Syarahan Perdana Bersama Selebriti Bob Lokman di Dun Pulai Sebatang 17/10/2011

Syarahan Perdana Bersama Selebriti Bob Lokman di Dun Pulai Sebatang 17/10/2011

Ceramah Isu Semasa di Dun Benut 5/10/2011

Ceramah Isu Semasa di Dun Benut 5/10/2011

PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PONTIAN

PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PONTIAN

CHE'GUBARD,SAIFUL AMRI DAN BOB LOKMAN

CHE'GUBARD,SAIFUL AMRI DAN BOB LOKMAN

CERAMAH PERDANA ISU SEMASA

BERSAMA :

- USTAZ RIDUAN MD NOOR ( EXCO DPP PUSAT )
- YB AMIRUDIN SHARI ( ADUN PKR BATU CAVES )

MASA/TEMPAT :

11 / 11 / 2011 , SABTU , 9MALAM

MARKAS PAS KG ASAM KUMBANG , BENUT .

KONSERT KESENIAN ISLAM DAN BICARA SELEBRITI

BERSAMA :

- SHAM KAMIKAZE ( BEKAS GITARIS KAMIKAZE )
- AZHAN ATAN ( BEKAS JUARA AKADEMI NASYID )

6 / 12 / 2011 , SELASA , 8.30 MALAM

BALAI ISLAM PARIT ISMAIL,BENUT,PONTIAN.




Team AIC Negeri Johor

Team AIC Negeri Johor

ANWAR IBRAHIM CLUB NEGERI JOHOR

- SQUAD AIC JOHOR -

Saturday, February 19, 2011

PAS umum calon Merlimau & Kerdau Khamis ini

PAS akan mengumumkan calon untuk bertanding pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Kerdau, Pahang serentak dengan nama calon bagi DUN Merlimau, Melaka Khamis ini.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata nama calon bagi DUN Kerdau akan diumumkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan nama calon DUN Merlimau.

"Walaupun masa agak suntuk kerana SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) baru menetapkan pilihan raya kecil Kerdau diadakan serentak dengan Merlimau semalam, tapi tiga nama telah disenarai pendek untuk Kerdau.

"PAS dah kenal pasti nama-nama ini dari awal lagi dan apabila berlaku kematian, PAS teliti semula nama-nama ini sebelum disenarai pendek," katanya kepada pemberita pada Perhimpunan 30,000 Pemuda PAS di Kota Sarang Semut dekat Alor Setar hari ini.

Tuan Ibrahim berkata PAS akan mengadakan mesyuarat khas esok untuk membincangkan mengenai pilihan raya kecil DUN Kerdau.

"Persiapan dilipatgandakan di peringkat unit peti undi dan semua lokaliti dan PAS berharap dapat memperbaiki jumlah majoriti dan dapat keputusan lebih baik," katanya.

Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, dari Barisan Nasional (BN) pada 12 Februari lepas.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.

Sementara itu, kerusi Merlimau kosong selepas penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN, meninggal dunia pada 20 Januari lepas.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Mohamad Hidhir menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon PAS, Jasme Tompang.

Semalam SPR menetapkan pilihan raya kecil DUN Kerdau dan DUN Merlimau diadakan serentak pada 6 Mac ini, manakala tarikh penamaan calon bagi kedua-dua DUN itu ditetapkan pada 26 Februari ini.

PRK Kerdau, Merlimau serentak elak asakan Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau secara serentak merupakan isyarat jelas pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan dalam masa terdekat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata, PAS dan Pakatan Rakyat harus berwaspada dengan isyarat itu kerana kemungkinan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak akan dibubarkan sejurus selepas kedua-dua PRK ini.

"Ini satu isyarat yang harus diberi perhatian oleh PAS dan Pakatan Rakyat untuk persiapan menghadapi pilihan raya umum Sarawak.

"Kemungkinan SPR menyegerakan (pilihan raya kecil) Kerdau ini kerana mereka nak tumpu Sarawak. Kemungkinan selepas sahaja pilihan raya kecil di kedua-dua tempat ini, Dun Sarawak akan dibubarkan maka pilihan raya kecil itu disegerakan," kata beliau ketika ditemui di Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa-jaminan PAS di Shah Alam semalam.

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena turut mendakwa Umno BN mahu PRK Merlimau dan Kerdau diadakan serentak kerana enggan berhadapan dengan asakan Pakatan Rakyat seperti siri PRK sebelum ini.

Umno BN dalam setiap PRK, katanya terpaksa menghabiskan wang yang banyak untuk menawan hati pengundi bagi bersaing dengan Pakatan yang menurunkan kekuatan jentera dari seluruh negara.

Contoh yang paling hampir ujarnya pada PRK di Tenang yang menyaksikan Umno BN terpaksa berusaha keras menarik hati pengundi meskipun kawasan itu merupakan kubu kuat Umno.

"Seperti di Tenang, walaupun Tenang itu kawasan kuat Umno tapi mereka tidak lagi mudah menang seperti pilihan raya kecil sebelum ini.

"Mereka terpaksa berhadapan dengan asakan Pakatan Rakyat, terpaksa berbelanja banyak untuk melaksanakan tawaran yang dijanjikan kepada rakyat kerana kita mengumpulkan seluruh tenaga kita di Tenang.

"Mereka mengharapkan dengan buat pilihan raya kecil serentak, tenaga kita tidak tertumpu kepada satu-satu tempat sahaja, terpaksa dipisah dua. Jadi pilihan raya itu tidak serancak yang berlaku sebelum ini," katanya.

Namun demikian, Mahfuz mahu jentera Pakatan Rakyat melihat keputusan itu secara positif dan menjadikannya sebagai latihan praktikal terakhir untuk menghadapi pilihan raya umum.

"Kepada petugas parti saya harap mereka melihat secara positif kerana memang pun dalam pilihan raya umum jentera di peringkat jentera kawasan dan negeri masing-masing yang berkerja. Kita boleh berkerja dan boleh menang di beberapa negeri.

"Kita harap kita hadapi pilihan raya kecil ini seperti kita hadapi pilihan raya umum. Tiada siapa yang membantu kita tapi jentera tempatan itu akan lebih agresif," katanya.

Selain itu katanya, Pakatan Rakyat boleh menggunakan waktu ini untuk mengenal pasti kelemahan sebelum ini dan memperbaikinya.

"Kita harap ini akan menjadi lapangan sasar menembak terakhir untuk membuat latihan praktikal hadapi pilihan raya umum untuk kita lihat di mana kelemahan kita sebelum ini yang perlu dibaiki.

"Jabatan pilihan raya pusat dan negeri perlu kenal pasti kenapa setiap negeri yang ditugaskan di setiap peti undi tak dapat nak meningkatakan lonjakan undi," katanya.

PAS, katanya akan membuat pengagihan jentera dengan sebaik mungkin untuk bertugas di kedua-dua kawasan.

"Kita akan buat pengagihan selepas ini supaya jentera dapat dimanfaatkan sebaiknya," katanya.

Bob Lokman Sertai PAS Di hadapan 30 Ribu Pemuda PAS Malaysia Di Kedah.

Bob Lokman mengisytiharkan diri sebagai Ahli PAS di hadapan 30 ribu Pemuda PAS di Kota Sarang Semut, Kedah sebentar tadi. Beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada DS Ustaz Azizan Razak, MB Kedah Darul Aman.
Majlis ini telah dihadiri lebih 30 ribu pemuda dari seluruh negari. Kontinjen Negeri Kedah lebih dari 7 ribu.Selain itu, negeri Terengganu Darul Iman dan Selangor Darul Ehsan berjaya menghantar ramai pemuda ke Himpunan ini.Kesesakan jalanraya sepanjang lima kilometer di laluan ini dikawal dengan baik oleh para unit AMAL malaysia. Allah Akbar..!!!

Seterusnya ucapan perasmian oleh DS Ustaz Azizan Abdul Razak. Beliau begitu bersemangat dan gembira dengan himpunan yang besar begini. Dalam ucapannya beliau menyindir UMNO dengan katanya ‎'umno kini macam nyamuk kena ubat nyamuk, pening'. Selain itu, beliau mengingatkan media arus perdana agar tulis bagi betul ‎'Hari ini pemuda PAS berhimpun 30 ribu, tapi esok surat khabar tulis 300 sahaja" disambut dengan ketawa para kontinjen.






Bob Lokman Tengah Berapi Memberi Ucapan Semangat Kepada Para Pejuang PAS

Paklong sedang mendendangkan lagu Selagi Ada Rindu

Ribuan banjiri himpunan Pemuda PAS di Kedah

Sejak awal pagi tadi, ribuan membanjiri kompleks PAS Kedah di Kota Sarang semut dekat Alor Setar bagi menghadiri himpunan besar-besaran Dewan Pemudanya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

PAS Kedah Youth gatheringMereka mensasarkan kehadiran 30,000 - sekali ganda lebih banyak daripada perhimpunan yang sama pada 2006 di Kota Bharu.

Mereka pada mulanya bercadang berkumpul di Selangor tetapi ekoran percaturan politik bagi mengekalkan penguasaan kerajaan PAS Kedah, mereka menukar tempat program ke situ.

Antara yang hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak, Naib Presiden PKR Salehuddin Ayub dan Ketua Pemuda Nasrudin Hassan.

pas leaders and YBs PAS Kedah Youth gatheringAntara penampilan istimewa, pelakon dan penulis lirik terkenal Bob Lokman yang hadir menyerahkan borang kepada Azizan untuk menyertai parti Islam itu.

Azizan kemudiannya berucap tentang kepentingan generai muda memastikan PAS dan Pakatan Rakyat

Beliau menyebut tentang kebangkitan rakyat Mesir menjatihkan presiden Hosni Mubarak yang didakwanya selari dengan perintah tuhan dalam menentang pentadbiran yang kejam.

Kedah MB azizan (left) PC after PAS Kedah Youth gatheringMenteri besar juga mengarahkan perhimpunan itu turut mendaftarkan sebanyak mungkin pengundi muda kerana masih tidak berpuas hati degan jumlah pendaftaran golongan itu di negeri Kedah.

Sementara itu, dalam sidang media selepas merasmikan perhimpunan itu, Azizan berkata beliau yakin Pakatan akan mengekalkan majoriti dua pertiga di Kedah.

Beliau enggan mengulas sama ada PAS akan bertanding lebih kerusi dalam pilihan raya ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

Friday, February 18, 2011

BOB LOKMAN UMUM SERTAI PAS DI KOTA SARANG SEMUT,KEDAH.


Bob Lokman mengistiharkan diri sebagai Ahli PAS di hadapan 30ribu Pemuda PAS di Kota Sarang Semut,Kedah sebentar tadi.Sempena Himpunan Pemuda PAS seluruh Malaysia.Allahhuakbar..!!!

Muhyiddin buta sejarah

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 19 Feb: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai buta sejarah apabila mengeluarkan kebimbangan PAS akan memecah belahkan masyarakat Islam jika ia memasuki Sarawak.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Umno sering menuduh PAS menyebabkan perpecahan Melayu dan Islam sedangkan dari sudut sejarah, Umno sendiri ditubuhkan ketika sudah ada parti Melayu yang pertama, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945.

"Memang (Muhyiddin) buta sejarah. Kalau tengok sejarah dahulu kenapa tubuhkan Umno ketika sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya? Bukankah ini juga boleh menimbulkan perpecahan?" soalnya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Sehubungan itu ujarnya, kebimbangan Muhyiddin itu tidak berasas sama sekali sebaliknya PAS sudah banyak memberikan kefahaman kepada orang bukan Islam mengenai agama itu.

"Dalam Pakatan Rakyat, PAS sudah banyak menerangkan ajaran Islam kepada bukan Islam berbanding Umno yang gagal menjelaskan hukum halal haram kepada rakan komponen dalam BN," katanya.

Muhyiddin hari ini dilaporkan meminta rakyat Sarawak agar tidak mudah menerima dasar politik PAS kerana dikatakan berangan-angan untuk meluaskan kuasa.

Pembela aju kemungkinan DNA dari hingga 10 lelaki

malaysiakini

Peguambela dalam kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajukan kemungkinan DNA dari sehingga 10 orang, termasuk dari Mohd Saiful Bukhari Azlan, ditemui pada dubur mangsa.

NONEPeguambela mengajukan kemungkinan itu kepada pakar DNA dari Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong sewaktu menyoal-balasnya hari ini, dan beliau bersetuju dengan kemungkinan itu.

Seah (kanan) telah memberitahu mahkamah bahawa dua item peralatan digunakan, iaitu DNA View dan Applied Biosystem Genetic Analysis machine, untuk membantunya dalam analisisnya.

Peguam Ram Karpal membangkitkan perkara itu sewaktu menyoal-balas Seah berhubung Laporan Kimia yang disediakannya yang ditandakan sebagai bukti.

http://www.malaysiakini.com/news/156427