Syarahan Perdana Bersama Selebriti Bob Lokman di Dun Pulai Sebatang 17/10/2011

Syarahan Perdana Bersama Selebriti Bob Lokman di Dun Pulai Sebatang 17/10/2011

Ceramah Isu Semasa di Dun Benut 5/10/2011

Ceramah Isu Semasa di Dun Benut 5/10/2011

PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PONTIAN

PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PONTIAN

CHE'GUBARD,SAIFUL AMRI DAN BOB LOKMAN

CHE'GUBARD,SAIFUL AMRI DAN BOB LOKMAN

CERAMAH PERDANA ISU SEMASA

BERSAMA :

- USTAZ RIDUAN MD NOOR ( EXCO DPP PUSAT )
- YB AMIRUDIN SHARI ( ADUN PKR BATU CAVES )

MASA/TEMPAT :

11 / 11 / 2011 , SABTU , 9MALAM

MARKAS PAS KG ASAM KUMBANG , BENUT .

KONSERT KESENIAN ISLAM DAN BICARA SELEBRITI

BERSAMA :

- SHAM KAMIKAZE ( BEKAS GITARIS KAMIKAZE )
- AZHAN ATAN ( BEKAS JUARA AKADEMI NASYID )

6 / 12 / 2011 , SELASA , 8.30 MALAM

BALAI ISLAM PARIT ISMAIL,BENUT,PONTIAN.




Team AIC Negeri Johor

Team AIC Negeri Johor

ANWAR IBRAHIM CLUB NEGERI JOHOR

- SQUAD AIC JOHOR -

Wednesday, January 5, 2011

Tenang: Amalkan politik matang dan berhemah

harakahdaily
Semua pihak diseru agar beraksi di gelanggang pilihanraya kecil Dun Tenang dengan mengamalkan pendekatan politik matang dan berhemah.

Kesemua pihak diminta menyantuni pengundi secara positif dan informatif dalam usaha memenangi hati mereka bagi meraih kemenangan terhadap parti yang bertanding.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi menegaskan, dalam menghadapi pilihanraya itu, semua pihak sewajarnya mengelakkan sebarang tindakan provokatif yang boleh mencetuskan suasana tidak aman.

Menurut beliau, keadaan itu sejajar dengan pilihanraya yang diadakan itu bagi memilih pemimpin, bukannya untuk beradu kekuatan fizikal.

"Pilihanraya adalah medan demokrasi untuk rakyat diberi kebebasan dan hak dalam memilih pemimpin mereka. Oleh itu, suasana yang harmonis dan kondusif sangat diperlukan oleh pengundi agar mereka mampu membuat pilihan yang tepat tanpa sebarang tekanan dan gangguan yang mengalih tumpuan mereka," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau menegaskan, kempen dari parti-parti yang bertanding sewajarnya adalah untuk memberi maklumat dan membuat tawaran-tawaran yang positif kepada rakyat demi kepentingan mereka.

Namun, beliau amat kesal apabila terdapat pihak tertentu yang mengadakan kempen secara tidak berhemah, sehingga sanggup menabur fitnah kepada pihak PAS.

"Sangat tidak wajar apabila pilihanraya dijadikan medan untuk menyogok dan mengugut. Lebih malang medan demokrasi itu dicemari dengan fitnah dan tohmahan yang tidak berasas," katanya.

Dewan Pemuda PAS Malaysia menyelar tindakan terdesak sesetengah pihak dalam usaha mereka mencari kemenangan dalam pilihanraya kecil N05 Tenang dengan menabur fitnah, bagi menjatuhkan reputasi lawan mereka secara tidak bermoral dan tidak gentleman.

Sehubungan itu, katanya, Dewan Pemuda PAS negeri dan kawasan yang bertugas diletakkan dalam keadaan siap siaga mendepani fitnah jahat yang dilancarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Jelas, ini adalah tindakan desprado yang hanya berusaha meraih simpati, sokongan dan pengaruh murahan," katanya kesal.

No comments:

Post a Comment