Saturday, June 19, 2010
Program 18 - 19/06/2010 Di Parlimen Pontian Anjuran AIC Johor Dan Dewan Pemuda PAS Pontian
( Kehadiran tetamu bagi mendengar pelbagai isu semasa )
( Yb Ng Suee Lim sedang berucap )
( Azhan Atan ( Juara Akademik Nasyid sedang berbicara dengan Chegubard selepas menyampai lagu baru PAS )
( YDP PAS,Subramaniam,Yb Ng Suee Lim dan Chegubard )
( Chegubard sedang menyampaikan ceramahnya )
( Kehadiran rakyat yang dahagakan maklumat..amat memberangsangkan dalam 500 orang hadir )
( Berehat sebentar di rumah Pencatat selepas program Hi-tea sebelum ke program ceramah )
( Sebelum ke Lokasi Hi-Tea Dan Dialog.Pencatat bersama Yb.Ng Suee Lim dan Chegubard singgah di Pekan Benut untuk Minum sambil berkongsi maklumat isu semasa )
( Kaum cina yang bersama di program Hi-tea )
( Chegubard sedang menyampaikan ceramahnya di program hi-tea )
( Ucapan Aluan Oleh Naib YDP Pontian Tuan Haji Bachok di program Hi-Tea )
( Pencatat bersama Yb.Ir Khalid Samad Dan YDP Pas Pontian ( Pak Raden ) sedang berbicara sambil menikmati nasi lemak selesai ceramah di Pulai Sebatang )
- Alhamdulillah program selama dua hari 18hb dan 19hb bagi mengempur dua Dun di Pontian iaitu Dun Benut dan Dun Pulai Sebatang amat berjaya sekali.Kehadiran yang amat memuaskan sekali.Pada 18hb program bersama Yb.Ir Khalid Samad,Hassan Karim dan Subramaniam.19hb pengisian program petang dan malam.Bersama Yb.Ng Suee Lim ( Adun Dap Sekinchan,Selangor ) , Chegu'Bard ( MT PKR Pusat ) , Subramaniam ( Dewan Perhimpunan PAS ) dan kehadiran yang tidak di jangka Azhan Atan ( Juara Akademik Nasyid Tv9 ).Program Hi-tea bersama penduduk Sanglang yang terletak di Dun Benut amat memberangsangkan sekali.Di hadiri dalam 50 orang penduduk pelbagai kaum.Kehadiran dari penduduk cina yang tidak di sangka hampir 15-20 orang mendengar ucapan oleh Yb.Ng dan Chegubard.Ini adalah petanda bahawa bahawa mereka bersama dengan gelombang perubahan pada PRU 13 nanti.Dengan itu ia akan memberikan satu mimpi mengerikan kepada pemimpin Umno Pontian Di bawah Datuk Ahmad Maslan ( Ketua Penerangan UMNO Malaysia ) yang juga Ahli Parlimen Pontian.Program PAS sudah di hadiri oleh orang cina.Mengambarkan orang cina di Pontian sudah tidak takut dengan PAS dan mereka akan bersama melakukan perubahan pada pilihanraya umum nanti.Program Ceramah Umum malam bermula jam 9.30pm.Ucapan aluan oleh YDP PAS Pontian dan Subramaiam.10.10 - Chegubard memberikan ceramah dengan pelbagai isu di lontarkan kepada rakyat yang hadir malam itu.Isu Melayu di sentuh,Isu PRK hulu selangor dan Sibu,Isu anak kucing Najib dan sebagainya dan dalam jam 11.10 - Azhan Atan ( Juara Akademik Nasyid ) menyampai sebuah lagu baru PAS.Tepat jam 11.15 - YB Ng Suee Lim berceramah dengan lontaran pelbagai isu.Ceramah yang di sampaikan dengan pelbagai versi bahasa cina,melayu dan lebih banyak berucap dalam bahasa Jawa.Ini lah kelebihan YB Ng boleh bercakap bahasa jawa dengan fasih sekali.Pada malam itu kehadiran amat memberangsangkan sekali.Melebihi 500 orang yang hadir.Semoga dengan program ini ia akan membawa satu perubahan besar pada PRU 13 nanti khusus di Parlimen Pontian.
Tuesday, June 15, 2010
Al Marhum Ustaz Hassan Shukri dalam kenangan
Keshvinder ‘tidur' masa PR perintah Perak
IPOH, 16 Jun: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Malim Nawar, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh yang mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan DAP dan menjadi Adun Bebas disifatkan sebagai membuka pekung sendiri.
Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Khalil Idham Lim (gambar) berkata, tindakan Keshvinder tersebut akibat menyedari tidak mampu menyelesaikan masalah serius rakyat di kawasannya sendiri sejak Mac 2008 lalu.
Katanya, selama menjadi Adun sewaktu Pakatan Rakyat memerintah, Keshvinder didakwa ‘tidur’ sehingga tidak tahu permasalahan yang berlaku di kawasannya.
"Saya tidak tahu apa yang dia lakukan sejak dia menjadi Adun sehingga rampasan kuasa, sehingga baru tahu ada orang susah di kawasannya selepas BN merampas kuasa.
"Sesudah 2 tahun lebih menjadi Adun baru dia mahu berlagak menjadi wakil rakyat di Dun yang dimenanginya. Sebelum ini dia ‘tidur’ sahaja," kata Idham Lim yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Pakatan Rakyat Perak.
Kerajaan Pakatan Rakyat Perak sebelum ini, kata Idham Lim, memberi peruntukan sebanyak RM75,000 yang disalurkan melalui pejabat daerah dan dikendalikan kelulusannya oleh Adun termasuk Keshvinder, namun tidak tahu ke mana peruntukan wang tersebut disalurkannya.
Semalam, Keshvinder mengumumkan keluar parti pada sidang akhbar di Hotel Holiday Villa, di Subang.
Beliau sebelum ini pernah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat.
Dalam kenyataan kepada media di luar pejabat SPRM pada hari itu, Keshvinder mendakwa, agen Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu.
"Dengan ini saya menegaskan bahawa tindakan Khesvinder tidak membawa masalah kepada Pakatan Rakyat.
"Pakatan Rakyat Perak terus utuh dengan gabungan yang mantap serta kesefahaman yang terus kami jalin terus bagi memastikan segala gerak kerja yang selama ini dirancang bersama untuk menumbangkan BN dalam pilihan raya akan datang diterus dan ditingkat dari masa ke semasa," kata Idham Lim yang juga Adun Titi Serong.
Thursday, June 10, 2010
Pencatat Di Muktamar PAS Pusat Kota Bahru,Kelantan
Bersama Sahabat perjuangan Norazid Md Noh merupakan Exco Pemuda Pas Johor yang juga Ketua Pemuda Pas Pontian.Berada di dalam dewan Putik untuk majlis perasmian Muktamar Pemuda,Muslimat dan Ulama
Para Perwakilan dan Pemerhati Kawasan Pontian di Putik
Keraguan terus selubungi agenda reformasi Najib
Perdana Menteri Najib Razak hari ini mengumumkan rancangan lima tahun untuk memotong subsidi dan mempercepat pelaburan tetapi menggariskan tidak banyak langkah untuk meningkatkan daya saing, dan ini memperkuatkan lagi keraguan tentang agenda reformasinya.
Dalam rancangannya itu, Najib berkata kerajaan akan mengurangkan defisit fiskal dan mengurangkan subsidi secara berperingkat-peringkat, sementara mensasarkan purata 6 peratus pertumbuhan ekonomi tahunan.
Menurutnya, sasaran untuk mencapai 6 peratus pertumbuhan, memerlukan satu lompatan besar dalam pelaburan, terutama pelaburan yang lebih pesat di sektor swasta.
Najib memberi beberapa petunjuk tentang bagaimana kerajaan akan menarik lebih banyak pelaburan di samping rancangan untuknya menjadi rakan kongsi syarikat swasta dalam projek berimpak tinggi bernilai RM63 bilion, yang termasuk pembinaan lebuh raya, sebuah wilayah kewangan baru di ibunegara serta loji penjanaan elektrik dari arang batu.
Malaysia memerlukan purata RM115 bilion pelaburan swasta setiap tahun untuk mencapai sasaran pertumbuhan pelaburan sebanyak 12.8 peratus setahun, demikian menurut RMK10. Pelaburan hanya tumbuh purata 2 peratus antara 2006-2010.
Kerajaan akan mengurangkan perbelanjaan pemberian subsidi kepada RM15.7 bilion pada 2015 daripada RM18.3 bilion tahun ini, menurut RMK10.
Tetapi RMK10 mengelakkan isu-isu berduri seperti membubarkan dasar berasaskan kaum yang memberi keistimewaan kepada orang Melayu sejak empat dekad lalu - suatu perubahan, yang mengikut para penganalisis, sangat penting untuk Malaysia bersaing dengan ekonomi lain.
Johor tarik balik gelaran Datuk Chua Jui Meng
Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Chua Jui Meng telah diarahkan memulangkan dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.
Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato Paduka Makhota Johor" dan "Dato Seri Makhota Johor"."(Abdul Rahim) beritahu saya bahawa dua gelaran datuk saya telah ditarik balik," kata Chua kepada Malaysiakini hari ini.
Chua (gambar) sebelum ini menerima anugerah tersebut daripada Almarhum sultan Johor, Tuanku Mahmud Iskandar.
Anugerah berkenaan membawa gelaran 'Dato Paduka Makhota Johor' dan juga 'Seri Paduka Mahkota Johor".
Chua juga berkata Abdul Rahim enggan memberitahunya sebab di sebalik pelucutan gelaran tersebut kerana istana tidak diwajibkan mendedahkannya.
Chua yang juga bekas ahli parlimen Bakri selama penggal merupakan naib presiden MCA sebelum meninggalkan parti itu pada 2008 apabila gagal merebut jawatan presiden. Beliau mengganggotai PKR pada 2009.
Masih bergelar 'Datuk'
Chua bagaimanapun masih mengekalkan gelaran Datuk memandangkan beliau menerima dua lagi darjah kebesaran daripada Pahang dan Selangor, masing-masing pada tahun 2002 dan 2003 yang membawa gelaran tersebut.
Tindakan ke atas Chua itu pada mulanya diura-urakan oleh timbalan presiden PKR Senator Syed Husin Ali yang menyebarkannya melalui lawan sosial Twitter beberapa hari lalu.
Chua yang enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu sekadar berkata, beliau akan mengeluarkan satu kenyataan selepas menerima surat rasmi daripada Istana Johor.
Friday, June 4, 2010
Anwar: Saya jadi sasaran Apco
Anwar mendakwa, Apco Worldwide kini sedang membalas dendam terhadap pendedahannya di Parlimen - bahawa khidmat firma itu pernah digunakan oleh kerajaan pimpinan Ehud Barak dan mengilhamkan inisiatif 'One Israel'.Anwar menuduh firma komunikasi antarabangsa itu "mempengaruhi" kumpulan pro-Israel tertua B'nai B'rith untuk "menyerang" beliau."
Demo anti-Israel: Pakatan mara, BN selesai
Dalam cuaca mendung di ibu negara, kelihatan beberapa helikopter polis berlegar di angkasa.
Mereka juga menjelaskan kepada duta besar tersebut bahawa tindakan Israel itu adalah disebabkan tiada tindakan tegas oleh pihak Amerika Syarikat terhadap israel.
Thursday, June 3, 2010
Perhimpunan Meja Bulat dan Perarakan Anti Zionis
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
3 Jun 2010
Perhimpunan Meja Bulat dan Perarakan Anti Zionis
Angkatan Muda Keadilan mengecam sekeras-kerasnya serangan kejam askar komando Israel ke atas kapal Turki Mavi Marmara di Flotilla. Keganasan Zionis yang menindas hak kemanusiaan serta mengancam keamanan di Gaza, Palestine perlu dihentikan segera.
Pelbagai protes dan demontrasi telah diadakan di Malaysia khasnya di Kedutaan Amerika Syarikat sejak serangan komando Israel. Semalam Pemuda Pakatan Rakyat juga menghantar satu surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia untuk membatalkan segala urusan perdagangan ekonomi, diplomatik dan bantuan yang berkaitan dengan regim Israel dan Zionis.
Selain itu, satu Perhimpunan Meja Bulat Anti Zionis akan diadakan pada 4 Jun 2010 (Jumaat)
10.30am di Kelab Sulaiman, Kampung Baru. Maklumat yang berkenaan adalah yang berikut
10.30am Perhimpunan Meja Bulat Anti Zionis, Kelab Sulaiman, Kampung Baru
1.00pm Solat Jumaat di Masjid Kampung Baru
2.30pm Perarakan ke Kedutaan Amerika Syarikat
Angkatan Muda Keadilan Malaysia menyeru kepada pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan agama, komuniti dan masyarakat umum untuk menyertai secara beramai-ramai ke Perhimpunan Meja Bulat Anti-Zionis serta perarakan tersebut.
Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan Pakatan Rakyat turut akan menyertai perhimpunan meja bulat dan perarakan tersebut.
Semua aktivis serta peserta yang prihatin terhadap isu Palestine dijemput untuk memakai baju berwarna HITAM untuk tanda protes terhadap Zionis-Israel.
Shamsul Iskandar Mohd Akin,
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Tuesday, June 1, 2010
PAS susun siri bantahan ke atas Israel
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 1 Jun: PAS akan mengadakan beberapa siri bantahan terhadap rejim zionis Israel ekoran tindakan mereka menyerang kapal Konvoi Bantuan Antarabangsa ke Gaza pagi semalam sehingga membunuh kira-kira 20 sukarelawan di samping ramai yang cedera. |
Mengutuk Keras Tindakan Israel Menyerang Konvoi Keamanan
Tindakan Pasukan Keselamatan Israel(IDF) menyerbu flotilla keamanan, lalu mengorbankan nyawa mereka yang tidak berdosa merupakan satu jenayah kemanusiaan. Difahamkan korban nyawa mungkin mencecah 19 orang. Saya menyeru agar pemimpin dunia dan masyarakat antarabangsa agar segera mengecam aksi keganasan ini. Tiadanya tindakan tegas dan tuntas makanya Kerajaan Israel sering memperlihatkan keangkuhan kekuasaan dan tidak silu menyerang hatta flotilla Mavi Marvara itu sedang berlayar di perairan antarabangsa.
Sungguhpun sudah banyak kerajaan dan negara menyatakan kekesalan serta kecaman namun sehingga kini hanya Kerajaan Turki memperlihatkan kesungguhan serta menyatakan amaran jelas terhadap Kerajaan Israel. Saya ingin ulangi jenayah kemanusiaan ini tidak boleh dilepas pandang begitu sahaja. Kita bertanggungjawab ke atas nasib mereka yang tidak berdosa. Sebarang kekerasan terhadap rakyat awam yang tidak bersalah harus dikutuk dan dihukum. Serangan terhadap flotilla sewajarnya menyedarkan masyarakat antarabangsa bahawa isu Gaza harus diselesaikan segera.
Saya juga kesal kerana serangan ini pastinya menjejaskan usaha semua pihak untuk memastikan kedamaian yang berpanjangan di rantau yang sering bergolak itu. Jika tiada tindakan yang berkesan serta hukuman setimpal pasti menguatkan persepsi umum akan kegagalan Majlis Keselamatan PBB serta kuasa besar terutamanya Amerika Syarikat.
Saya berdoa moga Tuhan merahmati mereka yang terkorban. Kepada ahli keluarga mangsa saya pohon agar tetap bersabar. Saya menanti khabar dengan tekun nasib 2 rakyat Malaysia yang turut menaiki Marvi Marvara. Marilah sama-sama kita berdoa moga mereka selamat hendaknya.
ANWAR IBRAHIM