Syarahan Perdana Bersama Selebriti Bob Lokman di Dun Pulai Sebatang 17/10/2011

Syarahan Perdana Bersama Selebriti Bob Lokman di Dun Pulai Sebatang 17/10/2011

Ceramah Isu Semasa di Dun Benut 5/10/2011

Ceramah Isu Semasa di Dun Benut 5/10/2011

PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PONTIAN

PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PONTIAN

CHE'GUBARD,SAIFUL AMRI DAN BOB LOKMAN

CHE'GUBARD,SAIFUL AMRI DAN BOB LOKMAN

CERAMAH PERDANA ISU SEMASA

BERSAMA :

- USTAZ RIDUAN MD NOOR ( EXCO DPP PUSAT )
- YB AMIRUDIN SHARI ( ADUN PKR BATU CAVES )

MASA/TEMPAT :

11 / 11 / 2011 , SABTU , 9MALAM

MARKAS PAS KG ASAM KUMBANG , BENUT .

KONSERT KESENIAN ISLAM DAN BICARA SELEBRITI

BERSAMA :

- SHAM KAMIKAZE ( BEKAS GITARIS KAMIKAZE )
- AZHAN ATAN ( BEKAS JUARA AKADEMI NASYID )

6 / 12 / 2011 , SELASA , 8.30 MALAM

BALAI ISLAM PARIT ISMAIL,BENUT,PONTIAN.




Team AIC Negeri Johor

Team AIC Negeri Johor

ANWAR IBRAHIM CLUB NEGERI JOHOR

- SQUAD AIC JOHOR -

Friday, May 7, 2010

Pakatan Rakyat Yakin Sokongan Pengundi Cina Meningkat

Oleh Faizal Ezzany

SIBU 8 Mei - Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Sarawak, Nicholas Bawin Anggat yakin dengan arus perubahan politik yang berlaku di Sarawak sekarang mampu menjana kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat, Richard Wong Ho Leng pada pilihan raya kecil Bandar Sibu 16 Mei depan.

"Saya yakin calon DAP akan memenangi pilihan raya kecil Sibu kali dan ini dapat dilihat kepada arus perubahan gelombang yang sudah dirasai di Sarawak kalau dibandingkan pada pilihan raya 2008. Kita dapati kesedaran telah timbul dari setiap pengundi di Sarawak terutamanya di Sibu.

"Kebanyakan rakyat di sini mahukan perubahan dan sudah mula bosan dengan pemerintahan yang ada dan keadaan ini dapat meningkatkan lagi undi kepada calon DAP," jelas Nicholas ketika ditemui di Bilik Gerakan Utama KEADILAN semalam.

Beliau juga memberitahu keadaan di Sibu berbeza dengan apa yang telah berlaku di Hulu Selangor dan yakin majoriti pengundi Cina sebanyak 66 peratus daripada jumlah pengundi berdaftar akan memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat daripada DAP.

"Apa yang berlaku di Hulu Selangor tidak sama, di sana majoriti adalah pengundi Melayu tetapi di Sibu kaum Cina majoritinya adalah 66 peratus. Jadi sini kami yakin pengundi kaum Cina akan memberikan sokongan kepada calon DAP dan ini belum lagi termasuk sokongan pengundi Melayu.

"Pemerintahan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sudah melebihi 25 tahun dan rakyat sudah jemu dengan pemerintahan beliau dan mahu perubahan ke atas tampuk kepimpinan. Pada PRK kali inilah rakyat akan buat perubahan besar bagi memberi isyarat kepada Pengerusi Barisan Nasional Sarawak itu," tegas beliau.

Nicholas yang diberi amanah sebagai pengarah bagi menguruskan Bilik Gerakan Utama KEADILAN mengesahkan beliau amat berpuashati dengan persiapan jentera parti sekarang.

"Setakat ini persiapan yang telah kami lakukan amat memuaskan, kami telah bersedia dari awal lagi bila diberitahu akan ada pilihan raya negeri Sarawak. Bila adanya PRK ini saya pasti dengan persiapan yang telah diatur dari awal akan menlancarkan lagi gerak gempur jentera.

"Sarawak bukan negeri yang kecil dan untuk kami berjumpa dengan rakyat dan juga ketua cabang mahupun ranting yang jauh dari bandar bukan suatu yang senang, tapi itu tidak pernah meresahkan kami. Dengan bantuan yang ada dari Pusat mahupun pemimpin tempatan kita akan pastikan perjumpaan dan keterangan akan tetap diadakan bagi memastikan pilihan raya kali ini berjalan dengan lancar," jelas Nicholas lagi.

No comments:

Post a Comment