Syarahan Perdana Bersama Selebriti Bob Lokman di Dun Pulai Sebatang 17/10/2011

Syarahan Perdana Bersama Selebriti Bob Lokman di Dun Pulai Sebatang 17/10/2011

Ceramah Isu Semasa di Dun Benut 5/10/2011

Ceramah Isu Semasa di Dun Benut 5/10/2011

PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PONTIAN

PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PONTIAN

CHE'GUBARD,SAIFUL AMRI DAN BOB LOKMAN

CHE'GUBARD,SAIFUL AMRI DAN BOB LOKMAN

CERAMAH PERDANA ISU SEMASA

BERSAMA :

- USTAZ RIDUAN MD NOOR ( EXCO DPP PUSAT )
- YB AMIRUDIN SHARI ( ADUN PKR BATU CAVES )

MASA/TEMPAT :

11 / 11 / 2011 , SABTU , 9MALAM

MARKAS PAS KG ASAM KUMBANG , BENUT .

KONSERT KESENIAN ISLAM DAN BICARA SELEBRITI

BERSAMA :

- SHAM KAMIKAZE ( BEKAS GITARIS KAMIKAZE )
- AZHAN ATAN ( BEKAS JUARA AKADEMI NASYID )

6 / 12 / 2011 , SELASA , 8.30 MALAM

BALAI ISLAM PARIT ISMAIL,BENUT,PONTIAN.




Team AIC Negeri Johor

Team AIC Negeri Johor

ANWAR IBRAHIM CLUB NEGERI JOHOR

- SQUAD AIC JOHOR -

Tuesday, January 25, 2011

Calon BN cuai sebagai ADO

LABIS, 25 Jan: Calon BN untuk Pilihan Raya Kecil Dun Tenang didakwa cuai dalam menjalankan tugasnya sebagai pegawai kerajaan sebelum ini dan pernah disaman kerana melelong tanah tanpa pengetahuan tuan tanah.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub mendedahkan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim didapati cuai dan lalai ketika memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat sehingga disaman pada tahun 2004 oleh tuan tanah, Mansor Mohamad.

Katanya, Azahar yang dikenali dengan panggilan Tok Ai telah disaman di Mahkamah Tinggi Muar melalui Saman Pemula No: 24 (L) - 674-2004 berkaitan kes siasatan hartanah HS (M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat.

Menurut beliau, disebabkan kecuaian dan kelalaian Azahar yang ketika itu sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah mengakibatkan satu Perintah Jualan ke atas hartanah Mansor Mohamad pada 18 September 2009.

"Kerana kecuaian Tok Ai tanah tersebut secara tidak sah telah dilelong pada 1 Disember 2003 dengan harga RM70,000," ujarnya.

Beliau kesal dengan kecuaian Tok Ai yang menyebabkan tuan tanah, Mansor menjadi mangsa kezaliman kerana hartanahnya dilelong kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan beliau.

Justeru kata beliau, disebabkan kecuaian dan kelalaian itu telah mengakibatkan nama baik dan intergriti Pejabat Pentadbir Tanah Segamat terjejas teruk sekaligus menghakis keyakinan rakyat pada ketelusan Pejabat Tanah Daerah Segamat.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar, Yang Arif Hakim Dato' Asmadi Asnawi telah membenarkan tuntutan Mansor ke atas Pentadbir Tanah Daerah Segamat pada 29 Januari 2008 dengan kos akibat kecuaian Tok Ai mengendalikan isu tersebut.

Salahudin yang juga Pengarah Pilihan Raya Dun Tenang mempersoalkan mengapa calon yang telah dibuktikan oleh Mahkamah cuai dan lalai dalam melaksanakan tugas awam masih dicalonkan untuk PRK Dun Tenang.

"Tidakkah tindakan Umno ini membuktikan Umno tidak menghiraukan isu integriti dan kompetensi seorang calon bagi mewakili rakyat atau pengundi Dun Tenang," tegasnya.

Beliau yakin dengan pendedahan itu membuktikan bahawa Umno memang sengaja menyembunyikan fakta-fakta tersebut kerana bimbang pengundi Dun Tenang akan menolak calon Umno-BN.

Merujuk rekod buruk Tok Ai, Azahar Ibrahim, PAS yakin dan percaya rakyat Dun Tenang tidak akan tertipu dengan janji-janji manis beliau untuk menyelesikan maalah tanah di Labis.

Ini kerana katanya, fakta dan keterangan tersebut jelas menunjukkan tanah rakyat dengan mudah telah dilelong dengan secara tidak sah.

"Kami menyeru pengundi Dun Tenang jangan gadaikan maruah dan masa depan anak bangsa dengan memilih calon Umno yang terbukti didapati bersalah oleh Mahkamah kerana menganiayai rakyat," tegasnya.

Salahudin menegaskan pendedahan itu bukan merupakan serangan peribadi calon tetapi ia menyentuh isu integriti dan kelayakan Azahar (Tok Ai) untuk menjadi calon di Dun Tenang.

Monday, January 24, 2011

PAS ucap tahniah kepada Normala, kecam Soi Lek

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 25 Jan: PAS hari ini mengucapkan tahniah kepada calonnya di Tenang dan menyerang Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang gagal dalam membezakan nilai moral apabila menghina orang yang tidak bersalam tetapi boleh berlakun filem seks.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam kenyataan bertulisnya hari ini berkata, semuanya ini berlaku kerana dua sebab iaitu kegagalan Umno mendidik rakannya dan kegagalan Chua Soi Lek dalam neraca moralnya.

Mustafa dipercayai mengulas kenyataan Chua Soi Lek yang mempertikaikan tindakan calon PAS, Cikgu Normala Sudirman (gambar) yang tidak bersalam dengan lelaki dalam sessi kempen dalam Pilihan Raya Kecil Tenang.

Sebelum ini, Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria mendesak Chua Soi Lek meminta maaf kepada umat Islam kerana kenyataannya itu. Bahkan Pertubuhan Perkasa juga membela Normala di samping persatuan Peguam Muslim kerana itu adalah ajaran Islam.

Sebelum ini, bekas Menteri Kesihatan itu melepaskan jawatannya dari kabinet selepas didapati terlibat dalam video seks dan beliau sendiri mengaku lelaki dalam video itu adalah dirinya. Namun baru-baru ini, perwakilan MCA telah memilih Soi Lek sebagai presiden mereka.

Jentera pilihan raya PAS di Tenang dibawah pimpinan Salehudin Ayub cuba mengelak dari menyentuh isu ini kerana tidak mahu menyerang peribadi Presiden MCA itu. Antaranya Salehudin mengarahkan mana-mana jentera PAS agar menyerahkan kepada polis jika menemui video itu.

Namun kini, ia tidak dapat dielakkan lagi apabila Choi Sek sendiri membuka pandora box dengan mempertikaikan hak peribadi calon PAS itu sebagai seorang Islam.

Berikut adalah kenyataan penuh Mustafa.

Saya terpanggil untuk memberikan komen dan pandangan saya bagi pihak PAS terhadap komen yang dibuat oleh Datuk Seri Chua Soi Lek, Presiden MCA terhadap isu bersalam.

PAS mengucapkan tahniah dan syabas kepada Normala Sudirman kerana tidak menggadaikan prinsip dan disiplin perjuangan untuk kepentingan politik sementara.

Normala berjaya tonjolkan disiplin Islam di tengah-tengah masyarakat dengan penuh yakin walaupun mungkin kehilangan satu dua undi orang di sekeliling Chua Soi Lek. Tak usah bimbang kerana masyarakat umum yang mengenali PAS memahami soal ini.

Ia bukan perkara baru dalam PAS. Semua pemimpin muslimat PAS samada calon atau tidak calon berpendirian yang sama seperti Normala. Samada Dr Mariah Mahmood (MP Kota Raja) atau Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (MP Titiwangsa) dan lain-lain wakil rakyat PAS pun berpendirian yang sama hatta Datuk Seri Dr Wan Azizah pun berpendirian yang sama.

Apa sebab Chua menjadikan isu sebagai pendiriannya dan MCA. Bagi saya, ada dua sebab.

Yang pertama Chua rasa pelik kerana sepanjang puluhan tahun bergaul dengan pemimpin Umno, samada pemimpin wanita atau isteri pemimpin Umno, dia tidak pernah melihat apa yang diperlihatkan oleh Normala.

Ini bagi saya kegagalan Umno kerana tidak memahamkan perkara ini kepada pemimpin bukan Islam yang bersama mereka. Saya tidak fikir wanita Umno tidak tahu dari segi hukumnya.

Yang kedua sikap Soi Lek sendiri yang tidak dapat membezakan mana yang dianggap bermoral dan mana yang tidak. Sebab itu, berlakun filem seks pada orang lain tidak bermoral tetapi bagi dia dan partinya MCA tidak ada apa-apa. Sebab itu dia terus menang menjadi presiden MCA.

Sepatutnya pemimpin Umno perlu ingatkan kawan mereka yang bukan Islam supaya hormati hak orang Islam sebagaimana orang Islam hormati hak orang bukan Islam. Kita tidak cemuh orang bukan Islam khususnya Cina yang makan babi misalnya kerana itu hak mereka dan banyak lagi contoh-contoh lain yang boleh
diambil.

Ia berbeza sekali dalam Pakatan Rakyat apabila pemimpin DAP dan pemimpin bukan Islam dalam PKR cuba memahami dan mendekati Islam. Ia diperlihatkan dengan baik dalam isu bukan Islam memasuki masjid, membaca al-Quran dan memberi salam.

Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung PAS.

PRK TENANG : SAMM dan AIC JOHOR bersama rakyat di DUN tenang dalam program BBQ santai anak muda di Kampung Tenang.


































Masyarakat Melayu di DUN Tenang masih merasa takut untuk didekati oleh Pakatan Rakyat. Mereka bimbang akan dilabelkan sebagai ahli PAS atu PKR jika mereka hadir dalam majlis -majlis Pakatan Rakyat.

Mereka takut disisihkan dari masyarakat, almaklumlah Pakatan Rakyat di Tenang adalah golongan minoriti.


Dari satu sudut yang lain, mereka sebenarnya mahukan maklumat daripada Pakatan Rakyat. Mereka mahukan penjelasan dari kita.

Mereka juga perlu membuat keputusan yang bijak semasa membuang undi 30 januari 2011 nanti. Tapi ketakutan untuk hadir kemajlis kitalah yang menghalang maklumat sampai ke pengetahuan mereka.

.
Langkah terbaik kita perlu menemui mereka di kediaman-kediaman mereka atau ditempat-tempat yang mereka kunjungi. Beramah mesra bersama mereka, berikan sentuhan lembut kepada mereka, pasti maklumat yang mahu kita sampaikan bakal diterima baik.
.
Pendekatan yang lebih memberikan kesan positif adalah penampilan kita dengan tidak menggunakan label parti. Pertubuhan NGOs yang pro Pakatan Rakyat perlu dimanfaatkan.

Pencatat melihat penglibatan ANAK, SAMM dan AIC sebagai NGOs yang berkesan dalam mendekati golongan anak-anak muda di DUN Tenang ini.
.
Beberapa program telah dijalankan dan kesannya amat baik. Anak-anak muda yang sebelum ini tidak pernah memperdulikan soal politik kini berani secara agrasif terlibat sama dengan kami.

Tidak mustahil dengan sentuhan yang kami berikan, perubahan besar dari kalangan Anak-anak muda akan dirasai menjelang hari pengundian 30hb ini.
.
Juga tidak dinafikan, ada segelintif teman-teman yang kurang senang dengan penglibatan ANAK dan SAMM dalam PRK Tenang ini, namun yakin dan percayalah bahawa kami berhasrat untuk memenangkan Calon Pakatan Rakyat. Hentikan buruk sangaka terhadap kami.
.
PRK DUN Tenang amat penting untuk kita menangi. Ianya bakal memberikan signal kepada BN dalam menentukan PRU 13. Seandainya kemenangan berpihak kepada kita dalam PRK ini, nescaya akan tumbanglah BN dalam PRU 13 nanti.

Runtuhnya BN Johor bermakna Pakatan Rakyat akan menduduki PutraJaya... Bertindan dan bersikap profesional demi kemenangan Pakatan Rakyat.
( sumber : zabidie abas )

Thursday, January 20, 2011

PRK TENANG : SEMBANG PETANG ANAK MUDA ( SAMM & AIC JOHOR )


Sembang Petang Anak Muda
22 Jan 2011, 5.00 ptg
Kg Redong, Tenang

Blogger Umno mula fitnah calon PAS

harakahdaily
Tarmizi Mohd Jam dengan blognya di sanggahtoksago.blogspot hari ini di dalam satu kenyataan media telah membuat seruan kepada ahli-ahli PAS, dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang beragama Islam supaya mengadakan solat hajat bagi dijauhkan daripada sebarang fitnah jahat para blogger yang didakwanya sebagai pemfitnah atau pro-Umno/BN yang bergentayangan di alam siber.

KLToday.com melaporkan beliau mendedahkan satu blog pro-BN iaitu Papagomo dikhabarkan sedang ligat memutarkan fitnah yang mendakwa pertemuan blogger bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat pada Sabtu lalu yang kononnya setiap blogger yang hadir diberikan wang tunai sebanyak RM500, sebuah komputer riba laptop, kemudahan percuma talian broadband dan sebuah telefon mudah alih jenama Blackberry.

Sementara itu juga, seorang pemunya laman Facebook, “Suara Dari Bumi” pula di dalam mesej facebooknya pula membuat fitnah yang mendakwa calon PAS di Tenang, Normala Sudirman (gambar bawah sebelah kanan) meninggalkan suaminya, tohmahan mempunyai skandal luar dan malah menyeru pembacanya jika ingat perkataan zina kenalah ingat PAS.

Taktik-taktik jahat ini didakwa adalah sama dengan yang dilakukan ke atas semua calon dari PR sebelum ini. Contohnya calon PAS di PRK Galas sebelum ini yang didakwa berzina dengan ibunya sendiri dan calon PKR semasa di Hulu Selangor dahulunya, Datuk Zaid Ibrahim dikaitkan dengan isu arak dan judi lumba kuda.

Semua blogger pro-PR adalah diseru melancarkan kempen alam siber mendedahkan laman dan blogger-blogger ’pemfitnah’ pro-Umno secara besar-besaran dan berterusan setiap hari. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kekeliruan persepsi dan minda di kalangan pembaca blog dan pengunjung alam siber.

Beliau bagaimanapun, menghormati pandangan yang berbeza dengan para blogger Umno yang tulen, berhujah dengan fakta dan bukti, serta menghormati hak demokrasi di negara ini. Tetapi, blogger-blogger yang memilih cara fitnah yang saban hari mengada-ngadakan cerita patut dibanteras, dihukum dan dinyahkan dari alam siber.

Semua cawangan PAS, dewan-dewan, kawasan diseru menganjurkan solat hajat ini, kerana ia adalah lanjutan Solat Hajat Perdana di Stadium Melawati Shah Alam yang diadakan baru-baru ini agar negara diselamatkan dari kekacauan dan fitnah dahsyat para blogger pemfitnah pro-Umno ini.

Pada 15 Januari lalu, Kerajaan Kelantan telah menganjurkan majlis ramah-mesra dengan para blogger dan facebooker di Kuala Lumpur (gambar atas). Lebih 200 blogger pro-PR dan pro-rakyat hadir dan mereka benar-benar berpuashati dengan keraian yang ditunjukkan oleh kepimpinan kerajaan negeri. Hampir semua Exco hadir termasuklah Timbalan Menteri Besar dan Speaker Dun Kelantan.

ADUN Merlimau Sah Meninggal Dunia Sebentar Tadi

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada pukul 8.10 malam Khamis selepas menerima rawatan di Hospital Pakar Putra, Melaka.

Jenazah akan dibawa pulang ke Kampung Tersusun Lipat Kajang, Jasin.

Sebelum itu, portal media melaporkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa negeri itu telah meninggal dunia.

Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Januari lalu.

Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidak selesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat.

Pengundi Tenang diajak tinggalkan Umno BN

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengajak pengundi Tenang meninggalkan Umno dan BN pada pilihan raya kecil Dun itu 30 Januari ini.

Menurutnya, walaupun Johor adalah kubu Umno, namun tidak bererti perubahan tidak boleh dilakukan demi untuk perjuangan Islam.

Katanya, sewaktu PAS bergabung dengan Umno lagi negeri itu telah kuat dengan parti itu sehinggakan tidak memberi peluang pada calon PAS untuk bertanding sedangkan negeri lain dibenarkan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya kelmarin ketika ketika diminta mengulas pilihan raya kecil Dun berkenaan.

Beliau yang akan turun ke Tenang bagi membantu calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Normala Sudirman seterusnya berkata, Saidina Omar yang terkenal dengan berangnya memusuhi Islam akhirnya menerima Islam dengan kehendak Allah.

“Begitu juga Panglima Perang, Khalid Ibni Walid, juga menerima Islam dengan kehendak Allah, jadi tidak mustahil pengundi Dun Tenang akan melakukan perubahan,” ujarnya.

Kerana itu, sambungnya pengundi diminta mengundi calon Pakatan di Tenang dan meninggalkan Umno.

Sehubungan itu, Tuan Guru turut memaklumkan beliau akan berkempen bagi membantu calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat sebaik sahaja selepas penamaan calon.

Menurutnya, beliau akan membawa kebenaran perjuangan Islam sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran 30 juzuk.

“Saya akan bawa di sana Islam al-Quran 30 juzuk dan gurunya Rasulullah s.a.w., yang membawa kebenaran itu.

Tuesday, January 18, 2011

Anwar ulangi cabaran debat kepada Najib

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi mengulagi cabaran debatnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung kedudukan ekonomi dan fakta dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat.

Difahamkan Anwar telah menghantar surat cabaran keduanya tersebut kepada Najib hari ini, selepas seminggu menunggu jawapan dari cabaran terbuka yang diutarakan minggu lalu.

Dalam satu salinan surat tersebut yang dihantar kepada Harakahdaily, Anwar memaklumkan beliau mahu sekali lagi menjemput Najib untuk berdebat secara terbuka berkaitan isu sama.

"Hutang negara juga telah melonjak lebih dari 50% buat pertama kali dalam sejarah. Perbahasan ini ternyata mustahak dan berkepentingan umum," kata Anwar dalam surat tersebut.

Najib sebelum ini mendakwa tawaran 100 hari pakatan Rakyat yang terkandung dalam Juku Jingga tersebut sebagai tidak bertanggungjawab, populis dan akan memufliskan negara.

Ekoran itu, Anwar mempelawa Najib agar berdebat secara terbuka berhubung perkara itu, pada satu sidang media khas minggu lalu.

"Kami menyangkal tohmahan tersebut kerana belum berlaku dalam sejarah sesebuah negara itu muflis apabila melaksanakan tatakelola yang baik dan berusaha meringankan beban rakyat," petik surat itu lagi.

Sehubungan itu katanya, Najib diharap menerima pelawaan tersebut bagi memberi maklumat tepat kepada rakyat agar mereka mampu membuat penilaian yang sebenar.

"Saya yakin hujah yang bakal diutarakan oleh YAB Datuk Seri dan saya selaku Ketua Pembangkang mampu memberi manfaat kepada usaha memperkukuh amalan demokrasi, penyebaran maklumat tanpa sekatan dan memulihkan kembali ekonomi negara,"katanya.

Dalam pada itu, Najib dalam ucapannya kepada peneroka di Felda Chemplak, Tenang hari ini, menolak cabaran debat oleh Anwar.

Presiden Umno itu memberi alasan, beliau bukan takut tetapi mahu Anwar menyelesaikan terlebih dahulu masalah peribadinya khususnya berhubung isu liwat.

"Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam,” perli Najib.

Buat malu bangsa, kata Azwan kepada Ummi Hafilda

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Pekakas terbaru Utusan Malaysia untuk memalukan pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Ummi Hafilda Ali melalui cadangan saman jutaan ringgitnya mendapat reaksi dari adik beradiknya sendiri.

Kali ini beliau bukan diserang dari Timbalan Presiden PKR yang juga anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali tetapi dari pengacara rancangan hiburan terkenal, Azwan Ali.

"Slm. Buat malu bangsa nak saman owang berjuta juta! Sedangkan dosa n***** pada adik beradik tak ter ampun! Poodahhhh," tulis Azwan Ali dalam Twitternya.

Selain dari itu, Azwan juga menulis beberapa mesej lain dalam Twitternya terhadap Ummi Hafilda tetapi oleh kerana bahasanya terlalu kasar, Harakahdaily tidak bercadang untuk menyalinnya di sini.

Baru-baru ini, Utusan menyiarkan di muka depannya laporan Ummi Hafilda, yang berwajah baru, mahu menyaman RM700 juta terhadap para pimpinan Pakatan Rakyat.

Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, abangnya Azmin Ali, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Karpal Singh dan juga Mohamad Sabu.

Karpal dalam kenyataannya meminta Ummi Hafilda merujuk dahulu peguamnya sebelum menyaman beliau.

Namun, lain-lain pihak tidak memberikan sebarang reaksi terhadap kenyataan Ummi itu sehinggalah reaksi dibuat oleh Azwan Ali ini.

Ibu gembira Cikgu Mala suka bantu masyarakat

Pemilihan Normala Sudirman sebagai calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang mendapat restu seluruh ahli keluarganya.

Suaminya, Makrof Abd Mutalib ketika ditemui berkata, beliau akan memberi sokongan sepenuhnya kepada isteri beliau yang kini sudah beralih kerjaya dari seorang guru kepada ahli politik sepenuh masa.

"Saya harap beliau mampu menggalas tanggungjawab ini, dan mampu menyumbang sesuatu kepada rakyat di Dun Tenang ini," katanya yang juga merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen.

(Gambar: Cikgu Mala bersama suami dan ibu bapa pada malam pengisytiharan calon.)

Bapa Normala, Sudirman Suratman pula berpendapat, keputusan anaknya yang mahu terlibat sepenuh masa dengan politik adalah tepat.

Ianya berdasarkan sikap bertanggungjawab Normala yang suka menolong orang ramai khususnya warga peneroka dan masyarakat yang kurang berkemampuan.

"Saya restui dia. Dia seorang yang berdisiplin. Bagi saya dia telah memilih jalan yang betul," katanya yang juga bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang.

Bagi ibunya Mukmini Yahya, anak sulung mereka itu sudah menunjukkan sikap kepimpinan sejak remaja lagi.

Di samping mengakui Normala seorang anak manja dalam keluarga, beliau juga merasa bangga dengan sikap anaknya yang suka menolong orang ramai.

"Dia ni memang aktif dalam segala-galanya. Buat sesuatu kalau tak berjaya dia tak akan puas hati," katanya.

Normala Sudirman, 38, telah diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam PRK Dun Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, 16 Januari lalu.

Normala, merupakan seorang guru lulusan Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Dalam parti, beliau merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Labis, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, dan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Tenang.

Cikgu Normala dapat sokongan akar umbi

Harakahdaily

PAS meletakkan calon wanita dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang kerana mendapati wujudnya keperluan untuk membawa suara wanita di negeri Johor.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan PAS Johor mengenai keperluan meletakkan calon wanita dan ianya mendapat sokongan akar umbi parti.

"Ini keperluan bagi negeri Johor dan kita melihat pandangan PAS Johor dan kita melihat golongan wanita juga adalah pengundi, bukan sahaja lelaki. Jadi mereka juga perlu suara di Dewan Rakyat dan Dun.

"Kita lakukan kaji selidik di peringkat bawah dan kita dapati calon kita mendapat sokongan akar umbi parti di samping mempunyai pengaruh kerana pernah berkhidmat di kawasan Dun Tenang," kata beliau dalam sidang media selepas mengumumkan calon PAS di Dataran Wayang Pacak, dekat sini malam tadi.

Normala Sudirman, 38, (gambar) dipilih sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding di Dun Tenang, 30 Januari ini.

Berucap dalam majlis pengisytiharan calon sebelum itu, Abdul Hadi berkata, PAS memilih Normala sebagai calon kerana yakin dengan kemampuan beliau berkhidmat kepada masyarakat di kawasan tersebut selain kesungguhan yang ditunjukkan untuk berkhidmat kepada parti.

"Puan Normala tak minta jadi calon tapi kami (PAS) yang minta beliau jadi calon.

"Beliau telah meletakkan jawatan bukan kerana nak jadi calon tapi letak jawatan guru kerana nak aktif sepenuhnya dalam parti dan masyarakat.

"Ini merupakan kesungguhan beliau untuk bersama dalam perjuangan," katanya di hadapan lebih 1,000 rakyat yang hadir bagi mengetahui siapakah calon yang dipilih PAS.

Abdul Hadi juga berkata, ini bukan kali pertama PAS meletakkan wanita sebagai calon setelah mendapati sejarah pemerintahan Islam sendiri mengiktiraf wanita sebagai pemimpin.

"Mengapa PAS pilih calon wanita? Sejarah Islam menunjukkan permulaan membina negara pada awal 1470 tahun dulu.

"Apabila Nabi Muhammad s.a.w mengajak pemimpin-pemimpin Aus dan Khazraj yang datang dari Madinah untuk mengadakan bai'ah janji setia bagi menguatkan sebuah pemerintahan yang adil, di antara yang diminta melafazkan janji setia ialah dua orang wanita.

Menurutnya juga, dalam al-Quran sendiri ada menyebut hak wanita untuk terlibat dalam urusan pemerintahan negara.

"Islam telah memulakannya seribu tahun dahulu. Kalau kita membaca sejarah, penglibatan dalam menegur dan menasihati pemerintah bukan sahaja melibatkan lelaki tapi juga wanita.

"Apabila khalifah Umar Al-Khatab menyampaikan ucapan yang dipandang oleh wanita sebagai ucapan yang memperkecilkan mereka, seorang wanita bangun di dalam majlis dan menegur Umar.

"Allah bagi hak kepada wanita di dalam al-Quran tetapi berani ketua negara membatalkan hak menyebabkan Umar menarik balik apa yang diucapkan," katanya.

Katanya, PAS juga pernah menghantar calon wanita pertama ke Parlimen, Khatijah Sidek pada tahun 1960.

"Dalam sejarah PAS, PAS telah menghantar ahli Parlimen yang pertama selepas merdeka pada tahun 1960 dan berjaya memenangkan calon ketua muslimat, Khatijah Sidek. Jadi ini bukan kali pertama kita letak calon muslimat," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.

Sementara itu, beliau juga menyeru seluruh petugas Pakatan Rakyat agar bertugas dengan berhemah sepanjang proses pilihan raya berlangsung dan tidak terpengaruh dengab sebarang provokasi pihak lawan.

"Dalam menghadapi pilihan raya Dun Tenang, saya menyeru kepada petugas Pakatan Rakyat supaya bekerja dengan tenang, jangan gelojoh, jangan melampau, menjaga keamanan, menjaga ketenteraman dan menjaga perturan pilihan raya dengan baik," katanya.

Tambahnya, Pakatan Rakyat perlu menerima hakikat bahawa pilihan raya sering kali berlangsung dalam suasan yang tidak adil, dengan Umno BN mendapat segala kelebihan untuk berkempen.

"Bukan senang nak menang kerana kita menghadapi pilihan raya dalam lapangan yang tidak sama rata. BN akan guna media perdana, stesen televisyen, radio untuk berkempen ke setiap rumah.

"Ini pilihan raya yang berbeza dengan amalan demokrasi moden dan pilihan raya yang tidak adil. Kita diberi peluang yang terhad, ceramah yang terhad dan penerangan yang terhad," katanya.

Namun beliau meminta petugas parti tidak cepat berputus asa kerana Pakatan Rakyat sudah beberapa kali menang dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini.

"Jangan risau kerana kita telah buktikan kita boleh menang dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini dan kita percaya kita boleh lakukan kali ini," katanya.

Wednesday, January 12, 2011

BN bacul hadapi Pakatan Rakyat di Selangor

harakahdaily

SHAH ALAM, 12 Jan: Barisan Nasional (BN) sekali lagi memperlihatkan sikap baculnya mereka apabila meletakkan Sultan Selangor di bahagian hadapan bagi menghadapi kemaraan Pakatan Rakyat khususnya dalam memerintah Negeri Selangor.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan, PR menghadapi BN di dalam medan politik negara ini dan sewajarnya merekalah yang seharusnya berada di barisan utama dalam menghadapi sebarang isu berbangkit dalam Selangor khususnya.

Khalid berucap demikian ketika memberikan tujuan himpunan aman yang diadakan di Dataran Shah Alam, bermula jam 3 petang tadi dan berakhir sejam kemudian di Bangunan SUK, dekat sini.

Himpunan itu adalah pelancaran kepada Program Jelajah Seluruh Selangor dalam usaha mengutip sejuta tanda tangan sokongan terhadap Sultan Selangor yang dipergunakan oleh BN selama ini.

Beliau berucap di hadapan ribuan rakyat Selangor yang berhimpun mewakili jutaan rakyat negeri itu sebagai menyatakan sokongan tidak berbelah bagi terhadap Sultan Selangor yang jelas diperkudakan oleh BN dalam beberapa isu mutakhir.

“Musuh utama politik kita adalah BN tetapi mereka bersikap bacul dengan meletakkan Baginda Sultan di hadapan untuk menghadapi PR,” tegasnya disambut laungan Allahu Akbar dan Reformasi.

Semua lapisan anggota masyarakat terdiri daripada anak-anak muda, dewasa dan wanita memenuhi ruangan anak tangga di dataran itu dengan tidak menghalang lalu lintas sebalik pengguna jalan raya membunyikan hon sokongan.

Selepas lima minit dimulakan, kelihatan lima pegawai pasukan berunifom menghampiri himpunan dan ketika itu juga, Pengerusi Kelab Menteri Besar Selangor, Anuar Othman memberi jaminan dan bertanggungjawab ke atas himpunan aman itu.

Lebih 30 anggota polis termasuk pasukan FRU siap dengan belantan dan perisai mengawasi himpunan itu bagi menjaga keselamatan dari provokasi pihak tidak bertanggungjawab, hingga akhir tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Sebaik Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Selangor, Dr Badrul Amin Baharom menurunkan tanda tangan sebagai gimik pelancaran jelajah itu, perarakan pun bermula ke Bangunan SUK untuk menyerahkan memo sokongan kepada Tan Sri Khalid.

Untuk apa dipanggil, semuanya sudah selesai

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menafikan beliau dipanggil oleh pemimpin Pakatan Rakyat untuk memberi penerangan berhubung pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong termasuk dua orang pemimpin tertinggi Umno.

Menurutnya, beliau sendiri tidak dimaklumkan supaya tampil memberi penjelasan berhubung pertemuan 24 Disember lalu di Istana Terengganu, Kuala Lumpur.

“Saya sendiripun tidak tahu kenapa akhbar berkenaan boleh menyiarkan berita saya dipanggil untuk beri penjelasan tentang perkara itu, dari mana dia dapat sumber itu saya pun tak tahu,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika mengulas laporan sebuah akhbar harian bertajuk ‘Nik Aziz dipanggil’.

Menurutnya, untuk apa dipanggil lagi kerana semuanya sudah selesai.

“Tetapi kalau nak berjumpa juga, datang sinilah tak payah jemput saya ke Kuala Lumpur,” ujarnya ketika ditemui di JKR 10, hari ini.

Sementara itu, selepas mesyuarat exco mengulas perkara yang sama beliau berkata rakyat tidak perlu bimbang berhubung isu yang diperbesarkan media masa hari ini.

Menurutnya, apa yang beliau terangkan kepada rakyat berhubung sesuatu perkara, begitu juga yang berlaku pada majlis tertutup.

“Saya bercakap dalam majlis sulit sama seperti majlis ramai. Saya hanya punyai seketul hati sahaja, apa yang saya bercakap di dalam (pertemuan tertutup) walaupun secara sulit, sama juga dengan apa yang saya cakap pada rakyat di luar.

Menurutnya lagi, walaupun bercakap dengan sesiapa secara sulit, ianya tidak akan berubah dengan pengucapannya pada rakyat di majlis terbuka.

Jadi, tambahnya rakyat tidak perlu takut serta bimbang terhadap isu yang sengaja diperbesarkan oleh mana-mana pihak termasuk media.

Katanya, Rasulullah sendiri pernah didatangi oleh sahabatnya pada Siti Aisyah yang bimbang andainya cara hidup baginda di rumah tidak sama dengan di luar.

“Saidatina menjawab, apa yang ada dalam al-Quran itulah perangai Rasulullah sama ada di luar atau di rumah, kata Aisyah,” jelas Tuan Guru.

Kerana itu, katanya Rasulullah tidak pernah berpesan pada isteri-isteri bahawa yang ini jangan diberitahu pada orang lain dan yang ini boleh.

Bagaimanapun Tuan Guru tetap tidak ingin mendedahkan isi perjumpaan kerana ianya sulit di samping menjaga kehormatan istana.

1,000 sertai himpunan sokong Sultan, kerajaan Selangor

harakahdaily

SHAH ALAM, 12 Jan: Lebih 1,000 rakyat Selangor hari ini berhimpun di Dataran Shah Alam dalam usaha menunjukkan sokongan kepada kerajan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang dipimpin Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mereka yang berhimpun sejak jam 3 petang tadi kini berarak menuju ke pejabat pentadbiran kerajaan negeri di bangunan SUK.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Selangor, Dr Badrul Amin, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani dilihat berada di barisan hadapan perarakan.

Mereka melaungkan 'Hidup Pakatan Rakyat, Hancur Umno dan Reformasi' sepanjang perarakan.

Perhimpunan ini dipercayai diadakan berikutan beberapa isu kontroversi yang melanda Kerajaan Negeri Selangor termasuk terbaru dalam isu perlantikan SUK.

Sebelum ini juga beberapa pihak telah mengadakan himpunan serupa bagi mendesak menteri besar meletak jawatan.

Perarakan itu disambut Menteri Besar sendiri yang turun menerima memorandum tersebut.

Memorandum kemudiannya diserahkan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mewakili pimpinan Pakatan Rakyat yang diiringi Pengerusi Kelab Menteri Besar Selangor, Anuar Othman.

Anuar dalam ucapannya sebelum penyerahan itu membaca ikrar sokongan padu kepada pemimpin PR.

"Kami rakyat negeri Selangor dengan ini menyatakan taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan kerajaan negeri di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Tan Sri Khalid Ibrahim," ujarnya dengan diikuti peserta himpunan.

Sementara itu, Khalid dalam responnya berkata kerajaan negeri berjanji akan memerintah Selangor dengan bersih dan bertanggungjawab untuk kebajikan rakyat.

Himpunan bagaimanapun bersurai sejam kemudian selepas bacaan doa oleh Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Friday, January 7, 2011

PRK TENANG : Pengarah Pelajaran berkempen, PAS lapor polis

PAS Johor hari ini membuat laporan polis mendakwa Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran mengajak pengetua dan guru sekolah di sekitar DUN Tenang merayu undi untuk membantu BN dalam pilihan raya kecil hujung bulan ini.


Laporan polis itu dibuat oleh timbalan pesuruhjaya PAS Johor Zulkefly Ahmad di Balai Polis Labis kira-kira jam 10.45 pagi ini.

Turut hadir bersama-samanya, pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mahfodz Mohamed dan ketua penerangannya Mazlan Aliman.

Mazlan memberitahu wartawan, dalam laporan polis itu Markom telah didakwa menyalahgunakan kuasa sebagai pengarah pelajaran Johor untuk berkempen secara terang-terangan untuk BN.

Antaranya berkempen untuk Barisan Nasional, memberi tekanan kepada semua Pengetua dan Guru Besar dalam Dun Tenang agar mengundi Barisan Nasional, memberi tekanan kepada guru-guru kaunseling daerah Segamat agar berkempen dan mengundi Barisan Nasional dan berkempen kepada guru-guru di SMK Munshi Ibrahim Labis, SK Kg Tenang, SK Pekan Air Panas, SK Felda Chemplak dan SMK Tenang Station agar mengundi Barisan Nasional.

Zulkefli juga turut menyerahkan rakaman video yang didakwa menunjukkan Markom berucap kepada para guru untuk tujuan tersebut.

"Bagi PAS, tindakan Haji Markom sangat bertentangan dengan etika sebagai penjawat awam yang tertakluk kepada peraturan 21 bagi pegawai pengurusan tertinggi dan profesional.

"Bagi (jawatan berpangkat) DG 54, mereka tidak boleh membuat kenyataan yang menyebelahi mana-mana parti politik atau menerbitkan risalah, atau merayu undi atau bertindak merayu dalam pilihan raya," kata Mazlan seperli dilapor Malaysiakini.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat mendakwa Markom turut berkempen di beberapa buah sekolah di sekitar DUN Tenang.

"Semua pertemuan ini, (guru-guru) diminta menyokong BN," kata Mazlan.

"Kita mempunyai rakaman video bagaimana beliau memberi tekanan kepada guru merayu undi untuk BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang," katanya.

Sehubungan itu, katanya, PAS meminta polis menjalankan siasatan dan mendesak supaya Markom dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib.

Ini kerana, katanya, Markom "menjejaskan reputasi Jabatan Pelajaran dan menunjukkan contoh yang tidak baik kepada guru-guru".

Dalam perkembangan berkaitan, Mazlan berkata pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas untuk memantau pegerakkan agensi kerajaan yang berkempen dalam pilihan raya kecil tersebut.

"Sebanyak 20 pemantau telah dilantik yang diletakkan di bawah (pengawasan) saya (sebagai ketua penerangan). Kita sudah mula memantau aktiviti jentera kerajaan.

"Kita guna maklumat (yang diterima) dan serahkan kepada polis, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap minggu," katanya.


PRK TENANG : Program DSAI di Felda Chemplak

N5 : Anwar Ibrahim Mengorak Langkah





Program DSAI 6/1/11 di Upu Kg Redong,Kg Tenang,Dun Tenang,Labis.

Dato Seri Anwar Ibrahim ( Ketua Pembangkang Malaysia ) sebagai penceramah utama.

Chegubard ( Pengerusi SAMM Pusat ) turut berceramah.

Yb Dr Hatta sedang berceramah

Yb Dr Hatta dan Dato Chua Jui Meng turut bersama.

Chegubard dan Saiful Amri.Chegubard di Rumah Pontian yang juga blik gerakan PAS Upu Kg Redong berbicara dengan teman-teman Pontian sebelum ke lokasi ceramah di sebelah bilik gerakan.

Yb Zuraida ( MP Ampang ) turut bersama di Kg Tenang.