Syarahan Perdana Bersama Selebriti Bob Lokman di Dun Pulai Sebatang 17/10/2011

Syarahan Perdana Bersama Selebriti Bob Lokman di Dun Pulai Sebatang 17/10/2011

Ceramah Isu Semasa di Dun Benut 5/10/2011

Ceramah Isu Semasa di Dun Benut 5/10/2011

PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PONTIAN

PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PONTIAN

CHE'GUBARD,SAIFUL AMRI DAN BOB LOKMAN

CHE'GUBARD,SAIFUL AMRI DAN BOB LOKMAN

CERAMAH PERDANA ISU SEMASA

BERSAMA :

- USTAZ RIDUAN MD NOOR ( EXCO DPP PUSAT )
- YB AMIRUDIN SHARI ( ADUN PKR BATU CAVES )

MASA/TEMPAT :

11 / 11 / 2011 , SABTU , 9MALAM

MARKAS PAS KG ASAM KUMBANG , BENUT .

KONSERT KESENIAN ISLAM DAN BICARA SELEBRITI

BERSAMA :

- SHAM KAMIKAZE ( BEKAS GITARIS KAMIKAZE )
- AZHAN ATAN ( BEKAS JUARA AKADEMI NASYID )

6 / 12 / 2011 , SELASA , 8.30 MALAM

BALAI ISLAM PARIT ISMAIL,BENUT,PONTIAN.




Team AIC Negeri Johor

Team AIC Negeri Johor

ANWAR IBRAHIM CLUB NEGERI JOHOR

- SQUAD AIC JOHOR -

Thursday, August 26, 2010

Program Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Sarawak

31 Ogos – 01 September 2010 (Selasa dan Rabu)

31 OGOS 2010 (Selasa) – Lawatan ke Limbang / Lawas

11.30 am – Perjumpaan dengan masyarakat N68 Bukit Kota di Pekan Limbang

2.00 pm – Perjumpaan dengan masyarakat N70 Bakelalan di Lun Bawang

3.30 pm – Perjumpaan dengan masyarakat Lawas sempena perasmian

Pejabat Khidmat P222 Lawas, N71 Bukit Sari

6.32 pm – Berbuka puasa di Restoran Musbee bersama

Jawatan Kuasa Pakatan Rakyat Limbang / Lawas

7.42 pm – Solat Isya’ dan Tarawikh

di Masjid Bahagian Limbang

01 Sept. 2010 (Rabu) – Lawatan ke Kucing

02.00pm Perjumpaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan

Pimpinan dan Ahli Parti Keadilan Rakyat

Tempat : Grand Continental Hotel, Kuching

03.00pm Mesyuarat Biro Politik MPN dengan Dato’ Seri Anwar Ibrhim

Tempat : Grand Continental Hotel, Kucing

04.30pm Sidang media

06.48pm Berbuka puasa di N6 Tupong

Rumah Datuk Hjh. Hafsah Harun

7.58 pm Solat Isya’ dan Tarawikh

di Masjid Kpg.Pinang Jawa, Kuching

Program Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Sabah

28 Ogos 2010 (Sabtu)

1. 2.00 PM – Mesyuarat MPN bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Tempat – Borneo Paradise Resort, Papar, Sabah

4.00 PM – Ceramah Politik

Tempat – Borneo Paradise Resort , Papar, Sabah

Penceramah :

i. Dato’ Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Nik Nazmi Nik Ahmad

iii. Dato’ James Ghani

iv. Sdr Tamrin Jaini

v. Dato’ Jeffrey Kitingan

6.30 PM – Berbuka Puasa Bersama Pimpinan dan Ahli Parti

7.45 PM – Solat Isya’, Tarawih dan Tazkirah

Tempat – Masjid Al-Mahabah, Kampong Muhibah, Putatan

.

9.00 PM – Ceramah Perdana Continue reading ‘Program Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Sabah’

Melawan Politik Perkauman Sempit

KENYATAAN AKHBAR PIMPINAN PAKATAN RAKYAT
26 OGOS 2010

Pakatan Rakyat sedar wujudnya satu muslihat politik oleh pimpinan Umno-BN untuk mengapikan sentimen perkauman sempit dan agama bertujuan memecahbelahkan keharmonian masyarakat. Politik usang bersifat peras ugut dan memesongkan fakta ini digunakan oleh pimpinan Umno-BN kerana mereka berada dalam keadaan terdesak untuk meneruskan kelangsungan kuasa mereka. Demi mencapai cita-cita politik tersebut pelbagai jentera kerajaan seperti BTN dan media seumpama Utusan Malaysia diperkuda untuk menggugat kesejahteraan rakyat.
Berhadapan serangan bertali arus itu, Pakatan Rakyat tetap beriltizam untuk melaksanakan Perubahan demi kemaslahatan rakyat keseluruhannya. Kita beriltizam untuk memastikan keharmonian dan perpaduan masyarakat dapat diperteguh serta politik perkauman sempit akan sirna dari negara ini.
Pakatan Rakyat menghormati perjuangan parti masing-masing dalam Permuafakatan Pakatan Rakyat. Permuafakatan ini sememangnya berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang telahpun disepakati.
Dasar Pakatan Rakyat menyatakan:
“Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama.”
Kita akui sememangnya terdapat perbezaan di antara komponen Pakatan Rakyat, walaupun begitu kita tuntas menggalakkan perbincangan dan bersikap terbuka. Ini berbeza sekali jika dibandingkan dengan politik dalaman BN yang mana komponennya sering bertelagah dan bersikap menyembunyikan segala permasalahan.
Pakatan Rakyat tidak mempunyai keraguan untuk tetap bersatu melawan kemungkaran dan penganiayaan Umno-Barisan Nasional terhadap rakyat. Kami beriltizam untuk menentukan hala tuju baru buat rakyat dan negara ini. Menjelang 53 tahun kemerdekaan, sudah tiba masanya negara ini meninggalkan politik perkauman sempit yang seumpama barah merosak masyarakat. Pakatan Rakyat merasa bertanggungjawab untuk memaknai kembali Kemerdekaan yang berlandaskan Politik Baru yang lebih matang dan mengutamakan kemaslahatan rakyat serta negara ini.
Kita percaya antara lainnya serangan ini adalah untuk menutup kegagalan kerajaan Umno-BN menguruskan khazanah negara seumpama skandal rompakan saham untuk rakyat termiskin bernilai RM 52 billion. Kita menggesa satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan hak rakyat tersebut.
YB Dato Seri Anwar Ibrahim,
Ketua Umum Keadilan

YB Ust Nasharuddin Mat Isa
Timbalan Presiden Pas


PKR YAB Lim Guan Eng
Setiausaha AgungDAP

Antara Kandungan Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Iltizam untuk melaksanakan Politik Baru:

1. Demokrasi Telus dan Tulen

A – Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang
Perlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya. Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam memartabatkan semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Pakatan Rakyat akan:
i. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153

ii. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

iii. Memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.
iv. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.
v. Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.
vi. Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

Pemilihan AMK: Badrul anggap persaingan 'adik beradik'

harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Ogos:
Pertembungan tiga penjuru pada pemilihan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) November depan seharusnya mengajak setiap ahli parti itu mengangkat semangat baru dalam PKR.

Demikian harapan salah seorang calon Ketua AMK, Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

"Saya tidak akan umum bertanding, biarlah 'adik beradik' dalam AMK yang menentukan pemimpin mereka dengan ruang demokrasi ini.

"Ini pertandingan dalam keluarga, pertandingan adik beradik takkan perlu abang memburukkan adik atau sebaliknya," ujarnya.

Padanya, Shamsul Iskandar Md Akin telah memberi sumbangan yang termampu sejak mengetuai AMK selama ini.

Rekod kepemimpinan Shamsul menurutnya sudah tentu memberi kelebihan pada Ketua AMK itu berbanding dirinya dan seorang lagi calon Ketua AMK, Rafizi Ramli.

"Kita perlu menyuntik budaya politik baru, bukan atas atas arahan atau sentimen atau retorik semata-mata.

"Cara berkempen harus seiring dengan semangat demokrasi yang melebar dalam AMK yang memberi kuasa pada ahli.

Menurutnya inisiatif akar umbi AMK Perak mengadakan dialog calon ketua AMK menjelang pemilihan kelak adalah baru dalam parti itu dan seharusnya disambut secara sihat oleh semua.

"Seharusnya dipertemukan semua, diberi ruang yang sama, bentangkan apakah tawaran (manifesto) yang nak dibawa serta ke mana AMK ini nak dihalakan," ujarnya.

Selain itu, pemilihan AMK kali ini juga jelasnya penting dalam suasana menjelang pilihanraya Sarawak yang dijangka tidak lama lagi.

Sehingga kini menurutnya, AMK tidak mempunyai satu cabang pun di Sarawak dan tindakan segera perlu diambil.

"Sarawak tidak lama lagi akan hadapi pilihan raya tetapi tidak ada satu pun cabang rasmi AMK sedangkan AMK mesti bina jentera dan kekuatan di sana...sebab potensi kita ada di sana," tambahnya.

Pakatan Rakyat tetap bersatu lawan kemungkaran Umno BN

harakahdaily

PETALING JAYA, 26 Ogos: Pakatan Rakyat tidak mempunyai keraguan untuk tetap bersatu melawan kemungkaran dan penganiayaan Umno Barisan Nasional terhadap rakyat.

“Kami beriltizam untuk menentukan hala tuju baru buat rakyat dan negara ini. Menjelang 53 tahun kemerdekaan, sudah tiba masanya negara ini meninggalkan politik perkauman sempit yang seumpama barah merosak masyarakat,” ujarnya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan akhbar Pimpinan Pakatan Rakyat, petang ini.

Menurut mereka, Pakatan Rakyat merasa bertanggungjawab untuk memaknai kembali Kemerdekaan yang berlandaskan Politik Baru yang lebih matang dan mengutamakan kemaslahatan rakyat serta negara ini.

Pakatan Rakyat, kata mereka sedar wujudnya satu muslihat politik oleh pimpinan Umno BN untuk mengapikan sentimen perkauman sempit dan agama bertujuan memecahbelahkan keharmonian masyarakat.

Bagi mereka, politik usang bersifat peras ugut dan memesongkan fakta itu digunakan oleh pimpinan Umno BN kerana mereka berada dalam keadaan terdesak untuk meneruskan kelangsungan kuasa mereka.

Menurut kenyataan itu lagi, demi mencapai cita-cita politik tersebut, pelbagai jentera kerajaan seperti BTN dan media seumpama Utusan Malaysia diperkuda untuk menggugat kesejahteraan rakyat.

Berhadapan serangan bertali arus itu, uajr mereka Pakatan Rakyat tetap beriltizam untuk melaksanakan perubahan demi kemaslahatan rakyat keseluruhannya.

“Kita beriltizam untuk memastikan keharmonian dan perpaduan masyarakat dapat diperteguh serta politik perkauman sempit akan sirna dari negara ini,” ujar mereka.

Pakatan Rakyat, tambah mereka menghormati perjuangan parti masing-masing dalam Permuafakatan Pakatan Rakyat di mana permuafakatan itu sememangnya berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang telahpun disepakati.

Dasar Pakatan Rakyat menyatakan: “Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama.”

“Kita percaya antara lainnya serangan ini adalah untuk menutup kegagalan kerajaan Umno-BN menguruskan khazanah negara seumpama skandal rompakan saham untuk rakyat termiskin bernilai RM52 billion,” ujar mereka lagi.

Ehubungan itu, mereka menggesa satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan hak rakyat tersebut.

“Kita akui sememangnya terdapat perbezaan di antara komponen Pakatan Rakyat, walaupun begitu kita tuntas menggalakkan perbincangan dan bersikap terbuka.

“Ini berbeza sekali jika dibandingkan dengan politik dalaman BN yang mana komponennya sering bertelagah dan bersikap menyembunyikan segala permasalahan,” kata mereka.

Sementara itu, pada sidang media di ibu pejabat PKR, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengulangi konsesus bersama, iaitu mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Persekutuan di samping menjamin menjamin kebebasan agama-agama lain.

Menurut Anwar yang juga Ketua Pembangkang, sama ada PKR, DAP mahupun PAS masing-masing menyedari perbezaan ideologi sejak sebelum penubuhan Pakatan Rakyat lagi.

Namun, katanya lagi, perbezaan itu tidak boleh menjadikan ketiga-tiga tonggak Pakatan Rakyat itu mengetepikan kezaliman Umno BN ke atas rakyat sejak merdeka, 53 tahun lalu.

Bercakap pada sidang yang sama, Nasharudin berkata, perbezaan pendapat berhubung amalan undang-undang syariah di Malaysia bukan sahaja dihadapi oleh DAP dan PAS.

Malah, katanya negeri-negeri di bawah kerajaan Persekutuan sendiri tidak mengamalkan undang-undang syariah secara seragam.

Sambil menganggap perbezaan pendapat sebagai lumrah, beliau menasihatkan kerajaan persekutuan supaya terlebih dahulu menyeragamkan kaedah perundangan syariah di tanah air daripada melaga-lagakan PAS dan DAP berhubung isu hudud seperti belakangan ini.

Menyambut saranan Nasharudin itu, Lim Guan Eng menegaskan bahawa keutamaan Pakatan Rakyat adalah menghapuskan politik perkauman dan kezaliman yang dilakukan Umno BN.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Pakatan Rakyat menentang kezaliman Umno BN adalah lebih diutamakan daripada mempopularkan ideologi kepartian masing-masing yang hakikinya adalah memperjuangkan keadilan

Tubuh Parti Cinta Sabah: PKR gantung 12 ahli

Jawatankuasa Disiplin PKR mencadangkan 12 anggotanya digantung keahlian satu tahun ekoran aduan penglibatannya dalam penubuhan Parti Cinta Sabah (PCS).

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution (kiri) berkata pejabatnya pada 25 Ogos telah menerima hasil siasatan itu yang mengesahkan berlakunya perlanggaran disiplin mengikut Fasal 27.7 perlembagaan PKR.

Menurut fasal itu, setiap anggota hendaklah patuh kepada perlembagaan parti, menjalankan dasar-dasar parti dan memelihara nama baik parti.

Menurut Saifuddin lagi, hukuman itu hanya akan berkuatkuasa tertakluk kepada perakuan mesyuarat majlis pimpinan pusat yang akan bersidang pada 29 Ogos ini.

"Pada masa yang bersama 12 penama tersebut mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari bermula dari 29 Ogos nanti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semua 12 pemimpin itu ialah Daniel John Jambun, Awang Ahmad Sah, Moses @ Mozes Michael Iking, Nicholas James Guntobon, Paul Kerangkas, Slyvester @ Balon Mujim, Innocent Makajil, Nasir Samie, Harry Kujukok Manisit, Rubbin Guribah, Gosibin Yosundang, Guandee Kohoi.

Sebelum ini dilaporkan, permohonan bagi mendaftarkan PCS dengan pihak pendaftar pertubuhan dibuat pada Disember lalu oleh beberapa pemimpin cabang PKR yang dikatakan tidak berpuas hati terhadap pucuk pimpinan PKR negeri.

Ekoran itu, 12 orang disiasat oleh jawatankuasa disiplin parti.

Muktamad: Felda diarah bayar peneroka RM11 juta

Selepas lebih sepuluh tahun, akhirnya 354 peneroka Felda Kemahang Tiga dari Kelantan mendapat khabar gembira apabila Mahkamah Persekutuan hari ini mengarahkan Felda membayar mereka RM11 juta kerana menipu peneroka berkenaan berhubung gred buah kelapa sawit.

Mahkamah Persekutuan Putrajaya menolak permohonan Felda yang mencabar keputusan yang dibuat oleh panel lain, mahkamah itu yang sebelum ini mengketepikan rayuan berkenaan.

Lebih 150 peneroka hadir pada perbicaraan yang penuh sesak ini manakala ratusan lagi berhimpun di luar menantikan penghakiman. Kebanyakan mereka mengagahi perjalanan lebih sembilan jam dari Kelantan untuk mencari keadilan.

Dengan penghakiman hari ini, setiap peneroka itu dijangka menerima RM25,000 hingga RM30,000 setiap seorang.

Keputusan hari ini mempunyai implikasi besar ke atas Felda dan kerajaan kerana ia akan menyaksikan lebih banyak saman difailkan dan mengugat kepercayaan sebelum ini bahawa penubuhan agensi kerajaan itu oleh perdana menteri kedua, Tun abdul Razak Hussein bagi meningkatkan kebajikan masyarakat bumiputera dengan menaikkan taraf hidup mereka sebenarnya mempunyai kepincangan.

Keputusan sebulat suara

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, yang mengetuai panel tiga hakim, menolak permohonan Felda berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengetepikan permohonan Felda membuat rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Baharu supaya agensi itu membayar RM7.8 juta ganti rugi dan faedah kepada peneroka-peneroka itu.

Panel hakim, yang turut terdiri Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Seri Md Raus Sharif, mendapati mahkamah itu tidak dapat membenarkan permohonan itu kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa menyemak semula keputusan awalnya.

Menurut Alauddin, keputusan sebulat suara itu dibuat kerana mahkamah hari ini tidak mempunyai jurisdiksi untuk mengkaji keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

"Justeru, rayuan itu ditolak."

Mahkamah juga memerintahkan Felda membayar kos perundangan sebanyak RM20,000.

Mahkamah Tinggi Kota Baharu memerintahkan Felda membayar RM7.8 juta bersama faedah kepada peneroka-peneroka itu setelah peguam agensi itu gagal hadir di mahkamah semasa saman itu didengar, dan mahkamah membuat keputusan memihak kepada peneroka selepas mendengar keterangan saksi-saksi mereka.

Jumlah meningkat

Jumlah itu kemudiannya meningkat kepada RM11 juta bersama faedah terkumpul.

Pada 19 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar pampasan kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.

Panel tiga orang hakim ketika itu diketuai oleh Tun Zaki Azmi yang sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.

"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaki dalam penghakiman lisannya.

Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Peneroka menamakan Felda, pengurus tanah rancangan tersebut, Ibrahim Ismail (telah meninggal dunia) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defenden.

Mereka diwakili oleh peguam Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff.

Friday, August 6, 2010

Pembentangan pelan alternatif Kampung Baru, esok

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) akan membentangkan pelan alternatif Kampung Baru di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, esok (8 Ogos).

Majlis anjuran bersama Pejabat Menteri Besar Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Titiwangsa itu bermula jam 2.00 hingga 5.00 petang.

Tujuan utama majlis itu adalah untuk memberi peluang kepada penduduk atau pewaris tanah yang terlibat mendengar sendiri pembentangan pelan alternatif daripada khalid.

Khalid akan menjelaskan tawaran yang dibuat oleh kerajaan negeri dan PKNS berhubung pembangunan di Kampung Baru.

Mereka yang terbabit dapat membuat perbandingan tawaran tersebut dengan apa yang dijanjikan oleh kerajaan Pusat berhubung pelan pembangunan Kampung Baru.

Justeru, pihak penganjur mengalu-alukan para penduduk dan pewaris yang terlibat untuk hadir ke majlis itu bagi mendengar sendiri penjelasan daripada Menteri Besar Selangor.

Walaupun pemilik tanah atau pewaris terlibat yang menjadi fokus pihak penganjur, namun majlis itu juga terbuka kepada umum bagi mendapat penjelasan lanjut tawaran Kerajaan Negeri Selangor mengenai pelan alternatif pembangunan Kampung Baru yang kian diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali juga akan hadir pada majlis tersebut.

Untuk pertanyaan lanjut berhubung majlis itu, boleh menghubungi Mohd Yusuf Yahya di talian 0133915656 atau 0326980025 (PKWR Titiwangsa).

Umno-BN Bimbang CheGuBard Sebar Kisah Sebenar Altantuya Ke Luar Negara

Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Badrul Hisham Shaharin menyifatkan penahanannya oleh pihak polis semalam mempunyai motif yang lebih besar dan bukan sekadar dakwaan berkaitan aktikel yang di tulis di dalam blog beliau.

Ketika dihubungi Suara Keadilan, Badrul Hisham aka CheGuBard memberitahu dalam siasatan yang dilakukan oleh pihak polis soal siasat hanya tertumpu kepada aktiviti semasa lawatan beliau ke Jakarta dan bukannya isu surat terbuka kepada Yang DiPertuan Agong atau kenyataan berkenaan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

"Sebaik sampai dari Jakarta saya terus sahaja ke Pejabat KEADILAN Negeri Sembilan untuk mempengerusikan mesyuarat Cabang Rembau. Apabila saya sampai di sana pihak polis seramai 15 orang telah mengepung pejabat tersebut dan mereka menyerahkan waran tangkap kepada saya.

Beliau berada di Jakarta selama enam hari bermula 4 Julai dalam rangka aktiviti Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

"Saya di bawa ke Balai Polis Daerah (IPD) Seremban dan di sana pihak polis mengatakan saya ditahan di bawah Akta Hasutan seksyen 41 serta ada laporan dibuat oleh Pemuda Umno yang mengatakan penulisan saya di dalam blog mempunyai unsur hasutan. Apabila saya ingin melihat laporan tuduhan tersebut saya telah dinafikan hak.

"Polis mengatakan laporan tersebut dibuat terhadap surat terbuka saya kepada Yang DiPertuan Agong sempena hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang lalu dikatakan ada unsur hasutan dan menghina institusi raja. Keterangan saya cukup jelas surat terbuka saya itu hanya dengan niat untuk meningkatkan martabat Raja-Raja Melayu tidak ada langsung unsur hasutan.

"Apa yang dihairankan kalau laporan itu hanya tertumpu kepada laporan tersebut kenapa saya tidak dipanggil lebih awal lagi kerana laporan itu telah dibuat sebulan lebih selain itu juga soalan pihak polis lebih kepada lawatan saya ke Jakarta. Mereka ingin mengetahui apa tujuan saya ke sana adakah isu Altantuya menjadi agenda utama saya ke sana.

"Pihak polis juga menyoal saya tentang hubungan jaringan antarabangsa saya dengan negara luar yang lain adakah agendanya sama seperti apa yang saya lakukan di Jakarta," kata CheGuBard.

Tambahnya lagi selepas di soal siasat beliau di bawa ke rumahnya di Bukit Chedang, Seremban untuk digeledah bagi mencari bahan bukti kerana pihak polis telah mempunyai waran mengeledah rumahnya.

"Saya di bawa ke rumah setelah pihak polis menunjukkan waran geledah, semasa di sana mereka mencari buku nota dan juga komputer riba yang selalu saya gunakan. Mereka tetap bertanya di mana saya letak komputer riba tersebut walaupun berkali-kali memberitau saya tidak mempunyai komputer riba dan segala kerja saya hanya mengguna komputer di Pejabat KEADILAN dan juga 'cyber cafe' sahaja. Walaupun mereka tidak menjumpai apa-apa bukti pihak polis tetap merakam gambar tempat ruang kerja saya," jelas beliau lagi.

Beliau dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan kali kedua diambil.CheGuBard juga tidak menolak kemungkinan pihak polis akan menyerbu pejabat KEADILAN Negeri Sembilan Isnin nanti kerana kenyataannya yang mengatakan beliau menggunakan komputer pejabat untuk urusan kerjanya.

Beliau memberitahu kebanyakan organisasi negara luar mahupun media antarabangsa tidak mengetahui cerita sebenar yang menimpa Altantuya malah anggapan mereka kes tersebut sudah selesai.

"Disebabkan oleh putar belit media Umno menyebabkan kebanyakan organisasi dan media negara luar tidak tahu cerita sebenar yang telah menimpa Altantuya. Apabila saya menjelaskan perkara yang sebenarnya berlaku serta pengedaran buku dan juga VCD barulah mereka tahu kenapa Altantuya di bunuh dan siapa dalang sebenarnya.

"Buku dan VCD sudah berada ditangan organinasi dan media disana, sekarang mereka membuat penilaian sebenar disebalik pembunuhan Altantuya. Saya pasti masyarakat luar juga menilai kenapa media negara ini perlu memutar belit berita yang sebenar," kata CheGuBard.

Wednesday, August 4, 2010

Launching Of Pakatan Rakyat Of Batu Pahat

PROGRAM DI BATU PAHAT 31/07/2010





Umno BN bunuh demokrasi - Nizar

Harakahdaily

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menyifatkan kerajaan negeri yang diterajui Umno BN telah membunuh demokrasi apabila pelbagai tindakan bertentangan dengan peraturan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) dilakukan mereka.

Ianya termasuklah tempoh persidangan yang hanya sehari bagi meluluskan Enakmen Perbekalan Tambahan RM80 juta dengan memberi ruang kepada Pakatan Rakyat membahaskannya selama 15 minit.

Menurut Nizar yang juga Adun Pasir Panjang, keadaan itu sangat berbeza dengan amalan Pakatan Pakyat sewaktu memerintah negeri, malah juga turut berbeza sewaktu zaman Tan Sri Tajol Rosli menjadi Menteri Besar.

"Semasa Datuk Ngeh (Adun Sitiawan) menjadi ketua pembangkang, dia diberikan waktu tiga jam tanpa diganggu oleh menteri besar masa itu, Tajol Rosli," katanya seperti dilapor Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

Nizar berkata demikian pada sidang media Pakatan Rakyat selepas beliau dihalau keluar dan digantung dari menghadiri persidangan hari ini.

Selain itu katanya, tindakan Speaker BN, Datuk Ganesan menggantungnya tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan juga adalah bertentangan dengan amalan biasa.

"Kami mengambil keputusan hari ini untuk bersidang, tetapi bila melihat tindakan Ganesan menyalahgunakan kuasanya untuk gantung seorang Adun tanpa dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, itu sudah salah guna kuasa.

"Ganesan cuma boleh arah saya keluar dewan, dan ini kuasa dia, tetapi bukan gantung saya," Nizar dipetik sebagai berkata.

Selain tidak diberi peluang dan masa yang cukup untuk berbahas, Pakatan Rakyat juga hari ini dihilangkan suara oleh BN apabila mikrofon mereka ditutup apabila mahu mengemukakan peraturan mesyuarat.

Beberapa Adun Pakatan Rakyat bangun bagi membantah beberapa tindakan Ganesan, namun bantahan mereka tidak didengar kerana ada pihak menutup mikrofon mereka.

"Kami hilang suara hari ini kerana pembesar suara ditutup. Tindakan kami adalah untuk menyelamatkandemokrasi di Perak.

"Kita mengatakanoleh kerana mereka buat kerja haram, maka dewan tidak berfungsi lagi," katanya.

Terdahulu persidangan Dun Perak hari ini sekali lagi kecoh apabila Nizar yang juga Menteri Besar Pakatan Rakyat, dihalau keluar oleh Ganesan dan digantung satu hari.

Tindakan itu, ekoran Nizar enggan duduk dari memberi ucapan mewakili Pakatan Rakyat setelah diarah oleh Ganesan.

Umno, Perkasa gagalkan 1Malaysia Najib

Umno, Perkasa gagalkan 1Malaysia Najib
Harakahdaily

PAS mendakwa Umno adalah musuh utama gagasan 1Malaysia yang mahu dijayakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden parti itu.

Malah, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bahawa 1Malaysia gagal membentuk perpaduan kaum, jelas menunjukkan bahawa Najib hanya berseorangan dengan gagasannya itu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, dalam hal itu gabungan Muhyidin dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dipimpin Datuk Ibrahim Ali sudah cukup untuk menjatuhkan Najib.

"Musuh terbesar Najib adalah Umno. Ada pepatah mengatakan dengan kawan-kawan seperti ini, anda tidak perlu memerlukan musuh.

"Dengan ultra Melayu Perkasa, ditambah sokongan Timbalan Perdana Menteri, jatuhlah Najib. Najib kini ada hanya Khairy seorang sahaja," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali pula mempersoal tindakan Muhyiddin yang dilihat hanya berani membuka mulut apabila Najib ke luar negara.

"Kenapa kata ia gagal apabila PM bercuti di luar negara? Adakah timbalan PM hanya berani apabila PM tidak ada dalam negara?” soalnya.

Bagi Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula, konsep satu Malaysia adalah sesuatu yang sememangnya dimahukan rakyat namun Umno bukan wadah terbaik memperjuangkannya.

Malah katanya, Pakatan Rakyat sudah lama memperjuangkan perkara itu sejak dulu lagi berasaskan perinsip keadilan untuk semua kaum.

Mengulas pandangan itu, Dzulkefly menambah, 1Malaysia dislogankan Najib, diamal dan dihayati oleh Pakatan sejak dulu.

Mereka berkata demikian pada satu sidang media bersama di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut di sini pagi ini.

Turut serta pada sidang media itu, Pesuruhjaya PAS Wilayah, Mohamad Nor Mohamad.

Pandangan sama sebelum ini pernah dilontarkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu Najib melaungkan slogan tersebut ketika awal dilantik menjadi perdana menteri.

Menurut Nik Aziz, 1Malaysia Najib adalah sia-sia kerana orang pertama yang menentang konsep itu adalah Umno sendiri yang sudah sebati dengan doktrin dan perjuangan perkauman sejak dahulu lagi.

Giliran Pakatan 'Selamatkan Selangor'

Selepas kempen pusingan pertama 'Selamatkan Selangor' oleh Umno negeri itu tamat Ahad ini, tiga hari kemudiannya, giliran Pakatan Rakyat pula membuat serangan balas bagi menjawab isu-isu yang dibangkitkan dalam 19 siri ceramah sepanjang kempen tersebut.

Menariknya, penerangan balas kerajaan Pakatan melalui Skuad Komunikasi Selangor (SKS) akan dimulakan pada hari pertama umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan - dijangka 11 Ogos.

Pada masa yang sama, Umno - melalui Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) - pula memilih berehat sepanjang bulan puasa, sebelum menyambung semula kempen fasa keduanya selepas Hari Raya Aidilfitri yang pada pertengahan September.

"Kita (Pakatan) akan mulakan kuliah di masjid-masjid seluruh Selangor. Kita akan edarkan risalah penerangan.

"Paling kurang pun, kita minta buat tazkirah sekurang-kurangnya 30 minit," kata pengarah penerangan di pejabat menteri besar Selangor Badrul Amin Bahron (kanan).

Bermula 23 Julai lalu, Umno Selangor menganjurkan siri jelajah fasa pertama di seluruh Selangor bagi menjelaskan mengenai "pembohongan kerajaan Pakatan" terhadap rakyat di negeri itu, antaranya menampilkan bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor.

Selain membangkitkan isu-isu berkaitan Anwar - yang juga penasihat ekonomi negeri - isu lain yang sering ditimbulkan dalam siri-siri ceramahnya berlegar sekitar pertadbiran hasil pasir di negeri itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Badrul berkata pihaknya memilih membuat penerangan di masjid-masjid sepanjang bulan Ramadan memandangkan pada masa itu ramai umat Islam berkumpul bagi beribadat.

Umno: Fasa kedua tanpa isu pasir

Badrul Amin juga menjelaskan selepas kerajaan negeri mengumumkan peruntukan RM15 juta untuk tujuan penerangan negeri, pihaknya akan menaikkan edaran akhbar negeri Selangorkini berkali ganda bagi menjawab dakwaan pembangkang negeri.

"Daripada 60,000, kita jangkakan meningkat kepada 300,000 naskhah diedarkan selepas hari raya Adilfitri nanti," katanya penceramah terkenal itu yang juga ahli majlis pimpinan pusat PKR.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Selangor Shukor Idrus (kiri) pula berkata setelah bekerja keras hampir tiga minggu menjelajah seluruh negeri, respons yang diperoleh begitu memuaskan.

Katanya, keberkesanan program Selamatkan Selangor dapat diukur daripada sambutan orang ramai dalam ceramahnya di beberapa tempat yang melebihi jumlah sasaran, seperti di Klang dan Kota Raja.

"Kita sasarkan 1,000 sahaja (setiap ceramah), tetapi di sesetengah tempat jumlahnya sampai 2,000 orang yang hadir," katanya yang juga ADUN Kuang.

Ditanya tentang isu pasir akan ditimbulkan lagi dalam siri kempen fasa keduanya bagi merampas semula negeri itu, Shukor berkata setakat ini maklumat yang hendak disampaikan sudah berjaya.

"Fasa kedua nanti kita fokuskan isu yang lain pula," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Sunday, August 1, 2010

Suasana Program DSAI Di Batu Pahat Dan Rengit Pula Di Gempur Dengan Polis

Bersama rakan-rakan dan pimpinan PR bergambar di hadapan balai Polis sambil menunggu tahanan lain di lepaskan
Pencatat bersama Dato Chua Jui Meng sedang berbincang mengenai penyokong yang di tahan.


Pencatat bersama Saudara Zabidie yang juga Ketua AMK Johor sedang melihat gelagat pihak polis sebelah petang.


Dr Syed Hussien turut bersama memberikan sokongan kepada penyokong yang di tahan

Ketua Srikandi PKR Saudari Siti Aishah sedang berucap meminta hadirin yang hadir masuk ke dalam ruang markas ini.


Tn Haji Hassan Karim dan Lateefa Koya antara pimpinan PKR yang bersama untuk berbincang dengan pihak Polis



Trak FRU siap bersedia untuk Progam di Markas
Saudara Faizi juga merupakan Ketua Pemuda PAS Johor turut bersama di balai Polis bagi menjadi penjamin kepada penyokong yang di tahan

DSAI semasa tamat program Jamuan bersama rakyat di Batu Pahat

Yb.Dr Boo merupakan Ketua Pembangangkan Johor turut bersama di balai Polis



DCJM sedang berbincang dengan Ketua Polis Batu Pahat

Polis halang ceramah Pakatan, 7 ditahan di Rengit,Batu Pahat,Johor

malaysiakini
Anggota polis, termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak menghalang ceramah Pakatan Rakyat diadakan di Batu Pahat malam tadi.

Polis menahan tujuh orang ketika menyuraikan orang ramai yang berhimpun untuk mendengar ucapan.

Ceramah anjuran PKR Batu Pahat itu dijadual dihadiri - antara lain - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut ketua penerangan PKR, Latheefa Koya, cabang parti tersebut telah memohon permit untuk mengadakan ceramah itu di tempat lain, tetapi memilih mengadakannya di markaz PAS di situ selepas polis menolak permohonan tersebut "atas sebab-sebab keselamatan".

Ketika orang ramai mula berhimpun untuk mendengar ucapan pemimpin Pakatan, anggota polis tiba dengan menaiki kereta dan trak, termasuk 10 trak FRU.

Selepas meminta ceramah itu diadakan dalam dewan markaz PAS di situ, polis kemudiannya dikatakan mengubah fikiran dan tidak membenarkan ceramah itu diadakan langsung.

Ketika bertindak menyuraikan orang ramai di dalam dewan tersebut, polis menahan tujuh orang - dua daripadanya tidak menghadiri ceramah itu tetapi merupakan peniaga yang membuka gerai di situ - dan dibawa ke balai polis Rengit.

Poster dan kain rentang turut diturun dan dikoyak, manakala alat sistem pembesar suara turut dirampas oleh polis, kata Latheefa.

Pihak markas PAS dan pemilik sistem pembesar suara itu dilaporkan telah membuat laporan ekoran rampasan tersebut serta mendakwa polis "menceroboh kawasan persendirian".

Antara mereka yang ditangkapkan itu, empat daripadanya telah melaporkan dipukul oleh anggota polis.

“Ini adalah penyalahgunaan kuasa yang serius," kata Latheefa ketika dihubungi Malaysiakini.

Media rasmi PAS - Harakah - melaporkan, antara yang hadir di ceramah tersebut ialah timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali dan ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng.

Polis serbu ceramah PKR di Rengit


Harakahdaily
BATU PAHAT, 1 Ogos: Sekurang-kurangnya 50 anggota unit simpanan persekutuan (FRU) dan puluhan lagi anggota polis menyerbu pentas Ceramah Pakatan Rakyat di Rengit di sini.

Serbuan dibuat sebelum Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berceramah dipantas itu malam tadi.

Polis bertindak mengosongkan pentas, merampai pembesar suara dan menghalau penyokong dari tapak ceramah.

Akibat sebuan itu sehingga jam 12.30 pagi tadi difahamkan sekurang-kurangnya sembilan ditangkap terdiri dari tujuh lelaki dan dua wanita.

Kesemua yang ditahan kini dibawa ke balai polis Rengit.

Polis juga didakwa bertindak mengoyakkan backdrop penganjur yang digantung di pentas utama.

Turut ada ketika serbuan adalah Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali dan Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya dan Pengerusi Perhubungan Negeri johor, Datuk Chua Jui Meng.

Sehingga berita ini ditulis, Lathefaa yang juga peguam masih berada di balai polis menguruskan mereka yang ditahan.

Penyokong juga difahamkan mula memenuhi perkarangan balai polis, dan tidak mahu berganjak walaupun diarah bersurai oleh pihak polis.