Syarahan Perdana Bersama Selebriti Bob Lokman di Dun Pulai Sebatang 17/10/2011

Syarahan Perdana Bersama Selebriti Bob Lokman di Dun Pulai Sebatang 17/10/2011

Ceramah Isu Semasa di Dun Benut 5/10/2011

Ceramah Isu Semasa di Dun Benut 5/10/2011

PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PONTIAN

PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PONTIAN

CHE'GUBARD,SAIFUL AMRI DAN BOB LOKMAN

CHE'GUBARD,SAIFUL AMRI DAN BOB LOKMAN

CERAMAH PERDANA ISU SEMASA

BERSAMA :

- USTAZ RIDUAN MD NOOR ( EXCO DPP PUSAT )
- YB AMIRUDIN SHARI ( ADUN PKR BATU CAVES )

MASA/TEMPAT :

11 / 11 / 2011 , SABTU , 9MALAM

MARKAS PAS KG ASAM KUMBANG , BENUT .

KONSERT KESENIAN ISLAM DAN BICARA SELEBRITI

BERSAMA :

- SHAM KAMIKAZE ( BEKAS GITARIS KAMIKAZE )
- AZHAN ATAN ( BEKAS JUARA AKADEMI NASYID )

6 / 12 / 2011 , SELASA , 8.30 MALAM

BALAI ISLAM PARIT ISMAIL,BENUT,PONTIAN.




Team AIC Negeri Johor

Team AIC Negeri Johor

ANWAR IBRAHIM CLUB NEGERI JOHOR

- SQUAD AIC JOHOR -

Saturday, May 29, 2010

Anwar cabar Najib nafi beri RM2 juta untuk lompat parti

Harakahdaily

KOTA BHARU, 30 Mei: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menuduhnya berbohong apabila berkata para wakil rakyat parti itu yang melompat parti mendapat habuan RM2 juta.

Beliau juga mahu menunggu wakil rakyat yang melompat parti itu menafikan dakwaan beliau itu.

"Ketika itu, saya akan dedahkan (bukti) yang saya ada," kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dalam ceramah perdana sempena Kongres PKR keenam di Padang Perdana malam tadi.

Turut serta bersama beliau adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa.

"Buat masa ini saya nak kata...ia ada..di mana, saya lupa mana tempat saya letak maklumat itu," kata Anwar disambut terukan gemuruh para hadirin.

Dalam ucapan semasa merasmikan Kongres PKR keenam di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) pagi semalam, Datuk Seri Wan Azizah juga membuat dakwaan yang sama, mereka yang meninggalkan parti itu dibayar RM2 juta.

Dalam pada itu, Anwar memohon maaf kepada penyokong Pakatan Rakyat dengan apa yang berlaku kepada beberapa wakil rakyat PKR itu.

"Saya minta maaf...yang akan datang saya jamin tidak akan berulang lagi...malaun betul mereka ini," kata Anwar.

Beliau memberitahu, PKR akan mengadakan kursus untuk bakal-bakal calon mereka dan memastikan mereka berikrar untuk memberikan sokongan kepada parti dengan utuh dan taat kepada perjuangan.

Pasukan khas PKR raih sokongan Melayu

Malaysiakini
Dalam rangka meraih sokongan lebih ramai masyarakat Melayu, presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail berkata parti itu akan menubuhkan satu pasukan khas bagi mengkaji isu yang melibatkan mereka.

Isu yang dikenalpasi itu termasuk melibatkan Felda, usaha menaiktaraf kemahiran kakitangan awam dan soal pengurusan harta Islam.

Berucap di kongres parti itu di Kota Bharu hari ini, Wan Azizah berkata, pasukan tersebut akan dianggotai wakil pelbagai kaum kerana isu Bumiputera bukanlah isu eksklusif golongan itu sahaja.

"Tanggungjawab itu akan dipikul bersama oleh pimpinan pelbagai kaum - seperti mana isu yang rapat dengan kaum-kaum lain.

"Kita akan angkat isu bumiputera, Cina dan India terutama yang berpendapatan rendah dan miskin sebagai isu rakyat Malaysia, manakala hak masyarakat juga akan kita angkat sebagai isu rakyat Malaysia," katanya ketika menyampaikan ucapan dasarnya.

Tambahnya, soal pembinaan jati diri dan daya saing itu juga merupakan persoalan kaedah.

"Sebab itu PKR telah menyediakan kaedah baru untuk membina jati diri dan daya saing orang Melayu dan Bumiputera - melalui Agenda Ekonomi Malaysia.

"(Oleh itu) menjadi tanggungjawab semua anggota parti untuk membawa hujah bahawa kaedah melalui agenda ekonomi ini adalah yang terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Usaha itu, katanya lagi, adalah untuk menghadapi cengkaman Umno ke atas orang Melayu, contohnya melalui rancangan Felda.

Jelasnya, rancangan tersebut, yang dimulakan oleh bekas perdana menteri Allahyarham Tun Abdul Razak, bertujuan untuk memberikan tanah kepada golongan miskin.

"Tujuannya adalah untuk memberikan tanah kepada orang miskin agar mereka mempunyai aset untuk bergiat dalam kegiatan ekonomi.

"Maka peneroka yang menyertai skim akan berpeluang memiliki tanah sendiri untuk diusahakan.

"40 puluh tahun berlalu apa yang telah berlaku? Peneroka Felda (sekarang) tidak lebih dari pekerja ladang yang makan gaji dengan Felda, sebuah syarikat korporat milik kerajaan.

"Pelbagai sekatan dikenakan, penuh dengan putar belit hingga peneroka Felda terpaksa ke mahkamah untuk mendapatkan hak mereka. Harapkan pagar, pagar pula yang makan padi," katanya lagi.

Selain Felda, katanya, jawatankuasa yang akan dibentuk itu juga akan menyiasat isu melibatkan pengurusan tanah rizab Melayu, tanah wakaf dan juga institusi seperti Tabung Haji dan Bank Islam.

Friday, May 28, 2010

PKR perketat pilih calon, elak lompat parti

Malaysiakini
Proses pemilihan wakil rakyat PKR perlu lebih ketat untuk mengelak kejadian lompat parti, kata presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Beliau berkata, wakil rakyat sebegitu juga sebaiknya disingkirkan daripada parti sekiranya dikesan lebih awal.

"Ini menjadi pengajaran buat kita supaya ukuran pimpinan menjadi lebih ketat," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di kongres parti itu di Kota Bharu hari ini.

Bakal calon juga perlu mengikuti program tarbiah, katanya lagi, disambut tepukan para hadirin.

Sehubungan itu, katanya, pimpinan perlu dengar pandangan daripada parti dalam memilih calon.

"Wakil rakyat juga ingat, kamu dipilh oleh rakyat," katanya. Wan Azizah juga berkata anggota parti turut berperanan dalam soal mempertahan dan mengukuhkan kerajaan di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan.

"Ia adalah tanggungjawab setiap ahli parti di semua peringkat.

"Oleh itu, semua pihak yang terlibat termasuklah lantikan parti, pimpinan di peringkat ranting dan cabang, wakil rakyat, ahli majlis malah keseluruhan tenaga parti perlu digembleng dan dimanfaatkan sepenuhnya," katanya.

Jelasnya, PKR sebagai tonggak kerajaan di negeri itu juga bertanggungjawab mentadbir negeri itu dengan baik.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta kerajaan Selangor mempercepatkan proses mengambil bakat-bakat terbaik dari Pakatan Rakyat di seluruh negara untuk menyumbang di Selangor.

"Langkah ini akan memperkemaskan kelicinan pentadbiran kerajaan, di samping menjadi medan latihan kepada bakat terbaik kita sebagai persediaan mengambil alih kerajaan persekutuan kelak," katanya.

Anwar cabar MP keluar PKR buktikan tidak terima habuan

Oleh G. Manimaran
May 29, 2010
Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika berucap pada ceramah dengan lautan manusia di Tanah Merah malam tadi.
TANAH MERAH, 29 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar ahli-ahli Parlimen yang telah keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar menafikan yang mereka tidak menerima sebarang ganjaran sama ada dalam bentuk wang ataupun kontrak kerajaan.

Anwar membuat cabaran itu beberapa jam selepas mengeluarkan satu kenyataan di ibu negara bahawa pihaknya ada bukti wakil-wakil rakyat yang keluar PKR sejak setahun lalu ada menerima RM2 juta dan kontrak bernilai berjuta-juta ringgit.

Penasihat PKR itu mengeluarkan kenyataan itu ketika pemerhati dan pemimpin parti itu melihat isu melompat parti dijangka akan menjadi tumpuan kongres tahunan kali ini.

Malah parti itu dijangka keluar dengan satu mekanisme untuk mengawal keadaan itu pada masa depan.

Ketika berucap pada ceramah di sini malam tadi, menjelang Kongres Nasional Keenam PKR, Anwar yang juga penasihat parti itu berkata, beliau berharap wakil-wakil rakyat yang telah keluar itu agar menyahut cabaran tersebut.

“Petang tadi saya ada keluarkan kenyataan ahli-ahli Parlimen yang keluar ini menerima (ganjaran) wang RM2 juta, kita ada bukti... kita akan keluarkan dalam waktu terdekat ini.

“Sebelum kita keluarkan, kita minta mereka menafikan (yang tidak terima ganjaran,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat itu sambil menambah, orang ramai akan terkejut dengan maklumat itu dikeluarkan.

“Saya nak tunggu apa mereka hendak kata,” katanya lagi.

Kata Anwar, kenyataan-kenyataan bahawa mereka tidak percaya dan kecewa dengan kepimpinan parti dan Pakatan Rakyat hanyalah alasan untuk menjustifikasikan tindakan mereka keluar parti.

“Mereka keluar dengan kata Anwar khianat, tetapi alasan sebenar kita akan keluarkan bukti... biar rakyat yang buat penilaian,” katanya.

Turut berucap pada ceramah itu ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

“Kita ada maklumat, paling kurang (mereka terima RM2 juta)... saya ada bukti, dalam waktu singkat (akan umumkan),” katanya.

Rasuah Politik Disebalik “Wakil Bebas Mesra BN ”

Selama ini acapkali kita mendakwa wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang “melompat” dan bersekongkol dengan Umno-BN di atas nama ‘wakil bebas mesra BN’ diberikan ganjaran wang dan kontrak. Selama itulah mereka belum memberikan sebarang penafian tegas,sebaliknya berdolak dalih mengalih pandangan massa.

Kini kita telah memperoleh keterangan kukuh bahawa ahli Parlimen ditawar RM 2 juta dan ada juga yang mendapat kontrak Kerajaan berjuta ringgit nilainya.

Kami masih menunggu reaksi mereka sebelum mendedahkan maklumat kepada umum. Yang pasti,keterangan tersebut jelas menggemparkan dan akan membuktikan rasuah politik pimpinan Umno dan agen mereka.

Maklumat tersebut akan didedahkan kepada umum dalam tempoh terdekat inshaAllah.

ANWAR IBRAHIM

http://anwaribrahimblog.com/

Protes Judi Bola Sepak

Malaysiakini - Judi bolasepak, rakyat terus protes...

Cuaca mendung dan hujan di beberapa tempat tidak menghalang Pemuda PAS hari ini menyambung semula demontrasi 'pemanas badan' membantah keputusan kerajaan meluluskan lesen judi yang dibuat sejak minggu lalu.

Kali ini, ia diteruskan di beberapa buah negeri lagi selepas solat Jumaat.

Minggu lalu, lima buah negeri - Pulau Pinang, Perak, Selangor, Terengganu dan Negeri Sembilan - mengadakan bantahan terhadap tindakan kerajaan itu.

Kemuncak bantahan hari ini di negeri-negeri adalah di rumah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin di Bachok sebelum bantahan besar-besaran di Istana Negara yang dijadual pada 3 Julai depan.

Bertempat di Masjid Mahmudi, Bachok, hampir 2,000 orang berhimpun selepas solat Jumaat bagi menyatakan bantahan mereka.

Bantahan di Bachok hari ini dianjurkan oleh Kempen Anti Judi (KEJI) dan disokong sebahagian besarnya oleh ahli PAS.

Bachok merupakaan kubu kuat PAS yang diduduki oleh Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa.

Perhimpunan besar-besaran ini juga agak simbolik kerana ia diadakan di kampung halaman Awang Adek yang kementeriannya bertanggung-jawab dengan pemberian lesen judi itu.

Penduduk yang berang dengan keputusan kerajaan itu membawa sepanduk menuntut pemberian lesen berkenaan ditarik balik.

Antara yang hadir di sini ialah ahli parlimen Kuala Krai, Hatta Ramli yang berkata Awang Adek dipilih oleh Barisan Nasional untuk menjadi Menteri Besar Kelantan, jika mereka menang pada pilihan raya 2008 yang lalu.

"Bayangkan,
menteri besar Kelantan buat pengumuman judi? Saya rasa, rakyat Bachok bertindak bijak menolaknya,” kata Hatta.

Di Kedah, kira-kira 1,000 orang termasuk pemimpin politik dan penyokong PAS membanjiri Dataran Zero di Sungai Petani bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan pemberian lesen judi.

'Tarik balik lesen judi'

Ketua Pemuda PAS negeri Ahmad Yahaya berkata demontrasi itu berlangsung selama 45 minit bermula jam 2.15 petang di mana beberapa tokoh PAS dan NGO turut hadir.

Ketik

a dihubungi Malaysiakini, Ahmad berkata dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa PAS menentang keputusan kerajaan meluluskan lesen judi sukan dan mendesak kerajaan menarik balik keputusannya itu.

Turut menyampaikan ucapan adalah Timbalan Speaker Izzat Shauki, Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Sanusi Mohamad Noor, Pengerusi Gerakan Mansuh Judi (GMJ) Nasir Zakaria dan wakil dari Teras Keupayaan Melayu (Teras) Mohd Azmi Abdul Hamid dan wakil dari PSM.

Turut hadir dalam bantahan tersebut dua orang ADUN iaitu Abdullah Jusuh (Pantai Merdeka) dan Yahya Abdullah bagi DUN Jeneri.

Menurut Ahmad, ada di kalangan hadirin juga membawa poster antara lain berbunyi "Kita Bantah Judi Bola".

Perhimpunan tersebut dikawal oleh kira-kira 10 anggota polis dan tiada kekecohan atau tangkapan dibuat, tambahnya.

Manakala di Perlis, lebih dari 500 orang termasuk penyokong parti berkumpul di perkarangan Masjid Putra Kangar melaungkan 'Tolak Judi' sebagai tanda bantahan terhadap tindakan kerajaan itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Ketua Pemuda PAS negeri Yaakob Abu Seman berkata bantahan tersebut berlangsung selama 40 minit bermula jam 1.50 petang, selepas orang ramai menunaikan solat Jumaat.

Rakyat benci judi

Mereka mengibarkan kain rentang antaranya berbunyi "Rakyat benci judi dan pemimpin judi".

Katanya turut hadir adalah beberapa pimpinan PAS negeri termasuk pesuruhjaya PAS Hashim Jasin dan beberapa pemimpin Pemuda PAS dan pemimpin mahasiswa.

"Kita harap pemimpin Umno dapat menarik balik pemberian lesen judi ini," katanya sambil menambah ucapan mereka itu diselangi dengan ucapan takbir dan reformasi.

Menurut Yaakob, seramai 10 orang polis berada di situ bagi mengawal perhimpunan itu yang diadakan tanpa sebarang kekecohan ataupun tangkapan.

Di Selangor bantahan yang sama dibuat di beberapa masjid dengan Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri Ahmad Zaidy Abdul Mutalib mengetuai kira-kira 500 orang membantah kelulusan lesen judi di Masjid Country Home Selayang.

Bercakap kepada Malaysiakini, Ahmad Zaidy berkata bantahan tersebut berlangsung selama 30 minit bermula kira-kira jam 2.10 petang di perkarangan masjid berkenaan.

Katanya selain itu, terdapat dua lagi protes iaitu di Masjid Besar Kuala Selangor dan di Masjid Besar Batu 14 di Hulu Langat.

Bencana Allah

Dalam

ucapannya, Ahmad Zaidy berkata judi itu adalah haram di sisi Islam kerana termaktub dalam surah al-Maidah ayat 90 yang meminta umat Islam menjauhi perbuatan tersebut.

Ini kerana, katanya, judi memberi kesan yang tidak baik kepada masyarakat dan mendedahkan kepada bencana Allah.

Menurutnya lagi, mereka juga turut mengibarkan dua kain rentang yang berbunyi "Judi bola tetap haram" dan "Katakan ya untuk bola, Katakan tidak untuk judi" serta poster yang bertulis "Kami main bola, bukan main judi".

Sebanyak 500 risalah membantah kelulusan kerajaan memberi lesen judi turut diedarkan kepada orang ramai.

Tiada kekecohan yang berlaku di masjid tersebut, kata Ahmad Zaidy yang juga ketua Pemuda PAS kawasan itu.

Tunjuk perasaan di Masjid Jumhuriyah Taman Dato Harun pula menyaksilan hampir 1,000 orang berhimpun mengecam kegelinciran Umno-BN dari landasan moral kerana menghalalkan operasi judi sukan di negara ini.

Laungan takbir bergema disebalik kain rentang dan sepanduk mengingatkan kerajaan bahawa judi itu haram, mencemar moral dan peruntuh institusi keluarga.

Di Melaka, Ketua Pemuda PAS negeri Kamarudin Sidek berkata kira-kira 500 orang hadirin termasuk penyokong PAS turut serta dalam bantahan lesen judi.

Tiada kekecohan

Menurutnya, bantahan itu berlangsung selama hampir setengah jam bermula 1.50 petang dengan dikawal kira-kira 20 anggota polis di masjid negeri, Masjid Al-Azim di Bandar Melaka

Menurut Kamarudin, beberapa pimpinan PAS dan PKR menyampaikan ucapan membantah keputusan kerajaan itu.

Antara mereka ialah Pesuruhjaya PAS negeri Abdul Ghani Abdul Rahman dan timbalannya, Adly Zahari.

Turut hadir adalah exco Pemuda PAS negeri serta wakil dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia (JIM).

Dalam perhimpunan tersebut, mereka mengibarkan beberapa kain rentang yang antaranya berbunyi "Ya Untuk Bola, Tidak untuk Judi ".

Tiada kekecohan atau tangkapan dilaporkan.

Bantahan di Pahang dibuat semalam

Di Pahang pula, Ketua Pemuda PAS negeri Suhaimi Saad berkata pihaknya telah berhimpun membantah lesen judi semalam, sebelum menghantar memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Adnan Yaakob.

"Tiada demonstrasi pada hari ini. Kita dah buat semalam," kata Suhaimi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Menurutnya, kira-kira 300 penyokong Pakatan rakyat yang diketuai oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berhimpun di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang terletak bersebelahan dengan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) semalam.

Turut hadir dalam perhimpunan itu adalah beberapa pemimpin DAP dan PKR.

Antara mereka ialah Choong Siew Oon yang merupakan ADUN Tras dan Timbalan Ketua PKR Pahang Ram Ponoshan.

Perhimpunan itu berlangsung selama 20 minit bermula jam 10 pagi sebelum enam wakil dari setiap parti dibenarkan bertemu dengan menteri besar.

Menurut Suhaimi, selepas menyampaikan memorandum tersebut, mereka mengedarkan kira-kira 3,000 risalah kepada orang ramai di kawasan berhampiran.

Sementara itu, setiausaha Pemuda PAS Pulau Pinang, Nd Nor Harun ketika dihubungi Malaysiakini berkata, ratusan orang berkumpul membantah lesen judi di beberapa buah masjid di Pulau Pinang.

Antaranya di Masjid Kapitan Keling dan Masjid Permatang Janggus.

Pulau Pinang haramkan judi bolasepak

Malaysiakini
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian.

Lim berkata arahan akan dikeluarkan kepada dua majlis tempatan di negeri itu untuk memaklumkan larangan itu kepada pengendali loteri berkenaan berhubung langkah baru kerajaan negeri.

"Mereka diarahkan menggunakan peraturan Seksyen 101 (5) Akta Pihak Berkuasa Tempatan untuk menolak permohonan dibuat," katanya.

Menurut Lim, kerajaan negeri memutuskan menolak untuk sebarang permohonan konsesi perjudian sukan tunggal negara, Ascot Sport Sdn Bhd bagi menjalankan perjudian sukan.

“Tindakan itu bukan bagi menentang kedai-kedai pertaruhan di Pulau Pinang. Tetapi kita merasakan bahawa sudah ada terlalu banyak cabutan dan cabutan khas dilakukan oleh pengendali judi itu sehingga membebankan banyak keluarga.

“Kebanyakan mereka 'terpanggil' untuk mengejar setiap cabutan sehingga menyebabkan kehilangan pendapatan dan menjejaskan keluarga dan anak-anak mereka,” katanya.


Di Selangor, beberapa majlis tempatan bertindak membekukan premis perjudian yang bakal menawarkan pertaruhan sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, sehari kemudian dan semalam Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.

Thursday, May 27, 2010

Kerajaan Kelantan, PAS alu-alukan ke Kongres PKR

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 27 Mei: PAS negeri dan Kerajaan Kelantan mengalu-alukan kedatangan perwakilan dan pemerhati Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari seluruh negara yang bakal berlangsung esok, 28 hingga 30 Mei ini.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim juga turut mengucapkan terima kasih kepada PKR kerana memilih negeri ini sebagai persidangan kongres parti mereka tahun ini.

Jelasnya, semoga dengan kongres tahun ini akan menjadikan hubungan antara parti dalam Pakatan Rakyat bertambah erat khususnya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Beliau yang juga Timbalan Speaker Dun Kelantan turut menyeru para perwakilan dan pemerhati kongres dari seluruh negara itu termasuk Sabah dan Sarawak mengunjungi destinasi menarik yang ada di negeri ini.

“Peluang yang ada ini diharap dapat diambil sebaik mungkin oleh semua perwakilan dan pemerhati untuk membeli-belah di samping mengunjungi destinasi menarik yang ada di negeri ini,” ujarnya.

Beliau juga berharap para tamu berasa selesa sepanjang berada di Kota Bharu.

Sementara itu, Bandar Kota Bharu khususnya jalan utama Kota Bharu-Pengkalan Chepa dipenuhi dengan bendera-bendera PKR di samping kain rentang yang mengucapkan selamat datang kepada pemerhati dan perwakilan dari seluruh negara.

Bendera serta kain rentang yang sama turut dipasang di jalan Kota Bharu-Kuala Krai khususnya di sekitar Kompleks Kota Darulnaim.

Wednesday, May 26, 2010

BUKTI NYATA DAN JELAS KERAJAAN PERPADUAN TELAH BERAKHIR


12 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Kelab Penyokong PAS secara rasminya diterima menjadi keahlian di dalam PAS, maka PAS telah membuktikan bahawa parti tersebut telah `menoktah'kan isu Kerajaan Perpaduan yang lebih dikenali sebagai UG itu. Memang pun semenjak berakhir Muktamar Khas PAS sebelum ini, PAS menjelaskan tiada lagi isu Kerajaan Perpaduan, namun isu tersebut seperti sukar untuk diterima oleh beberapa ahli dan penyokong-penyokong PAS.

Sukarnya kepimpinan PAS untuk meyakinkan ahli dan penyokong mereka tentang ketetapan PAS untuk menamatkan isu tersebut lebih-lebih lagi media pencacai Umno memainkan peranan mereka untuk mendatangkan kesangsian orang ramai. Bahkan, beberapa Blogger pro PR juga dilihat seperti sangsi dengan jaminan tersebut. Mereka amat bimbang sekiranya PAS kembali terjebak dengan tipu daya sekutu APCO itu.

Akhirnya, isu tersebut dibuktikan dengan jelas dan nyata apabila PAS tidak berlengah lagi meluluskan kemasukan lebih 20 ribu ahli Kelab Penyokong PAS menyertai parti tersebut. Ini sekali gus menunjukkan PAS tidak lagi mahu bermain mata dengan Umno kerana bukan baru PAS mengenali wajah Umno. PAS kini ingin maju ke hadapan dan tiada jalan lain untuk memperkuatkan PAS melainkan berbaik dan bekerjasama dengan mereka yang terbukti tidak pernah menyakiti atau mengkhianati PAS. Kaum Cina dan India yang kebanyakan menjadi ahli kepada Kelab Penyokong PAS ini telah menunjukkan komitmen mereka untuk bersusah dan bersenang bersama PAS. Ini tidak pernah ditunjukkan oleh Umno dulu, kini dan selamanya.Justeru itu, tindakan politik yang tidak lagi mahu bersama Umno adalah satu tindakan tepat dan wajar.

Sekiranya Umno ingin menyeru kepada perpaduan atas dasar bangsa Melayu atau atas dasar Islam, mereka mestilah berhijrah ke dalam PAS bukannya PAS melutut kepada mereka. Sekiranya kaum Cina dan India yang Non Muslim boleh terima PAS dengan mereka mengetahui dasar-dasar PAS, mengapa Umno masih segan atau takut untuk bersama PAS? Tidakkah Melayu dan Islam itu boleh bersatu di dalam PAS? Bersatunya Melayu Islam di dalam PAS akan lebih menguntungkan semua kaum dan agama di negara ini kerana prinsip Islam itu adalah adil kepada semua.

Selepas ini diharapkan tiada lagi yang mempertikaikan keazaman PAS untuk terus bersama PR. Saya yakin tiada lagi yang kerjanya hanya melabelkan pemimpin itu dan ini sebagai pro Umno. Biarlah sejarah lama berlalu dan dijadikan satu pengajaran. Komitmen PAS di dalam PR telah pun dibuktikan di dalam PRK di Hulu Selangor dan juga lebih cemerlang di Sibu. Semua pemimpin PAS bertungkus lumus membantu rakan-rakan di dalam PR. Komitmen ini juga dilihat oleh berbagai kaum di negara ini sebagai satu pendekatan politik PAS yang lebih mesra dan berhikmah. Justeru itu, jangan ada lagi di antara kita merosakkan semua ini. Biarlah Umno sahaja yang menjadi seteru kita sehingga Umno insaf bahawa mereka itu Melayu dan Islam.

Bagi pemimpin-pemimpin di dalam PR pula haruslah dilihat serius untuk meneruskan perjuangan menuntut keadilan ini. Tindakan pimpinan haruslah dilihat tegas agar mereka tidak lagi boleh mengandaikan pemimpin kita masih boleh dipengaruhi dengan berbagai umpan seperti perpaduan Melayu dan Islam, kununnya. Hanya satu jawapan sahaja yang boleh kita berikan kepada Umno jika mereka berhasrat untuk mewujudkan perpaduan, iaitu mereka hendaklah bersama PAS atau PR. Tiada lagi jawapan-jawapan yang boleh mengelirukan ahli dan penyokong-penyokong kita termasuk rakan kita di dalam PR.

Percayalah, Umno terutamanya amat takut dan gementar sekarang kerana PAS tidak lagi seperti PAS di era 70 dan 80 an. Di samping tidak menggadaikan prinsip, PAS mesti lebih bijak untuk menguasai politik tanahair selagi PAS masih memilih sistem demokrasi untuk berkuasa di negara ini.

2,000 perwakilan PKR berkongres 29 dan 30 Mei

Harakahdaily

KOTA BHARU, 26 Mei: Kira-kira 2,000 perwakilan dari 206 cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) seluruh negara termasuk dari Sabah dan Sarawak akan berhimpun di Kelantan Trade Centre (KTC) 29 dan 30 Mei ini bagi menyertai Kongres Tahunan PKR.

Persiapan rapi telah dibuat di sini oleh panitia kongres yang dipimpin oleh Setiausaha Agungnya, Saifudin Nasution Ismail.

Sebelum kongres penuh bermula, kongres Angkatan Muda dan Wanita PKR akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali pada 27 Mei mulai jam 8.30 malam di Dewan Besar KTC.

Sidang penuh kedua-dua sayap ini pula akan diadakan pada hari Jumaat ini. AMK akan berlangsung di Perdana Resort manakala Wanita di KTC.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dijadualkan memberikan ucapan dasar kongres ini pada jam 9 pagi 29 Mei manakala Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan amanatnya sebelum mereka berpisah pada petang 30 Mei.

Sehingga kini, Datuk Mustafa Ali akan mewakili PAS manakala Lim Kit Siang akan mewakili DAP di majlis perasminan.

Para diplomat dari kedutaan Amerika, United Kingdom, Australia dan Kesatuan Eropah telah mengesahkan kehadiran mereka ke kongres ini di samping para NGO dari dalam dan luar negara.

"Di samping kongres, kami aturkan juga ceramah perdana sempenanya. Pada 28 Mei kita akan adakan di Tanah Merah di mana Tok Guru Nik Aziz akan berceramah dengan Anwar dan Lim Kit Siang manakala pada 28 Mei Tok Guru Nik Aziz akan berceramah dengan Anwar dan Lim Guan Eng di Padang Perdana," beritahu Saifudin Nasution Ismail kepada Harakahdaily.

Saifudin meramalkan, antara isu utama yang bakal menghiasi kongres kali ini adalah isu lesen judi
bola sepak piala dunia yang diberikan Menteri Kewangan kepada Vincent Tan.

Selain itu, isu penyerahan Blok L dan M kepada Brunei juga bakal dibangkitkan dalam ucapan dasar Presiden di samping isu-isu dalaman PKR dan usaha untuk memperkasakan Pakatan.

Beliau juga memberitahu, tumpuan ucapan dasar juga akan diberikan kepada pemerkasaan kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

Keluar PKR


Sementara itu, Saifudin juga mengesahkan, pihaknya mengikuti dengan rapat usaha bekas pemimpin PKR dan Umno yang mahu membeli para pemimpin PKR agar keluar menjelang kongres kali ini.

"Memang menjadi modus operandi mereka akan membuat pengisytiharan menjelang pilihan raya kecil atau kongres parti. Jadi kami yakin mereka akan buat juga untuk kali ini di samping menggoncang Kedah," kata Saifudin kepada Harakahdaily.

Di Perak, AMK Perak akan membuat sidang akhbar khas esok bagi mendedahkan kospirasi untuk mengeluarkan ahli PKR. Tajuk sidang media ini adalah "Pendedahan konspirasi terhadap AMK dan sogokan wang untuk keluar parti".

Menurut sumber, bekas Exco kerajaan negeri Perak yang juga Adun Behrang yang keluar dari PKR, Jamaludin Md Radzi adalah antara pemuka dalam menjalankan kerja ini.

Beliau didakwa mengadakan pertemuan dengan para pemimpin PKR dan AMK peringkat cabang untuk memujuk mereka meninggalkan PKR.

Namun, pegawai SPRM dikatakan mengawasi pergerakan mereka ini.

Saifudin yakin, tidak ada lagi nama-nama besar PKR akan keluar dari PKR kali ini.

Beliau juga yakin, usaha ini tidak akan berjaya kerana perjuangan PKR sekarang bukan berdasarkan beberapa kerat individu tetapi berdasarkan kehendak dan airmata rakyat.

Tuesday, May 25, 2010

Anwar: 'Pamitan' ke Umno sudah berlalu




Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setakat yang diketahuinya, tiada lagi wakil rakyat PKR yang akan melompat parti setakat ini."Ya, setakat yang kita tahu (tiada). Tetapi kalau tawarannya naik daripada RM2 juta kepada 5 juta, saya tak tahu. Setakat ini kita dengar keadaan terkawal," katanya menyifatkan 'pamitan ke sebelah sana' (Umno) sudah berlalu.Beliau yang juga ketua umum PKR berkata, sebagai sebuah parti baru, menjadi lumrah ia diserang kuat - pengalaman yang menurutnya dikongsi bersama oleh DAP dan PKR sebelum ini, termasuk Umno sendiri.
"Malah Umno sebelum ini menyaksikan penghijarahan pemimpin utama, (termasuk) presiden pertama, kedua dan keempatnya. "Jadi dalam konteks kita (PKR), kalau (musuh) anggap tak boleh pukul saya secara langsung, (mereka) pukul kekuatan (lain) yang ada pada PKR," katanya.Selepas pilihan raya umum dua tahun lalu, PKR kehilangan tujuh kerusi parlimen (lihat carta bawah). Empat daripadanya akibat tindakan melompat parti, manakala seorang lagi dipecat. Tindakan melompat parti oleh ADUN PKR - yang kemudiannya mengisytiharkan menjadi "bebas mesra BN" - juga menyumbang ke arah runtuhnya kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan bekas menteri besar Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di Perak.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini awal petang ini, Anwar berulang kali menegaskan bahawa bekas pemimpin PKR yang melompat "dibeli" dan mendedahkan pihaknya kini sudah bersedia dengan pita rakaman."Kita sekarang nasihati kawan-kawan kita buat pita rakaman (tawaran melompat parti)," katanya ketika dikunjungi di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.Rakam cubaan menyogok "Rakaman (menunjukkan) kalau disogok dengan wang. Kita cuba dapatkan dengan (pita rakaman) itu. Kalau lapor pada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah) tak ada kesan.
"Maknanya, kalau kita ambil rakaman, kita boleh edar pada orang ramai. Saya tak yakin institusi pemerintah akan lakukan apa-apa, kerana ini arahan pimpinan negara."Katanya, walaupun seorang demi seorang wakil rakyat dan pemimpin PKR sebelum ini melompat parti, sokongan di peringkat akar umbi tidak terjejas kerana mendakwa ia 'dibuat hasil daripada "perjanjian sulit", bukan dengan restu rakyat."Macam Bayan Baru (Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim), selain ahli parlimen (itu) tak ada (ikut), yang lain tinggal (bersama parti). Tiada cabang dibubar, tiada pemimpin (bahagian) keluar. Saya tak lihat masalah," katanya.Sementara itu, Anwar juga menjangkakan isu pemimpinnya yang lompat parti akan dibangkitkan oleh perwakilan parti itu dalam kongres tahunannya yang akan diadakan pada hujung bulan ini."Dalam perbahasan (kongres) kita bebas. Dan kita beri ruang. Oleh yang demikian, saya rasa (perkara ini) akan dibangkitkan, wajar dibangkitkan. Saya rasa (mereka) perlu penjelasan," katanya lagi.Mengakui parti "sedikit terjejas" dengan tindakan beberapa orang wakil rakyatnya, beliau menjangkakan anggota parti itu akan mendesak pucuk pimpinan PKR lebih teliti memilih calon untuk bertanding dalam pilihan raya.
"Kita akan jelaskan pemilihan (calon) lalu, dengan keadaan terbatas, tak tamai golongan profesional, sarjana dan intelektual sanggup (bertanding), jadi kita pilih yang ada sahajalah. "Oleh kerana itu, kesannya juga ada," kata ahli parlimen Permatang Pauh.Anwar berkata, beberapa 'orang yang rapat dengannya', yang kini berpaling menentangnya, hanya bertemu dengannya "setahun dua kali"."Lagi pun di Malaysia ini, siapa yang tak rapat dengan saya? Cuba beritahu," katanya cuba berjenaka.

Friday, May 21, 2010

1,000 sertai himpunan bantah judi di Perak

Harakahdaily

IPOH, 21 Mei: Sekurang-kurangnya 1,000 Rakyat Perak hari ini melahirkan bantahan terhadap kelulusan lesen judi bolasepak sempena Piala Dunia Jun ini di Masjid Negeri Sultan Idris Shah 11, Ipoh selepas solat Jumaat tengahari tadi.

Himpunan bantahan tersebut telah dianjurkan oleh Pemuda PAS Perak dan turut disokong beberpa badan bukan kerajaan NGO lain..

Antara pimpinan yang hadir berucap ialah Timbalan Pengerusi PKR Perak, Dr Lee Boon Chye, Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan, Ketua Angkatan Muda PKR Perak, Abdul Yunus Jamhari, dan Yang Dipertua ABIM Perak, Haji Suhaimi Latip.

Pimpinan Pemuda Pemuda PAS Perak; pimpinan Angkatan Muda PKR Perak dan pimpinan Badan Bukan Kerajaan antara yang turut bersama dalam himpunan tersebut.

Bagaimanapun pimpinan Pemuda Umno dan yang lain tidak hadir beiarpun jemputan rasmi oleh Pemuda PAS Perak dibuat sebelum ini.

Menurut penganjur, himpunan bagaimanapun sedikit terganggu apabila pihak Polis mengarahkan agar himpunan tersebut di hentikan.

Beberpa pergelutan juga dilaporkan berlakusewaktu pihak polis cuba menyuraikan peserta himpunan.

Bantahan kemudiannya bersurai secara aman sekitar jam 2.30 tadi tanpa sebarang tangkapan dibuat.

Tuesday, May 18, 2010

Kerajaan Didesak Batal Lesen Judi Bola Sepak

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno (PAKKU) mendesak kerajaan membatalkan serta merta lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat dewan tertinggi pertubuhan itu yang dipengerusikan Presiden Tan Sri Adam Abdul Kadir dan dihadiri beberapa anggota lain antaranya bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Sanusi Junid dan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Sabbaruddin Chik, kata Naib Presiden Tamrin Ghafar dalam kenyataan di sini hari ini.

Berjaya Corp dilaporkan telah menerima kembali lesen perjudian sukan.Pada 6 Mei, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen berkenaan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini. - BERNAMA

Sunday, May 16, 2010

Syabas Rakyat Sibu - YB.DATO SERI ANWAR IBRAHIM

Syabas rakyat Sibu! Terima kasih saya ucapkan kerana memilih Sdr Wong Ho Leng sebagai Ahli Parlimen Sibu yang baru, menggantikan mendiang Robert Lau Hoi Chew. Rakyat Sibu membuktikan kepada kita semua bahawa kuasa rakyat, kuasa keramat. Mereka menzahirkan kepada kita semua, misi Menyelamatkan Malaysia dari segala kebejatan merupakan matlamat utama ketimbang tunduk menyerah kepada sogokan pimpinan Umno-Bn.

Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua penggerak dan aktivis Pakatan Rakyat. Sekali lagi anda perlihatkan kekuatan yang mengagumkan walau terpaksa berhadapan dengan jentera lawan yang dilengkapi wang ringgit serta dokongan aparat-aparat lainnya. Ternyata keikhlasan, kecekalan dan kegigihan membuahkan hasil bermakna, malah memberi pelajaran berguna kepada Pakatan Rakyat buat merenung erti semangat perjuangan yang selama ini menjadi pemangkin kepada Agenda Selamatkan Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

Kerjasama erat PAS-PKR-DAP menangkan Pakatan di Sibu


Nazri Abdullah
SIBU -
Kerjasama erat antara PAS, PKR dan DAP tidak boleh dinafikan antara faktor penyumbang kemenangan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu semalam.
Timbalan Pengarah III Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmod (gambar) berkata seluruh peringkat bermula dari pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti hingga ke peringkat jentera, mempamerkan semangat berpasukan yang tinggi sepanjang kempen di sini.
"Kita sangat berpuas hati dengan keputusan yang kita dapat.
"Pilihan raya ini kita dapat lihat kerjasama cukup padu dan jitu dalam Pakatan Rakyat," katanya.
Usaha kuat ketiga-tiga jentera parti dalam Pakatan Rakyat ini juga jelasnya turut dirasai calon DAP yang telah menang, Wong Ho Leng dan diakui oleh Setiausaha DAP, Lim Guan Eng sendiri.
Dengan keadaan masyarakat Sibu yang kurang terdedah dengan maklumat dan hanya mendengar sebelah pihak, kemenangan kali ini dianggap berbaloi dengan usaha yang telah dilakukan jentera Pakatan Rakyat.
Ianya juga membuktikan, strategi kempen rumah ke rumah sangat berkesan menangkis tohmahan BN yang meggunakan seluruh saluran yang mereka ada.
"Kalau melihat kepada bendera di rumah-rumah, kita rasa memang kita kalah.
"Rupa-rupanya mereka tidak mahu dilihat bersama dengan Pakatan Rakyat, tetapi mereka sebenarnya mengundi kita," katanya.
Selain itu, mengulas ringkas kekalahan memalukan BN pula beliau berkata, antara lain dilihat berpunca dari protes kaum Melayu terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menurutnya, masyarakat Melayu di beberapa tempat sepeti di Nangka, Pelawan dan Seduan kecewa dengan layan tidak sama rata Najib yang beberapa kali datang berkempen.
Najib, katanya seperti meminggirkan masyarakat Melayu Melanau di situ kerana mungkin yakin mereka pengundi tegar BN.
"Saya belum lihat secara keseluruhan lagi, cuma mungkin pengundi Melayu protes terhadap Najib.
"Najib datang tiga kali tapi bertemu dengan bukan Melayu dengan menawarkan pelbagai insentif," ujarnya.
Dalam pilihan raya kecil semalam, Wong Ho Leng yang juga Adun Bukit Assek, memperoleh 18,845 undi menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew, yang mendapat 18,447 undi manakala calon Bebas, Narawi Haron memperoleh 232 undi.

Tsunami politik kini sampai ke S'wak


malaysiakini - Kejayaan DAP merampas kerusi parlimen Sibu dalam pilihan raya kecil hari ini agak mengejutkan kerana para pemimpin parti tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk memenanginya.Di kalangan para pemerhati politik pula, keputusan hari ini sekaligus menunjukkan bahawa tsunami politik yang melanda Semenanjung pada 2008 kini sudah sampai ke pantai Sarawak.Dalam pilihan raya kecil hari ini, DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan menewasan BN - walaupun dengan majoriti tipis 398 undi.Calon DAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi.

Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi.Undi rosak pula berjumlah 395. Keputusan tersebut diumumkan oleh pengurus pilihan raya, Wong See Meng. Bagi undi pos pula, BN memperolehi 2,323 undi manakala calon DAP mendapat 70 undi dan calon Bebas pula mendapat 36 undi.Manakala jumlan pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 70 peratus atau 37,919 orang.Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandangnya dari BN, Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang timbalan menteri pengangkutan, pada 9 april lalu.Dalam pilihan raya umum 2008, Hoi Chew menang dengan majoiri 3,235 undi. Beliau memperolehi 19,138 undi, manakala Wong Ho Leng mendapat 15,903 dan Lim Chin Chuang dari PKR yang mendapat 812 undi.Pilihan raya kecil hari ini merupakan yang kedua di Sarawak dalam tempoh setahun. April lalu BN mengekalkan DUN Batang Ai.


Kejayaan DAP untuk memenangi kerusi parlimen Sibu hari ini juga banyak dibantu oleh peralihan sokongan pengundi Cina kepada parti tersebut.Pada keseluruhannya, kira-kira 10 peratus undi Cina kepada BN pada 2008 telah beralih kepada Pakatan Rakyat.Paling jelas dilihat perubahan sokongan ini ialah di kawasan majoriti pengundi Cina di Pelawan, di mana kira-kira 5,000 undi BN pada 2008, telah beralih kepada DAP.Begitu juga dengan kawasan majoriti Cina di Bawang Assan di mana calon DAP mendapat sokongan besar penduduk di situ.BN juga kehilangan sokongan pengundi kaum Melanau-Melayu juga dilihat turut beralih kepada Pakatan Rakyat walaupun jumlah tidak sebenar pengundi Cina.


Bagaimanapun, keputusan pengundian hari ini juga menunjukkan pengundi dari kalangan kaum Iban pula masih taat menyokong BN.Perubahan sokongan tersebut antara sebab utamanya dilihat sebagai penolakan kepada dinasti politik di peringkat parlimen dan negeri itu.Ia juga dilihat sebagai tanpa protes penduduk terhadap kekurangan pembangunan yang dilaksanakan di kawasan Sibu, khususnya masalah banjir yang sering dihadapi penduduk, sertai cukai tanah yang terlalu tinggi.
Perkembangan hari ini harus dipandang serius oleh kepimpinan BN yang selama menganggap Sarawak sebagai 'simpanan tetap' BN yang tidak pernah gagal menyumbangkan banyak kerusi parlimen pada setiap pilihan raya umum.
Malah, pada 2008, Sarawak dan Sabah menyumbang 39 kerusi parlimen ketika BN gagal mengekalkan penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.
Sekiranya 'simpton' ini berjangkit, pasti ianya bakal menjadi satu masalah besar terhadap BN dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Keputusan Terkini PRK Sibu

9.21malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa jumlah pemilih yang keluar mengundi mungkin melebihi 60 peratus.

Malaysiakini sebelum ini telah meminta beliau mengesahkan sama ada peratusan yang keluar mengundi adalah 59.86% seperti yang diumumkan oleh SPR sebelumnya.

9.10malam: Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin lain parti itu akan bergerak meninggalkan ibupejabat DAP.

Tetapi mereka bukan hendak ke pusat perjumlahan undi di Dewan Suarah, tetapi merancang untuk ke Wisma Sanyan, tempat undi pos dikira.

8.57malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan majoriti 2,590 undi. Sehingga ini, 109 daripada 110 saluran telah dikira.

DAP - 18,570
BN - 15,980
Bebas - 201

Majoriti 2,590

Keputusan setakat ini tidak termasuk satu lagi saluran yang belum dikira dan 2,571 undi pos. BN dijangka memenangi 90 peratus undi tersebut tetapi adakah ianya mencukupi untuk menang?

8.30malam: Keadaan di bilik gerakan DAP dipenuhi kegembiraan dan ada pemimpin DAP telah mengisytiharkan kemenangan parti tersebut, termasuk ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi melalui twitternya.

Manakala naib presiden PKR, Azmin Ali, melalui twitternya, turut mengucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, para pemimpin utama DAP masih mahu menunggu keputusan rasmi.

NONE

8.14malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,944 undi. Sehingga ini, 103 daripada 110 saluran telah dikira.

DAP - 18,211
BN - 14,267
Bebas - 138

Majoriti 3,944

Undi pos masih dikira. Keputusan dari kg Ilir Nangka - kubu kuat BN - belum tiba.

8.10malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,279 undi. Sehingga ini, 99 daripada 110 saluran atau kira-kira 95.5 peratus, telah dikira.

DAP - 17,120
BN - 13,841
Bebas - 137

Majoriti 3,279


7:56 pm:

DAP - 16,538 BN - 13,490 Ind - 136
Majority - 3,048

7.40malam:
Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,022 undi. Sehingga ini, 93 daripada 110 saluran atau kira-kira 90.5 peratus, telah dikira.

DAP - 16,178
BN - 13,156
Bebas - 134

Majoriti 3,022

7.35malam:
Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,920 undi. Sehingga ini, 92 daripada 110 saluran atau kira-kira 89 peratus, telah dikira.

DAP - 15,981
BN - 13,061
Bebas - 134

Majoriti 2,920

7.30malam:
Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,817 undi. Sehingga ini, 90 daripada 110 saluran atau kira-kira 87 peratus, telah dikira.

DAP - 15,655
BN - 12,838
Bebas - 132

Majoriti 2,817

7.15malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,236 undi. Sehingga ini, 83 daripada 110 saluran atau kira-kira 81 peratus, telah dikira.

DAP - 14,83
BN - 12,049
Bebas - 129

Majoriti 2,236

7.07malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan peningkatan majoriti kepada 2,091 undi. Sebanyak 67 peratus undi sudah dikira.

DAP - 11,901
BN - 9,850
Bebas - 99

Majoriti 2,091

7.03malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan 1,544 undi. Sehingga ini, 66 daripada 110 saluran atau kira-kira 51 peratus, telah dikira.

DAP - 10,773
BN - 9,229
Bebas - 97

Majoriti 1,544

6.50petang: Hujan mulai turun di Sibu kerana perjumlahan undi sedang berlangsung di Dewan Suarah.

6.480petang: Jumlah pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 59.86 peratus atau 32,742 orang.

6.42petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan 914 undi. Sehingga ini, 59 daripada 110 saluran atau kira-kira 56 peratus, telah dikira.

DAP - 9,188
BN - 8,274
Bebas - 89

Majoriti - 914

6.38petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP masih mendahului dengan 838 undi.


DAP - 8,888
BN - 8,050
Ind - 87

Majoriti - 838

6.24petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP pula sedang mendahului kiraan undi.

DAP - 7,026
BN - 6,243
Bebas - 52

Majoriti - 783

Sehingga ini, 44 daripada 110 saluran atau kira-kira 43% undi, telah dikira.

"Jelas menunjukkan undi Cina menyebelahi kita," kata pemimpin DAP leader Anthony Loke. "Persoalannya ialah sama ada ia cukup untuk kita menang."

6.16 petang: Kira-kira 150 orang berkumpul di pusat operasi DAP di Sibu. Setiap kali keputusan menyebelahi mereka dipaparkan, mereka bersorak.

6.09 petang: Mengikut pengiraan tidak rasmi terkini, BN mendahului dengan 1,869 undi. Setakat ini, 26 daripada 110 saluran, atau kira-kira 20 peratus undi, telah dikira.

BN - 4,303
DAP - 2,434
Ind - 41

Majoriti - 1,869

5.50 petang: Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau tidak berpuas hati kerana peratusan keluar mengundi lebih rendah berbanding 67% yang dicatatkan dalam pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, Ketua Polis Sibu ACP Shafie Ismail berkata proses pengundian berjalan lancar, kecuali insiden kecil melibatkan perang mulut antara penyokong pihak bertanding.

5.40 petang: Beberapa
peti undi tiba di pusat perjumlahan utama di Dewan Suarah. Manakala dalam masa yang sama, awan gelap dan angin kuat mula berarak. Hujan lebat dijangka turut.

5.25 petang:
Kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelihatan bergerak ke pusat perjumlahan undi di Dewan Suarah, bandar Sibu.

Di sini, kesemua undi akan dijumlahkan. Keputusan rasmi akan diumumkan oleh pengurus pilihan raya malam ini.

5.05 petang: Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN terus di depan dengan kelebihan 2,097 undi. Sebanyak 19 saluran atau 13 peratus undi dikira.

BN - 3,493
DAP - 1,396
Bebas - 33

NONE
5.00 petang:
Proses pengundian selesai.

4.53 petang: Sehingga jam 4 petang ini, seramai 31,119 atau 56.9 peratus pemilih telah keluar membuang undi.

4.30 petang:
Keputusan tidak rasmi untuk pusat pengundian yang ditutup awal mendapati BN terus di depan dengan 1,930 undi. Setakat ini, 16 daripada 110 saluran telah dikira.

BN - 2,959
DAP - 1,029
Bebas - 18

Daripada 16 saluran itu, sekurang-kurangnya 10 daripada kawasan Iban.

4.20 petang:
Menurut keputusan tidak rasmi daripada 15 saluran, BN masih di depan dengan majoriti 1,784 undi.

DAP 1,024
BN 2,808
Bebas 18

Terdapat 110 saluran di Sibu.
3.44 petang: Setakat jam 3 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 29,000 orang atau 53.02 peratus.

3.30 petang:
Keputusan tidak rasmi daripada 12 pusat pengundian yang telah ditutup menunjukkan DAP ketinggalan 1,029 undi di belakang BN.

DAP mendapat 810 undi, BN 1,839 manakala bebas 15 undi.

Sudah 21 daripada 45 pusat pengundian telah ditutup setakat ini.

3.15 petang:
Kiraan tidak rasmi DAP mendapati mereka ketinggalan 500 undi kepada BN.

Daripada 11 saluran, DAP setakat ini memperoleh 619 undi, BN mendapat 1,100 manakala bebas hanya mendapat 11 undi.

3.10 petang:
Selepas 21 pusat pengundian ditutup - di kawasan yang jumlah pengundinya sedikit, terutama di rumah-rumah panjang - pada jam 3 petang tadi, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang kelihatan terus pesimis.

NONE"Keputusan daripada lapan pusat pengundian - DAP ketinggalan 540 undi," katanya dalam laman Twitter.

"Masih dapat ditebus - tetapi bergantung pada keajaiban Sibu."

2.50 petang:
Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata keputusan hasil kiraan di 10 pusat pengundian yang ditutup awal "tidak baik".

"Bolehkah 2 jam 15 minit lagi menampung kekalahan ini? tanya Lim dalam laman Twitter.

Daripada 45 pusat pengundian yang dibuka, 21 telah ditutup (10 ditutup pada jam 1, lima pada 2 petang dan enam pada 3 petang). Manakala dua lagi akan ditutp pada 4 petang dan 22 pusat pada 5 petang.

NONE2.34 petang: Dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 46.29 peratus, sasaran SPR untuk mencapai peratusan sebanyak 80 peratus dalam masa tiga jam lagi dilihat sukar menjadi kenyataan.

"Pada jam 2 petang, sebanyak 63.74 peratus telah mengundi di Hulu Selangor.

"Prospek nampak suram kecuali terdapat peratusan keluar mengundi yang tinggi," tulis tokoh popular DAP Lim Kit Siang dalam laman Twitter beliau.

12.31 tengah hari:
Setakat jam 2 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 25,319 orang atau 46.29 peratus.

2.18petang: SPR memulakan pengiraan undi untuk pusat pengundian yang telah ditutup.

DAP juga telah memulakan kiraan tidak rasminya.

Daripada 45 pusat pengundian yang dibuka, 10 daripada pusat itu akan ditutup pada 1 tengah hari, lima pusat pada 2 petang, enam pusat pada 3 petang, dua pada 4 petang dan 22 pusat pada 5 petang.

2.15 petang: "PENTING! Peratusan keluar mengundi rendah. Ho Leng mungkin kalah, sila ajak keluarga dan rakan-rakan kamu keluar mengundi!" tulis ahli parlimen Serdang daripada DAP
Teo Nie Ching dalam laman Twitter.

1.41 tengah hari:
Setakat jam 1 tengah hari, sebanyak 23,103 atau 42.24 peratus telah membuang undi.

12.43 tengah hari: Menurut Zentrum Future Studies - NGO yang mengkaji mikro persepsi kepercayaan politik di Sibu - sehingga jam 12.30 tengahari, sokongan untuk BN dan Pakatan seimbang.

Menurut kajian itu, BN mendapat 49.8 peratus sokongan, Pakatan 49.2 peratus dan bebas 1. peratus.

NONE12.32 tengah hari: Menurut laman Twitter Sibu4change, peratusan keluar mengundi di beberapa pusat pengundian tinggi, setakat jam 12 tadi.

- Di SK Rantau Panjang, BawangAssan PD, peratusan keluar mengundi sebanyak 82.6 peratus. Pusat pengundian ditutup pada jam 1 tengah hari.

- Di SK Sg Pinang, Rassau PD peratusan keluar mengundi sebanyak 72.7%. Akan ditutup pada jam 2 petang.

- Di SK Rantau Panjang has peratusan keluar mengundi sebanyak 80.6%. Ia akan ditutup pada jam 4 petang.

- Di Kg Sg Pasai peratusan keluar mengundi sebanyak 56.5 peratus, akan ditutp pada jam 4 petang.

- Di SK Sg Pasai, Rassau PD peratusan keluar mengundi sebanyak 50 peratus, akan ditutp pada jam 4 petang.

12.31 tengahari: Setakat jam 12 tadi, peratusan keluar mengundi sebanyak 37 peratus atau 20,241 orang.

12.30 tengah NONEhari:
Ahli parlimen DAP bagi kawasan Bakri Er Teck Hwa mendakwa beliau dan pasukan petugas pilihan rayanya dihalang daripada memasuki pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Sg Aup oleh sekumpulan penyokong Umno yang diketuai oleh naib presidennya Datuk Shafie Apdal. [Baca berita penuh]

Shafie bagaimanapun menafikannya.

12.10 tengahari:
Calon SUPP Robert Lau berkata beliau yakin dengan peluangnya kali ini.

Ketika ditemui, beliau bagaimanapun menghentam Malaysiakini yang didakwanya berat sebelah dalam membuat laporan.

Katanya, beliau tidak melihat "artikel yang baik tentang dirinya ditulis."

12.00 tengahari:
Suasana di kawasan Melayu, SK Bandaran Sibu di Jalan Bandong kini lebih panas berbanding kawasan Cina di pusat bandar.

Kedua-dua pihak BN dan Pakatan bekerja keras berkempen di saat akhir di tepi jalan.

Di sebelah BN, kira-kira 50 Pemuda PBB yang kebanyakannya lebih muda dan agresif. Mereka mengibarkan bendera dan bersorak "BN" dan "Undi nombor satu" setiap kali pemilih melinatas.

Sementara kira-kira 30 penyokong Pakatan lebih senyap dan hanya mengibarkan bendera DAP kepada pemilih.

Ketibaan Ketua Pemuda PAS PKR selepas itu disambut sorakan daripada penyokong BN.

Pihak polis kelihatan berdiri antara kedua-kedua kumpulan penyokong untuk mengawal keadaan.

11.59 pagi:
Menurut Zentrum Future Studies - NGO yang mengkaji mikro persepsi kepercayaan politik di Sibu - sehingga jam 11.30 pagi ini, BN mendahului dengan 53.4 peratus, Pakatan 46.2% dan bebas sebanyak 0.4 peratus.

NONE11.31 pagi: Setakat jam 11 pagi, sebanyak 15,767 orang atau 28.83 peratus telah membuang undi.

10.50 pagi:
Pengerusi SPKR Sarawak Takun Sunggah dan Pengurus Pilihan Raya Wong See Meng memberi amaran kepada petugas PKR kerana mendirikan pondok dalam kawasan 50 meter daripada SJKC Methodist di bandar Sibu.

Seorang pemimpin PKR Pulau Pinang bagaimana menolaknya selagi Takun tidak menunjukkan kepada mereka undang-undang yang relevan.

Takun kemudiannya kembali dan memberitahu pemberita menurut seksyen 26(C) tiada pihak boleh mendirikan pondok.

Beliau juga memberitahu akan meminta polis mengambil tindakan.

10.45 pagi: Suasana senyap sunyi di SJKC Methodist. Terdapat satu kaunter semakan SPR dan pondok panas DAP kira-kira 50 meter daripada tempat pembuangan undi itu.

Sekumpulan penyokong SUPP berkumpul di situ. Tiada kempen, bendera atau sorakan.

10.34 pagi:
Setakat jam 10 pagi, 20.61 peratus atau 11,270 orang telah keluar mengundi.

10.30 pagi: Timbalan Ketua Pemuda PKR Fariz Musa mendakwa, terdapat ketegangan di SK Kampung Baru sekitar jam 9.45 pagi, tetapi menurutnya telah selesai.

10.10 pagi
Narawi Haron membuang undi di SK HUlu Sungai Merah.

Calon bebas kelihatan itu masih yakin dengan peluangnya apabila mendakwa menerima respons yang baik daripada lawatan daripada rumah ke rumah.

"Saya bangga dengan penyokong sya yang berani melaungkan 'Hidup Narawi' di depan menteri-menteri (BN).

"Saya jangka akan berjaya dapat sekitar 4,000 undi," katanya.

10.05 pagi: Difahamkam setakat jam 9 pagi tadi, 6.33 peratus daripada 3,310 pemilih telah membuang undi.

sibu by election voting 160510 049.25 pagi: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan pemimpin SUPP Peter Chin dan George Chan melawat SJKC Chung Hua.

Chan berkata, menurut pemerhatian umumnya, jumlah yang turun mengundi masih perlahan.

9.20 pagi: Wong Ho Leng mendakwa kakitangan SPR mendapat latihan yang tidak mencukupi. Beliau mendakwa agen pengundian daripada DAP dan SUPP dilarang masuk lebih awal ke pusat pembuangan undi.

"Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku, SPR menghabiskan banyak wang untuk latihan, tetapi kakitangan mereka tidak cukup terlatih," katanya selepas membuang undi bersama insterinya.

Keadaan tersebut didakwa berlaku di banyak kawasan, dakwa Wong lagi.

9.15 pagi:
Suasana di pusat pembuangan undi di Malaysia Barat berbeza daripada Semenanjung. Tiada penyokong kelihatan berkumpul di pusat pengundian bagi melakukan kempen di saat-saat akhir dengan membawa lambang parti masing-masing.

sibu by election voting 160510 02Hanya terdapat sekumpulan kecil penyokong parti daripada beberapa pihak di SJKC Chung Hwa. Tugas utama mereka membantu pemilih dan memantau proses pengundian.

8.50 pagi: Ketua SUPP Sibu Wong Soon Koh mengundi di SJKC Chung Hwa.

Beliau meminta pemilih keluar awal membuang undi kerana bimbangkan keadaan cuaca berubah di tengah hari.

Wong juga memberitahu pemberita di beberapa kampung terdapat masalah banjir kecil ekoran air "pasang" di beberapa sungai.

"Tapi kami bersedia dengan kereta lebih besar. Kalau kereta kecil tidak boleh masuk, kereta besar boleh," katanya.

8.10 pagi: Cuaca cerah pagi ini menyebabkan proses pengundian lancar. Pemilih mula berbaris di tempat-tempat membuang undi untuk memilih calon pilihan mereka sama ada Robert Lau Hui Yew dariapda BN, Wong Ho Leng daripada DAP atau calon bebas Narawi Haron.

Pemilih dinasihatkan keluar awal untuk membuang undi. Jabatan Kajicuaca meramalkan ribut petir akan berlaku sekitar waktu tengah hari ini.

sibu by election voting 160510 03Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan 80 peratus akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

8.00 pagi: Kesemua 45 pusat mengundi dibuka mulai dibuka dalam cuaca baik walaupun dilaporkan hujan pada awal Subuh tadi.

Daripada ketiga-tiga calon bertanding, hanya Wong Ho Leng dan Narawi Haron sahaja calon berdaftar di Sibu.


TERDAHULU

Sejumlah 52,158 pemilih berdaftar mula keluar mengundi esok hari ini untuk memilih anggota parlimen mereka yang baru dalam pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Sibu mulai jam 8 pagi ini.

azlanManakala 2,537 pengundi pos - yang terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis - mengundi pada hari Khamis dan Jumaat lalu di kem tentera di Rascom dan Oya dan ibu pejabat polis daerah Sibu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka 45 pusat pengundian, dengan 110 saluran, di 39 buah sekolah, dua tadika dan sebuah pusat latihan, sebuah rumah panjang, sebuah perpustakaan awam dan sebuah pusat rekreasi awam.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Robert Lau Hui Yew, calon DAP Wong Ho Leng yang juga ADUN Bukit Assek dan calon Bebas, Narawi Haron.

Hui Yew, , dijadual mengundi di SMK Rosli Dhoby i pada kira-kira 9 pagi manakala Wong akan mengundi di SJKC Goung Ann.

Keputusannya dijangka diumumkan oleh SPR di Dewan Suarah Sibu selewat-lewatnya pukul 9 malam ini.

Kerusi parlimen itu kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Robert Lau Hoi Chew yang juga tiimbalan menteri pengangkutan pada 9 April lalu.erwek

Saturday, May 15, 2010

Forum Kemelut Krisis Perak Di Hotel Tropical Inn

( Pencatat bersama team AIC JOHOR dan Wakil PAS Pontian turut hadir di program tersebut )



Johor Baharu - Malam tadi bertempat di Hotel Tropical inn berlangsung forum Kes MB berkembar Perak anjuran Suaram Johor.Panel yang di jemput ialah Dato Zaid Ibrahim dan Yeo Yang Poh ( Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia ).Sepatutnya majlis ini juga akan di hadiri oleh Dato Seri Ir.Nizar Jamaluddin disebabkan jadual terlampau padat maka beliau tidak dapat hadir pada malam tadi.Hampir 1000 orang hadir dan kebanyakkan dari kaum cina dan india.Ini menunjukkan masyarakat cina dan india terus menyokong penuh perjuangan Pakatan Rakyat.Kupasan dan ucapan yang di berikan oleh ahli panel amat baik sekali.Segala jawapan yang berkaitan isu ini sudah di jawab pada malam tadi.Walaupun kes ini sudah lama berlaku..Insyallah rakyat perak akan menghukum BN/UMNO pada PRU 13 nanti.

Kempen Terakhir Pakatan Rakyat lebih 10ribu orang hadir..