. Kalaulah mereka benar-benar jujur untuk membela nasib rakyat, dalam masa berpuluh tahun memerintah takkan sampai sekarang nasib rakyat masih tidak terbela. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sendiri sudah mengakui kesilapan BN sehingga parti itu dihukum rakyat pada pilihan raya umum lalu menyebabkan mereka negeri dikuasai Pakatan Rakyat. Hishammuddin sekarang ini merayu kepada pengundi Hulu Selangor supaya sekali lagi memberi peluang kepada BN membaiki kesilapan lalu. Takkanlah begitu mudah rakyat di Hulu Selangor boleh melupakan kesilapan lalu yang dilakukan BN. Ada baiknya pengundi di Hulu Selangor memberi peluang kepada calon PKR yang mewakili Pakatan rakyat, Datuk Zaid Ibrahim membela nasib mereka daripada mengharap BN seperti ‘menunggu buah tidak luruh’. BN ini boleh dikatakan ‘cakap tidak serupa bikin’. Mereka sebenarnya menzalimi rakyat apabila menafikan hak royalti minyak kepada Kelantan dan sebelum ini Terengganu ketika diperintah PAS. Bagi meyakinkan rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak kononnya menugaskan Datuk Seri Noh Omar mengawasi semua janji itu ditunaikan. |
Sidang Parlimen : Azmin Ali - UMNO Bermati-matian Pertahankan APCO
Bahagian 2
Sidang Parlimen : Anwar - Kamu Boleh Hukum Saya, Tetapi Kamu Tidak Boleh Lari Dari Fakta
Sidang Media Pakatan Rakyat
Video Ehsan Malaysia Kini.com
Dari TV Selangor
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas pemerintah kerana mempertahankan kerjasama Umno-APCO, yang mempunyai pertalian jelas dengan unsur-unsur Zionis. Continue reading ‘Anwar: Kamu Boleh Hukum Saya, Tetapi Kamu Tidak Boleh Lari Dari Fakta’
Nik Aziz terus gempur kubu Umno
Tidak seperti dijangka, kehadiran menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat kurang berjaya merancakkan sokongan masyarakat Melayu di Hulu Selangor terhadap calon PKR.
Beliau juga hadir untuk menyelamatkan Datuk Zaid Ibrahim, calon PKR daripada serangan berbentuk peribadi yang dilancarkan BN hinggalah ke saat akhir kempen hari ini.
Program hari ini, yang menyediakan pentas ucapan kepada Nik Abdul Aziz, berkenaan diuar-uarkan sebagai satu saluran untuk menarik sehingga enam peratus lagi sokongan daripada golongan pengundi muda di kawasan tersebut.
Pengamatan Malaysiakini menunjukkan, Nik Abdul Aziz turut mengupas isu pengambilan arak dan judi, seperti yang didakwa ke atas Zaid oleh BN.
Namun, beliau dilihat lebih berusaha untuk 'menyelamatkan' PAS daripada dikaitkan dengan isu tersebut.
Katanya, tidak ada masalah untuk Pakatan Rakyat bergabung atas dasar persefahaman ideologi.
Sebelum ini PAS menjangkakan akan meraih sehingga 60 peratus undi daripada kawasan majoriti Melayu ini.
Kawasan Hulu Bernam menjadi taruhan dalam pilihan raya kecil kali ini untuk meraih 66.4 peratus pengundi Melayu daripada keseluruhan kira-kira 17,400 orang pengundi.
Namun kawasan Hulu Bernam menjadi taruhan utama kerana didiami golongan peneroka di empat kawasan rancangan Felda.
Pemilihan Zaid yang dikenali dengan buku "Saya juga Melayu" itu bagaimanapun mungkin memberi kelebihan kepada PKR.
Beberapa poster dan kain rentang yang dikesan di kawasan ini menunjukkan sebahagian daripada pengundi Melayu akan mengundi berdasarkan pilihan kaum.
Mesej dari Dato Zaid Ibrahim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Teman, taulan, dan rakyat Malaysia sekalian. Esok, hari Ahad 25hb April 2010, merupakan satu hari yang cukup penting bagi negara demokratik muda kita. Rakyat Hulu Selangor akan membuang undi dan memilih Ahli Parlimen baru mereka. Apakah keputusan PRK ini bermakna rakyat Malaysia masih mahukan perkara yang sama berleluasa: pentadbiran yang tidak cekap, politik rasis yang mengadu-domba, rasuah berleluasa?
Atau apakah kita sudah bersedia menyatakan pendirian kita?
Esok, rakyat Hulu Selangor harus membuat pilihan. Tapi, kita boleh turut serta mendampingi mereka.
Bagi anda yang mendaftar sebagai pengundi di kawasan parlimen P94, saya minta:
- pastikan lokasi membuang undi anda di http://daftarj.spr.gov.my/prkp094/prayakecil.aspx
- pulanglah ke Hulu Selangor awal, kemungkinan jalanraya sesak.
- keluarlah mengundi seawal yang mungkin.
Bagi anda yang tidak berdaftar sebagai pengundi di P94, tapi menyokong perjuangan kami, saya minta:
- ajaklah teman-teman yang boleh mengundi di P94 untuk pulang mengundi
- berikan bantuan anda dari segi masa, kenderaan dan sebagainya di Pusat Media PKR di Kuala Kubu Bharu
- sebarkan maklumat melalui status Facebook dan Twitter anda
- datanglah ke Kuala Kubu Bharu untuk memberi sokongan moral
Terima kasih sekali lagi di atas sokongan dan bantuan semua. Perjuangan kita baru bermula.
Sama-sama Selamatkan Malaysia.
- Datuk Zaid Ibrahim
Thursday, April 22, 2010
Anwar Cabar Najib Debat Di Hulu Selangor Pasal APCO

“Saya cabar Najib berdepan dengan rakyat pada malam terakhir sebelum hari pengundian untuk memberi penjelasan tentang penglibatan Apco Worldwide dalam pentadbiran negara, saya ada maklumat lengkap tentang penglibatan ini.
“Kita boleh beri berapa lama masa yang dia perlukan janji dia berani berdepan dengan rakyat untuk memberi penjelasan. Jangan hantar orang suruhan saja,” jelasnya pada ceramah di Batang Kali semalam dihadapan ribuan penyokong.
Beliau juga menjelaskan tentang dasar kerajaan negeri Selangor dalam memberi kebajikan kepada rakyat selain meminta rakyat membuat pilihan yang bijak pada hari pengundian nanti.
“Sebelum ini saya sudah jelaskan dasar kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya di negeri Selangor yang telah terbukti memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
“Saya berharap rakyat akan membuat pemilihan yang terbaik agar seluruh penduduk di Hulu Selangor akan terbela, kita kena pilih calon yang berprinsip seperti Datuk Zaid Ibrahim yang jelas tentang pegangan beliau tanpa memikirkan kepentingan peribadi.
“Sebelum ini saya dah beritahu kepada keluarga Zaid agar bersiap sedia menghadapi serangan kotor dari Umno kerana mereka ini akan menggunakan apa saja tanpa memikirkan akibat selepas itu. Tengok apa yang berlaku sekarang, Umno membuat serangan peribadi.
“Saya harap keluarga Zaid dapat hadapi semua itu dan jangan bimbang kita sentiasa memberi sokongan kepada Zaid,” jelasnya lagi.
Anwar juga memberitahu setiap kejahatan yang ingin dilindungi tidak akan bertahan lagi sampai masanya terbongkar juga.
“Berapa lama Najib nak sembunyikan penglibatan rasuah dalam pembelian kapal selam, di Malaysia bolehlah di selindungi tetapi kalau di Paris macam mana nak tutup. Sekarang kes rasuah berkaitan dengan pembelian kapal selam sudah di bongkar di sana dan akan difailkan di mahkamah Paris, Najib kena jawap jangan lepas tangan begitu saja kerana ini melibatkan maruah negara,” tegas Anwar lagi.Beliau menegaskan apa yang berlaku di dalam KEADILAN tentang calon yang lompat adalah satu proses memantapkan parti.
Ini juga telah berlaku kepada PAS sebelum ini yang menyebabkan PAS menjadi parti yang mantap sehingga Barisan Nasional takut hendak menghadapinya.
Keluar AMK kerana tidak dapat jawatan
KOTA BHARU, 22 April: Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir difahamkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad kecewa selepas hasratnya untuk dilantik sebagai Penyelia Dun Kuala Balah tidak tercapai menyebabkan dia kecewa.
“Saya sebenarnya sudah dengar cerita itu sebelum ini. Wan Khairul mengugut mahu keluar parti kalau tidak mendapat jawatan yang diimpikan.
“Bagi saya setiap pejuang perlu berjiwa besar dan tidak boleh mudah merajuk kalau tidak dapat apa yang diimpikan,” katanya.
Abdul Aziz yang juga anggota parlimen Ketereh berkata, beliau difahamkan hasrat Wan Khairul membawa keluar lebih ramai pemuda termasuk AMK Cabang Ketereh gagal.
”Lebih menghairankan juga apabila bekas Setiausaha AMK Kelantan, Muhammad Ezri Zainal Abidin yang telah lama dipecat diumumkan keluar bersama Wan Khairul.
“Sedangkan Ezri tidak lagi memegang jawatan berkenaan, Setiausaha AMK Kelantan sekarang Tarmizi Mohd Yusof dari Kuala Krai,” katanya ketika dihubungi di parlimen.
Sebuah portal berita hari ini melaporkan Wan Khairul mengumumkan keluar PKR pada satu sidang akhbar tanpa diberitahu tempatnya.
Beliau dilaporkan berkata, tindakannya itu kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Jika ditoleh ke belakang, beberapa hari menjelang pilihan raya umum ke-12 lalu, dua pemimpin parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan membuat pengumuman keluar dari parti itu di sebuah hotel di tepi sungai.
Bekas pemimpin PKR Gua Musang, Nor Azman Mohd Amin dan Abdul Hamid Ahmad mengumumkan keluar parti terbabit. Hadir sama pada pengumuman tersebut pemimpin Umno Kelantan.
Sekarang mereka tiada lagi dalam arus politik, biar pun mungkin mengharap mendapat imbalan kalau-kalau Umno dapat merampas Kelantan pada pilihan raya tersebut.
Hari ini langkah serupa diambil Wan Khairul Ihsan apabila mengumumkan keluar parti berkenaan.
Namun pengumuman itu bukan dibuat di Kelantan sebaliknya di Selangor.
Difahamkan petang semalam, beliau ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa sebelum berlepas ke Kuala Lumpur.
Wednesday, April 21, 2010
Siapa rasmi kilang arak ?
Anwar: Jangan mangsakan penyokong BN

Malaysiakini
Penasihat ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan ahli majlis kerajaan tempatan di negeri itu supaya tidak menjadikan pengundi yang menyokong BN sebagai ‘mangsa’.
Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, pentadbiran kerajaan Selangor tidak sepatutnya mencontohi kaedah yang dilakukan kerajaan persekutuan.
“(Mereka) kalau nampak orang PAS, dari jauh lagi dia sekat. Masa saya jadi menteri dulu lagi saya tegur.
“Saya kata kalau orang PAS benci kepada Umno, mustahil dia akan sokong kalau ada sikap seperti ini,” kata Anwar.
Jelasnya, amalan seperti itu dikesan berlaku di negeri Kedah sebelum ini.
“Tiang elektrik ada, lampu ada, tapi bila sampai dekat kampung PAS, lampu tak ada,” katanya lagi di majlis yang diadakan di sebuah dewan di Batang Kali pagi ini.
Bercakap dalam sesi dialog dengan kira-kira 200 orang ahli majlis berkenaan, beliau juga memberi contoh usaha yang dijalankan Selangor dalam mengambil alih pengurusan air di negeri itu.
“Saya ditugaskan untuk melihat memorandum tentang air.
“Saya tahu sebab dulu saya menteri. Semua perjanjian yang dibuat adalah untuk memperkukuhkan kedudukan persekutuan,” katanya.
Jelasnya lagi kerajaan Selangor juga mempunyai bidang kuasa yang lebih kecil dalam menghadapi situasi tersebut.
“Di negeri kita cuma ada penasihat undang-undang, tapi di (peringkat) persekutuan mereka ada peguam negara,” katanya.
Di majlis itu juga beliau menerima memorandum mengandungi senarai masalah yang dihadapi oleh Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).
Memorandum berkenaan diserahkan oleh Yang Dipertua MDHS, Tukiman Nail.
Tukiman sebelum ini menerima ‘penghinaan’ daripada Datuk Seri Mohd Khir Toyo – menteri besar ketika itu – apabila ‘dihadiahkan’ sebatang penyapu ekoran prestasinya MDHS yang kurang memuaskan.
Tuntut bangunan Umno, Zaid tahu undang-undang
harakahdaily
KOTA BHARU, 21 April: “Kenapa sekarang baru timbul? Kenapa tidak dulu-dulu? Nampak sangat macam hendak menjatuhkan imej Zaid sebagai seorang yang tidak beramanah, lebih-lebih lagi dalam keadaan beliau dipilih sebagai wakil calon," kata Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata demikian ketika mengulas tindakan Umno Bahagian Kota Bharu, semalam mengadakan satu perhimpunan menuntut bekas Ketua Bahagian itu, Datuk Zaid Ibrahim menyerahkan semula bangunan Umno yang didakwa miliknya kepada Umno bahagian itu.
Perhimpunan tersebut diadakan di pekarangan bangunan terbabit petang semalam dan diketuai anggota jawatankuasanya, Datuk Kamaruddin Abdullah.
Takiyuddin, dalam reaksinya dari perspektif undang-undang berkata tuntutan dilakukan itu mesti sesuai dengan status tanah termasuk bangunan.
"Apa status tanah dan bangunan itu? Apakah betul ia nama Umno atau sebaliknya,” soal Takiyuddin semasa dihubungi.
Katanya, Zaid sebagai seorang peguam sudah semestinya lebih maklum aplikasi undang-undang serta kesan disebalik tindakannya.
“Kalau betul tanah dan bangunan itu nama Umno takkan Zaid berani pegang begitu tanpa menyerahkan pada pemilik sebenar,” katanya yang juga peguam.
Sementara itu beliau yang merasa agak pelik dengan desakan tiba-tiba itu membayangkan betapa lemahnya kredibiliti Umno.
“Ya lah…sebuah bangunan tersergam indah selama ini yang lengkap bertulis dan berlambangkan Umno rupa-rupanya masih kabur, tak tahu kemana hulu atau hilir.
“Seolah-olah pernah berlaku gadaian ke atasnya sebelum ini sampai terpaksa berdemonstrasi bagi menuntut semula haknya,” katanya.
Zaid dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipilih sebagai calon untuk mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kerusi parlimen Hulu Selangor 25 April ini.
Pilihan raya menyaksikan pertarungan satu lawan satu itu Zaid akan bertemu dengan calon Barisan Nasional yang mempertaruhkan P. Kamalanathan dari MIC.
Gambar : SAMM NS / penang / johor / kedah ke hulu selangor bagi memeriahkan proses penamaan calon P094...!!!!




- Sumber dari Blog SAMM
Tuesday, April 20, 2010
Saya sudah taubat pemimpin Umno terus dengan arak
Nazri Abdullah |
PETALING JAYA, 20 April: Calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata beliau kenal ramai pemimpin Umno yang mengambil alkohol sepertinya dahulu yang terus begitu ketika beliau sendiri sudah menghentikannya namun dia tidak berniat untuk mengaibkan mereka. |
Monday, April 19, 2010
Antara Yang Di Rakam Di Hulu Selangor Ketika Penamaan Calon









