Syarahan Perdana Bersama Selebriti Bob Lokman di Dun Pulai Sebatang 17/10/2011

Syarahan Perdana Bersama Selebriti Bob Lokman di Dun Pulai Sebatang 17/10/2011

Ceramah Isu Semasa di Dun Benut 5/10/2011

Ceramah Isu Semasa di Dun Benut 5/10/2011

PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PONTIAN

PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PONTIAN

CHE'GUBARD,SAIFUL AMRI DAN BOB LOKMAN

CHE'GUBARD,SAIFUL AMRI DAN BOB LOKMAN

CERAMAH PERDANA ISU SEMASA

BERSAMA :

- USTAZ RIDUAN MD NOOR ( EXCO DPP PUSAT )
- YB AMIRUDIN SHARI ( ADUN PKR BATU CAVES )

MASA/TEMPAT :

11 / 11 / 2011 , SABTU , 9MALAM

MARKAS PAS KG ASAM KUMBANG , BENUT .

KONSERT KESENIAN ISLAM DAN BICARA SELEBRITI

BERSAMA :

- SHAM KAMIKAZE ( BEKAS GITARIS KAMIKAZE )
- AZHAN ATAN ( BEKAS JUARA AKADEMI NASYID )

6 / 12 / 2011 , SELASA , 8.30 MALAM

BALAI ISLAM PARIT ISMAIL,BENUT,PONTIAN.




Team AIC Negeri Johor

Team AIC Negeri Johor

ANWAR IBRAHIM CLUB NEGERI JOHOR

- SQUAD AIC JOHOR -

Friday, May 7, 2010

Jentera DAP Mantap, Yakin Tingkatkan Undi

Oleh Faizal Ezzany

SIBU 8 Mei - Persiapan DAP dalam menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Bandar Sibu 16 Mei depan sudah berada di tahap yang paling baik dan bersedia untuk menghadapi pihak lawan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata beliau amat berpuas hati dengan segala persiapan dan yakin gerak kerja jentera mampu menembusi kubu kuat pihak lawan.

"Hari ini kita umumkan bilik sidang media DAP yang akan di adakan pada setiap pukul 11 pagi dan daripada situ kita akan maklumkan setiap perkembangan terkini gerak kerja jentera DAP.

"Jentera pilihan raya DAP kini berada dalam keadaan yang baik dan amat memuaskan, saya yakin dengan kesungguhan jentera kali ini kita akan dapat tembusi setiap kubu Barisan Nasional selain meningkatkan lagi jumlah sokongan dan undi kepada calon DAP.

"Saya yakin rakyat Sibu mahukan perubahan berlaku dalam kepimpinan sekarang dan mereka akan mengambil peluang pada PRK kali ini untuk membuat perubahan.

"Berkenaan sokongan pengundi Cina saya yakin kita akan mendapat sokongan padu walaupun kita lihat terdapat saingan pada pengundian kali ini," kata beliau kepada Suara Keadilan.

Berhubung undi pos yang berjumlah 2,537 undi, beliau menyatakan Pakatan Rakyat tidak meletakkan harapan yang tinggi pada undi tersebut.

"Mengenai undi pos kami dan juga Pakatan Rakyat tidak meletakkan harapan yang tinggi pada undi tersebut dan jika terdapat undi yang menyokong kita itu adalah bonus yang berharga bagi kita meningkatkan undi.

"Kita bukannya menafikan undi dari setiap pasukan tentera dan polis tetapi badan kerajaan itu perlu beri peluang kepada jentera Pakatan Rakyat untuk berkempen dan menerangkan halatuju perjuangan kita, bagi kita setiap undi adalah penting.

"Walaupun terdapat kekangan pada undi pos, itu tidak menjadi halangan dan apa yang penting setiap jentera tidak kira dari DAP, KEADILAN mahupun PAS perlu pastikan setiap gerak kerja jentera kempen perlu dapatkan undi yang lebih dari setiap rakyat Sibu," jelas Tony lagi.

Tony juga memberi amaran BN akan cuba mengulangi apa yang telah mereka lakukan semasa PRK Hulu Selangor dan ini dapat dilihat daripada kempen awal yang dijalankan.

"Kita yakin BN akan mengulangi setiap apa yang mereka lakukan di Hulu Selangor dan kita lihat Perdana Menteri sendiri sudah mula berkempen di Sibu walaupun tempoh berkempen belum bermula.

"Beliau sudah mula gunakan wang untuk meraih undi rakyat dan ini secara terang melanggar Akta Suruhanjaya Pilihan Raya seperti yang dilakukan di Hulu Selangor.

"BN akan guna wang rakyat dalam PRK kali ini dan mungkin lebih besar nilainya kerana mereka tahu kedudukan pengundi Cina sekarang yang sudah mula tidak memberi sokongan kepada BN," ujar beliau.

Penamaan calon Pilihan Raya Kecil Parlimen P212 Bandar Sibu diadakan pagi ini di Sibu Civic Centre bermula pukul 9 pagi.

PRK ini bakal menyaksikan pertarungan tradisi antara SUPP (BN) yang diwakili Robert Lau Hui Yew, 45, dan calon DAP, Wong Ho Leng, 50, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek.

Kedua-dua mereka adalah peguam dan berasal dari keturunan Foochow.

No comments:

Post a Comment