Syarahan Perdana Bersama Selebriti Bob Lokman di Dun Pulai Sebatang 17/10/2011

Syarahan Perdana Bersama Selebriti Bob Lokman di Dun Pulai Sebatang 17/10/2011

Ceramah Isu Semasa di Dun Benut 5/10/2011

Ceramah Isu Semasa di Dun Benut 5/10/2011

PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PONTIAN

PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PONTIAN

CHE'GUBARD,SAIFUL AMRI DAN BOB LOKMAN

CHE'GUBARD,SAIFUL AMRI DAN BOB LOKMAN

CERAMAH PERDANA ISU SEMASA

BERSAMA :

- USTAZ RIDUAN MD NOOR ( EXCO DPP PUSAT )
- YB AMIRUDIN SHARI ( ADUN PKR BATU CAVES )

MASA/TEMPAT :

11 / 11 / 2011 , SABTU , 9MALAM

MARKAS PAS KG ASAM KUMBANG , BENUT .

KONSERT KESENIAN ISLAM DAN BICARA SELEBRITI

BERSAMA :

- SHAM KAMIKAZE ( BEKAS GITARIS KAMIKAZE )
- AZHAN ATAN ( BEKAS JUARA AKADEMI NASYID )

6 / 12 / 2011 , SELASA , 8.30 MALAM

BALAI ISLAM PARIT ISMAIL,BENUT,PONTIAN.




Team AIC Negeri Johor

Team AIC Negeri Johor

ANWAR IBRAHIM CLUB NEGERI JOHOR

- SQUAD AIC JOHOR -

Friday, November 26, 2010

Liwat II: Majlis Peguam bidas mahkamah

Majlis Peguam berpendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendapat perbicaraan adil apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terus menafikan beliau akses terhadap dokumen-dokumen relevan bagi membela diri.

NONEPresidennya, Ragunath Kesavan dalam satu kenyataan berkata keputusan mahkamah itu sebagai regresif dan tidak memberikan hak perbicaraan yang adil kepada tertuduh.

"Mereka (Mahkamah) telah 'melemahkan' prinsip penting ini (untuk memastikan perbicaraan adil)," kata beliau merujuk kepada seksyen 51 A Kanun Prosedur Jenayah yang merangkumi hak untuk mendapatkan dokumen dan maklumat dalam perbicaraan.

Mahkamah sebelum ini menghalang pasukan pembelaan Anwar daripada meneliti tiga nota klinikal doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang melakukan pemeriksaan awal terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Anwar juga tidak dibenar mendapat kenyataan Mphd Saiful kepada polis dan bahan bukti lain.

Semalam pula, mahkamah hanya membenarkan Anwar mendapatkan laporan proforma yang disediakan oleh pakar patologi HKL, Dr Siew Shueue Feng.

NONELaporan proforma ialah borang atau senarai yang disediakan oleh doktor sebelum melakukan pemeriksaan terhadap seseorang pesakit.

Ragunath berkata juga menerangkan seksyen 51 A Kanun Prosedur Jenayah bertujuan mengimbangkan hak pendakwaraya dan peguambela demi menentukan keadilan perbicaraan.

"Kami percaya seksyen 51 A ini dibuat bagi permantapkan prinsip pengawalan terbitan dokuman dan kerajaan menzahirkan niat mereka untuk menambah ketelusan dan keadilan dalam sistem pengadilan jenayah negara ini," katanya.

NONEAntara dokumen lain yang juga dihalang akses kepada Anwar adalah laporan ahli kimia, nota-nota perubatan, rakaman CCTV, sampel DNA, kenyataan saksi dan senarai saksi.

Menurut Ragunath, amat penting bagi pasukan pendakwaan membentangkan semua maklumat kepada mahkamah agar hakim boleh membuat keputusan yang adil dan tidak berat sebelah.

"Adalah tanggungjawab semua pihak termasuk hakim untuk memastikan pihak pendakwaan mematuhi seksyen ini dan memberi maklumat kepada pihak terbabit dan menunjukkannya di mahkamah," katanya.

bar council logoRagunath berkata keengganan mendedahkan dokumen atau maklumat akan menjejaskan persepsi awam terhadap sistem perundangan negara ini.

"Majlis Peguam mendesak mahkamah melaksanakan seksyen ini... bagi mengekalkan hak seseorang tertuduh dan bagi menegakkan keadilan. Perkara ini bukan saja relevan dalam kes Anwar tapi juga demi kepentingan seluruh sistem kehakiman," katanya lagi.

Fariz rayu 'kedudukan baik' untuk Chegubard


Timbalan ketua Pemuda PKR (AMK) sesi lalu Fariz Musa berharap kepimpinan baru sayap kanan parti itu tidak mengetepikan calon ketuanya Badrul Hisham Shaharin setelah mendapat mandat baru dalam sesi kali ini. "Saya minta kawan-kawan kita daripada (kem) Badrul, saya syor Badrul diundang dalam AMK dan diberikan kedudukan baik supaya kedua gabungan tenaga ini berada dalam AMK. "Kita mesti bekerja kerana fokus utama selepas ini untuk kita tawan Putrajaya," katanya ketika berucap kali terakhir kongres sayap itu di Petaling Jaya hari ini. Bercakap ketika menyampaikan ucapan penggulangannnya, Fariz yang tidak mempertahankan kerusinya kerana 'lebih umur' malah berkata, beliau merayu perkara itu dengan nama Allah. "Tolong hentikan, saya merayu dengan nama Allah, saya rayu dan harap hentikan sengketa (sesama kita). Selesaikanlah," katanya. Nada yang hampir sama disuarakan oleh naib ketuanya sesi lalu Amiruddin Shari yang tidak mempertahankan jawatannya ekoran regunya Rafizi Ramli tidak meneruskan hasrat bertanding sebelum ini. "Yang sudah, sudahlah. Yang lepas, lepaslah. Yang menang, menanglah. Yang tewas-tewaslah. "Yang pasti selepas ini kita harus beri keadilan dan bebeasan pada rakyat," katanya sambil menegaskan cabaran besarnya untuk mendepani 4.6 juta pengundi baru. Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Shamsul Iskandar ketika ditanya berhubung kesediannya melantik Badrul Hisham ke dalam barisan kabinet barunya kelihatan tidak menyatakan 'kesanggupan' yang benar-benar pasti. "Kita menerima sesiapa sahaja. Saya tak nampak ada masalah besar (melantik Badrul)," katanya. Terdapat lima kerusi lantikan untuk exco. Manakala Badrul Hisham pula ketika ditemui di luar Dewan Sivik MBPJ - tempat persidangan berlangsung - berkata tidak timbul perkara itu kerana "sesiapa saja yang memperjuangkan keadilan adalah kawan". Beliau juga menafikan terlibat dalam demonstrasi "baju hitam" yang menyokongnya petang ini. "Saya gemuk, hendak nampak kurus," katanya sambil ketawa ketika ditanya kenapa beliau sendiri memakai jaket hitam. Dalam keputusan rasmi pemilihan AMK yang diumumkan lewat petang ini, Shamsul Iskandar mempertahankan jawatannya mengalahkan Badrul Hisham. Jumlah undi yang diterima mereka tidak diumumkan.

Wanita PKR mahu ketua umum 'dirasmikan'

malaysiakini
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mengusulkan kepada perwakilan Wanita agar diwujudkan jawatan ketua umum secara rasmi dan diserahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONE"Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya tidak perlu sebut (panjang) kerana sebelum ini beliau diaibkan dan dinafikan haknya dan keluarganya.

"Oleh kerananya, Keadilan (PKR) ditubuhkan (maka) beliau perlu diberi pengiktirafan. Khas untuknya," katanya sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya dalam kongres Wanita hari ini.

Sehubungan itu, beliau memohon suara-suara permintaan daripada perwakilan Wanita untuk "menabalkan" Anwar sebagai ketua umum.

"Lahirnya reformasi kerana Anwar, suburnya demokrasi usaha Anwar, melangkah inovasi bersama Anwar!" katanya sewaktu menyampaikan ucapan yang berjudul "Suburkan Demokrasi Tujah Inovasi".

Sementara itu dalam sidang medianya selepas itu, Zuraida berkata, Wanita PKR mahu jawatan tersebut diwujudkan secara rasmi "di akhir kongres ini".

Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang berkata Anwar juga dikenali ramai dari dalam dan luar negara, maka sewajarnya kredibiliti beliau dimanfaatkan dengan meletakkan beliau dalam struktur parti.

Ditanya sama ada jawatan itu akan menyebabkan konflik dengan presiden parti, Zuraida menafikan perkara tersebut.

"Ia akan memperkukuhkan peranan presiden. Kita memiliki beliau sebagai mentor kepada parti dan mengetuai Pakatan Rakyat," katanya.

Katanya lagi, dengan imej Anwar yang dikenali di luar negara, beliau boleh memastikan imej parti dan Pakatan dikenali di peringkat antarabangsa.

Thursday, November 25, 2010

Dunia sedang perhatikan liwat II, kata Karpal

malaysiakini
Perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terpaksa ditangguhkan apabila pihak pendakwaan memohon lebih banyak masa berhubung permohonan pihak pembelaan yang mahu hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes berkenaan. NONEPeguam Cara Negara II, yang mengetuai pasukan pendakwaan, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin (kiri) tidak hadir hari ini kerana demam dan diganti oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohd Hanafiah Zakaria. Hanafiah berkata pihaknya memerlukan masa bagi menjawap hujah yang dikemukakan oleh pihak pembelaan pagi tadi. "Datuk Yusof tidak sihat dan kita perlu masa untuk buat persiapan,” kata Hanafiah. Berikutan itu, Mohamad Zabidin bersetuju menangguhkan perbicaraan sehingga pagi esok. Pagi tadi, makamah pagi ini mendengar permohonan peguambela utama - Karpal Singh yang mengemukakan hujah mengapa hakim, Mohamad Zabidin perlu mengundurkan dirinya kerana terdapat bahaya berat sebelah yang ketara.

Karpal berkata komen yang dibuat oleh Setiausaha Negara, Amerika Syarikat dan kehadiran pegawai kedutaan negara berkenaan yang mengikuti perbicaraan tersebut membuktikan perkara itu. Menurutnya ini adalah kali pertama permohonan dibuat bagi memohon hakim mengundurkan diri kerana didakwa cuba mengugut seorang peguam.

Negara sedang dibicarakan

"Yang Arif, di bawah pemerhatian rapi, dan sistem perundangan negara juga sedang dibicarakan. "Hilary Clinton menggesa supaya perbicaraan adil dijalankan. Kehadiran pegawai kedutaan asing sebagai pemerhati membuktikan perkara itu,” katanya.

NONEKarpal (kanan) berkata jika ada kebimbangan atau bahaya akan berlaku berat sebelah, maka hakim sepatutnya menarik diri secara sukarela. Beliau juga merujuk perbicaraan Mahkamah Persekutuan apabila bekas presiden Mahkamah Rayuan, Tun Abdul Malek Ahmad yang menegur hakim ketika itu, Tan Sri Augustine Paul. "Dalam penghakimannya, Abdul Malek berkata Paul telah bertindak seolah-olah seperti pertahankan timbalan pendakwa raya,” katanya. "Saya bukan cuba untuk ugut Yang Arif dengan mencadangkan keputusan perbicaraan diterbalikkan tetapi ia adalah fakta ketika perbicaraan oleh hakim itu,” katanya. Karpal juga berkata hakim berlaku berat sebelah serta mengabaikan keputusan Mahkamah Agung dengan tidak membenarkan pihak pembelaan dibekalkan dengan laporan klinikal pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Katanya, dalam kes tertentu, hakim dengan rela menarik diri setelah mendapati berlakunya keadaan berat sebelah dan prejudis terhadap tertuduh.

Kod Etika Hakim

Karpal kemudiann memberikan contoh apabila bekas hakim Mahkamah Tinggi, Datuk KC Vohrah yang menarik diri secara sukarela apabila menyedari tidak dapat memberi keadilan. Sambil merujuk kepada Kod Etika Hakim, Karpal berkata hakim tidak boleh meletakkan diri dalam situasi berat sebelah atau prejudis. Namun sekiranya mereka didapati menjurus ke arah itu maka hakim boleh dikenakan tindakan disiplin. NONE"Saya beri amaran sekiranya hakim tetap ingin meneruskan perbuatan bias, bersiap sedia hadapi kemungkinan," katanya. Karpal juga mengingatkan mahkamah bahawa mengikut Artikel 5(1) dalam Perlembagaan Persekutuan, semua rakyat negara ini berhak mendapat pengadilan di mahkamah terbuka. Menurut peguam veteran itu lagi, Mohamad Zabidin (kiri) juga perlu merenung semula ugutan menghina mahkamah yang dibuatnya semalam ke atas dirinya (Karpal) yang juga memberi kesan kepada anak guamnya (Anwar). “Justeru, adalah perlu bagi Yang Arif, tarik diri. Terdapat bahaya berlaku berat sebelah (berikutan ugutan hina mahkamah oleh hakim),” kata Karpal semasa menggulung hujahnya.

Karpal mempertikaikan bahawa Anwar tidak akan diberikan perbicaraan yang adil jika hakim itu kekal mendengar kes tersebut. Ini merupakan kali kedua Anwar memohon untuk hakim itu menarik diri. Permohonan pertama telah ditolak oleh Hakim Mohamad Zabidin serta oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Anwar, 63, didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Wednesday, November 24, 2010

KEMPEN SELAMATKAN PARTI KEADILAN BERMULA


Salam Perjuangan,
Kami dari Anwaribrahimclub (AIC) Negeri Johor menyatakan sokongan agar kempen ini perlu dipergiatkan sehingga kongres.Dengan bermatlamat agar Parti ini selamat dari pada anasir-anasir yang berniat jahat untuk menghancurkannya dari dalam.Bersama kita sebar luaskan...

Dr. Mahathir PerluTaubat Nasuha

KENYATAAN MEDIA:
24 NOVEMBER 2010

Biro Pemahaman & Pemantapan Agama. (BIPPA), PKR, terpanggil untuk menyambut kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang dilaporkan dalam Sinar 24 November 2010 dengan penegasan bahawa:

1. BIPPA menasihatkan adalah lebih wajar mantan Perdana Menteri sendiri melakukan taubat nasuha kerana beliau yang sebenarnya menjadi punca kepada perpecahan bahkan kemunduran masyarakat Melayu. Muktahir ini mantan Perdana Menteri menjadi penyebab maraknya api perkauman dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Pada usia senja adalah lebih baik untuk mantan Perdana Menteri banyak melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT sebagai persiapan menemuiNya walaupun penentuan umur adalah di tangan Allah SWT.

2. Beliau bertanggungjawab memecat dan mengaibkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan. Perdana Menteri dengan dakwaan fitnah liwat yang ternyata tidak benar. Beliau mengaibkan DSAI dan keluarga di khalayak ramai. Perbuatan mantan Perdana Menteri mengaibkan DSAI dan seisi keluarga adalah sangat bertentangan dengan prinsip dan hukum agama dan tindakan tersebut bertentangan denga norma dan tatasusila masyarakat bertamadun.. Justeru, DSAI mempunyai hak di sisi syariat Islam mempertahankan maruah diri dan keluarga daripada fitnah. Kiranya tindakan DSAI mempertahankan maruah diri menimbulkan perpecahan, maka perpecahan itu adalah hasil daripada pertembungan antara hak dan batil. Demikian penegesan dari sepotong ayat dalam al-Qur’an: ”Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah suatu yang pasti lenyap.” (al-Isra’: 81). .
3. Mantan Perdana Menteri juga bertanggunjawab merobek unsur-unsur kekuatan bangsa Melayu dari segi bahasa, agama, pendidikan sekolah agama rakyat, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan ekonomi orang Melayu dan melakukan pindaan persempadanan kawasan pilihan raya majoriti pengundi Melayu sehingga menjejaskan keutuhan politik melayu

4. Menjadi satu kebiasaan mantan Perdana Menteri meletakkan setiap beban kesilapan dan ketelanjuran beliau diatas bahu orang lain. Isu perpecahan masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia adalah berpunca daripada beliau sendiri.

5. Parti yang didakwa kecil oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada hakikatnya adalah sebuah parti yang lahir pada tahun 1999 dari gejolak kemarahan rakyat kerana kezaliman beliau dan terus mendapat dokongan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Alhamdulillah, parti ini pengaruhnya semakin meluas dan bertakhta dihati rakyat serta berpotensi besar, insyaallah, mengambil alih pemerintahan negara. Inilah yang digeruni oleh Tun Dr Mahathir yang menjadikan beliau sentiasa berada dalam resah dan gelisah. Sewajarnya mantan Perdana Menteri berlapang dada menerima penentuan rakyat dalam merayakan amalan demokrasi.

6. Seandainya DSAI itu rendah kualiti diri dan kepimpinan dalam mata pandangan Tun Dr Mahathir, mengapa DSAI masih terus mendapat sambutan dan sanjungan rakyat di negara ini walaupun dicerca saban hari dan waktu oleh pelbagai pihak menerusi pelbagai media. Beliau juga terus diterima dan dihormati sebagai seorang tokoh pemimpin berwibawa oleh sebahagian besar pemimpin dunia, para ‘ulama tersohor, para ilmuan Muslim dan bukan Muslim di peringkat antara bangsa.

Dr Muhammad Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA), PKR

Tidak Wajar Label Pengkhianat Kerana Tegur Dan Kritik Parti Tidak Wajar Label Pengkhianat Kerana Tegur Dan Kritik Parti

Umno dan B-end setiap hari serang Anwar sebab Anwar adalah musuh mereka yang paling mereka geruni. TV3 suku dan RTM serang Anwar itu perkara biasa tetapi jika puji Anwar itu luar biasa namanya. Anwar dituduh pengkhianat, ejen asing, ejen yahudi, ejen Amerika, tak kenang budi dan berbagai-bagai lagi hanya kerana Anwar berani menegur dan mengkritik ketempangan dan penyelewengan kerajaan Malaysia.
Benarkah semua tuduhan itu terhadap Anwar? Jawabnya sudah pasti tidak kerana sayangkan negaralah Anwar tegur dan kritik kerajaan umno b-end sebab itu Anwar lancarkan slogan "SELAMATKAN MALAYSIA"
Berbalik kepada pemilihan Keadilan 2010, mengapa kecoh sangat? Mengapa riuh sangat? Apakah yang sedang berlaku sebenarnya? Benarkah berlaku penipuan atau mereka yang bertanding tidak boleh terima kekalahan? Mengapa mereka tegur dan kritik parti sendiri?
Adakah dengan menegur dan kritik akhirnya mereka juga dilabel sebagai pengkhianat dan ejen umno b-end. Jika itu jawapannya, apa beza tindakan umno b-end melabelkan Anwar sebagai pengkhianat kerana menegur dan mengkritik kerajaan dengan tindakan Keadilan yang melabelkan mereka yang berani menegur dan mengkritk kepincangan parti sebagai pengkhianat dan ejen umno b-end?
Tindakan ahli parti bertindak mengadakan demo di depan pejabat parti adalah tidak wajar. Gunalah saluran dalaman dahulu dan kita amat berharap pimpinan parti juga tidak dilanda sindrom "NAFI".
Tindakan mereka yang mengugut akan keluar parti beramai-ramai juga adalah tindakan yang terlampau. Tak perlu ugut nak keluar parti. Jika nak keluar, silakan parti tak pernah menghalang. Tetapi dalam masa yang sama pimpinan parti wajib ambil tindakan terhadap aduan dan bantahan mereka dan hendaklah menubuhkan "Badan Siasatan Aduan"
Tindakan mereka di atas berbeza dengan tindakan Chegubard yang juga pernah beberapa kali menghantar bantahan dan aduan kepada pimpinan parti dan juga telah bertemu dengan Presiden Parti Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Dato' Fauzi.
Semalam Malaysiakini telah menerbitkan artikel Laporan Pemilihan: Ada 'campur tangan serius' Anwar.
Chegubard ketika dihubungi Malaysiakini mengakui ia salinan surat sebenar yang ditulisnya tetapi ia bukan aduan pertama. Bagaimanapun, katanya, surat itu seharusnya tidak didedah pada umum.
Tukar Tiub juga pernah terbitkan laporan aduan ini tetapi telah dikeluarkan semula beberapa jam selepas itu namun Malaysiakini telah 'pick-up' laporan tersebut di sini dan di sini.
Chegubard juga telah dihubungi Agendadaily dan ini jawapan Chegubard. “Saya tidak nafi surat itu wujud, tapi saya tidak mahu layan Agendadaily kerana selalu tidak beri ruang yang adil kepada Pakatan Rakyat,” Itu komen calon Ketua Angkatan Muda PKR Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi lewat petang Isnin untuk mengulas suratnya mengenai kepincangan pemilihan PKR yang bocor.
“Surat tersebut bukan untuk tontonan umum. Saya memang ada menulis bukan sekali, banyak kali tetapi hingga kini tidak ada jawapan. “itu sahaja jawapan saya, saya tidak mahu ulas panjang kerana menjaga disiplin parti,” kata beliau sebelum meletak telefon. Selanjutnya di sini.
"Satu penyiasatan terbuka perlu diadakan segera mengenai kepincangan yang berlaku," tulis Badrul Hisham di bahagian akhir laporan empat muka surat itu.
"Saya masih berpegang teguh dengan disiplin parti menggunakan seluruh saluran dalaman parti. Namun saya semakin diasak ke dinding. Saya selaku anggota Parti Keadilan Rakyat mohon keadilan."
Ada dua persepsi di sini. Pertama adakah berlaku penipuan dalam pemilihan atau yang kedua adakah mereka yang bertanding tidak boleh terima kekalahan?
Chegubard dalam kempen terakhirnya di Johor menjawab berbagai soalan dan kepincangan yang berlaku dalam pemilihan, katanya "Anwar adalah pemimpin yang paling layak menjadi Perdana Menteri dan Parti Keadilan Rakyat adalah yang parti yang sesuai oleh anak muda. Oleh itu jangan ada tindakan yang melampau dan semua harap bertenang dan bersabar, saya dan sahabat-sahabat seperjuangan sudah laporkan segala kepincangan dan bukan soal siapa menang atau siapa kalah tetapi soal ketelusan itu wajib dilaksanakan dan berharap pimpinan parti akan ambil tindakan terhadap laporan".
Kesimpulannya adalah tidak adil dan tidak wajar jika umno dan b-end melabelkan Anwar sebagai pengkhianat dan ejen asing hanya kerana Anwar menegur dan kritik kepincangan dalam kerajaan dan begitulah juga dengan Chegubard. Adalah tidak adil dan tidak wajar melabelkan Chegubard sebagai pengkhianat dan ejen umno atau ejen Zaid hanya kerana menegur dan kritik kepincangan dalam parti.
Tidak timbul soal Chegubard tidak terima kekalahan tetapi soal ketelusan dan kepincangan itu wajib disiasat segera demi untuk "SELAMATKAN PARTI KEADILAN RAKYAT".
Kemenangan sebenar adalah kemenangan untuk menumbangkan umno dan b-end dalam PRU-13 yang dijangka akan berlaku dua minggu sebelum Tahun Baru Cina tahun 2011. Sehubungan dengan itu, sokonglah Pakatan Rakyat untuk "SELAMATKAN MALAYSIA".

Amizudin Ahmat (Din Binjai)

'Umno Apco' - J/kuasa hak parlimen belum bersidang

malaysiakini

Jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen dilaporkan akan menggantung ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun jawatankuasa itu setakat ini masih belum bermesyuarat, kata ahli parlimen Subang R Sivarasa.

Sivarasa yang menganggotai jawatankuasa itu berkata, beliau masih belum menerima apa-apa notis mesyuarat bagi tujuan itu.

r sivarasa 270208PKR bagaimanapun bersedia untuk untuk menghadapai semua keadaan, termasuk penggantungan Anwar daripada parlimen, katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan portal berita The Malaysian Insider berhubung hukuman yang bakal dihadapi ahli parlimen Permatang Pauh itu atas tindakan mengaitkan kerajaan dan slogan '1Malaysia' dengan sebuah firma penasihat Israel Apco Worldwide.

Bagaimanapun, Sivarasa berpendapat sekiranya Anwar dihukum, tindakan itu tidak akan berlaku dalam tempoh terdekat.

NONEKatanya, pendengaran dalam jawatankuasa itu tidak akan berakhir dengan begitu cepat memandangkan mereka masih perlu mendengar keterangan daripada saksi, termasuk daripada firma penasihat Israel tersebut.

"Setakat yang saya tahu, ini hanya satu spekulasi," katanya lagi.

Beliau juga menolak pandangan bahawa hukuman ke atas Anwar itu merupakan salah satu 'plan strategik' BN sebelum mengadakan pilihan raya mengejut tahun depan.

Walaupun Anwar digantung, keadaan itu tidak akan memberi kesan kepada pencalonannya, mahupun ke atas kempen dalam pilihan raya umum, kata Sivarasa lagi.

Malah, keadaan itu juga akan membantu memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat kerana hukuman itu dilihat sebagai "tidak adil", katanya lagi.

Tambahnya, penggantungan Anwar ekoran daripada isu berkenaan akan memberi kesan terhadap imej Malaysia di mata dunia dari segi kebebasan bersuara bagi ahli-ahli parlimennya

Penghakiman Inggeris sah, rayuan Anwar ditolak

malaysiakini
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan penghakiman yang ditulis dalam bahasa Inggeris adalah sah dan memutuskan hakim mempunyai budi bicara yang luas untuk menulis penghakiman mereka sama ada dalam bahasa Melayu ataupun Inggeris.

Dalam keputusannya, mahkamah juga menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas penghakiman Mahkamah Rayuan berhubung saman fitnah yang difailkannya ke atas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia ditulis dalam bahasa Inggeris. Namun penghakiman mahkamah rayuan juga dibuat dalam bahasa Inggeris.

arifin zakaria 01Dalam menolak permohonan itu, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria berkata alasan penghakiman tidak terdiri daripada bahagian penghakiman itu sendiri.

Beliau berkata penghakiman membentuk sebahagian daripada prosiding tetapi menambah bahawa Akta Mahkamah Kehakiman, Perintah Mahkamah Persekutuan, Perintah Mahkamah Rayuan dan Perintah Mahkamah Tinggi dan perintah Mahkamah Rendah memberikan kelainan antara penghakiman dan alasan penghakiman, di mana alasan hakim menyokong penghakiman atau perintah.

"Kita berpegang bahawa ia tidak bertentangan dengan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 8 NLA untuk alasan penghakiman sama ada dalam bahasa Inggeris, seperti dalam kes ini," kata Arifin.

Beliau bagaiamanpun berkata pihaknya memandang serius penggunaan bahasa Melayu di mahkamah.

Hakim Arifin merujuk pekeliling yang dikeluarkan oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hashim Yeop Sani, pada 1990 yang mana beliau berkata sekurang-kurangnya satu penghakiman mesti ditulis dalam bahasa kebangsaan.

Arifin berkata Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan (NLA) 1963/1967 memberikan peruntukan budibicara yang luas kepada mahkamah mengenai penggunaan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris dalam mana-mana proseding demi keadilan.

lingam tape hearing 300108 vk lingam 02Seksyen 8 menyatakan bahawa semua prosiding mahkamah di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan mana-mana Mahkamah Rendah, hendaklah dalam Bahasa Malaysia, kecuali di mana mahkamah boleh memerintahkan prosiding didengar sebahagiannya dalam bahasa kebangsaan dan sebahagiannya dalam bahasa Ingegris, menerusi usulnya sendiri atau permohonan mana-mana prosiding selepas memberikan pertimbangan terhadap kepentingan keadilan dalam prosiding berkenaan.

Sehubungan dengan penghakiman hari ini, Anwar juga diarahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM70,000, meskipun peguam Mahathir - VK Lingam memohon RM100,000.

Lingam berkata pengujian tanda aras mesti dibuat bagi permohonan kes-kes Mahkamah Persekutuan sambil merujuk kepada satu penghakiman di mana mahkamah rayuan bersetuju kos RM100,000 diberikan.

Anwar kelihatan agak geram dengan penghakiman hari ini.

"Dia (Lingam) adalah seorang jutawan. Saya kalah kes ini. Ini adalah peguam Mahathir, jadi macam mana boleh kita menang?” katanya di luar mahkamah.

Peguamnya, Karpal Singh berkata mereka sedang mempertimbangkan untuk membuat rayuan.

azlanKeputuan ini dengan sendirinya membatalkan rayuan Anwar dalam kes saman malu RM100 juta yang dikemukakan ke atas mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dua lagi anggota panel hakim yang bersidang hari ini ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Suriyadi Halim Omar.

Pada 20 Oktober tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar atas sebab teknikal kerana tidak menyediakan memorandum rayuan dalam bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Malaysia.

Peguam Anwar juga dikatakan tidak menandatangani memorandum tersebut dan oleh itu, ia menjadi cacat.

Anwar telah menyaman fitnah matan perdana menteri itu berhubung kenyataan yang dibuatnya di satu sidang akhbar Suhakam.

Liwat II: Anwar mohon hakim undur diri

malaysiakini
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memohon untuk Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan kes liwatnya.

Ini merupakan kali kedua Anwar memohon untuk hakim itu menarik diri. Permohonan pertama beliau telah ditolak oleh Hakim Mohamad Zabidin serta di Mahkamah Rayuan dan juga Mahkamah Persekutuan.

azlanSehubungan itu, peguamnya akan mengemukakan permohonan melucutkan Mohamad Zabidin daripada perbicaraan kerana didakwa terus bersikap berat sebelah dan menghalang peguambela mendapatkan nota-nota pemeriksaan doktor ke atas pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Peguam utamanya, Karpal Singh berkata beliau membuat permohonan itu atas alasan hakim berkenan telah memberikan tafsiran berlainan peruntukan Seksyen 45 Akta Keterangan dalam keputusannya semalam.

Menurut Karpal, Mohamad Zabidin dalam menolak percubaan Anwar untuk mendapatkan nota klinikal Mohd Saiful Bukhari yang disediakan oleh tiga pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL), tidak memberikan pertimbangan terhadap penghujahannya mengenai keputusan Mahkamah Agung berkaitan Seksyen 45.

Hina mahkamah

Beliau berkata Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan Mahkamah Agung dalam kes-kes sivil dan jenayah, keterangan seorang pakar mengenai tulisan tangan tidak disokong dengan data yang meyakinkan, menunjukkan proses di mana beliau membuat keputusan tidak wajar mengikut Seksyen 45.

NONESelain itu, Karpal juga akan memohon supaya pakar perubatan Dr Siew Sheue Feng (kanan) dari Hospital Kuala Lumpur dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana cuba menyembunyikan dokumen yang penting untuk pembelaan Anwar.

Dr Siew adalah saksi ketiga pada perbicaraan Anwar, yang didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Zabidin akan mendengar kedua-dua permohonan itu pagi, esok.

Anwar melahirkan rasa kesal terhadap keputusan-keputusan Zabidin yang dilihat berat sebelah sepanjang perbicaraan dan memihak kepada pendakwaraya, walaupun ia jelas bercanggah dengan prosedur undang-undang.

"Peguam telah memberi maklum bahawa kita akan mengemukakan permohonan supaya hakim menarik diri kerana berpuluh-puluh kes kita asyik diketepikan semua undang-undang dan hanya memihak kepada pendakwa. Beberapa kenyataan dia (Zabidin) nampak jelas tidak berlaku adil. Jadi ini akan dilakukan esok," kata Anwar.

NONEPada hari ini Zabidin sekali lagi melarang peguambela daripada mendapatkan dokumen pemeriksaan awal daripada pakar-pakar yang memberi keterangan.

Dokumen itu mempunyai banyak maklumat yang tidak terkandung dalam laporan perubatan yang dikemukakan oleh pendakwaraya kepada mahkamah.

Anwar berkata ada cubaan jelas melindungi maklumat nota perubatan pengadu Saiful Bukhari Azlan, khususnya apabila pakar patologi Dr Siew memberi keterangan hari ini.

Hakim Mohamad Zabidin akan memutuskan esok mengenai perkara berkenaan.

Walaupun gagal memberi jawapan tepat kepada soalan-soalan Karpal, Dr Siew enggan untuk merujuk kepada nota-nota yang diambil oleh beliau ketika memeriksa Saiful untuk memberi keterangan.

Takut kepada nota?

Ini kerana jika beliau berbuat demikian, peguambela boleh memohon untuk mendapatkan nota-nota.

anwar karpal 200910 02Bagaimanapun semasa waktu rehat, Dr Siew mengaku ada merujuk kepada nota-notanya. Anehnya sebaik sahaja perbicaraan bersambung, beliau enggan berbuat demikian.

"Kenapa ...takut mengenai kepada nota-nota ini," tanya Karpal. Namun pakar perubatan itu tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian.

Pada permulaan proseding, keadaan di mahkamah tegang berikutan berlakunya pertikaman lidah antara Karpal dan Mohamed Yusof setelah peguam Anwar itu meminta Dr Siew agar melihat laporan protokolnya, kerana beliau tidak ingat apa yang ditulis dalam laporan berkenaan.

Karpal: Adakah anda ingat nama pesakit yang anda tulis dalam borang protokol?
Dr Siew: Ya, namanya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Karpal: Nombor kad pengenalannya?
Dr Siew: Saya tidak ingat.
Karpal: Adakah anda mahu merujuk pada borong protokol anda?
Dr Siew: Saya mahu lihat pada laporan penuh perubatan saya. Ia satu laporan penuh.
Karpal: Anda ingatkah tarikh lahir Mohd Saiful Bukhari?
Dr Siew: Saya tidak ingat.
Karpal: Sebab itulah anda hendaklah merujuk pada borang protokol anda untuk mengingati semula.
Dr Siew: Saya mahu rujuk pada laporan perubatan penuh saya.

Pada ketika ini Mohamed Yusof membantah soalan Karpal dan memintanya untuk berhentikan permintaannya agar Dr Siew merujuk kepada borang protokol itu.

NONEKarpal kemudian berkata Dr Siew harus dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana merujuk kepada nota-nota itu ketika waktu rehat walaupun beliau sebelum itu memberitahu mahkamah tidak akan berbuat demikian.

Dakwanya, jelas ada cubaan untuk menyembunyikan maklumat daripada peguambela.

Karpal juga menegur Zabidin kerana terus menafikan hak peguambela untuk mendapatkan nota-nota pemeriksaan awal doktor yang cukup relevan kepada perbicaraan.

Peguam veteran itu berkata Zabidin hanya membuang masa mengambil keterangan doktor jika tidak mahu melihat sendiri nota-nota yang diambil oleh doktor dalam memberikan keterangan mereka di mahkamah.

Surat Terbuka Mengenai Insiden Mata Lebam Anwar Disiasat

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyiasat surat terbuka bekas pegawai kanan polis Datuk Mat Zain Ibrahim yang mendakwa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mempunyai peranan dalam insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim kira-kira 12 tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kabinet mengarahkan beliau dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim untuk berjumpa Abdul Gani bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan surat terbuka Mat Zain itu.

"Saya dan Rais telah diarahkan oleh kabinet yang bermesyuarat pada 12 November lalu untuk berjumpa Abdul Gani bagi mendapatkan penjelasan mengenai surat terbuka itu sebelum sebarang tindakan diambil.

"Buat masa ini, kami sedang menunggu Abdul Gani pulang dari Mekah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.Mohamed Nazri berkata beliau dan Rais perlu menemui Abdul Gani berhubung surat terbuka Mat Zain itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada Isnin lepas, Mat Zain merujuk kepada usul memotong gaji Peguam Negara RM10 yang dibawa Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) pada sidang Dewan Rakyat 9 November lepas.

Beliau juga mengesahkan ada menghantar e-mel kepada Lim yang juga pemimpin veteran DAP pada 14 April lepas. - BERNAMA

Wednesday, November 10, 2010

Chegubard dakwa pegawai JPM ada RM200 juta

Seorang pegawai kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa memiliki harta dan mengumpul kekayaan bernilai RM200 juta.

Perkara ini didedahkan di laman blog Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shaharin.

Dalam tulisan di laman blognya, Badrul Hisham atau juga dikenali sebagai Chegubard berkata maklumat dari seorang yang mendakwa 'orang dalam' di Jabatan Perdana Menteri memberikannya dokumen dan fakta mengenai penyelewengan yang memungkinkan pegawai kanan di Pejabat Perdana Menteri itu mengumpulkan kekayaan secara luar biasa.

"(Beliau) mempunyai pengaruh besar di Pejabat Perdana Menteri. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah berurusan dengan Pejabat Perdana Menteri mesti mengetahui gelagat dan peranan wanita ini," dakwanya.

Menurut Badrul Hisham, pegawai kanan itu dalam diam mengumpul harta bernilai RM200 juta dalam masa tidak sampai tiga tahun menguasai pejabat PM.

Beliau juga dituduh sebagai individu yang memuktamadkan siapa yang mendapat projek melalui runding terus di Kementerian Kewangan.

"(Beliau) membuat keputusan untuk menguasai dan menukar syarikat yang mendapat kontrak kerajaan samada untuk Ketua Umno bahagian, kerabat diraja mahupun kroni-kroni beliau sendiri," katanya.

Badrul Hisham juga membekalkan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

BERSIH 2.0 bebas politik, tak mahu demonstrasi

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 11 Nov: Pertubuhan bukan kerajaan Pilihan Raya Bersih dan Adil, Bersih 2.0 berpendirian tidak mahu ada kaitan dengan parti politik dan tidak akan menggunakan pendekatan demonstrasi jalanan.

Pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai murni politik, bersifat madani dan tidak berniat menganjur demonstrasi sebaliknya mahu memfokuskan kepada pendidikan awam.

Pengisytiharan itu dibuat pada majlis pelancaran Bersih 2.0 di Dewan Sivik Petaling Jaya malam tadi dihadapan lebih 1,000 hadirin.

Hadir sama pada majlis itu termasuk bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin, exco kerajaan Selangor Teresa Kok serta beberapa anggota parlimen Pakatan Rakyat seperti Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor), Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja), Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) dan Loh Gwo Burne (PKR-Kelana Jaya).

Bersih pada asalnya ditubuhkan pada 2005 yang digerakkan oleh wakil NGO dan pemimpin politik khususnya pembangkang.

Pada 2007, Bersih menggemparkan negara apabila berjaya menyerahkan memorandum menuntut pemurnian pilihan raya kepada Yang DiPertuan Agung dalam satu demonstrasi besar-besaran di ibu negara.

Bagaimanapun Bersih 2.0 yang diberi nafas baru 9 Julai lalu mahu menggerakkan kesedaran rakyat menuntut pilihan raya bersih pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti secara bebas.

Sebagai langkah awal perjuangan, mereka kelmarin mengadakan pertemuan sulung dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencadangkan 11 perkara bagi memperbaiki sistem pilihan raya negara.

Antaranya pembersihan sepenuhnya daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal, kebebasan media, tempoh kempen 21 hari, pendaftaran automatik serta umur mengundi diturunkan dari 21 tahun ke 18 tahun dan proses kewangan pilihan raya diurus dengan telus.

“Semua parti mesti memberi perhatian dan angkat cadangan-cadangan ini, kalau SPR masih tidak mendengar dan meletakkan cadangan ini di belakang, kita tahu ke mana kami harus pergi (dan) apa yang kami wajar buat,” kata Ambiga.

Thursday, November 4, 2010

Batu Sapi, Galas milik BN

malaysiakini

Meskipun pengumuman rasmi, bagi pilihan raya kecil DUN Galas dan parlimen, Batu Sapi belum dibuat, namun keputusan tidak rasmi menunjukkan Barisan Nasional menang di kedua-dua kerusi tersebut.

Di Batu Sapi, calon BN dari parti PBS, Datin Linda Tsen mendapat 8,538 undi dan berjaya mengekalkan kerusi yang dimilik mendiang suaminya, Datuk edmond Shong.

Calon SAPP yang juga presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee hanya mendapat 2,007 manakala calon PKR, Ansari Abdullah pula mendapat 3,281 undi.

Majoriti yang diperolehi oleh BN adalah 5,257 undi.

Keputusan kali ini mencerminkan perkembangan yang hampir sama pada pilihan raya umun 2008 yang lalu. Pada pilihan raya itu, suami Tsen, mendiang Edmund Chong mendapat 9,479 undi berbanding calon Bebas, Chong Kwong Ming, 5,771.

Pada pilihan raya kali ini, jika jumlah undi pembangkang - SAPP dan PKR digabungkan, jumlahnya adalah 5,288 dan masih tidak mampu mencabar kedudukan BN.

Meskipun kemenangan Tsen bukan sesuatu yang memeranjatkan, tetapi dakwaan PKR bahawa ia mampu memberi saingan lebih baik berbanding SAPP ternyata betul.

Namun, sekalipun jika ia pertandingan satu lawan satu, Pakatan Rakyat memerlukan strategi yang lebih mantap sebelum berangan-angan untuk ke Putrajaya.

Manakala itu bagi kerusi Galas pula, keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendahului dengan majoriti 1,069 undi. PAS ketinggalan dengan 4,108 undi, berbanding BN yang mendapat 5,177 undi. Jumlah yang keluar mengundi hari ini ialah 82.71 peratus atau 9,555 orang.

Pada pilihan raya ini BN diwakili oleh Abdul Aziz Yusof manakala PAS meletakkan Dr Zulkefli Mohamad sebagai calonnya.

Kerusi Galas memang sukar diramal sejak hari pertama kempen bermula. Pada pilihan raya umum 2008 yang lalu, calon PAS berjaya merampas kerusi itu melalui Allahyarham Chek Hashim Sulaima dengan hanya majoriti 646 undi.

Strategi BN meletakkan pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah ternyata tepat dan memberi kesan maksimum.

Putera raja yang juga adalah ahli parlimen Gua Musang, di mana kerusi Galas terletak dikatakan masih disanjung oleh masyarakat di Kelantan, termasuk di kalangan Orang Asli yang merupakan kira-kira 16 peratus daripada jumlah pengundi.

Selain itu, strategi BN mempolitikkan kempen 1Malaysia di kalangan masyarakat Cina juga dikatakan berjaya mencuri tumpuan masyarakat itu. Bilangan pengundi masyarakat Cina dikatakan memihak semula kepada BN walaupun jumlah itu tidak menyeluruh.

PRK GALAS

7.30pm: Sehingga waktu ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendahului dengan majoriti 1,069 undi. PAS ketinggalan dengan 4,108 undi, berbanding BN yang mendapat 5,177 undi. Jumlah yang keluar mengundi hari ini ialah 82.71 peratus atau 9,555 orang.

7.20pm Peluang BN untuk merampas kerusi DUN Galas semakin cerah. Ini berikutan BN menang semula undi pengundi Cina yang menyokong pembangkang dalam pilihan raya umum lalu.

Pakatan kalah di Kampung Baru dengan majoriti 41 undi - yang merupakan kawasan majoriti pengundi Cina yang mereka menang dengan majoriti lebih 200 undi dalam pilihan raya umum lalu.

Pakatan pada mulanya mensasarkan untuk menang di Kampung Baru dengan majoriti besar bagi menampung kemungkinan tewas di Pulai.

Dua kawasan majoriti pengundi Cina itu, Pulai merupakan kubu kuat BN. Pakatan kalah 25 undi di Pulai dalam pilihan raya umum lalu.

7.15pm: Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 4,273 undi manakala PAS memperolehi 3,744 undi.

7.09pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 3,258 undi manakala PAS memperolehi 2,348 undi. Majoriti 910 undi.

7.07pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 2,834 undi manakala PAS memperolehi 2,270 undi.

7.05pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 2,359 undi manakala PAS memperolehi 2,212 undi.

6.55: Seramai lebih 100 orang pengundi menyerbu Bilik Gerakan BN di Bukit Cekati malam ini bagi menuntut bayaran tambang mereka.

Mereka, termasuk kira-kira 30 wanita itu menunggu sejak awal lagi bagi mendapatkan bayaran tersebut.

Kumpulan berkenaan didapati beredar dari kawasan itu pada kira-kira jam 7 petang ini selepas mendapat bayaran tersebut.

Dipercayai, bayaran sebanyak RM200 diberikan kepada mereka setiap orang berkenaan.

Namun ada juga yang mendakwa tidak mendapat bayaran tersebut.

Antaranya ialah Thong Chong Liong, 57, yang menunggu di situ sejak 12 tengahari lagi.

"Saja tunggu dari pukul 12, tapi saya tidak dapat bayaran," katanya yang hampa.

Sementara itu, seorang lagi rakannya yang tidak ingin dikenali berkata, beliau juga tidak mendapat bayaran berkenaan.

"Saya mahu angkat untuk anak saya empat orang, tapi tak dapat. Tak apalah.

"Kalau ada wang lagi, boleh angkatlah. Tak apa, Mat Yusoff itu baik," katanya, merujuk kepada ADUN Nenggiri Mat Yusoff Ghani.

Mat Yusoff dipercayai hadir di situ bagi mengawal keadaan.

6.55pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 1,250 undi manakala PAS memperolehi 1,258 undi.

6.50pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 1035 undi manakala PAS memperolehi 982 undi.

6.45pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 621 undi manakala PAS memperolehi 584 undi.

6.27pm BN mendahului di Galas dengan 114 undi di Kampung Batu Papan.

6pm: Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya menjangkakan keputusan rasmi pilihan raya kecil DUN Galas akan diumumkan sebelum jam 8 malam ini.

Bercakap dalam sidang media di Dewan Sivik Gua Musang hari ini, beliau turut menjangkakan peratusan sebenar keluar mengundi sehingga 82 peratus.

Katanya, jangkaan itu berdasarkan peratusan yang diterima setakat ini sehingga 78 peratus tanpa jumlah daripada empat peti undi Orang Asli.

Katanya lagi, beliau menjangkakan peti-peti undi berkenaan mula tiba di pusat penjumlahan menjelang 6.30 petang.

5.21pm Seramai 8,980 atau 77.73 peratus keluar mengundi di Galas. Jumlah ini tidak termasuk di peti undi Belatim, Balar dan Bihar.

5.00pm
Pusat pengundian ditutup. Pengiraan undi akan bermula lagi sejam setengah.

4.39pm Pengurus pilihan raya kecil DUN Galas Wan Mustapha Wan Ab Hamid berkata SPR akan mula mengumumkan keputusan bagi sebanyak 177 pengundi pos diikuti keputusan bagi empat peti undi Orang Asli.

Empat peti undi dari daerah mengundi Belatim, Balar, Ladoi dan Bihai itu dimaterikan sebaik tamat tempoh pengundian.

Kesemua peti berkenaan mula tiba di tempat penjumlahan di Dewan Sivik, Gua Musang sejak jam 2.15 petang tadi.

"Kita tidak dapat semak berapa sebenarnya yang keluar mengundi di kawasan Orang Asli itu sebab tidak ada talian telefon di situ," katanya lagi.

Kesemua peti undi berkenaan telah pun berada di pusat penjumlahan dan menunggu masa untuk dijumlahkan.

"Keputusan ini yang orang hendak tahu dulu, sebab keputusan (tidak rasmi) di peti undi lain, ejen-ejen calon sudah tahu," katanya.

Pada masa ini sedang berlangsung proses menyisihkan sebanyak 177 undi pos dan akan dijumlahkan bersama dengan undi lain, katanya.

Jumlah undi pos tersebut termasuk sebanyak 127 undi dari anggota polis dan selebihnya dari petugas SPR.

4.28pm Setakat jam 4 petang, sebanyak 8,073 telah keluar mengundi. Jumlah ini mewakili 69.88 peratus.

Peratusan ini tidak termasuk pusat pengundian di pos Brooke, Belatim, Balar, Bihar dan Ladoi.

3.57pm
Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, PAS mendapat petunjuk yang baik berkaitan peluangnya untuk memenangi pilihan raya itu.

Bercakap dalam satu sidang media, Abdul Halim berkata, andaian itu berdasarkan maklumat yang diperolehinya bahawa lebih 95 peratus pengundi luar didapati pulang ke kawasan untuk mengundi.

3.27pm
Setakat jam 3 petang, sebanyak 66.23 peratus telah keluar mengundi.

2.15pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 2 petang ialah 61.39 peratus atau 7,092 orang.

Peratusan ini tidak termasuk lima kawasan Orang Asli.

1.45pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 1 tengahari tadi ialah 55.75 peratus atau 6,441 orang.

'Budak sekolah balik rumah'

1.26pm Pada jam 12,30 tadi, kelihatan barisan panjang di bilik operasi BN di Bukit Cekati. Kira-kira 300 orang beratur selepas mengundi untuk mendapatkan RM250.

1.16pm Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Wan Ahmad Wan Omar berkata pemilih dibenarkan memasuki pusat pengundian dengan memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia.

12.27pm Sehingga jam 12, peratus keluar mengundi sebanyak 49.61 peratus. Seramai 5,732 orang telah mengundi.

11.57am
Perang mulut masih berterusan di antara penyokong PAS dan BN di luar pusat mengundi SK Seri Wangi.

"Budak sekolah, budak universiti balik ke rumah," laung seorang penyokong BN yang memakai tudung merah jambu.

Ini disahut dengan, "budak tak sekolah balik ke rumah," daripada penyokong PAS.

Pemandu yang lalu lalang di kawasan berkenaan terpaksa memperlahankan kenderaan masing-masing ketika melalui kawasan berkenaan memandangkan keadaan jalannya yang menjadi sempit.

Langit cerah, helikopter berlegar

11.27am Di pusat pengundian Bandar Baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Indra Petra, kelihatan helikopter polis berlegar-legar di langit yang mulai cerah.

Keadaan tenang. Penyokong PAS mula berselawat dan penyokong BN mencari tempat berteduh daripada panas matahari.

Di SK Lepan Jaya, pusat pengundian bagi LepanTupai keadaan hampir sama.

11.35pm Sehingga 11 pagi, jumlah keluar mengundi di Galas sebanyak 4,589 orang atau 39.72 peratus (tidak termasuk enam kawasan Orang Asli).

10.55am Pengerusi MCA Kelantan Dr Ng Yen Yen berkata beliau yakin kejayaan akan memihak kepada BN kerana rakyat tempatan mahukan perubahan.

"Mereka mahu kemajuan dan mereka mahu konsep 1Malaysia menjadi kenyataan," kata Ng kepada pemberita di luar SK Gua Musang di Bandar Lama Gua Musang, kawasan campuran Melayu dan Cina.

10.55am Setakat 10 pagi, peratusan keluar mengundi sebanyak 24.02% (2775), tidak termasuk 6 kawasan Orang Asli.

Gear 2 naik bukit

10.15am
Pemilih terpaksa berjalan 300 meter mendaki jalan yang curam ke pusat pengundian.

Ramai mengadu keletihan, terutamanya wanita mengandung dengan anak kecil dalam dukungan untuk berjalan ke SK Sri Wangi.

"Rehatlah dulu, sekejap lagi nak masuk gear dua," keluh mereka.

10.14am Di Sg Terah, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Md Isa tiba, bersalaman dan kelihatan berseloroh dengan Ahmad Maslan.

"Pertandingan persahabatan," kata Ahmad.

10.03am Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata selain insiden di SM Tengku Indera Putra, suasana tenang di tempat lain.

Ahli parlimen pontian itu berkata penyokong BN mengalami kececeraan ringan.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Ahmad berkata, kedua-dua pihak telah bersalaman dan berbaik semula selepas kejadian itu.

Mustapha: Penyokong dia nampak lebih ramai

10.02am
Menurut seorang pegawai SPR, sehingga jam 9.50, peratus keluar mengundi di Sg Terah hampir 300 orang daripada 1,912 orang yang layak mengundi.

Beliau menjangkakan 400 akan turun menjelang jam 11.

9.49am Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed berkata proses membuang undi hari ini bermula perlahan.

"Tapi kita tengoklah nanti," katanya ringkas ketika ditemui di luar SK Seri Wangi.

"Penyokong dia (PAS) nampak lebih ramai dekat sini," katanya lagi ketika meninjau kumpulan penyokong berkenaan.

Beliau juga berkata, jalan utama di simpang yang menghala ke sekolah berkenaan juga terlalu sempit.

9.51am
Setakat jam 9 pagi, peratusan keluar mengundi di Galas sebanyak 9.93 peratus. Sebanyak 1147 telah membuang undi. Ini tidak termasuk di enam kawasan orang asli.

Hadang dengan Landrover

9.18am Lebih seratus orang telah membuang undi di SRJKC Gua Musang sejak peti undi itu dibuka sejam lalu.

Sedikit ketegangan berlaku berhampiran SK Gua Musang, di Bandar Lama (kawasan campuran) apabila penyokong PAS melintas kawasannya, mengundang kemarahan penyokong Umno.

Polis menggunakan Landrover sebagai penghadang kepada dua kumpulan yang rancak berperang mulut.

SK Gua Musang, kawasan tumpuan, 600 orang daripada PAS dan BN berkumpul sejak pagi.

8.45am Nik Aziz dan calon PAS Zulkefli menghabiskan kira-kira 10 minit di SRJKC. Ramai mengambil kesempatan bergambar dengannya. Pengarah Strategik PKR turut tiba lima minit kemudian.

8.41am Di kubu kuat PAS di Sg Terah, kelihatan kira-kira 400 penyokong parti itu berbanding hanya 50 berbanding BN. Kelihatan Pengerusi Umno negeri Mustapha Mohamad berlegar sekitar kawasan penyokong BN.

'Penimbang lama' lawan 1Malaysia


8.35am Penyokong PAS kelihatan jauh melebihi penyokong BN di sepanjang jalan menuju SK Sri Wangi.

Mereka mengejek penyokong BN yang agak senyap sebagai 'penimbang lama'.

Sementara itu, kelihatan beberapa pemilih memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia di SK Gua Musang dan SRJKC Gua Musang.

8.26am Seorang penyokong PAS berpakaian Briged Muslimat menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan kuat kepada SPR dengan mendakwa tidak membenarkan petugas Pakatan Rakyat memasuki kawasan yang ditutup sekitar SMK Agama di Taman Mawar.

8.25am Calon PAS Zulkefli meluangkan kira-kira 10 minit bertegur sapa dengan pemilih, pegawai polis dan kakitangan pilihan raya.

Beliau meninggalkan tempat itu dengan laungan takbir daripada penyokong PAS.

Perang mulut berlaku antara kedua-dua penyokong menyebabkan polis dan pegawai SPR menjarakkan lagi kedudukan penyokong bagi mengelakkan sebarang insiden tercetus.

Pagi mendung

8.15am Di SK Gua Musang - salah satu pusat pengundian di Kampung Baru Gua Musang - penyokong PAS yang berkumpul kelihatan memakai baju bertulis 'PAS for All, manakala penyokong Umno pula membawa poster bertulis 'PAS Penipu'.

8.02am Cuaca di Galas sedikit mendung. Bagaimanapun, tiada hujan lebat seperti malam tadi.

Di pusat pengundian SK Tengku Muhammad Fakhry Petra, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad tiba diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Zulkefli ditentang calon BN Abdul Aziz Yusof dalan pertembungan satu lawan satu.

Zulkefli menggalas beban berat di DUN itu ekoran Galas merupakan antara kubu kuat Umno yang berjaya ditawan PAS dalam pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, kejayaan dalam pilihan raya ini tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap kawalan PAS di DUN. Parti itu kini menguasai 38 daripada 45 kerusi di Kelantan.

Manakala sekutunya PKR mendapat satu dan Umno sebanyak enam.

Tuesday, November 2, 2010

Selepas jumpa Clinton, M'sia ikrar keadilan bagi Anwar

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini selepas perbincangan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton berikrar bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapat perbicaraan yang adil berhubung dakwaan kes liwat yang dihadapinya.

"Adalah menjadi kepentingan saya dan negara untuk memastikan Anwar dapat perbicaraan yang adil,” kata Anifah ketika persidangan akhbar bersama, - merujuk terhadap dakwaan yang dikenakan ke atas Anwar yang boleh menyaksikan beliau dihumban ke penjara sehingga 20 tahun.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dipecat dan dipenjarakan atas beberapa dakwaan seks dan rasuah sedekad yang lalu berkata beliau sekali lagi menjadi mangsa konspirasi politik dan melahirkan kebimbangan tidak mendapat keadilan sewajarnya berhubung dakwaan terbaru dengan seorang lagi pembantunya.

Pakatan pembangkang yang diterajuinya membuat kejutan pada pilihan raya umum 2008 lalu dengan menafikan kerajaan BN kemenangan dua pertiga di Dewan Rakyat, - sesuatu yang tidak diduga sejak BN memerintah negara ini lebih separuh abad.

Anwar, yang didakwa mengadakan perhubungan sejenis dengan pembantunya berkata semua tuduhan yang dilemparkan itu bertujuan menamatkan kerjaya politiknya dan melemahkan Pakatan Rakyat.

Badan Hak Asasai Manusia menggesa Malaysia menggugurkan dakwaan ke atas Anwar dan membidas kes itu sebagai "charade of justice," atau 'keadilan kepura-puraan' dan Amerika Syarikat telah memberi amaran bahawa ia sedang memerhati dengan teliti peristiwa berkenaan.

Meliwat walaupun di kalangan golongan dewasa atas dasar kerelaan kedua-dua pihak adalah satu kesalahan jenayah di Malaysia.

Perbicaraan Anwar bermula pada Februari lalu tetapi tergendala akibat penangguhan dan tidak mencapai banyak kemajuan.